Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 21, 2009

Yahooo..Able to Open Nuffnang using Celcom Broadband!!!

petang tadi tiba2 aku terpanggil untuk report masalah pengguna celcom broadband seperti aku yang tak boleh bukak nuffnang site...bukan setakat tu je...blog/site yang ada ad dari nuffnang pun tak boleh bukak termasuklah blog aku sendiri...blog aku ok! blog aku sendiri kena bypass proxy...apa kes???tapi yang peliknya kelmarin dah hari2 sebelumnya boleh la pulak bukak blog aku dan orang lain...semalam tak boleh...tu yang terus rasa terpanggil nak report kat nuffnang...hehe...

actually aku suspect ni problem celcom...tapi aku belum terpanggil untuk report kat celcom hehe...petang tadi pada jam 2.34 p.m aku pun report la kat nuffnang yang berbunyi begini...


Hi,

Can you check why all Celcom Broadband users unable to open Nuffnang site and blog/website that displaying nuffnang advertisement? As far as I know, Celcom Broadband users are sharing same IP. Should it be a problem? Does nuffnang blocked this IP?

Your feedback is highly appreciated. Thanks
.


dan dengan sepantas kilat staff nuffnang reply report aku pada pukul 2.41 p.m...cepat kan?kan?kan?haha...oh reply dia berbunyi begini...


Hi there,

We are aware of this problem and we are looking into it now. We apologize sincerely for any inconvenience caused, and will inform you if we manage to fix the problem.

Once again, I apologize for whatever inconvenience caused!

Thank you and have a great day ahead.

From,
Mellissa Lee
Nuffnang Sdn. Bhd.
http://www.nuffnang.com


oh cepat giler dia reply...ni yang buat aku sayang kat nuffnang ni...hehe..macam ni la bagus buat kerja...dan yang paling bagus...malam ni aku try bukak blog aku...dah bolehhhhhhhhh...yahooooooooo...website nuffnang pun dah boleh...yahooooooooo...sungguh pantas la diaorang solve problem...hehe...i lap u...

tapi website kak uda still tak boleh masuk guna celcom...hmmm...nak kena report kat celcom ke ha?

Tuesday, January 20, 2009

Our Vanishing Heritage - an exhibition by PhotoMalaysia.com





lepas pergi Complete - Save the Palestinians kat Bangsar Sports Complex, kitaorang lunch kat gulai kawah pantai dalam + solat kat rumah aku...lepas tu terus pergi Central Market nak tengok photography exhibition anjuran PhotoMalaysia ...

actually launch pukul 3...tapi berlamaan sangat kat bangsar dan makan, kitaorang sampai kat CM pukul 4 lebih kot...hehe...launching pun dah habis...menonong je masuk tempat pameran tu...sampai2 ke terus minum air limau yang diaorang sediakan...haha...oh Mr Pang sangat bijak bila berjaya solvekan problem air meleleh dari bekas air tu...sebabnya ais tersumbat dalam saluran air...haha...sungguh bijak...aku tak pernah terfikir pun...rasanya masalah ni selalu jugak aku jumpa..hehe...so kalau korang mengalami masalah macam ni...korang cuba la keluarkan ais yang tersumbat kat dalam saluran tu...hehe...

credit to slyde




lepas minum terus browse pameran...apa yang slyde bagitau aku, gambar2 yang dipamerkan kat situ semuanya adalah yang terpilih, yang dihantar oleh ahli photomalaysia...gambar2 ni bertemakan 'Our Vanishing Heritage' ....so memang heritage la kan...ada gambar budak mandi sungai, main batu seremban, main congkak macam2 la...

ted adnan


so apa lagi...korang pergi la tengok...tak rugi tauuu...



Photographing Quest @ Universiti Malaya


tadi jalan2 kat negaraku ...lepas tu terjumpa posting oleh bdfabregas pasal photography competition...menarik ni...boleh la aku mengasah bakat yang tak seberapa ni...hehe...nak ajak pojan , dia dah pindah lak time tu...huhu...

temanya adalah haunted...mula2 fikir susah jugak tema ni...memang menguji bakat betul la...nasib baik ada idea bernas dari sempai dan pojan...hoho tak sia2 korang belajar kat UM haha...banyak rupanya tempat haunted kat UM ni...hehehe...

kalau boleh edit best jugak kan...boleh buat macam haunted2 sket...cewahhh...macam la aku tere edit pun...hehe...kalau boleh edit, aku sub kat aini la...dia tere sket edit2 ni...hehe...boleh tak aini? kalau menang bahagi 2 la duit...trofi ko ambik...sijil aku ambik...ok?hehe...

tadi aku try call minah ajk tu...tak angkat pulak...ada kelas kot...so aku dah tinggalkan message kat blog dia ...bersemangat ni nak masuk...hehe...

hadiah tak seberapa pun...tapi rasa macam best pulak nak masuk...mana tau menang macam kak uda kan?hehe...go go caiyok!

