Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 17, 2008

Ayat-ayat Cinta: Filem vs Novel

disbbkan aku sorg2 je kat umah sabtu lepas...so aku pun terpanggil utk tgk cerita ayat2 cinta yg heboh dikatakan best oleh semua orang...

walaupon terlepas nak tgk kat cinema...dan aku download pon tak abis2...akhirnya dpt tgk gak cerita ni bila kak anim beli dvd kat pasar mlm...hehe...

waktu tgk tu pon dah mcm mengantuk...tp ku gagahi jugak utk tgk...dan bahananya aku tertido part fahri jenguk maria kat hospital...so terlepas part maria kawen ngan fahri...cis...


actually aku baca novel dulu baru tgk cerita...ceritanya berkisah macam ni...

seorang pemuda indonesia belajar kat mesir...namanya Fahri...jiran atas umah dia bernama Maria yg tinggal dgn familynya...Maria ni gadis koptik...aku tak sure koptik tu apa...maybe Kristian kot...sbb lam filem ada tanda salib kat tangan dia :P

Fahri ni berpegang teguh pada agama Islam...dia tgh tunggu keputusan utk sambung master...dia jugak ambik kelas mengaji...dan sambil tu dia buat terjemahan buku untuk dihantar ke indonesia..tu kira duit poket dia la...


Maria ni walaupon bkn Islam...tp dapat hafal surah Maryam...pakaiannya pon menutup dan tak terdedah...dalam diam dia suka kat Fahri...sampaikan bila Fahri sakit kat hospital...dia yg bayar kos perubatan tu secara senyap2...

dekat ngan umah diaorg ni ada 1 keluarga mesir...nama tuan umah tu Bahadur...dia ada isteri dan 3 org anak...Bahadur ni garang giler dan selalu buat bising kat kawasan tu...selalu bergaduh dgn isteri dan anak2 dia...

pada satu mlm Fahri terdengar Bahadur pukul dan halau anak dia Noura...Noura dibiarkan sendirian di luar umah...pastu Fahri mintak tlg kat Maria supaya tolong Noura...bawak Noura ke rumah dia...mula2 Maria takot...tp bila Fahri berulang kali mintak tolong...akhirnya Maria bersetuju...

Maria pujuk Noura dan bawak blk ke rumah dia...dan keesokan harinya Noura dibawa ke umah Nurul salah sorang pelajar perempuan Indonesia yg rapat dgn Fahri...

satu hari masa Fahri naik Metro ala2 lrt...ada seorg mesir marah bila seorg perempuan berpurdah bg tpt duduk kat sorg minah salleh yg dah tua...sbbnya org mesir berfikir omputih jahat...Fahri cuba leraikan dan akhirnya berjaya...kat situ la dia berkenalan dgn Aisya...

diaorg saling tukar no tel...dan satu hari Aisya mintak tolong Fahri pasal beberapa persoalan dalam Islam...sbb omputih yg dia tolong tu rupanya wartawan nama dia Alicia...dia byk nak tau pasal kedudukan perempuan dalam Islam...Fahri compile semua jawapan dgn bantuan Maria...

Noura pulak dibantu dan akhirnya terbukti Noura bkn anak Bahadur yg sbnr...dia tertukar masa lahir...dan Noura diserahkan pada keluarga dia yg sbnr...dan Noura tulis satu surat utk Fahri melahirkan rasa cinta dia pada Fahri...tapi Fahri menganggap dia hanya anggap dia sbg adik...dan dia tolak dgn cara baik...

pada suatu hari Syeikh yg ajar dia ngaji tu introduce dia sorg perempuan utk dijadikan isteri...mmg salah satu plan Fahri adalah kawen...Syeikh tu bg gambar dan suruh dia solat istikharah...Syeikh tu ckp perempuan tu kenal Fahri...Fahri takot nak tgk gambar tu...dia call mak dia tanya...mak dia ckp kalo perempuan tu sanggup nak duduk Indonesia dia restu...Fahri solat dan dpt petunjuk...dan dia bersetuju utk berkawen dgn perempuan tu...

sesi pertemuan dirancang untuk Fahri bertemu dgn bakal isteri dia...rupa2nya bakal isteri dia adalah Aisya...terkejut betul Fahri...masa tu Fahri terus jatuh cinta dgn Aisya...pastu terus plan majlis perkahwinan...dah kawennn...



