Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 15, 2009

Hi Hi Streamyx...Bye Bye Celcom

dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh je (read: malas). hehe.

setelah aku kecewa dengan maxis, diikuti dengan celcom, maka sekarang aku beralih arah kepada streamyx...harap2 ia tidak mengecewakan aku.

lepas aku membebel kat blog cerita pasal orang streamyx tak call aku setelah 5 hari bekerja, petang tu tiba2 terus dapat panggilan dari seorang kontraktor cina. haha tau takut!! disebabkan aku malas nak ambik cuti atau mengelat ambik time off (reka sbb tak pernah wujud perkataan time off dalam buku undang2 kecil syarikat) maka aku dengan selamba janji dengan kontraktor tu pukul 5.30 ptg. nasib baik dia ok je. lepas letak telefon then berlakon seperti baru perasan waktu sebenar habis kerja pukul 5.30 ptg. pukul 5 mintak permission kat bos then terus balik...

masa kontraktor tu sibuk2 setting, aku cakap la aku baru je call TM pasal takde orang streamyx call aku lagi untuk pasang. kontraktor tu cakap barang takde so tak boleh buat kerja. ok aku accept nampak macam betul je apa dia cakap. lepas dia terang serba sedikit pasal setting2, cara nak tukar network id, password etc..dia cerita plak lampu2 pada modem tu. sambil tengah tunggu modem tu connected, mata dia terpandang gambar aku lekat kat dinding.

"muka u macam cina la. ada keturunan cina ke?"

aku gelak..haha

"takde la..moyang saya saja muka macam cina, tapi bukan cina"

"oo..tapi macam cina la"

haha. aku rasa kelakar kalau orang cina cakap aku macam cina. sebab aku rasa overall aku tade la rupa macam cina cuma mata je sepet (sangat jeles bila jumpa cina mata bulat..haiya!). masa sekolah dulu, cikgu akaun aku yang berbangsa cina pun cakap aku macam cina. bila aku cakap kawan aku, irda lagi muka macam cina sebab mak dia mmg asal cina, cikgu tu tetap cakap aku lagi macam cina dari irda. cis sungguh tak puas hati padahal irda lagi mata sepet dan putih dari aku. sungguh tak faham di sini.

lepas kontraktor tu setting, terus boleh guna. yahooo!!! seronok giler sebab masa tu dah kemaruk tak boleh online hampir seminggu sebab aku terminate celcom awal dan kebetulan streamyx tak pasang lagi kat rumah aku. sapa2 nak pasang streamyx, dinasihatkan apply seminggu awal dari tarikh kita nak guna sebab tak boleh agak bila diaorang akan pasang. hari tu aku terpaksa terminate celcom awal 3 hari sebab tu je masa aku boleh gi celcom branch dan terminate. dah la terminate on the spot. benci ok! nasib baik dapat rebate RM6. tuntut jugak weh! bleh makan tengah hari tu..huhu...

so far aku berpuas hati dengan streamyx ni. lagi laju dari celcom. selama ni aku ingat lappy aku slow tapi sbnrnya celcom yang slow...huhu. caj bulan2 murah pulak tu. RM60 384kbps berbanding celcom RM68 dengan speed yg sama. dah la aku beli usb modem huawei tu RM299. konon dulu taknak masuk fixed line, leceh. tapi bila kira balik, lagi untung aku pasang streamyx sebab caj apply tel RM85 (deposit + stamp duty) je cuma aku kena tambah RM40 untuk wiring charges. sebenarnya RM30 jek tapi soket telefon tu dah berkarat plak, so terpaksa ganti yg baru..huhu. sekarang streamyx ada promotion streamyx combo...activation & installation fee (RM75 + RM88) waived wa cakap sama lu. eh eh dah terasa macam duta streamyx plak..haha. ok la asyik puji je. kita cerita pasal keburukan pulak. keburukan cuma tak boleh nak mobile je la. sblm aku tukar aku dah fikir, selama aku pakai celcom, sekali je aku pernah bawak usb modem aku tu keluar dari rumah sewa aku ni. haha. so aku mmg tak sesuai pakai celcom. hehe.

so apa lagi..cepatlah potong...haha..

Monday, December 14, 2009

Already Gone - Kelly Clarkson



Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

p/s: pesal aku asyik suka lagu sedih je ni?haha...

download mp3 di sini

Wednesday, December 2, 2009

New Moon...here we come!!!


pic source

ngeh ngeh ngeh. saja nak bagi jeles. eh eh tak jeles ke? :P

tengah tunggu slyde pick up and terus menuju ke mid valley kesayangan aku dan yun. eh yun ko pun sayang kan mid valley? haha. nasib baik ada gsc booking system yang canggih-manggih itu. berbaloi2 dengan charge fee RM1 yang dikenakan untuk setiap tiket. eh RM1 ke 50 sen. lupa la pulak. so takyah beratur panjang. lagipun hari ni kan hari rabu.

slyde dah sampai...cau cin cau...

Monday, November 30, 2009

Saya Bz

sorry lama tak update belog. saya sangat bz dengan kerja2 di ofis. project company code merge nak live awal tahun depan, begitu juga VADS. bertambah lagi dengan production issue dan macam2 lagi program error yang perlu diselesaikan. rabu lepas tak menang tangan buat kerja. terpaksa selesaikan semua kerja sebab trial cut over dah nak berakhir. tapi still tak dapat siapkan dan terpaksa sambung kerja di rumah. sigh!!

hari ni masih lagi menghadap benda yang sama. harap dapat selesaikan secepat mungkin. saya bosan. adakah saya patut tukar project? atau tukar kerja? hmm...

telefon sudah pasang kat rumah. tapi streamyx belum ada tanda2 nak dipasang. hari ni dah 5 hari bekerja. janji 3 hari bekerja sahaja. tak cukup orang ke? ke sebab ramai orang potong?hmm...jap lagi nak call dan belasah...siap kau!!!

Saturday, October 31, 2009

I Have Been Hen-Picked...wuhuuu


Apa? Ayam pilih aku? Ya. Sila percaya. Teheee...

Beberapa hari yang lepas, minah HR kat ofis aku ym aku.

"Wah2 ada orang dapat makan free"

Aku confuse then reply.

"Makan free???"

"Aah. Dapat lucky draw. Nando's fax kat ofis"

"Wah tak sangkanya bertuah..hehe"

Nak tau macam mana aku boleh dapat Nando's free? Hehe...

Aku tak ingat tarikh kejadian tapi dalam 2-3 minggu lepas la kot. Slyde tiba2 ajak pergi makan kat Nando's la plak. Aku on je sebab dia yang drive. Haha. Dah la on the way ke sana jammed giler. Giler pun tak jammed macam tu. Dan yang paling tension jammed tu disebabkan orang lane sebelah sini sibuk tengok kenderaan sebelah sana dok kena tahan dengan polis lepas tol Sungai Besi. Hampeh!!! Rakyat Malaysia yang prihatin tak kena tempat.

Sampai kat Nando's kitaorang makan dengan lahapnya sampai pergi toilet secara berjemaah. Hehe. Masa nak bayar tu ternampak balang hikmat kat depan kaunter bertulis "Drop your name card here". Lebih kurang macam tu la dia tulis. Aku pun dah hilang ingatan sebab makan banyak semut huhu. So tanpa berlengah lagi aku dengan Slyde masukkan name card dalam balang hikmat tu dengan tanpa rasa berharap or what so ever. Sehinggalah fax sampai kat ofis aku baru la terkejut dan bangga. Haha. Bangga sebab aku masih lagi bertuah sebab dah lama tak dapat lucky draw. Huhu. Mungkin ini adalah satu petanda kepada permulaan yang baik dalam hidup aku. InsyaAllah. Amiinn.

Sebenarnya ni kali kedua aku campak name card kat dalam balang hikmat Nando's tu. Kali pertama kat Mid Veli. Tak bertuah pada waktu tu. Maybe kat sana ramai orang campak name card kot so kebarangkalian untuk aku bertuah adalah tipis sila rujuk topik kebarangkalian dalam buku teks matematik untuk kira kebarangkalian ye adik2.