Complete - Save the Palestinians


sabtu lepas sempat pergi Complete - Save the Palestinians kat Bangsar Sports Complex dengan slyde ...actually slyde yang ajak...sambil2 tu boleh test skill photography katanya...tapi end up dia yang banyak ambik gambar sebab aku segan...haha...boleh macam tu??hehe...

sampai kat situ tengok ramai pakai baju colour hitam...kebetulan pulak aku pun pakai baju hitam dan slyde pakai baju dark brown...haha...kira macam mengikut tema la...tapi rupa2nya yang pakai baju hitam tu commitee + volunteers...haha...kira ok la tu...nasib baik kitaorang tak pakai baju striking...hehe...


nasib baik ada gerai jual makanan...so beli la makanan sikit buat alas perut sebab tak sempat nak breakfast kat rumah...maklum la...'awal' sangat bangun...hehe...

lepas makan terus masuk dewan...tengok dah ramai orang kat dalam tapi nasib baik still ada seats....lepas tu upacara pun bermula...speaker yang pertama aku tak tau nama dia...speaker kedua Dr Chandra Muzaffar...speaker ketiga aku tak tau nama jugak dan speaker keempat yang ditunggu2 adalah Tun Dr Mahathir Mohamad...masa ni aku nampak baru la cameraman nak on camera masing2 ambik gambar...haha...kesian speaker2 sebelum tu...Tun M menyeru supaya orang ramai boikot barang2 dari US dan menyeru kerajaan supaya berhenti membeli produk2 dari US terutamanya senjata...


Dr Chandra Muzaffar



Tun M berucap

lepas Tun M berucap, adik2 dari sekolah khalifah apa ek namanya yang kat ampang tu buat persembahan....lepas tu ingatkan dah nak blah...tiba2 nampak sheila majid pulak kat atas pentas...haha...bukan sheila perform ok! dia berucap je kat atas pentas tu...aku tak sure dia memang dijemput atau coincidently datang majlis tu...tapi aku tengok acis dan 3 orang anak dia tu ada jugak...



lepas sheila berucap adik2 buat persembahan puisi dan nyanyian...oh sedap sungguh suara adik yang tengah betulkan wayar kat gambar atas tu....muka pun boleh tahan...sapa nama ek?boleh berkenalan?haha...*wink*


photos: credit to slyde

lepas selesai persembahan, majlis berhenti untuk lunch break...masa ni volunteers dibahagikan kepada beberapa kumpulan...kumpulan tu berdasarkan tempat yang akan diaorang distribute flyers...diaorang dah bahagi siap2...so sorang2 pegang kertas mewakili location masing2...hehe...seronok pulak tengok diaorang...dan tengah2 kekalutan tu tiba2 aku terjumpa piz...haha...kecik betul dunia...dia jadi volunteer rupanya...alhamdulillah...bagus2...hehe...aku je kurang bagus sikit...hehe...

Central Market...Central Market...


sign petition untuk dihantar ke Duta US


tiba2 jumpa piz kat sini...alamak piz terbalik la kertas tu...hehe


press conference


jom balik


bangga giler aku dapat tangkap gambar Tun M...hehe


sedih giler muka perempuan tu...hehe


alahai comelnya adik ni...susah betul aku nak ambik gambar dia

yang bestnya event ni bukan dihadiri oleh orang Muslim sahaja, tapi pelbagai kaum dan agama...kaum dan agama lain turut sokong event ni....event ni bukan kerana bantu Palestin selaku negara Islam tapi kerana hak Palestin yang telah diceroboh...dan menyelar tindakan Israel yang telah melampaui batas...

klik sini untuk Complete blog

klik sini untuk Kisah Sebenar Palestin dan Israel (credit to slyde again...hehe)

Monday, January 19, 2009

Anugerah Juara Lagu ke 23

posting ni aku ingatkan nak buat malam tadi lepas AJL tapi tak larat giler...penat seharian berjalan dan berada di luar rumah...hehe...

aku puas hati dengan keputusan AJL 23 kali ni...Faizal Tahir deserved it...M.U.H pun sama...tapi mula2 ingatkan Faizal Tahir dapat anugerah juara lagu...tup2 M.U.H...memang diaorang layak pun...it's not a competition siapa nyanyi sedap...tapi lagu siapa paling sedap...nama pun Anugerah Juara Lagu kan?hehe...

aku pun peminat Spider...tapi aku tengok persembahan diaorang sangat hambar...maybe lagu tu yang hambar...atau diaorang tak pandai nak ceriakan lagu yang hambar (err macam mana nak ceriakan lagu yang hambar ek?hehe...)...

