Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 7, 2010

Cinta Sempurna - Yuna

Lagu ni keep on playing in my mind. Ni semua Slyde punya pasal la ni dok nyanyi-nyanyi dalam kereta. Haha kan dah main dalam kepala aku non stop dari semalam. Cis :P



Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurna sifatnyamu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...


download mp3 di sini

Thursday, March 4, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon 2010



Lalalalala. It's coming back! Weheeee...I wanna go..I wanna go. Tahun lepas tak dapat pergi. Huhuhu. Aini, Ona, Slyde jom jom jom!

For more information, please click the picture.

Thursday, February 11, 2010

Family Gathering @ Deruan Damai, Janda Baik - Day 2

very late entry. sorry..hehe

Saturday - 02012010


Kunun ada senam seni pukul 6.30 pagi tapi sebab ramai tidur lambat malam semalam, alamatnya senam seni atas katil la. Hahaha. Tapi seawal pukul 7 pagi dah ramai terpacak tepi kolam untuk pertandingan memancing. Aku dengan mak aku cepat-cepat siap nak pergi memancing jugak. Bantai je la. Bukan kena bayar pun kan?

Ada beberapa kategori memancing ni. Berduet, ikan terberat, ikan terbesar, ikan terbanyak. Kalau ikan terbanyak tu, ikan kecik tak dikira. Kena besar lebih kurang tapak tangan baru dikira. Ayah aku dah siap-siap bawak umpan dari Kuantan. Kitaorang guna umpan jantung ayam. Memancing memang memerlukan kesabaran. Kalau tak dapat memang boring, tapi bila dah dapat, gembira tidak terkata. Hehehe.

budak kecik ni pun sibuk nak memancing jugak!


Lepas satu port ke satu port aku try, akhirnya tiba-tiba umpan aku mengena. Berat siot! Aku tarik ke atas, mak aih! Ikan baung beb! Tak sangka pulak ada ikan baung dalam kolam tu. Ingatkan ada ikan talapia jek sebab tak pernah lagi aku tengok orang memancing kat kolam tu dapat ikan baung. Bangga la kejap kan sebab dapat ikan baung besar sampai putus la tali pancing aku. Hahaha. Bila timbang, berat ikan tu 850gm mengatasi berat ikan talapia yang sepupu aku dapat sebelum tu. Fuhhh dah terasa bakal dapat hadiah dah. Hahaha.

ikan baung ku..sedap buat masak gulai tempoyak


Bila dah dapat ikan, baru la tenang nak breakfast kan? Hehe. Lepas breakfast, pertandingan memasak bermula. Pertandingan ni berduet anak lelaki dan emak. Tapi disebabkan adik-beradik aku takde lelaki, jadi abang ipar aku wakil family kitaorang. Yang si emak kena bagi arahan kat anak lelaki then anak lelaki kena masak. Tapi bila dah bercampur ramai-ramai kat meja memasak tu, memang ramai la tukang bagi arahan, tukang kacau, tukang tolong. Hahaha..main ngelat betul! Dan judges untuk pertandingan ni ialah nenek aku & kak aishah selaku ketua tukang masak. Walaupun masakan kitaorang tak berapa nak presentable, tapi menang no 3 wok! Hebat!!!

aku la yang racun mak aku supaya main ngelat ni..hehe


abg ipar aku tunjuk skill menumbuk..fuh first time ni aku rasa..hehe


makcik aku kantoi main ngelat..haha!


fuh serius serius..nampak macam tak main ngelat..but who knows..hehe




"tok tengok mana yang paling lawo??".."semua lawo"..pening pening


kak aishah macam juri pro..semua berdebar2 time ni


Lepas lunch, upacara penyampaian hadiah. Aku dapat mesin pancing woohhh. Eceh, macam la memancing sangat kan? Jadinya aku hadiahkan mesin pancing tu kat ayah aku supaya di lain masa aku boleh pinjam hehe.







Sebelum balik, ada flea market. Jualan baju sekolah & baju tak sekolah. Macam-macam ada. Ingat nak angkut Crocs aku tapi seksa jugak nak angkut naik bas. So terkubur la hasrat. Lepas tu ada sesi mengambil gambar. Masuk paper weh! Kenapa? Tak percaya? Nah tengok ni. Hahaha. Interview tu semua tipu ok! Tipu belaka. Waaa...rasa nak bercuti lagi la di DD..hoho...



aku ni AJK la konon kan..tapi aku tak buat apa pun..hehe


ni tak semua ada..kalau semua ada tak muat camera..haha


salasilah keluarga


masuk Sinar Harian edisi Pahang

Wednesday, February 10, 2010

Family Gathering @ Deruan Damai, Janda Baik - Day 1

Friday - 01012010

We off to Janda Baik after Friday prayer. Actually registration start dari pagi tapi sebab abang ipar aku ada kerja, so kitaorang tunggu sampai dia habis kerja then gerak sama-sama. Sampai kat Janda Baik dalam pukul 5 lebih. Masa tu semua orang baru nak mula sukaneka. Haihhh..melepas makcik! Sukaneka adalah permainan yang paling aku suka sekali. We also missed colouring contest for kids. Eh bukan aku yang nak mewarna tapi anak buah aku yang 3 orang tu. Kesiannnn..Lagi kesian kat kakak aku yang beria nak bolot semua hadiah. Hahahaha....

registration


tentatif


Colouring Contest. Kesiannya budak-budak ni mewarna atas lantai.


