byk jugak turun caj ni...dulu 4%...pastu turun kepada 3%...skrg turun kepada 1%...alhamdulillah...kurang sket beban kitaorg...
korang bayangkanlah...dulu bln2 bayar...tp amount pinjaman tu cam tak surut2...bayar sebln rm150++...caj dikenakan dalam rm40++...tahun bila nak abih bayar????mmg cekik darah kan diaorg ni?so lepas ni kurang separuh kot caj tu...
pengurangan caj ni bermula Jun 2008...so maybe dia ada buat adjustment kot nanti...sbb skrg kan dah bulan 8...
Caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
diturunkan kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun
tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut agensi berita itu lagi, menteri itu berkata surat perjanjian baru akan
diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun
depan.Peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan
mengembalikannya semula kepada PTPTN."Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu
sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka
(peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada
perjanjian."Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang
lama akan tetap dikenakan," katanya.
malaysiakini
malaysiatoday
utusan malaysia
sapa2 nak tau baki pinjaman leh tgk kat sini ..tp kena tau no pin la...ada diaorg bg kat penyata tahunan yg diaorg hantar kat umah...kalo takde...leh emel or call diaorg terus...bab2 hutang ni laju je diaorg buat keje :P
jumpa lak org yg dah abih bayar ptptn...bestnyeee... ciplakxmain
sila pilih cara bayaran yg anda suka economical way to pay ptptn ...nak jimat tolak gaji terus...tp mmg takleh ngelat aa...hehe...ataupon bayar 2x sethn...aku bayar guna maybank2u jek...caj rm1...sethn dah rm12...huhu...
2 comments:
Betul ke caj dah turun ni?
Dah 6 bulan tak ada apa dalam statement.
betul...menurut ptptn diaorg tgh hantar surat...so sila cek peti surat selalu...hehe...
Post a Comment