Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, August 11, 2009

Surat Dari LHDN

Bulan lepas aku dikejutkan dengan kedatangan surat dari LHDN. Ingatkan dapat la cek refund. Rupa-rupanya surat JA. Surat JA tu mengatakan aku kena bayar cukai tambahan. Aku pelik giler kenapa lak aku kena bayar cukai tambahan padahal sepatutnya aku kena refund. Fikir punya fikir rupa2nya cukai tambahan untuk taksiran tahun 2007. Tapi apasal kena tambah cukai plak ek? Ish musykil lagi. Aku pun selongkar la kotak aku dan cari EA Form aku. Belek punya belek. Compare punya compare rupa2nya amaun tambahan tu datang dari bonus tahun 2007 yang aku dapat tahun 2008. Lagi tambah pelik. Kenapa lak bonus yang aku dapat tahun 2008 tapi taksiran 2007? Seperti mahu mengamuk di situ. Ok relaks..relaks.



Esoknya aku call LHDN Shah Alam sebab aku punya fail bukak kat sana (Aku tak tau macam mana fail aku bukak kat Shah Alam. Maybe masa aku register kat Menara TM tu orang tu dari cawangan Shah Alam). Aku pun mula sesi mengamuk aku di telefon (eceh mengamuk la sangat padahal cakap2 biasa jek :P). Nasib baik la staff LHDN tu bersabar melayan pertanyaan dan ketidakfahaman aku. Dia terang tapi aku still tak puas hati dan tak faham. In the end bila dia cakap ok la kita buat offset. Tolak cukai tambahan dari refund tahun 2008 so still ada balance. Then baru aku diam dan dah tak argue lagi. Haha. Aku tak paham pun apa dia terang tapi yang penting kerjasama aku tak perlu bayar tax tambahan. Then dia suruh fax EA form 2007 & 2008. Aku ok jek dan letak telefon.

Lepas tu borak2 dengan kak herma. Diskas punya diskas baru la faham dan betul la staff tu cakap tadi. Walaupun bonus tu dapat tahun 2008 tapi bila dah namanya bonus 2007 so kena taksir tahun 2007. Haha. Gelakkan diri sendiri. Tu la dia nya bila first time dapat surat JA, gelabah sekejap.

Beberapa hari lepas tu aku fax EA Form ke LHDN dan staff yang layan aku tu cakap betul la aku kena bayar tax tambahan. Hehe. Mintak maaf encik. Saya first time dapat surat JA ni, so gelabah la sikit. Lagipun saya kekurang duit nak bayar. Ok tu hanya kata2 dalam hati aku je. Hehe.

Beberapa minggu lepas tu dapat cek refund. Yahooooo!!! Akhirnya dapat jugak. Walaupun tade la seberapa refund tu tapi boleh la buat duit makan kan? Hehe. Lega dapat refund time2 sengkek ni. Alhamdulillah.



Ok sila jangan mintak aku belanja.

6 comments:

Acai said...

Slm amoi tokei kedai kasut,hehe.
Slm kenalan ye..thanks sudi singgah blog sy :) waaa, terer gaklah amik2 gambar ni..blehlah follow sy buat job ni,kekeke..Sy sejak kerja dah lebih 5 tahun ni tak pernah bayar kat LHDN langsungpun..:) sbb sy dah convert sume tu kat zakat..Zakat ada rebet cukai pendapatan:)

Jadi pas bayar zakat pendapatan, simpanan, perniagaan dah tak perlu bayar cukai..sbb jumlahnya dah exceed tax tu..dan yang bestnya bleh auto adjust kat slip gaji kita setiap bulan sebab kita buat potongan gaji.ceewahh, mentang2 kerja zakat, siap promote lagik,hahah

amoi said...

ye salam kenalan...tade terer pon..still belajar lagi ni...huhu..hoho boleh tag kah?menarik!!!

oh really?tak pernah bayar tax?tu la pasal...saya 1st time buat masa tahun 2007...masa tu baru perasan kalo bayar zakat banyak giler dapat rebate...tapi masa tu tak dikenakan zakat lagi...so redha je la bayar RM7 tax..haha...tapi tahun 2008 mula bayar zakat...tu yg dapat refund tu...

eh zakat simpanan pon leh tolak tax jugak ek...menarik!!!thanks for the info :)

Yun said...

lah..baru nk mintak ko belanje kopi mahal...dah sound jgn mintak belanje...:P

amoi said...

aku tau dah niat2 korang ni...so aku sound awal2...ahahaha..kedekutttttt :P

~tuah.rimbun~ said...

nasib baik ko dah ada insuran
kalau tak aku cucuk jarum,hehehe
income tax aku dpt refund awal sbb ada kabel,hehe...

roger2 aku kalau nk mintak tlg

amoi said...

haha...ko jgn main cucuk2...bahaya woooo..ahahah...oo dapat refund awal ye...aku maybe sebab ada bonus tu kot yg buat lambat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...