Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

I Have Been Hen-Picked...wuhuuu


Apa? Ayam pilih aku? Ya. Sila percaya. Teheee...

Beberapa hari yang lepas, minah HR kat ofis aku ym aku.

"Wah2 ada orang dapat makan free"

Aku confuse then reply.

"Makan free???"

"Aah. Dapat lucky draw. Nando's fax kat ofis"

"Wah tak sangkanya bertuah..hehe"

Nak tau macam mana aku boleh dapat Nando's free? Hehe...

Aku tak ingat tarikh kejadian tapi dalam 2-3 minggu lepas la kot. Slyde tiba2 ajak pergi makan kat Nando's la plak. Aku on je sebab dia yang drive. Haha. Dah la on the way ke sana jammed giler. Giler pun tak jammed macam tu. Dan yang paling tension jammed tu disebabkan orang lane sebelah sini sibuk tengok kenderaan sebelah sana dok kena tahan dengan polis lepas tol Sungai Besi. Hampeh!!! Rakyat Malaysia yang prihatin tak kena tempat.

Sampai kat Nando's kitaorang makan dengan lahapnya sampai pergi toilet secara berjemaah. Hehe. Masa nak bayar tu ternampak balang hikmat kat depan kaunter bertulis "Drop your name card here". Lebih kurang macam tu la dia tulis. Aku pun dah hilang ingatan sebab makan banyak semut huhu. So tanpa berlengah lagi aku dengan Slyde masukkan name card dalam balang hikmat tu dengan tanpa rasa berharap or what so ever. Sehinggalah fax sampai kat ofis aku baru la terkejut dan bangga. Haha. Bangga sebab aku masih lagi bertuah sebab dah lama tak dapat lucky draw. Huhu. Mungkin ini adalah satu petanda kepada permulaan yang baik dalam hidup aku. InsyaAllah. Amiinn.

Sebenarnya ni kali kedua aku campak name card kat dalam balang hikmat Nando's tu. Kali pertama kat Mid Veli. Tak bertuah pada waktu tu. Maybe kat sana ramai orang campak name card kot so kebarangkalian untuk aku bertuah adalah tipis sila rujuk topik kebarangkalian dalam buku teks matematik untuk kira kebarangkalian ye adik2.

Oklah. Kalau korang singgah kat Nando's jangan lupa campak name card dalam balang hikmat. Campak banyak lagi bagus. Kebarangkalian nak dapat lucky draw adalah tinggi. Hehe. Selamat Mencuba!!!

Tuesday, October 20, 2009

Plusliner oh Plusliner

aku sebenarnya tengah dok survey tiket bas nak ke langkawi. nanti ada training kat langkawi. tapi maybe lone ranger je naik bas dari KL. huhu. first time nak gi langkawi naik bas sorang2. seram jugak tapi buat ala2 berani la. haha. dok je dalam bas tu nanti then tido. memang itu je la keje aku kalau naik bas. kalau balik kuantan, kadang2 tak sampai tol gombak lagi aku dah tido. haha. dan aku suka dok single seat sebab takyah la nak risau laki ke dok sebelah aku. bkn apa, dah banyak pengalaman aku dok double seat ni. aku kan kuat tido dalam bas, lepas tu kepala tak boleh dok diam then aku akan tido atas bahu orang sebelah aku. haha. malu betul bila sedar dari tido kepala kita dok atas bahu orang sebelah. kalau pakwe kacak takpe jugak la kan. haha.

ptg tadi lepas balik keje singgah sat kat puduraya beli tiket bas ke tampin. minggu ni nak gi umah kak ngah. dia ajak follow rombongan sekolah ke melaka la pulak. plan asal nak balik kampung tapi macam best jugak dapat jalan2 kat melaka ditambah dengan pakej cikgu sekolah yang murah, so tanpa berlengah lagi aku setuju aje walaupun gaji tak masuk lagi. huhu. masa beli tiket tu nampak transnasional ada ke langkawi, plusliner pun ada. tapi aku malas nak beli lagi sebab nak plan betul2 dulu.

balik rumah aku pun try la tengok website plusliner. mula2 bukak tu rasa gembira sikit sebab boleh beli tiket online. nampak gayanya bertambah 1 lagi bas yang boleh beli tiket online selain maraliner. aku pun dengan pantas register dan login. nak try book la konon. dah login tu keluar la page macam kat bawah ni.



aku confuse. takpe2. klik continue. dah klik continue keluar page macam kat bawah ni plak.