aku puas hati Faizal Tahir dapat persembahan terbaik untuk lagu Sampai Syurga tu...memang best...dan Faizal sangat kewl masa nyanyi lagu tu...dengan selamba dia nyanyi sambil orang potong rambut dia, ukur badan dia, cabut jaket dia (part ni aku risau je dia cabut semua baju...huhu) dan pakaikan jaket...dengan pasang kipas menerbangkan rambut dia yang menggunakan teknik rebonding tu...haha...sangat kewl...macam dalam video klip aku rasa...vokal dia pun memang mantap...kalau kak ida ada ni mesti dia bising cerita pasal Faizal Tahir yang nyanyi sedap...hehe...

mekap M.U.H aku sangat suka...buat muka ala badut...memang sesuai dengan mimik muka dia...muka sedih giler siap ada air mata tu...hehe...

Farawahida punya persembahan aku rasa macam boring giler...maybe sebab lagu dia tak best...aku tatau macam mana dia boleh menang...haha...oopppsss lupa pulak...inikan Anugerah Juara Lagu :P

berikut keputusan penuh AJL 23:

Pemenang Persembahan Terbaik:
Sampai Syurga- Faizal Tahir

Pemenang Persembahan Vokal Terbaik:
Sampai Syurga-Faizal Tahir

Pemenang Kategori Balada:
Sampai Syurga-Faizal Tahir

Pemenang Kategori Pop Rock:
Lagu UntukMu- Meet Uncle Hussain

Pemenang Kategori Etnik Kreatif:
Persoalan Cinta-Farawahida

Juara Lagu:
Lagu UntukMu- Meet Uncle Hussain


Sampai Syurga - Faizal Tahir

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


download Sampai Syurga studio version

download Sampai Syurga accustic version

previous entry: Coba - Faizal Tahir

Saturday, January 17, 2009

PAS menang pilihanraya kecil Kuala Terengganu


berkat hasil usaha ahli2 dan penyokong2 PAS, PAS menang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi...wuhuuu...cayalah...

KUALA TERENGGANU, Jan 17 (Bernama) -- PAS candidate Mohd Abdul Wahid Endut today won the Kuala Terengganu parliamentary seat by-election with a majority of 2,631 votes.

Mohd Abdul Wahid, 52, garnered 32,883 votes, while Barisan Nasional (BN) candidate Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh obtained 30,252 votes.

Independent candidate Azharudin Mamat @ Adam received only 193 votes and lost his deposit.

The by-election results were announced by returning officer Wan Mustafa Wan Hassan at Stadium Negeri tonight.

The Kuala Terengganu constituency has 80,229 registered voters, including 1,302 postal voters.

The voter turn-out today was 63,993 or 79.9 per cent of those eligible to vote in the by-election.
The by-election was held following the death of Deputy Education Minister Datuk Razali Ismail from heart attack while playing badminton at Institut Aminudin Baki, Genting Highlands on Nov 28, 2008.

In the last general election in March last year, Razali defeated Mohamad Sabu from PAS and independent candidate Maimun Yusuf with a 628-vote majority.

Mohd Abdul Wahid is also the assemblyman for Wakaf Mempelam, one of the four state seats in the Kuala Terengganu parliamentary constituency.

The other three seats are Bandar, Ladang and Batu Burok.

-- BERNAMA

source: Bernama


semoga ADUN baru ni menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin...

Photoshoot @ Tasik Taman Jaya

Ahad 11 Jan 2009

hari ni bangun pagi pukul 9 pagi (pagi la sangat..hehe)...dah janji dengan kak anim breakfast sama2...mandi dan siap2...pukul 10 a.m terus menuju hijjaz vista satu2nya restoran kat kawasan rumah aku ni...restoran ni mamak punya jugak...makanannya not bad...tapi masa mula2 pembukaan dulu hampeh giler makanannya...teh tarik cair...order air yang sama tapi rasa air setiap orang lain2...haha...apakah maknanya tu?lepas tu memang boikot la restoran ni..lepas beberapa bulan kitaorang datang makan lagi kat sini dan hasilnya alhamdulillah...not bad..setanding la dengan mamak2 lain...dah baru2 ni aku pergi lagi restoran ni...nampak gayanya presentation makanan sangat menarik...hehe...macam ni la bagus...baru orang suka nak makan kan?hehe...dah mengarut lebih2 pulak...

lepas makan, kak anim lepak rumah aku...aku dan kak ana dok test camera masing2...plan seterusnya adalah makan nasik + sup daging kat tasik taman jaya...try call mamat lowyat tu tak angkat pulak...aku nak tukar venue...instead of jumpa kat kl sentral...ingat nak jumpa kat taman jaya jek...dah alang2 kitaorang sampai kat situ kan??oh sebelum tu, masa breakfast aku dah sms mamat lowyat tu mintak tukar venue...tapi still tak ada reply...