Oklah. Kalau korang singgah kat Nando's jangan lupa campak name card dalam balang hikmat. Campak banyak lagi bagus. Kebarangkalian nak dapat lucky draw adalah tinggi. Hehe. Selamat Mencuba!!!

Tuesday, October 20, 2009

Plusliner oh Plusliner

aku sebenarnya tengah dok survey tiket bas nak ke langkawi. nanti ada training kat langkawi. tapi maybe lone ranger je naik bas dari KL. huhu. first time nak gi langkawi naik bas sorang2. seram jugak tapi buat ala2 berani la. haha. dok je dalam bas tu nanti then tido. memang itu je la keje aku kalau naik bas. kalau balik kuantan, kadang2 tak sampai tol gombak lagi aku dah tido. haha. dan aku suka dok single seat sebab takyah la nak risau laki ke dok sebelah aku. bkn apa, dah banyak pengalaman aku dok double seat ni. aku kan kuat tido dalam bas, lepas tu kepala tak boleh dok diam then aku akan tido atas bahu orang sebelah aku. haha. malu betul bila sedar dari tido kepala kita dok atas bahu orang sebelah. kalau pakwe kacak takpe jugak la kan. haha.

ptg tadi lepas balik keje singgah sat kat puduraya beli tiket bas ke tampin. minggu ni nak gi umah kak ngah. dia ajak follow rombongan sekolah ke melaka la pulak. plan asal nak balik kampung tapi macam best jugak dapat jalan2 kat melaka ditambah dengan pakej cikgu sekolah yang murah, so tanpa berlengah lagi aku setuju aje walaupun gaji tak masuk lagi. huhu. masa beli tiket tu nampak transnasional ada ke langkawi, plusliner pun ada. tapi aku malas nak beli lagi sebab nak plan betul2 dulu.

balik rumah aku pun try la tengok website plusliner. mula2 bukak tu rasa gembira sikit sebab boleh beli tiket online. nampak gayanya bertambah 1 lagi bas yang boleh beli tiket online selain maraliner. aku pun dengan pantas register dan login. nak try book la konon. dah login tu keluar la page macam kat bawah ni.



aku confuse. takpe2. klik continue. dah klik continue keluar page macam kat bawah ni plak.



macam mana nak pilih destinasi? masa? adeh pening kepala aku. sistem memang tak boleh pakai ke atau belum ready lagi? kalau tak boleh pakai, jangan la bagi orang register. buat sakit hati jek. kalau nak buat e-ticketing, buat betul2 jangan buat sambil lewa jek.

aku rasa bas kat malaysia ni dah patut buat e-ticketing. senang kat pengguna nak beli tiket. tak payah dah nak keluar rumah beratur pergi beli. dengan cara ni diaorang dah jimat. jimat bayar gaji pekerja, jimat kertas tiket..macam airasia...tengok skrg MAS pun dah tiru. aku kecewa jugak bas yang dah establish macam transnasional, plusliner ni still lagi tak boleh buat e-ticketing ni. harap2 nanti lagi banyak lagi syarikat bas buat e-ticketing. tak rugi punya. percayalah. sbb orang malas macam aku still akan beli online walaupun dikenakan caj (^^)v

Sunday, October 18, 2009

Mari Usahakan Ladang Bersama Ranch Rush

apakah dia Ranch Rush? Ranch Rush adalah game tanam sayur..haha...ni aku je yang cakap...

hari tu tengok aini main game ni kat rumah abg radhie terus terpikat...macam best lak game ni tanam2 sayur, bela lembu, bela ostrich...hoho..tapi semakin lama semakin mencabar...ye la kan..takkan semakin lama semakin senang...week 8 hari jumaat tu memang mencabar betul la...aku main nak dekat 10x baru lepas...tensen jek...tapi akhirnya lepas jugak la...so sekarang tgh main expert mode plak...tere tak?hehe...

ni lah gambar ladang aku...ni dah masuk week 8 rasanya...bunyi ostrich tu mmg annoying..haihh..


yang membuatkan game ni mencabar sebab kita tak boleh tengok keseluruhan ladang kita dalam 1 screen...maknanya kita kena drag ke kanan atau ke bawah untuk tengok kawasan lain...paham tak?tak paham?ish..download la dan main, nanti confirm paham...hehe...

sapa2 nak download boleh download kat sini ye...

Thursday, September 17, 2009

Bergaya Di Hari Raya

haihh lama betul tak update belog. tade masa + malas. haha bleh?

2 minggu lepas, lepas balik bershopping di jalan TAR, tiba2 rasa nak buat spek ( read: cermin mata ) la pulak. kak anim pon offer nak antar aku kat kedai spek kat pantai dalam tu. fikir punya fikir boleh la jugak kan. frame spek aku yg aku ikat guna benang sejak kat Pulau Redang tak berganti lagi. haha. selamba je gi keje pakai spek ikat guna benang.

bila sampai kat kedai spek, bila tengok ada sale, kak ana & kak anim pun menyebok nak buat spek sama. diaorg ni giler spek padahal baru je buat spek. aku je kedekut nak buat spek. hehe. susah betul nak pilih frame yg stylish tapi tak memburukkan tudung yang dipakai. ini yg susah kalau orang pakai tudung pakai spek. nak pakai contact lens macam leceh la plak. nak jaga bagai. tsk. tapi sekali sekala nak melawak melawa bleh la kan. hehe.

cari punya cari jumpa la yg berkenan di hati. lepas tu test mata. orang kedai tu siap dah bukak resit tiba kak anim cakap "moi ko tengok ni, cantik tak?kecik, tak kembang". sambil test frame tu kat mata dia. aku pon test jugak "aah la cun2..ok la nak tukar. bleh tukar ke kak?"..."bleh2". terpaksa tambah rm58 plak sbb spek yg kedua tu mahal sket padahal spek budak2 jek. huhu. takpe la nak cun punya pasal. ahahaha..ferasannn :P

dan minggu lepas siap la spek tu. tadaaaaa...sama tak spek kitaorang?hehe...

Tuesday, September 1, 2009

Ingatlah Diriku - Chandra feat. Sheila Majid

lagu ni theme song untuk drama Kala Hati dalam slot Samarinda. actually hari tu nak buat review tapi tak abis2 taip, pastu terus cerita Kala Hati tu tamat. haha. langsung takyah tulih la. kita layan je la ost Kala Hati ni. layannnnn ..



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatlah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu



download mp3 kat sini

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan: Antara Fadhilat dan Syarat


Tengah hari tadi aku dan rakan2 ofis berkesempatan hadir ke ceramah Ustaz Zawawi, ustaz yang selalu ceramah dalam tv tu. Awal2 lagi kitaorang dah keluar ofis sebab nak chop tempat. Kalau lambat alamat kena buat tahlil duduk atas tikar. Ramai jugak yang datang, bak kata ustaz, "takleh makan, so pergi la ceramah"...hehe...pergi ceramah pun dapat pahala tau even kita tersengguk2 pun...ustaz tu cakap...hehe..

Dalam ceramah, ustaz cakap salah kalau kita guna istilah bulan puasa, sepatutnya bulan ramadhan. Sebab bila kita guna istilah bulan puasa, kita hanya fikir bulan puasa hanya berpuasa dan tak ingat ibadah2 lain yang patut kita buat di bulan ramadhan. Ustaz jugak cakap kena tau antara pahala wajib dengan pahala sunat. Contoh macam berzikir dan melayan tetamu, melayan tetamu adalah wajib, berzikir tu pulak sunat. So kita kena utamakan melayan tetamu dulu.

Masa akhir ceramah ustaz tunjuk video budak2 sekolah tengah menangis keinsafan lepas tu siap peluk2 mak bapak, sujud kat kaki..fuh syahdu giler. Aku menahan air mata jek. Rupa2nya akak kat sebelah aku pun sama dok kesat2 air mata. Akak yang sorang lagi dok kesat air mata dengan tudung..hehe ingatkan aku sorang je yang tangkap syahdu...giler sedih masa tu...isk..terus ingat mak bapak kat kampung..mak bah apa khabar ye?? T_T

Seronok jugak sekali sekala dapat pergi ceramah ni. Dapat banyak input dan dapat mengingatkan diri kita semula sebab kadang2 kita mudah lupa walaupun asalnya kita tau sesuatu benda tu. Minggu depan Ustazah Nor Bahiyah pulak...mesti besttt!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Malas betul nak update blog. Rupa-rupanya dah nak dekat 2 minggu aku tak update. Haihh. Pemalas betul amoi ye. Baiklah mari kita update blog sekarang.