macam mana nak pilih destinasi? masa? adeh pening kepala aku. sistem memang tak boleh pakai ke atau belum ready lagi? kalau tak boleh pakai, jangan la bagi orang register. buat sakit hati jek. kalau nak buat e-ticketing, buat betul2 jangan buat sambil lewa jek.

aku rasa bas kat malaysia ni dah patut buat e-ticketing. senang kat pengguna nak beli tiket. tak payah dah nak keluar rumah beratur pergi beli. dengan cara ni diaorang dah jimat. jimat bayar gaji pekerja, jimat kertas tiket..macam airasia...tengok skrg MAS pun dah tiru. aku kecewa jugak bas yang dah establish macam transnasional, plusliner ni still lagi tak boleh buat e-ticketing ni. harap2 nanti lagi banyak lagi syarikat bas buat e-ticketing. tak rugi punya. percayalah. sbb orang malas macam aku still akan beli online walaupun dikenakan caj (^^)v

Sunday, October 18, 2009

Mari Usahakan Ladang Bersama Ranch Rush

apakah dia Ranch Rush? Ranch Rush adalah game tanam sayur..haha...ni aku je yang cakap...

hari tu tengok aini main game ni kat rumah abg radhie terus terpikat...macam best lak game ni tanam2 sayur, bela lembu, bela ostrich...hoho..tapi semakin lama semakin mencabar...ye la kan..takkan semakin lama semakin senang...week 8 hari jumaat tu memang mencabar betul la...aku main nak dekat 10x baru lepas...tensen jek...tapi akhirnya lepas jugak la...so sekarang tgh main expert mode plak...tere tak?hehe...

ni lah gambar ladang aku...ni dah masuk week 8 rasanya...bunyi ostrich tu mmg annoying..haihh..


yang membuatkan game ni mencabar sebab kita tak boleh tengok keseluruhan ladang kita dalam 1 screen...maknanya kita kena drag ke kanan atau ke bawah untuk tengok kawasan lain...paham tak?tak paham?ish..download la dan main, nanti confirm paham...hehe...

sapa2 nak download boleh download kat sini ye...

Thursday, September 17, 2009

Bergaya Di Hari Raya

haihh lama betul tak update belog. tade masa + malas. haha bleh?

2 minggu lepas, lepas balik bershopping di jalan TAR, tiba2 rasa nak buat spek ( read: cermin mata ) la pulak. kak anim pon offer nak antar aku kat kedai spek kat pantai dalam tu. fikir punya fikir boleh la jugak kan. frame spek aku yg aku ikat guna benang sejak kat Pulau Redang tak berganti lagi. haha. selamba je gi keje pakai spek ikat guna benang.

bila sampai kat kedai spek, bila tengok ada sale, kak ana & kak anim pun menyebok nak buat spek sama. diaorg ni giler spek padahal baru je buat spek. aku je kedekut nak buat spek. hehe. susah betul nak pilih frame yg stylish tapi tak memburukkan tudung yang dipakai. ini yg susah kalau orang pakai tudung pakai spek. nak pakai contact lens macam leceh la plak. nak jaga bagai. tsk. tapi sekali sekala nak melawak melawa bleh la kan. hehe.

cari punya cari jumpa la yg berkenan di hati. lepas tu test mata. orang kedai tu siap dah bukak resit tiba kak anim cakap "moi ko tengok ni, cantik tak?kecik, tak kembang". sambil test frame tu kat mata dia. aku pon test jugak "aah la cun2..ok la nak tukar. bleh tukar ke kak?"..."bleh2". terpaksa tambah rm58 plak sbb spek yg kedua tu mahal sket padahal spek budak2 jek. huhu. takpe la nak cun punya pasal. ahahaha..ferasannn :P

dan minggu lepas siap la spek tu. tadaaaaa...sama tak spek kitaorang?hehe...

Tuesday, September 1, 2009

Ingatlah Diriku - Chandra feat. Sheila Majid

lagu ni theme song untuk drama Kala Hati dalam slot Samarinda. actually hari tu nak buat review tapi tak abis2 taip, pastu terus cerita Kala Hati tu tamat. haha. langsung takyah tulih la. kita layan je la ost Kala Hati ni. layannnnn ..



