Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, December 15, 2009

Hi Hi Streamyx...Bye Bye Celcom

dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh je (read: malas). hehe.

setelah aku kecewa dengan maxis, diikuti dengan celcom, maka sekarang aku beralih arah kepada streamyx...harap2 ia tidak mengecewakan aku.

lepas aku membebel kat blog cerita pasal orang streamyx tak call aku setelah 5 hari bekerja, petang tu tiba2 terus dapat panggilan dari seorang kontraktor cina. haha tau takut!! disebabkan aku malas nak ambik cuti atau mengelat ambik time off (reka sbb tak pernah wujud perkataan time off dalam buku undang2 kecil syarikat) maka aku dengan selamba janji dengan kontraktor tu pukul 5.30 ptg. nasib baik dia ok je. lepas letak telefon then berlakon seperti baru perasan waktu sebenar habis kerja pukul 5.30 ptg. pukul 5 mintak permission kat bos then terus balik...

masa kontraktor tu sibuk2 setting, aku cakap la aku baru je call TM pasal takde orang streamyx call aku lagi untuk pasang. kontraktor tu cakap barang takde so tak boleh buat kerja. ok aku accept nampak macam betul je apa dia cakap. lepas dia terang serba sedikit pasal setting2, cara nak tukar network id, password etc..dia cerita plak lampu2 pada modem tu. sambil tengah tunggu modem tu connected, mata dia terpandang gambar aku lekat kat dinding.

"muka u macam cina la. ada keturunan cina ke?"

aku gelak..haha

"takde la..moyang saya saja muka macam cina, tapi bukan cina"

"oo..tapi macam cina la"

haha. aku rasa kelakar kalau orang cina cakap aku macam cina. sebab aku rasa overall aku tade la rupa macam cina cuma mata je sepet (sangat jeles bila jumpa cina mata bulat..haiya!). masa sekolah dulu, cikgu akaun aku yang berbangsa cina pun cakap aku macam cina. bila aku cakap kawan aku, irda lagi muka macam cina sebab mak dia mmg asal cina, cikgu tu tetap cakap aku lagi macam cina dari irda. cis sungguh tak puas hati padahal irda lagi mata sepet dan putih dari aku. sungguh tak faham di sini.

lepas kontraktor tu setting, terus boleh guna. yahooo!!! seronok giler sebab masa tu dah kemaruk tak boleh online hampir seminggu sebab aku terminate celcom awal dan kebetulan streamyx tak pasang lagi kat rumah aku. sapa2 nak pasang streamyx, dinasihatkan apply seminggu awal dari tarikh kita nak guna sebab tak boleh agak bila diaorang akan pasang. hari tu aku terpaksa terminate celcom awal 3 hari sebab tu je masa aku boleh gi celcom branch dan terminate. dah la terminate on the spot. benci ok! nasib baik dapat rebate RM6. tuntut jugak weh! bleh makan tengah hari tu..huhu...

so far aku berpuas hati dengan streamyx ni. lagi laju dari celcom. selama ni aku ingat lappy aku slow tapi sbnrnya celcom yang slow...huhu. caj bulan2 murah pulak tu. RM60 384kbps berbanding celcom RM68 dengan speed yg sama. dah la aku beli usb modem huawei tu RM299. konon dulu taknak masuk fixed line, leceh. tapi bila kira balik, lagi untung aku pasang streamyx sebab caj apply tel RM85 (deposit + stamp duty) je cuma aku kena tambah RM40 untuk wiring charges. sebenarnya RM30 jek tapi soket telefon tu dah berkarat plak, so terpaksa ganti yg baru..huhu. sekarang streamyx ada promotion streamyx combo...activation & installation fee (RM75 + RM88) waived wa cakap sama lu. eh eh dah terasa macam duta streamyx plak..haha. ok la asyik puji je. kita cerita pasal keburukan pulak. keburukan cuma tak boleh nak mobile je la. sblm aku tukar aku dah fikir, selama aku pakai celcom, sekali je aku pernah bawak usb modem aku tu keluar dari rumah sewa aku ni. haha. so aku mmg tak sesuai pakai celcom. hehe.

so apa lagi..cepatlah potong...haha..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...