Sukaneka


*pics 1, 3, 4 - credit to my cousin, Nadia.

Ketika semua orang sibuk bersukaneka, kitaorang masuk chalet berehat dan solat asar. Nampaknya Deruan Damai dah berubah wajah!!! Sudah ada banglo besar, balai dan juga dewan makan. Eceh! Dewan makan la plak. But the dewan makan ada wifi tau. Eh I mean bukan kat dewan makan je, kat mana-mana la sekitar Deruan Damai yang dapat connection tu. Hehehe.. Kalau tau, bawak notebook. Boleh la buat live blogging..cewah!!! Rajin la sangat :P








Sampai kat dewan makan, nampak banyak makanan. Apalagas, semua yang sampai lambat, melantak dulu. Padan muka orang sukaneka makan lambat...ahahahaha. Jahat jahat. Terasa aman damai dapat minum petang dalam keadaan sekeliling tenang dan hijau. Patut la family makcik aku almost every weekend datang lepak kat sini!!!



Lepas sesi minum petang, aktiviti berikutnya solat maghrib & isyak berjemaah dan tahlil di balai. Selepas solat & dinner, malam pesta muda-mudi. Siapa ntah bagi nama ni. Malam tu ada presentation dari setiap adik-beradik ayah aku dan di selang-seli dengan kuiz dan cabutan bertuah. Aku rasa presentation dari family aku yang paling teruk sekali sebab aku yang buat..hahahaha...Tu la buat last minute lagi, orang lain buat semua best belaka, aku je buat paling cikai. Dah la buat pakai powerpoint. Buat malu jadi student Computer Science. Hahaha..sengal!!! Dan yang paling haru tiba-tiba cousin aku cakap ada pertandingan pulak untuk presentation ni. Sah..sah aku kalah. Tapi nasib menyebelahi aku, dapat nombor 2 dari belakang. Hahahah. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nombor 2 dari belakang tapi bukan 1. Hehe tu la nasib baik namanya. Takpe, takpe..bulan 5 ni aku akan tebus kekalahan. Siap la family lain. Hahahahaha ( gelak angkuh ).

Dinner. Macam dewan makan asrama pulak kan?


Lepas presentation, ada aktiviti poco-poco pulak. Aku malas nak layan poco-poco ni. Terus balik bilik tidur.Ramai jugak yang lepak lagi kat dewan makan tu layan poco-poco. Ada layan internet & game sampai pagi. Golongan bapak-bapak yang muda sikit ngeteh & borak sampai pagi.

Monday, January 11, 2010

Anugerah Juara Lagu ke 24

tahun ni AJL berubah sikit pasal hadiah. tak ada lagi juara bagi setiap kategori tapi ada pemenang pertama hingga ketiga tanpa mengira kategori. tapi persembahan terbaik dan vokal terbaik still ada. hmmm tapi tak sure pulak tahun sebelum ni ada tak vokal terbaik. sudah hilang ingatan..hehe.

berikut pemenang AJL (ceh ceh macam pemberita pulak :P)

tempat pertama - Kau Pergi (Aizat)
tempat kedua - Dan Sebenarnya (Yuna)
tempat ketiga - Bencinta (Faizal Tahir)

persembahan terbaik - Kau Aku (Aizat)

vokal terbaik - Black


tapi sangat tak sangka lagu Kau Pergi dan lagu Dan Sebenarnya boleh dapat tempat dalam juara lagu kali ni. tapi tak boleh nak cakap apa sebab pertandingan ni pasal lagu, bukan pasal penyanyi. tabik spring kat yuna, first time masuk juara lagu dah boleh dapat tempat. tabik jugak kat aizat sebab dapat tempat pertama dan paling aku tabik spring kat faizal tahir sebab bersemangat dan tak putus asa untuk nyanyikan jugak lagu bencinta walaupun dalam keadaan sakit. risau betul tengok dia nyanyi tadi. risau dia tak dapat bawak dengan baik, risau dia collapse dan macam2 lagi. haih lebih-lebih pulak. haha :P walaupun suara faizal tak sepower sebelum dia sakit, tapi still ok masa dia nyanyi lagu tu dan berbaloi-baloi dia berkeras nak nyanyi sendiri lagu dia tu, akhirnya dapat tempat ketiga..hehe...

ok la...layan vclip Kau Pergi dari Aizat ni



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

download mp3 sini ye

Friday, January 8, 2010

Way Back Into Love - Hugh Grant & Haley Bennet

sementara tunggu aku mempunyai kekuatan untuk update blog pasal family gathering, sila lah layan dulu lagu ini. lagu ni aku dengar masa family gathering minggu lepas. terus jatuh cinta!!! sekarang asyik dengar berulang-kali je dalam winamp aku. haha. lepas tu melalak-lalak dalam bilik. kak ana sila bersabar ye! hehe. oh bila dengar lagu ni rasa seperti di awang-awangan. mushy mushy gitu. tak percaya? sila dengar. thehehe...