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatlah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu



download mp3 kat sini

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan: Antara Fadhilat dan Syarat


Tengah hari tadi aku dan rakan2 ofis berkesempatan hadir ke ceramah Ustaz Zawawi, ustaz yang selalu ceramah dalam tv tu. Awal2 lagi kitaorang dah keluar ofis sebab nak chop tempat. Kalau lambat alamat kena buat tahlil duduk atas tikar. Ramai jugak yang datang, bak kata ustaz, "takleh makan, so pergi la ceramah"...hehe...pergi ceramah pun dapat pahala tau even kita tersengguk2 pun...ustaz tu cakap...hehe..

Dalam ceramah, ustaz cakap salah kalau kita guna istilah bulan puasa, sepatutnya bulan ramadhan. Sebab bila kita guna istilah bulan puasa, kita hanya fikir bulan puasa hanya berpuasa dan tak ingat ibadah2 lain yang patut kita buat di bulan ramadhan. Ustaz jugak cakap kena tau antara pahala wajib dengan pahala sunat. Contoh macam berzikir dan melayan tetamu, melayan tetamu adalah wajib, berzikir tu pulak sunat. So kita kena utamakan melayan tetamu dulu.

Masa akhir ceramah ustaz tunjuk video budak2 sekolah tengah menangis keinsafan lepas tu siap peluk2 mak bapak, sujud kat kaki..fuh syahdu giler. Aku menahan air mata jek. Rupa2nya akak kat sebelah aku pun sama dok kesat2 air mata. Akak yang sorang lagi dok kesat air mata dengan tudung..hehe ingatkan aku sorang je yang tangkap syahdu...giler sedih masa tu...isk..terus ingat mak bapak kat kampung..mak bah apa khabar ye?? T_T

Seronok jugak sekali sekala dapat pergi ceramah ni. Dapat banyak input dan dapat mengingatkan diri kita semula sebab kadang2 kita mudah lupa walaupun asalnya kita tau sesuatu benda tu. Minggu depan Ustazah Nor Bahiyah pulak...mesti besttt!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Malas betul nak update blog. Rupa-rupanya dah nak dekat 2 minggu aku tak update. Haihh. Pemalas betul amoi ye. Baiklah mari kita update blog sekarang.

Tup tap tup tap hari ni dah 5 Ramadhan. Alhamdulillah boleh lagi berpuasa cuma kadang-kadang mengantuk kat ofis. 1st day keje, Isnin lepas, rasa mengantuk giler. Rasa nak tido je kat meja tu. Then bulan puasa ni selalunya produktiviti menurun sikit. Haha. Dah la mau kejar SIT 8hb ni. Harap-harap sempat la kan.

Hari pertama puasa rasa sedih giler time nak berbuka. Mana taknya kena berbuka sorang2...isk...housemate ada balik kg, pergi rumah sedara, pergi rumah kawan. SMS kak anim nak berbuka sama dengan dia then dia reply dia nak balik kg dan hubby dia ada kat rumah. Takkan nak kacau kan so berbuka la sorang2 kat rumah..isk..sedih betul. 1st puasa dah sedih...

Teringat puasa zaman sekolah asrama dulu. Aku orientasi dalam bulan puasa. Ye, masuk sekolah dalam bulan puasa. Dah la sekolah tu macam padang jarak padang terkukur dan berada di utara. Sah2 kawasan situ kawasan panas. Nak menangis pun ada dapat sekolah macam tu. Tapi aku kewl je. Parents aku siap bayar yuran separuh je sebab takut aku lari balik. Haha. Maklum la first time masuk asrama. Tapi even first time tade la aku nak teriak masa parents aku balik. Hehe.

Masa register, automatik dapat sorang kakak angkat. Aku ingat lagi nama dia, Syibratul. Petang2 time nak berbuka dia akan jemput aku kat dorm ajak ambik makanan. Err tu cikgu suruh kot..hehe. Makanan baru yang aku jumpa adalah bubur gandum. 1st time makan. Not bad jugak. Lepas ambik makanan, letak siap2 atas meja then lepak tepi longkang sementara tunggu azan. Malam2 gi surau. Solat jemaah dan terawih. Lepas prep, ada moreh. Heaven2.

Ada satu peristiwa, semua dah bersedia nak berbuka. Semua dah duduk kat meja makan. Sorang ketua akan lead baca doa. Lepas doa habis baca, semua mula makan. Tiba2 orang yang baca doa tu cakap "Err mintak maaf ye, waktu berbuka belum masuk. Tadi waktu berbuka tempat lain"...wah tersembur kurma dari mulut. Haha lawak betul. Boleh lak tersilap waktu berbuka. Hampeh betul!!!

Ok la..aku harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni mendekatkan lagi diri kita kepada Allah..ameennn...

ok jom karaoke terawih...