pada saat Fahri nak kawen...Maria bercuti bersama keluarga dia...dan tak dpt dihubungi...dan pada hari dia nak nikah...datang makcik dan pakcik Nurul menyatakan hasrat Nurul...rupa2nya Nurul ada hati kat Fahri...tersentak Fahri...tp apakan daya dia akan bernikah pada hari tu...sbnrnya sblm ni fahri mmg suka kat Nurul jugak tapi bila fikir Nurul tak sama taraf dgn dia...so dia segan...pakcik dan macik Nurul plak rasa bersalah giler sbb lmbt bgtau Fahri...

lepas kawen baru Fahri tau rupa2nya Aisya anak org kaya...mak dia org mesir ayah dia org jerman...mak dia dah meninggal dan byk harta ditinggalkan utk dia...diaorg hidup aman damai sampai satu hari 2 org polis dtg tangkap fahri atas kesalahan merogol...

fahri diseksa dipenjara...rupa2nya Noura yg menfitnah fahri...saksi utama adalah maria...tp pada masa tu maria koma tak sedarkan diri...

adik Maria, Yusof datang jumpa Fahri kat penjara...dia mintak Fahri rakam suara dia supaya Maria boleh bangun sbb Maria hanya boleh dirangsang oleh orang yg dia cintai...family Maria tau pasal ni bila baca diari Maria...

tapi bila diaorg cuba...Maria still tak bgn...so parents Maria bertekad bawak Fahri jumpa Maria kat spital...kat sana mak Maria suruh Fahri pegang tangan Maria tapi Fahri taknak sbb bkn muhrim...bila Aisya sampai...mak Maria mintak kebenaran Aisya supaya Fahri berkawen dgn Maria...dgn keterpaksaan Aisya merelakan demi kebaikan semua...

pernikahan dibuat secepat mungkin kat hospital...selepas selesai...Fahri pon pegang tangan Maria dan cuba membantu Maria supaya sedar...tak lama selepas tu Maria pon sedar...dan Fahri dibawa blk ke penjara...

selepas tu Maria datang ke mahkamah utk jadi saksi...Maria menceritakan semua perkara yg terjadi dan menyatakan Noura membuat fitnah...selepas memberi keterangan Maria terus pengsan...dan Noura mengaku Bahadur yg merogol dia dan dia buat semua tu sbb sukakan Fahri...lepas tu Fahri dilepaskan...

ketika Fahri dan Aisya melawat Maria kat hospital...Maria still tak sedarkan diri...mulutnya terkumat-kamit membaca surah Maryam...lepas tu dia terjaga...dia mintak ajarkan dia ambil wuduk dan solat...lepas Maria mengucap dua kalimah syahadah...terus dia meninggal...

bg yg pernah baca buku pasti suka novel berbanding filem sbb dalam novel lebih detail...masa aku baca novel aku bayangkan Fahri tu begitu alim...tp bila tgk filem tak seperti yg aku bayangkan...ciri2 kehidupan Islam tu tak banyak sangat ditonjolkan dalam filem ni...

dalam filem tu Fahri boleh duduk berdua di ruang tamu dengan Maria...masa tu Fahri tertido...tp kalo dalam novel...Fahri sgt marah pada Saiful, housemate dia bila dia ditinggalkan berdua dgn Maria masa dia tak sedarkan diri kat hospital...

dalam filem jugak watak Aisya tak selembut dalam novel...dalam novel bila Fahri menangis pon Aisya cepat2 mintak maaf...tapi dalam filem Aisya boleh lagi meninggikan suara pada suaminya...

dalam filem jugak Aisya sgt cemburu...dalam novel pon Aisya cemburu jugak..tu pon lepas Fahri kawen dgn Maria dan duduk berdua di dalam bilik wad tu...tapi dalam filem....diaorg saja panjangkan part Maria dan Aisya bermadu...dan Aisya sgt cemburu menyebabkan Aisya keluar dari rumah...


dalam filem watak Yusof, adik Maria dan Boutrous, ayah Maria tak ada...

dalam filem kawan2 sepenjara Fahri sgt baik...tolong-menolong dan saling membantu...diaorg siap solat jemaah dalam penjara...tapi dalam filem teman sepenjara dia sgt annoying la...

dalam novel Alicia kembali ke Mesir dan convert ke Islam...tapi dalam filem tak ada...

tapi 90% jalan cerita sama macam novel cuma part2 yg aku sebutkan kat atas je...maybe ada lagi kot tp tak perasan...hehe...

so sapa2 yg tak baca lagi novel silalah baca...lagi syok baca novel dari tgk filem dia...

boleh baca komen pasal filem ni kat blog aini ...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...