Tup tap tup tap hari ni dah 5 Ramadhan. Alhamdulillah boleh lagi berpuasa cuma kadang-kadang mengantuk kat ofis. 1st day keje, Isnin lepas, rasa mengantuk giler. Rasa nak tido je kat meja tu. Then bulan puasa ni selalunya produktiviti menurun sikit. Haha. Dah la mau kejar SIT 8hb ni. Harap-harap sempat la kan.

Hari pertama puasa rasa sedih giler time nak berbuka. Mana taknya kena berbuka sorang2...isk...housemate ada balik kg, pergi rumah sedara, pergi rumah kawan. SMS kak anim nak berbuka sama dengan dia then dia reply dia nak balik kg dan hubby dia ada kat rumah. Takkan nak kacau kan so berbuka la sorang2 kat rumah..isk..sedih betul. 1st puasa dah sedih...

Teringat puasa zaman sekolah asrama dulu. Aku orientasi dalam bulan puasa. Ye, masuk sekolah dalam bulan puasa. Dah la sekolah tu macam padang jarak padang terkukur dan berada di utara. Sah2 kawasan situ kawasan panas. Nak menangis pun ada dapat sekolah macam tu. Tapi aku kewl je. Parents aku siap bayar yuran separuh je sebab takut aku lari balik. Haha. Maklum la first time masuk asrama. Tapi even first time tade la aku nak teriak masa parents aku balik. Hehe.

Masa register, automatik dapat sorang kakak angkat. Aku ingat lagi nama dia, Syibratul. Petang2 time nak berbuka dia akan jemput aku kat dorm ajak ambik makanan. Err tu cikgu suruh kot..hehe. Makanan baru yang aku jumpa adalah bubur gandum. 1st time makan. Not bad jugak. Lepas ambik makanan, letak siap2 atas meja then lepak tepi longkang sementara tunggu azan. Malam2 gi surau. Solat jemaah dan terawih. Lepas prep, ada moreh. Heaven2.

Ada satu peristiwa, semua dah bersedia nak berbuka. Semua dah duduk kat meja makan. Sorang ketua akan lead baca doa. Lepas doa habis baca, semua mula makan. Tiba2 orang yang baca doa tu cakap "Err mintak maaf ye, waktu berbuka belum masuk. Tadi waktu berbuka tempat lain"...wah tersembur kurma dari mulut. Haha lawak betul. Boleh lak tersilap waktu berbuka. Hampeh betul!!!

Ok la..aku harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni mendekatkan lagi diri kita kepada Allah..ameennn...

ok jom karaoke terawih...

Friday, August 14, 2009

Saya Half Day Hari Ni

Tu pon nak bagitau ke?Hehe..

Saja..Tengah boring ni dok rumah. Sangap ada, lapar pun ada. Tu la tadi tak nak ikut diaorang makan..kan dah lapar..huhu. Apa aku nak makan ni??? isk...

Aku tengah tunggu parents aku datang ambik ni. Tido umah kakak aku kat puchong. Malam ni sepupu aku, Nina nikah. So malam ni bleh jadi photog tak rasmi..hehe. Tapi den sogan...tak pernah ambik gambar depan sedara-mara. Malu la i..huhu...Tapi orang pesan kalau nak jadi photog takleh malu2, segan2. Buat bodo jek. Ye la..nanti aku praktikkan. Tapi aku risau nanti sedara mara cakap kurang ajar sebab menyebok masa orang akad nikah. Ye la aku kan perempuan, patut dok diam2 tepi pengantin ke, tolong kipas pengantin ke, apa ke...

Sebenarnya aku malas nak gi kenduri sedara mara ni..haha..teruk tak? Bukan pe, nanti ada la banyak soalan yang malas aku dengar dan jawab. Haihh..kalau kat kuantan memang confirm aku tak balik...hehe...nasib baik kat sini, so nak taknak kena la pergi kan? Huhuhu..harap2 tade orang tanya (ye la tu..jangan harap)...baiklah amoi...kuatkan semangat...sapa2 nak mintak borang sila beratur...ekekekke...go go caiyok!!!

Wednesday, August 12, 2009

Jom Tengok Hujan Meteor Pagi Ni!!!

haha..larat ke?

Pagi tadi baca kat yahoo pasal hujan meteor kat oversea sana la kan. Katanya hari rabu malam akan ada hujan meteor kat sana. Aku congak2 gak kalau kat sana rabu malam, kat sini sure la siang khamis kan? Betul ke? Hehe tiba2 lemah plak geografi *eh bukan dari dulu lemah ke?*. Then kalau kat sana turun waktu malam takkan kat sini turun waktu siang plak? Hahaha sengal!!

Sebenarnya aku berangan nak tengok hujan meteor tu. Asyik tengok dalam cerita omputih je kan. Teringin gak nak tengok live. Kalau ada geng, best jugak lepak kat atas bumbung rumah tunggu hujan meteor pastu snap sekeping 2 gambar. Hak hak. Berangan!!

Eh tapi aku pernah nampak taik bintang jatuh tau *taik bintang sama ke ngan meteor ek? sengal lagi*. Aku tak tipu tau. Ingat lagi masa tu tengah berlatih teater kat gazebo UM. Fuh masuk teater. Pegang watak setan plak tu, nampak sangat aku perangai cam toooot..ahahaha..Ok tipu aku baik la dulu. Lecturer tu je dengki kat aku bagi watak tu. Cis. Oh berbalik semula kepada cerita taik bintang. Masa tu aku tengah lepak2 kat gazebo tu, berehat sambil memandang ke langit. Tiba2 aku nampak satu benda bercahaya jatuh dari langit. Aku rasa taik bintang la sebab sama je cam yang aku nampak kat tv tu. Lepas tu secara spontan aku terus buat wish...ahahahaa..Mengong. Terpengaruh dengan cerita omputih. Tapi aku dah tak ingat la apa wish aku masa tu. Serius tak ingat. Haihh tu la sebab tak makan tempe kan pojan ? Eh tiba2 rasa cam teringat plak wish aku tu. Aku rasa aku wish dapat 4 flat...huahuahua..Memang takleh pakai la wish masa nampak taik bintang. Tipu. Sebab aku tak dapat pun 4 flat...huhu...

Eh sebenarnya nak cerita pasal kita boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tadi jalan2 kat blog bro knizam baru la aku dapat tau pasal info ni. Menarik!! Boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tapi pukul 1.30 pagi dude...larat ke nak tahan kelopak mata dari tertutup? Agak2 kalau aku tido then set jam pukul 1.25 pagi, aku bangun tak? huhuhu...

Malaysians can observe meteor shower tonight

GEORGE TOWN: Malaysians will be able to sight up to a total of 100 Perseid meteors per hour streaking across the northern sky in the wee hours of Thursday morning.

Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said that according to the International Meteor Organisation (IMO). the meteor shower is expected to be best viewed from 1.30am to 4am on Thursday.

“The shower could have started on July 24 and is expected to be observed until Aug 17.

“It is however predicted that during the peak viewing time (Thursday morning), the moon will be high in the sky, outshining the fainter meteors.

“There is a good chance for observers to spot the brighter meteors however,” he said on Wednesday.

Dr Chong also hoped the weather would be favourable for the Perseids to be seen.

Those who miss tomorrow’s meteor shower may still catch a “lesser version” after midnight Thursday, or early Friday morning.

Dr Chong said the Perseids are a prolific meteor shower associated with the comet Swift-Tuttle which are usually fast, bright and occasionally leave persistent trains.

“The point they come from lies in the constellation of Perseus,” he said.

The Perseid meteor shower has been observed for about 2,000 years, with the first known sighting coming from the Far East.