patrick yg comel..hehe...

so lepas zohor kitaorang keluar dan makan kat gerai lori kat tepi tasik taman jaya sambil bawak dslr...haha...poyo giler la aku rasa masa tu...tapi buat bodo je la...hehe...dalam kereta sempat snap gambar sikit2...tapi duduk belakang...so gambar tepi je la yang aku boleh ambik...hehe...

lrt universiti

nasi + sup daging tak jual pulak masa weekend...so aku order soto...not bad..tapi kuah macam minyak sikit...tambah cili lebih baru terangkat...hehe...tengah2 makan tiba2 ada minah protex bagi sabun protex free...rezeki2...hehe...dah dapat sabun free tu kena la jawab soalan survey pulak kan?hehe...masa makan baru dapat sms dari mamat lowyat dia tak boleh datang tasik taman jaya...either kelana jaya atau kl sentral jek...so aku pilih kl sentral pukul 4.30 p.m...

soto...yummyyyy....


kanak2 bawah 18 tahun tak boleh tengok ye...hihi...

lepas makan sesi fotografi bermula...lepak kat tasik sambil test setting dan ambik gambar....haha...rasa macam bodoh giler la...tukar setting main ikut suka jek...nasib baik la dslr...boleh la delete2 gambar tak cantik...hehe...

aerator tu apa ek?


sebut betul2...bunga...


alamak...salah fokus pulak...hehe...


haaa...baru betul...


amcorp mall...walaupun rupa macam tak best tapi sekali korang pergi mau borong sakan...


photog pun nak interframe jugak...hikhik


the whiteside member...hehe...

lepas selesai sesi fotografi...kitaorang masuk amcorp...masuk giant beli barang keperluan...masa tu dah nak dekat 4.30 p.m...kelam-kabut jugak la...dah la mamat lowyat tu lambat confirm dengan aku...hampeh...untuk jimatkan masa aku gi draw duit dulu kat cimb sementara tunggu kak anim + kak ana bayar...diaorang dah habis bayar aku still queue kat atm...slow giler la....tertekan aku dengan orang yang slow kat atm ni...lagi satu aku tension kalau orang tu draw untuk orang lain....means lebih dari 1 withdrawal...bukan tak boleh...consider la orang belakang yang beratur panjang berjela + lama semata2 nak tunggu ko draw duit...kalau cepat takpe jugak...ni terhegeh2...at least tengok la orang belakang...kalau tak ada orang baru la proceed...kalau tak, beratur lain la bai!! haha...panjang pulak aku bebel...

shopping jangan tak shopping...

kak anim + kak ana tunggu kat pintu masuk katanya...lepas draw duit aku terus bergegas pergi entrance...tak ada pun diaorang ni....mana pigi adik manis??dah la dah lambat nak jumpa mamat lowyat tu...aku call kak anim diaorang still kat dalam...berborak dengan kawan lama rupanya...aku pun tunggu lat kat tiang depan tu dengan sangkut d80 aku kat tengkuk...aku perasan dua orang mamat ni tengah hisap rokok...dari tiang sebelah sana tiba2 dia datang kat tiang dekat dengan aku...dalam hati aku...dia ni nak ngorat aku ke? (haha...perasan...aku memang suka perasan ok!...hihi)...tapi aku sedapkan hati aku...maybe mamat ni nak hisap dekat dengan tong sampah ni kot...tak lama lepas tu kak anim + kak ana pun sampai...kitaorg melintas jalan...tiba2 dengar bunyi wisel dan suara orang panggil "adik..adik..."...aku pun toleh la...ingat pak guard tu panggil...rupa2nya mamat yang hisap rokok tu...dia tanya aku "photographer ke?"...aku jerit "bukan...bukan" sambil buat isyarat tangan...lepas tu lari...haha...lawak betul...baru sehari pegang dslr dah ada orang approach...nak suruh aku jadi photog untuk wedding dia kot...haha...tu la dia...gaya 10 markah...hehe...

sampai kat kl sentral pukul 4.45 p.m...call mamat lowyat...dia still on the way...hampeh...pukul 5 p.m dia call dia tunggu kat entrance depan hilton...banyak la pulak kereta bersadai kat situ...call mamat tu semula tak dapat...call lagi sekali terputus...lepas tu aku nampak sorang cina keluar dari kereta sambil pegang kotak ala2 usb modem colour hijau....rasa macam ni je orangnya..aku pun datang dekat...aku tanya...memang sah...hampeh...bateri kong katanya...jek2 mintak kurang dah tak boleh...so dapat la usb modem huawei e220 cap maxis dengan harga rm299...boleh la kan?hehe...

sampai rumah, solat, siap2 lepas tu jumpa Mr. E...hikhik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...