Haa tajuk..semangat!
SPR dah umumkan tarikh PRU14. Seperti sedia maklum, tarikh mengundi pada 9 Mei 2018. Ramai tak puas hati dengan tarikh ni, bukannya apa.. Kenapa hari Rabu? Kenapa bukan Isnin? Memang saja taknak bagi orang balik mengundi ke? Ada jugak yang cakap, sepatutnya kita mengundi kat tempat kita tinggal. Aku pun setuju jugak bab tu. Tapi aku terlupa alamat mengundi ikut alamat dalam kad pengenalan. Hari tu masa nak renew lesen kereta, ternampak salah satu servis pejabat pos, boleh update alamat mengundi. Aku pun cakap la kat akak kaunter tu aku nak update alamat mengundi. Pastu dia tanya, ikut alamat dalam ic ni eh? Aku terpinga-pinga. Eh kena ikut alamat ic ke? Aah kena ikut alamat ic. Maka terkubur la hasrat nak update alamat mengundi.
Walaupun kerajaan dah isytihar 9 Mei 2018 tu public holiday, aku pun tak pasti aku dapat balik ke tak. Laki aku mengundi kat Bangi. Dia macam malas nak drive balik. Ceh ada gak kang aku balik naik bas. Semangat!
0 comments:
Post a Comment