Every year in August, the Earth passes through rock and dust fragments left behind by the comet Swift-Tuttle. As these small particles collide with the Earth’s atmosphere, they burn up, often creating a startling streak of light across the sky.

The shower is visible from mid-July each year, with the greatest activity between Aug 8 and Aug 14, peaking at about Aug 12.

Dr Chong said the meteor shower can be observed with the naked eye.


source: The Star

jom tengok hujan meteor weh!!!

Tuesday, August 11, 2009

Surat Dari LHDN

Bulan lepas aku dikejutkan dengan kedatangan surat dari LHDN. Ingatkan dapat la cek refund. Rupa-rupanya surat JA. Surat JA tu mengatakan aku kena bayar cukai tambahan. Aku pelik giler kenapa lak aku kena bayar cukai tambahan padahal sepatutnya aku kena refund. Fikir punya fikir rupa2nya cukai tambahan untuk taksiran tahun 2007. Tapi apasal kena tambah cukai plak ek? Ish musykil lagi. Aku pun selongkar la kotak aku dan cari EA Form aku. Belek punya belek. Compare punya compare rupa2nya amaun tambahan tu datang dari bonus tahun 2007 yang aku dapat tahun 2008. Lagi tambah pelik. Kenapa lak bonus yang aku dapat tahun 2008 tapi taksiran 2007? Seperti mahu mengamuk di situ. Ok relaks..relaks.



Esoknya aku call LHDN Shah Alam sebab aku punya fail bukak kat sana (Aku tak tau macam mana fail aku bukak kat Shah Alam. Maybe masa aku register kat Menara TM tu orang tu dari cawangan Shah Alam). Aku pun mula sesi mengamuk aku di telefon (eceh mengamuk la sangat padahal cakap2 biasa jek :P). Nasib baik la staff LHDN tu bersabar melayan pertanyaan dan ketidakfahaman aku. Dia terang tapi aku still tak puas hati dan tak faham. In the end bila dia cakap ok la kita buat offset. Tolak cukai tambahan dari refund tahun 2008 so still ada balance. Then baru aku diam dan dah tak argue lagi. Haha. Aku tak paham pun apa dia terang tapi yang penting kerjasama aku tak perlu bayar tax tambahan. Then dia suruh fax EA form 2007 & 2008. Aku ok jek dan letak telefon.

Lepas tu borak2 dengan kak herma. Diskas punya diskas baru la faham dan betul la staff tu cakap tadi. Walaupun bonus tu dapat tahun 2008 tapi bila dah namanya bonus 2007 so kena taksir tahun 2007. Haha. Gelakkan diri sendiri. Tu la dia nya bila first time dapat surat JA, gelabah sekejap.

Beberapa hari lepas tu aku fax EA Form ke LHDN dan staff yang layan aku tu cakap betul la aku kena bayar tax tambahan. Hehe. Mintak maaf encik. Saya first time dapat surat JA ni, so gelabah la sikit. Lagipun saya kekurang duit nak bayar. Ok tu hanya kata2 dalam hati aku je. Hehe.

Beberapa minggu lepas tu dapat cek refund. Yahooooo!!! Akhirnya dapat jugak. Walaupun tade la seberapa refund tu tapi boleh la buat duit makan kan? Hehe. Lega dapat refund time2 sengkek ni. Alhamdulillah.



Ok sila jangan mintak aku belanja.

Sunday, August 9, 2009

Better That We Break - Maroon 5

I never knew perfection til
I heard you speak, and now it kills me
Just to hear you say the simple things
Now waking up is hard to do
And sleeping is impossible too
Everything is reminding me of you
What can I do?

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break…

A fool to let you slip away
I chase you just to hear you say
You’re scared and that you think that I’m insane

The city look so nice from here
Pity I can’t see it clearly
While you’re standing there, it disappears
It disappears

It’s not right, not OK
Say the word it should say

Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break

Saw you sitting all alone
You’re fragile and you’re cold, but that’s all right
Life these days is getting rough
They’ve knocked you down and beat you up
But it’s just a rollercoaster anyway, yeah

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break, baby

Thursday, August 6, 2009

Mat Rempit Kat Lebuhraya..huh!!

ahad lepas balik ke KL dengan aini ...mula2 aini nak balik pagi...tapi akhirnya aini tukar fikiran balik petang...hehe...tq aini..aku plan dah nak cari tiket bas dah kalo aini balik pagi...mana taknya...tak sempat nak bermesra dengan family...cewahh :P

balik ke KL kitaorang lalu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ..aini jarang lalu LPT tapi sebab dah lewat bertolak so kitaorang lalu la LPT...kebetulan plak ada mat2 rempit dok konvoi...mula2 dah perasan sebelum masuk LPT lagi...mat2 rempit ni lepak kat stesen minyak jaya gading...bila masuk LPT, ada lagi geng diaorang...konvoi ramai2 sampai penuh 1 lane tu diaorang konker...yang tensennya ada yang dok pakat berlumba pulak...siap buat aksi superman lagi...nasib baik tak buat wheelie ke wikang ke...kalo tak mau terkangkang kat situ...huhu...





ada nampak van polis lalu...tapi tade tindakan dibuat...tapi ye la kan...polis nak tahan pon tade reason...sebab masa diaorang dok buat superman ke hape ke polis tu tade la plak lalu...cuma bila diaorang konvoi ramai2 tu jadi susah driver2 kereta ni...dah la diaorang main suka hati je ke kiri ke kanan...bahaya betul...seriau je aku kot terlanggar diaorang...huhu...nau'zubillah...





kepada mat2 rempit tu jaga la sikit tingkah laku masa menunggang...jangan menyusahkan orang lain pulak...pandu cermat jiwa selamat...cewahhh...

Wednesday, August 5, 2009

It Was A Surprise

ok ni cerita basi..tapi nak cerita jugak...haha...:P

2 minggu lepas si pojan dan aini beria2 ajak aku lepak makan2 hari sabtu malam ahad & karaoke hari ahad...aku cakap sabtu aku shoot, ahad aku nak keluar...diaorg JACK2 aku then aku pon setuju la join diaorg..memandangkan pojan dok jauh dan dah lama jugak tak berhongga2 bak kata aini...hehe...

hari sabtu (25/07) lepas maghrib aku & aini terus bergerak ke tol kajang...tunggu ona & pojan...then kitaorang terus gerak ke bagan lalang...try call restoran tapi tak angkat...ingatkan nak order siap2 so tade la lama menunggu nanti...aku bajet sure ramai orang sebab orang baru lepas gaji...

sampai kat bagan lalang lebih kurang pukul 10 kot...orang still ramai...tapi nasib baik mknan boleh siap macam biasa...kalo tak 1 1/2 jam nak kena tunggu...huhu...juadah malam tu otak2, kerang bakar, sotong goreng tepung, ketam masak cili, pepahat masak cili, tomyam udang & kailan ikan masin..nyam2 sedap wooo...tapi ikan siakap 3 rasa yang kitaorang order sampai lepas kitaorang abis makan..so terpaksa la tapau bawak balik...huhu..

abis makan lebih kurang pukul 11 lebih...mata semua dah kuyu jek...nasib baik ona selaku driver dah tido seharian...haha...pukul 12malam pon menjelma...tapi diaorang tak wish aku? (ceh perasan orang nak ingat bday ko!!) takpe2...tido2...12.15pm dapat call...tapi sebab line tak bape clear tak dapat cakap byk...lepas tu aku tido sampai la rumah ona...sorry la aini tak dapat teman ko drive...giler ngantuk...hehe...

pagi ahad semua orang pon buat bodo jek...aku siap pk diaorg tak letak reminder lam henfon ke?haha...perasan ar ko amoi orang nak ingat bday ko :P takpe2...tak kisah pon (nada2 menyedapkan hati :P)...tgh makan slyde, rosmaini & ziha sms wish aku...ingat jugak diaorang...tq3x....

pukul 1ptg baru keluar rumah gi karaoke kat redbox sogo...aku mula2 plan nak balik awal...ingat nak kuar dari karaoke awal la kan...tapi bila sampai sana cam tak jadi plak...haha...aini ajak p amik jajan kat luar...masa keluar tu aku nampak sorang waiter tengah nyalakan lilin kek...tapi tak rasa apa2...masa masuk bilik tu ona tengah nyanyi...si radhie tengah dok pilih2 lagu...tiba2 skrin biru...semua orang salahkan radhie yang tengah dok pilih2 lagu...tiba2 kat skrin kuar gambar kartun & lagu happy birthday...then waiter yang aku nampak nyalakan lilin tadi bawak masuk kek....huwaaaa...diaorg buat surprise...terharu giler...aku sebenarnya nak menangis tapi aku tahan...control macho beb...hehe...so terpaksa la buat aksi pegang pipi ahahahaha :P

serius la...diaorang memang pandai berlakon...aku tak terhidu langsung surprise diaorang ni...isk...terharu beb...sayang la korang...eh hadiah birthday tade ek?ehhehehehe....

gambar2 boleh tengok di blog pojan ye!