I've been living with a shadow overhead
I've been sleeping with a cloud above my bed
I've been lonely for so long
Trapped in the past, I just can't seem to move on

I've been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need em again someday
I've been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
Oh oh oh

I've been watching but the stars refuse to shine
I've been searching but I just don't see the signs
I know that it's out there
There's got to be something for my soul somewhere

I've been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night

I could use some direction
And I'm open to your suggestions

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end
oh, oh, oh, oh, oh

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

All I want to do is find a way back into love
I can't make it through without a way back into love
And if I open my heart to you
I'm hoping you'll show me what to do
And if you help me to start again
You know that I'll be there for you in the end
oh, oh, oh, oh, oh


download di sini

Tuesday, December 15, 2009

Hi Hi Streamyx...Bye Bye Celcom

dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh je (read: malas). hehe.

setelah aku kecewa dengan maxis, diikuti dengan celcom, maka sekarang aku beralih arah kepada streamyx...harap2 ia tidak mengecewakan aku.

lepas aku membebel kat blog cerita pasal orang streamyx tak call aku setelah 5 hari bekerja, petang tu tiba2 terus dapat panggilan dari seorang kontraktor cina. haha tau takut!! disebabkan aku malas nak ambik cuti atau mengelat ambik time off (reka sbb tak pernah wujud perkataan time off dalam buku undang2 kecil syarikat) maka aku dengan selamba janji dengan kontraktor tu pukul 5.30 ptg. nasib baik dia ok je. lepas letak telefon then berlakon seperti baru perasan waktu sebenar habis kerja pukul 5.30 ptg. pukul 5 mintak permission kat bos then terus balik...

masa kontraktor tu sibuk2 setting, aku cakap la aku baru je call TM pasal takde orang streamyx call aku lagi untuk pasang. kontraktor tu cakap barang takde so tak boleh buat kerja. ok aku accept nampak macam betul je apa dia cakap. lepas dia terang serba sedikit pasal setting2, cara nak tukar network id, password etc..dia cerita plak lampu2 pada modem tu. sambil tengah tunggu modem tu connected, mata dia terpandang gambar aku lekat kat dinding.

"muka u macam cina la. ada keturunan cina ke?"

aku gelak..haha

"takde la..moyang saya saja muka macam cina, tapi bukan cina"

"oo..tapi macam cina la"

haha. aku rasa kelakar kalau orang cina cakap aku macam cina. sebab aku rasa overall aku tade la rupa macam cina cuma mata je sepet (sangat jeles bila jumpa cina mata bulat..haiya!). masa sekolah dulu, cikgu akaun aku yang berbangsa cina pun cakap aku macam cina. bila aku cakap kawan aku, irda lagi muka macam cina sebab mak dia mmg asal cina, cikgu tu tetap cakap aku lagi macam cina dari irda. cis sungguh tak puas hati padahal irda lagi mata sepet dan putih dari aku. sungguh tak faham di sini.

lepas kontraktor tu setting, terus boleh guna. yahooo!!! seronok giler sebab masa tu dah kemaruk tak boleh online hampir seminggu sebab aku terminate celcom awal dan kebetulan streamyx tak pasang lagi kat rumah aku. sapa2 nak pasang streamyx, dinasihatkan apply seminggu awal dari tarikh kita nak guna sebab tak boleh agak bila diaorang akan pasang. hari tu aku terpaksa terminate celcom awal 3 hari sebab tu je masa aku boleh gi celcom branch dan terminate. dah la terminate on the spot. benci ok! nasib baik dapat rebate RM6. tuntut jugak weh! bleh makan tengah hari tu..huhu...

so far aku berpuas hati dengan streamyx ni. lagi laju dari celcom. selama ni aku ingat lappy aku slow tapi sbnrnya celcom yang slow...huhu. caj bulan2 murah pulak tu. RM60 384kbps berbanding celcom RM68 dengan speed yg sama. dah la aku beli usb modem huawei tu RM299. konon dulu taknak masuk fixed line, leceh. tapi bila kira balik, lagi untung aku pasang streamyx sebab caj apply tel RM85 (deposit + stamp duty) je cuma aku kena tambah RM40 untuk wiring charges. sebenarnya RM30 jek tapi soket telefon tu dah berkarat plak, so terpaksa ganti yg baru..huhu. sekarang streamyx ada promotion streamyx combo...activation & installation fee (RM75 + RM88) waived wa cakap sama lu. eh eh dah terasa macam duta streamyx plak..haha. ok la asyik puji je. kita cerita pasal keburukan pulak. keburukan cuma tak boleh nak mobile je la. sblm aku tukar aku dah fikir, selama aku pakai celcom, sekali je aku pernah bawak usb modem aku tu keluar dari rumah sewa aku ni. haha. so aku mmg tak sesuai pakai celcom. hehe.

so apa lagi..cepatlah potong...haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...