Tuesday, July 21, 2009

O.T

tengah mengaji tiba2 dapat call dari kak has...cam agak pelik tapi aku angkat jugak la...

"amoi, kat mana?"

"kat umah"

"tengah buat apa?"

"ngaji"

"ni bob suruh datang..banyak ABAP dump ni"

"haa...kena datang ke?"

"boleh datang tak?"

"kalau saya cakap takleh boleh ke?"

"haa...cakap dengan bob"

"hahaha...yela2 saya datang jap lagi"

"ok...datang naik apa?"

"naik lrt la"

"ok...nanti dah sampai lrt call akak...akak ambik"

..............


adeh...baru nak bersenang-lenang kat umah dah kena panggil pulak..ingatkan selamat la kan dari kena stay back...sekarang ni kitaorang tengah proses upgrade system dari ECC5 ke ECC6...ni adalah percubaan ke 2...hehe...percubaan pertama agak huru-hara...percubaan kedua nampak macam ok sikit...tapi banyak plak ABAP dump...hoho...

bila aku sampai ofis tadi kecoh sat...macam aku orang besar jek...haha...imported person...haiii...malang betul rumah dekat dengan ofis...bila2 diaorang leh panggil...ada gak kontra nya...tsk...

tengok lam list macam banyak jek...tapi aku betulkan 2 object jek....pukul 11 dah siap...pastu dok discuss pasal support package nya problem sampai pukul 11.45...pastu bos cakap boleh balik...aik...kejapnya?aku bayangkan kena stay sampai pagi esok...baru berangan nak cuti esok...haha...tapi rasa cam nak masuk lambat la esok...haha...aci tak?

nasib baik ada orang tolong hantar...pukul 12 dah sampai rumah...ingat malas nak on pc...tapi bak kata pojan, addicted...so on jugak la...hehe....ntah apa aku buat kat alam maya ni pon tatau la...

ok la sudah ngantuk...mau titon...zzzzzz

Sunday, July 19, 2009

Serawa Durian a.k.a Bubur Durian


korang panggil serawa durian jugak ke?hehe..aku rasa orang pahang je kot panggil serawa durian ni...aini , ko panggil serawa durian gak ke?kalo bukan maknanya family aku je la panggil serawa durian...aaahaha...

serawa durian ni sama la dengan bubur durian...err..aku tatau la term yang betul atau tak...tapi kalo korang tengok gambar tu mesti tau kot...kalo tengok gambar still tak kenal...antara korang yang tak pernah tengok/jumpa atau aku yang tak reti masak...aahhahaa...ok bagi la aku menang...memang macam tu la rupa bubur durian :P

2 minggu lepas bertandang ke rumah Kak Lang kat batu pahat...parents aku pun turun, ija & family dan kak ngah & family pun sama...seronok la...makan buah-buahan...nyam2...durian + rambutan + manggis...makan sampai tahap tak larat nak makan...heaven2...then sebelum balik sempat bawak balik sebiji durian semata2 nak buat serawa durian ni...tak puas makan kat umah kak lang...hehe...dan inilah hasilnya...senang je nak masak...kat batu pahat tu baru aku belajar cara masak...thehehe...

Bahan-bahan
1 kotak besar santan
Gula Merah
Gula Pasir
Sebiji durian
1/2 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan santan dalam periuk bersama dengan air dan gula merah. Gula merah tu suka hati la nak letak banyak mana. Just untuk pewarna jek, kasi kuah perang2 sikit.
2. Nyalakan api. Pasang api sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak pecah. Kacau sampai mendidih.
3. Lepas mendidih masukkan gula secukup rasa dan masukkan durian. Bila dah tambah durian, kuah akan rasa lebih manis. So kalau tak nak manis just kurangkan gula. Kalau nak lagi sedap, masukkan daun pandan.

Tadaaaa...dah siap...senangkan?pojan sila cuba di rumah ye...hehe...serawa durian sedap dimakan bersama roti atau pulut...nyam2...selamat mencuba :)

Tuesday, July 14, 2009

Kemalangan kat Tepi Federal Highway

tadi masa kat ofis, on the way nak gi surau tiba2 nampak ramai orang berkumpul tepi tingkap...dengar diaorg cakap ada eksiden...aku pon gi la menyebok sama menempel tepi tingkap...jalan arah ke mid veli jammed giler...laluan motor ditutup...dengar cerita laluan motor ni memang dari awal dah ditutup...then nampak orang ramai dok bertenggek tepi jalan...biasa la kan...orang Malaysia kan prihatin...err termasuk la orang yang bertenggek tepi tingkap ofis ni...haha...

dengar diaorang ni cakap bas eksiden....tapi rupa bas pun aku tak nampak...pelik jugak..tengok orang ramai bertenggek kat tepi laluan motor..motor kot eksiden...lama gak dok bertenggek kat tingkap sebab nak tau eksiden apa...bila orang ramai mula bersurai...baru nampak benda warna merah kat laluan motor...apa tu??hmm...ya Allah...bas terbabas sampai terjun laluan motor...giler ah...nau'zubillah...patut la 3,4 ambulans dok ulang alik...

sempat jugak la aku ambik gambar guna handphone yang tak berapa nak canggih ni...hehe...



sila tengok dalam bulatan merah


ok ni gambar dapat dari the star...



punya ralit dok tengok eksiden ni sampai aku lewat masuk meeting..haha...sori bos...

berita lanjut boleh baca kat the star

Monday, June 29, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen

aku dapat tgk filem ni pada hari pertama...cayalah kepada diri aku...haha...ok amoi riak!

sebenarnya dah agak lambat book...hari isnin baru terhegeh2 nak book then baru realised sebenarnya diaorg dah jual tiket 10 hari sebelum tayangan...terima kasih kepada orang ramai yang tak book tiket kat Tropicana City Mall dan terima kasih juga kepada GSC e-payment yang boleh book dan pilih seat dan bayar terus...walaupun GSC TCM baru bukak...tapi penuh jugak dengan orang...tgk nih...penangan Transformers!!!




aku bukanlah peminat Transformers..kecik2 dulu tengok jugak la kartun ni tapi aku tak hafal pon nama2 autobot & decepticon tu...yang aku tau robot2 tu boleh bertukar jadi kenderaan dan leh bercantum jadi robot yang besar...hehe...

ok berbalik kepada filem Transformers ni...pada awal cerita agak boring sebab banyak sangat cerita pasal manusia sampai aku pening dan tak paham...haha...tapi cerita ni mula menarik bila Optimus Prime lawan2...fuhh best2...tapi sangat sedih masa Optimus Prime mati...huhu...macam manusia plak mati...masa Sam mati kejap pon sedih gak...huhu...pesal sedih2 jek cerita ni...tak la..aku tipu..tak sedih pon...silalah tengok..sangat best...abaikan permulaan cerita...hehe...

ok la...layan la trailer ni...








ni plak video clip Linkin Park - New Divide...OST Transformers Revenge of the Fallen







I remembered black skies, the lightning all around me
I remembered each flash as time began to blur
Like a startling sign that fate had finally found me
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide

There was nothing in sight but memories left abandoned
There was nowhere to hide, the ashes fell like snow
And the ground caved in between where we were standing
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes across this new divide

In every loss, in every lie, in every truth that you'd deny
And each regret and each goodbye was a mistake too great to hide
And your voice was all I heard that I get what I deserve

So give me reason to prove me wrong, to wash this memory clean
Let the floods cross the distance in your eyes
Give me reason to fill this hole, connect the space between
Let it be enough to reach the truth that lies across this new divide
Across this new divide, across this new divide



Download New Divide.mp3 here

Tuesday, June 23, 2009

Amoi Dah Ada Kedai Kasut Lah!!!


hehe...surpriseeeee!!!

pada 9hb Jun 2009 Kedai Kasut Saya dibuka secara rasmi...kat mana ye?bukan kat Pertama atau Semua House tapi kat internet jek...ye la sekarang kan zaman IT..eh 10 tahun lepas pun cakap zaman IT jugak kan?tak abis2 lagi zaman IT ek?hmm mungkin kita patut cakap zaman e-shopping...semua orang malas nak keluar shopping jadi shopping secara online jek...

ok amoi jual kasut apa?amoi jual kasut crocs...ori ke?jangan risau...bukan imitation tau...semua authentic dan murah2...kenapa murah?sebab product2 ni dapat direct dari kilang crocs kat china...allergic dengan perkataan china?ok sila cek kasut crocs kat kedai crocs kat malaysia...made in china juga...(^,^)v

ok sila la lawat http://kedaikasutsaya.blogspot.com/
...boleh buat pre-order...siapa cepat dia dapat dulu...(^,^)v

Monday, June 22, 2009

Hannah Montana the Movie

aku memang nak tengok sangat cerita Hannah Montana ni...sejak aku tertengok trailer kat Isetan...tapi tade sapa nak teman...nyampah ok! tapi semalam cita2 aku tercapai bila radhie belanja tengok cerita Hannah Montana...hoorayy!!!eh bukan belanja aku sorang jek...aini & ona pon sama...hehe...tq radhie...eh pesal semlm tade pop corn?hihi...

aku tade la follow pon Hannah Montana the series..tapi kalau tetiba masa bukak tv ada cerita ni..aku layan jek...syok ar plak cerita kanak2 ni kan?haha...dan filem Hannah Montana ni pon bestt...cerita ringan...dan yang pastinya aku suka lagu2 dia...best!!!

dalam movie ni ada penampilan istimewa Taylor Swift & Tyra Banks...Taylor Swift macam patung...Tyra kelakar...hehe...

ni trailer




dalam cerita ni ada tarian yang best...namanya Hoedown Throwdown...sangat best utk menari...




sapa2 nak belajar tarian Hoedown Throwdown tu boleh la tengok video kat bawah ni...belajar jgn tak belajar...syok wooo..




ni official vclip The Climb...sangat layan...aku tertarik nak tengok cerita ni sebab lagu ni la...memberi semangat!!!



I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa


"LIFE IS A CLIMB, BUT THE VIEW IS GREAT"

download The Climb.mp3 here

Monday, June 8, 2009

Black Out

Semalam sampai rumah dalam pukul 7 malam. Tengok2 ada effa je kat rumah.

"Sorang je?Orang lain takde?"

"Aah"

Aku terus masuk bilik, on laptop. Rindu nak online. Kemaruk! Aku on pakai bateri je sebab malas nak tarik wayar. Surf kejap sampai maghrib. Tengok bateri ada lagi separuh. Ok la. Sempat mandi & solat, nanti baru tarik wayar. Tengah mandi dengar pintu rumah ditutup. Mesti effa keluar.

Lepas solat sementara tunggu isyak surf kejap. Perut sudah berbunyi tapi malas nak gi dapur. Tunggu isyak dulu. Tengah syok surfing tiba2 black out. O oh. Kewl amoi kewl. Nasib baik on laptop so ada la cahaya sikit. Hmm tadi tengok bilik kak ina & suzy tak kunci. Diaorang ada dalam bilik kot. Tapi pesal diaorang tak keluar2. Huhu. Maknanya aku sorang2 dalam rumah time black out. Takpe amoi. Relaks2. Intai kat luar. Blok aku, blok 5 & blok parking gelap gelita. Adeh! Kalau rumah aku jek boleh la aku on semula suis utama tu. Suis utama rumah aku tu memang selalu 'tertendang'.

Dah la torchlight takde. Nak ke dapur nyalakan lilin pun takot. Huhu. Masa ni la baru terfikir nanti kena beli torchlight & lighter supaya senang aku nak nyalakan lilin. Ok sebenarnya dah lama terfikir tapi tak beli2 jugak. Tengok bateri kat laptop boleh bertahan 30 minit lagi. Baru la rasa menyesal tak tarik wayar tadi. Isk. Menyesal kemudian tidak berguna amoi. Takpe kewl2. Solat isyak dulu pastu beranikan diri gi dapur.

Lepas solat tengok bateri tinggal lagi 15 minit. Argh tertekan!!! Berbekalkan lampu handphone aku carik lilin kat kabinet tv. Cari dan cari. Isk time2 camni la tak jumpa. Tapi jumpa lilin tudung suzy. Ahh belasah je la dulu. Pegi dapur nyalakan dapur gas, pasang lilin lepas tu cari lilin lain. Aku ambik sebungkus lilin kecik untuk pasang aromatherapy tu then terus masuk bilik. Lega. Cepat2 pasang 3 lilin kecik sebelum laptop mati. Lilin kecik memang tak terang tapi bolehlah.

Laptop sudah mati. Aku lipat telekung yang aku tinggalkan tadi berteman 3 lilin kecik tu. Aku lipat macam dalam keadaan terang. Macam tak black out. Macam tak pasang lilin. Gatal gi kebas telekung langsung api lilin aku terpadam. Huwaaaaaaa. Tensen ok! Laptop mati. Lilin pon mati. MATIK! <-tiru slyde

Aku fedap. Nak gi dapur lagi sekali takot. Ala bukan takot apa. Takot gelap. Korang caya tak? Ngeee. Aku tekad kunci pintu & dok je dalam bilik. Arghh lemas & boring. Tiba2 dapat call dari kak ana.

"Hello. Kat mana?"

"Hello. Kat rumah"

"Gelap tak?"

"Gelap la. Huhu. Kak ana kat mana?"

"Kat bawah dengan suzy."

"Meh la naik. Sorang2 ni. Huhu"

"Malas la. Panas"

"Ala. Benci la."

"Ok la. Elok2. Jangan Pandang Belakang..."

"Huwaaa...jahatttt"

"Congkakkkkk...hihi"

"Cis"

5 minit kemudian dengar orang bukak pintu & bising2. Yayyyyy...diaorang naik jugak akhirnya. Hehe. Penakut!!! Agagagaga. Ok boleh pasang lilin dan memasak. Sangat lapar. Lalala.

Malam tadi candle light dinner. Romantik giler tapi panas. Hehe. Lepas makan borak2. Dari cerita spider, ular tiba2 masuk plak cerita mistik. Ala boring betul diaorang ni. Time black out la nak cerita mistik2. Takleh cerita masa ada lampu ke? Syok memang syok tapi takot pon ada jugak. Huhu. Layan je la. Pastu tiba2 nak masuk cerita ponti la plak. Isk. Cepat2 aku suruh stop. Esok lak cerita. Ish macam2 si suzy ni punya cerita.

Jam dah pukul 11 malam. Letrik still takde lagi. Panas, boring & mengantuk. At last tidur je dalam keadaan panas. Bukak pintu bilik & tingkap, baring sambil berkipas tangan. Aku tak tau bila masa aku terlelap. Tiba2 aku dengar bunyi air. Aku bangun tengok lampu bilik air tutup. Kak ana aku tak sure ada kat tempat tido ke tak. So aku panggil nama dia.

"Kak ana"

"Ye. Kenapa?"

Lepas tu aku pandang ke luar bilik. Oh ada orang masuk toilet kat luar tu. Bunyi air tu dari toilet luar. Aku ingatkan aku or kak ana lupa tutup air dalam toilet kitaorang. Hehe. Saspen jek.

"Hmm takde apalah"

Pastu aku sambung tido membiarkan kak ana dengan penuh tanda tanya. Haha.

Nak dekat pukul 1 pagi aku rasa sejuk. Oh letrik dah ada. Tadi dah siap2 on suis kipas, senang nak tau ada letrik. Aku bangun kunci pintu bilik & tutup tingkap pastu tido. ZZZzzzzzz.

Pagi tadi kak ana tanya.

"Nape kejut kak ana malam tadi? Ngigau ke?"

Dalam hati aku. Isk dah lama tak ngigau. Dulu pernah la ngigau sebab tak cukup kuota bercakap kat ofis. Hehe.

"Tak la. Ingat lupa tutup air. Tengok2 toilet kat luar tu yang berbunyi. Hehe"

"Oooo ingatkan ngigau"


Moral of the story sila sediakan torchlight & lilin sebelum black out. Hehe. Apa aku mengarut daaa....

Wednesday, June 3, 2009

Deeyana & Zaiham - Akad Nikah

last weekend follow abg syakir shoot kat bukit mahkota...dengan bijaksana aku tak print address sebab email sudah tukar hosting...dan dengan bijaksana tak mintak address kat abg wan...menggagau2 mencari...nasib baik dapat s.o.s dari abg syakir...hehe...bijak2 ko amoi...lain kali buat lagi :P

ok la...layan la gambar yang tak seberapa ni..saya budak baru belajar...hehe...













Monday, June 1, 2009

Gempar...Banner Terpaksa Ditukar

aku harap puan pojan tak berkecik hati di atas ketiadaan banner yang dibuat olehnya...aku terpaksa buang banner tu atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan...banner tu akan diganti dengan yang lain...tapi disebabkan aku takde idea nak design so aku biarkan kosong begitu saja...kosong pun ok jugak kan?hehe...

Friday, May 29, 2009

Snorkeling @ Redang Island - Part 2

11 Mei 2009
isda kejut suruh tengok sunrise...aku mamai2 hulur kamera kat aini suruh dia amikkan gambar...hehe...lepas solat baru layan sunrise...cantikkkkk...lepas tu lepak2 kat hammock ambik gambar sementara tunggu masa breakfast...

matahari


mula


naik

lepas breakfast kitaorang siap2 untuk berlatih snorkeling kat pantai depan chalet kitaorang tu...errr sebenarnya aku sorang je yang berlatih haha...sebab yang lain dah terror...cuak jugak mula2...tapi lepas dilatih oleh aini & farha, aku berjaya jugak snorkel sorang2...horayyyy...hehe...tq korang!

breakfast


sila patuhi jadual makan ye!


training...

lebih kurang pukul 10am kitaorang bergerak ke marine park...kawasan ni memang kawasan terpelihara...kena bayar rm5 untuk snorkeling kat sini...tapi ramainya umat...asyik nampak bontot orang je masa snorkeling...hehe...ops tapi kat sini apa2 coral tak boleh bawak balik even yang dah mati...kalau tak, kena tangkap wooo...boatman tu cakap baru2 ni ada orang kena gari sebab cuba bawak balik...wallahua'lam...so disebabkan coral2 tu tak boleh bawak balik, banyak la coral2 mati kat tepi pantai tu...sampai sakit la kaki nak pijak...hoho...

marine park..ramai betul orang


comelnyee ikan


masa kat marine park ni aku memberanikan diri untuk snorkeling...alhamdulillah dah tak panik...tapi tak reti plak nak bergerak ke tempat lain...haha...takot pon ada :P ...so boatman tu tengok aku terkedek2 dia pon ajak aku follow dia...hehe...bestnyeeee...dia bawak merata2...tengok macam2 ikan...lalu bawah jeti...tengok kapal yang karam...lepas tu dia bagi aku pegang gamat...snorkeling sampai pukul 11.30am...masing2 dah kepenatan...rehat kejap, bersihkan diri & terus balik resort...sampai kat resort terus pulun nasik...penat woo snorkeling...banyak guna tenaga...hehe...

lepas makan terus lepak tido lam chalet...masing2 kepenatan...tido tak hengat sampai rasa malas nak bangun untuk snorkeling pukul 3pm...tapi memikirkan datang jauh2 untuk snorkeling, bayar mahal2...ku gagahi jua untuk bangun...hehe...kali ni snorkeling kat tempat orang berlatih scuba...tempat ni tempat terpelihara jugak...tapi yang tak best ramai orang sebab kawasan ni depan beberapa resort...dan yang tak best kat sini, mamat boatman tu tak layan aku dah...huhu...nasib baik ada farha...so baru tau betapa susahnya nak bergerak sorang2 masa snorkeling...haha :P ...lebih kurang pukul 5 lebih kitaorang gerak balik...

ikan tengah dating..hihi

lepas minum petang, kitaorang lepak2 kat pantai main air & pasir...syoknyeeeeee...main sampai tak hengat jam dah nak dekat pukul 7pm...ye la 7pm kan dinner...hehe...tapi malam tu nasib tak berapa baik...hujan selebat2nya...so kitaorang terkandas dalam bilik dan berdoa dengan harapan makan malam still ada...lebih kurang pukul 8 lebih baru kitaorang keluar dinner selepas hujan mula reda...alhamdulillah makanan still ada sebab semua orang pon terkandas...hehe...lepas dinner lepak pulak tengok tv cerita ong bak 2...tapi belum habis cerita semua pakat2 balik, aku pon balik bilik sama....& zzzzzzz

12 Mei 2009
pagi2 lagi si isda dah bangun...lepas solat semua layan sunrise lagi dan jalan2 tepi pantai sambil ambik gambar...nyamannyeeeee...rasa tak nak balik & nak stay beberapa hari lagi...rasa tak puas...tapi apakan daya...tunggu aku jadi jutawan dulu la...hehe...lepas sesi mengambil gambar, kitaorang pun breakfast...lepas tu terus mandi, siap2 & kemas2 untuk balik...9.30am semua check out dan berkumpul depan reception...sementara tunggu bot kitaorang sempat posing sakan...

comelnyee chalet kitaorang...hehe


pemandangan tepi pantai


posing atas batu


all of us


family satu group dengan kitaorang...pakcik & makcik tu pun snorkeling tau! hebat!

pukul 9.45am dengan langkah berat kitaorang meninggalkan pulau redang...kali ni masing2 dah tak pakai life jacket...aku baru sedar masa bot tengah bergerak...aku tanya "apsal kita tak pakai life jacket ek?"...boatman jawab "masa pergi tatau berenang...balik dah tau berenang"...haha...hampeh...nasib baik selamat sampai kat jeti :P

mr boatman...yg pakai spek tu bawak aku snorkeling...hehe

sebelum bergerak ke kuala terengganu, kitaorang beli souvenir kat gerai2 tepi jeti tu untuk keluarga & kawan2...on the way ke kuala terengganu, sempat singgah beli keropok kat area merang...sedap woo makan keropok lekor rebus panas2...nyum2...

sampai kat kuala terengganu, kitaorang singgah masjid kristal...ambik gambar jek lepas tu singgah kejap kat losong beli keropok lagi...aku cam musykil la losong ni..dulu aku pergi, tempat orang jual keropok tu kat rumah je...ni kat kedai plak...ke salah jalan aku pun tatau...so kitaorang singgah je kedai mana yang ada...

masjid kristal

dari losong kitaorang terus menuju ke pasar payang...merayau2 beli barang sikit...aku suggest beli keropok kering kat pasar payang sebab rasanya lebih sedap...selalunya ada tester...korang mintak je la tester...hehe...dan selalunya keropok ikan tamban yang sedap...dan pastikan ada macam hitam2 sikit kat keropok tu...bukan hitam hangus tapi hitam ikan...hehe...tapi hanya boleh dikenal pasti lepas keropok tu digoreng...hehe...

lepas lepak minum & makan kitaorang terus bergerak ke masjid terapung untuk solat...masjid ni putih bersih...takde warna lain...so rasa macam lapang jek...lepas solat, singgah minum air kelapa & makan sotong goreng tepung tepi laut...oh nyamannyeeeeee...tima kasih aini & ona kerana sponsor juadah pada masa tu...hehe....lepas makan, mar & farha singgah lagi beli keropok...banyak betul budak2 ni borong...hehe...

masjid terapung


air kelapa...weheeeeee

actually masa dah lewat...lebih kurang pukul 4.45pm kitaorang bertolak ke kuantan...sampai kat rumah aku pukul 8pm...ingat nak balik KL terus...tapi family aku risau balik malam2...so terpaksa half day keesokan harinya...hehehe....

ok la..kat bawah ni aku nak share tips ke pulau:
1. sila guna sunscreen spf 130 untuk mengelakkan anda hangus terbakar
2. bagi yang bertudung, sila la pakai swimming cap atau baju renang muslimah untuk mengelakkan tudung anda tercabut semasa snorkeling ;)
3. kalau stay kat redang mutiara beach resort ni, tak payah bawak jajan banyak2...tak payah bawak langsung pun takpe sebab roti + air sejuk & panas 24 hours...anda tak akan mati kelaparan :P
4. kalau stay kat sini juga, anda tak payah bawak roti untuk makanan ikan sebab roti 24 hours diaorang tu banyak yang expired dan digunakan untuk bagi ikan makan...harap2 ikan tak mati lepas makan roti tu...hahaha (tapi sejak kitaorang stay kat situ, rasanya tak sempat roti tu expired dah habis kitaorang bedal...ok tipu sebenarnya mar & farha je yang tolong habiskan)
5. kalau ada mask & lifejacket sendiri, silalah bawak...kalau takde...pinjam la kat sesapa...jimat rm20 wooo...hehe...
6. belilah camera olympus yang leh ambik gambar dalam air tu ataupun beli sarung camera supaya anda boleh ambik gambar pemandangan dalam air...cun wooo..rugi tak ambik gambar...
7. last but not least...pakai la tudung ikin or tudung indon masa nak naik bot supaya tudung anda tak jadi macam ni bila ditiup angin...



sekian terima kasih

Wednesday, May 27, 2009

Snorkeling @ Redang Island - Part 1

8 Mei 2009
chat dengan kak anim...dia siap pesan jaga diri elok2 kat pulau redang...macam2 nasihat dia bagi..macam mak aku la pulak...masa tu aku ok lagi...pastu tiba2 si slyde sms tanya bila pegi redang...aku cakap la sabtu pagi bertolak ke kuantan, pastu sabtu malam tu bertolak ke merang...tiba2 si slyde mintak maaf kat aku sebab kutuk2 masa kat royal belum...aku cam pelik lak pesal nak mintak maaf...dia cakap sebab dia rasa tak sedap hati...arghhh...ni yang tak best ni dah la mak aku pun macam tak berapa nak merestui aku pergi pulau redang tu...isk...apakah yang akan terjadi ni?huhu...tapi aku cuba tenangkan hati aku dan tak bagitau sesapa...sebab kalau aku bagitau orang lain, sure orang lain pun gabra...nanti langsung tak jadi trip...baik aku diamkan diri jek...hehe...

malam tu piz call aku tanya persiapan...aku baru nak mengemas beg...plan dengan piz, ona & isda mau gerak pukul 7am...bukan apa nanti tade la nak rushing & driver leh rest & tido sebelum bertolak ke merang...lepas siap kemas terus online...dalam pukul 12pm piz call cakap tak dapat pergi sebab nenek dia baru meninggal...innalillah...so kami hanya berenam...

9 Mei 2009
ona janji pukul 10am...siap pergi mandikan kereta dia & bayar duit kereta...at the end kitaorang masuk tol gombak dalam pukul 12.30pm...berhenti alas perut kat petronas besar tu (alas perut sebab lapar & makanan mahal giler) ....dan berhenti kat R&R temerloh untuk makan nasik...alhamdulillah...sampai kat rumah aku pukul 4.30pm...lepak2 kejap, minum petang, ambik aini then terus ke giant beli jajan...malam tu dapat la makan nasik kat rumah then kitaorang berenam bermalam kat rumah aini...plan mau gerak pukul 12am...atas nasihat mak aini dan bebelan mak aku, kitaorang gerak pukul 2.30am....hehe...

sila exit 830 untuk pergi ke rumah aku & aini...hehe...


10 Mei 2009
1.30am alarm aku berbunyi...orang pertama aku kejut adalah aini...dan lain2 menyusul bangun...semua bersiap dan minum kopi radix sebelum bergerak untuk elak mengantuk...tepat pukul 2.30am kitaorang bergerak...habis semua traffic light merah kitaorang langgar...hehe...harap2 tak dapat saman :P ...lebih kurang pukul 5.30am sampai kat jeti merang...waktu masih awal...so kitaorang solat subuh kat masjid & lepak rehat2 kejap...

lepas breakfast kat restoran dekat jeti tu, kak za & che lan pun sampai dengan BMW nya...perghh...tokey resort naik BMW...ni yang rasa nak bukak resort jugak ni...hehe...lepas diskusi dan buat sesi pembayaran, kitaorang pun bergerak ke jeti tunggu bot...dalam pukul 10.30am bot pun sampai...perjalanan ke resort lebih kurang 40 minit...cuak jugak masa naik bot tu sebab bot tu melambung bila langgar ombak...risau je terbalik tapi bila fikir ada pakai life jacket rasa tenang sikit cuma rasa tak sabar nak sampai kat resort..hehe...

breakfast


tunggu bot


aini & isda

bila sampai kat jeti resort, subhanallah...cantik giler air...jernih macam kat swimming pool...hilang rasa risau, takut etc...hehe...lepas dapat bilik...masing2 rehatkan diri, tido tak hengat...sampai terlajak waktu makan...pukul 1.30pm baru terpacak kat cafe...makanan dah tinggal sisa2...huhu...nasib baik ada group brader2 yang baik hati bagi sotong bakar...nyum2...merasa jugak makan sotong bakar lepas kempunan tak dapat pergi mencandat...hehe...

macam mainan je kan...chalet kitaorang 2 biji hujung sebelah kiri


jeti


dah sampai Redang Mutiara Beach Resort

pukul 2.30pm dah bersiap sedia untuk pergi snorkeling...peralatan untuk snorkeling kena sewa...mask & jacket rm10 setiap satu untuk 3 hari 2 malam...aku jimat rm10 sebab siap2 bawak mask pinjam...hehe... (oh tapi ona yang terpaksa pakai :P) ..pukul 3pm bergerak ke tempat snorkeling...

snorkeling time!


pemandangan dari depan reception


pemandangan dari jeti

aku turun dalam air sama ona...masa nak turun tu terasa cuak sikit...bila dalam air terus panik...aku tak dapat control badan...haha...dan ona menjadi mangsa aku...aku gi rendam kepala dia dalam air...dan ona dapat minum air laut free...agagagaga...sori ona...tak sengaja...terlalu panik...ayah aku tak ajar aku snorkeling...hehe...so aku terus give up untuk snorkeling dan naik atas bot...tiba2 boatman tu ajak aku turun...dia offer bawak aku snorkelling...aku pun dengan perasaan cuak follow dia...ahhh baru confident sikit...tapi sekali sekala ada gak tersedut air...hehe...kalau boatman tu kiut mau gak terjatuh chenta kat situ...heheh...

pukul 5pm kitaorang balik...minum petang dan terus lepak pantai...main air dan pasir...oh bestnyeeee...

ngeeeee

malam tu ada sesi bbq...mula2 masing2 confuse dinner pukul berapa...so to be safe, kitaorang keluar pukul 7pm sebab takut makanan habis macam masa lunch tadi...alhamdulillah nasib baik keluar awal sebab dinner memang pukul 7pm...hehe...sesi bakar-membakar pun bermula oleh tukang masak aini...hehe...ada ayam, lamb, hotdog, fishball, ikan...yummyyyyy...

bbq...yummyyyyy

lepas makan lepak2 bawah pokok sambil menikmati keindahan malam...borak2...pukul 10.30pm dah ngantuk & terus masuk tido...

to be continued....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...