Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

I Have Been Hen-Picked...wuhuuu


Apa? Ayam pilih aku? Ya. Sila percaya. Teheee...

Beberapa hari yang lepas, minah HR kat ofis aku ym aku.

"Wah2 ada orang dapat makan free"

Aku confuse then reply.

"Makan free???"

"Aah. Dapat lucky draw. Nando's fax kat ofis"

"Wah tak sangkanya bertuah..hehe"

Nak tau macam mana aku boleh dapat Nando's free? Hehe...

Aku tak ingat tarikh kejadian tapi dalam 2-3 minggu lepas la kot. Slyde tiba2 ajak pergi makan kat Nando's la plak. Aku on je sebab dia yang drive. Haha. Dah la on the way ke sana jammed giler. Giler pun tak jammed macam tu. Dan yang paling tension jammed tu disebabkan orang lane sebelah sini sibuk tengok kenderaan sebelah sana dok kena tahan dengan polis lepas tol Sungai Besi. Hampeh!!! Rakyat Malaysia yang prihatin tak kena tempat.

Sampai kat Nando's kitaorang makan dengan lahapnya sampai pergi toilet secara berjemaah. Hehe. Masa nak bayar tu ternampak balang hikmat kat depan kaunter bertulis "Drop your name card here". Lebih kurang macam tu la dia tulis. Aku pun dah hilang ingatan sebab makan banyak semut huhu. So tanpa berlengah lagi aku dengan Slyde masukkan name card dalam balang hikmat tu dengan tanpa rasa berharap or what so ever. Sehinggalah fax sampai kat ofis aku baru la terkejut dan bangga. Haha. Bangga sebab aku masih lagi bertuah sebab dah lama tak dapat lucky draw. Huhu. Mungkin ini adalah satu petanda kepada permulaan yang baik dalam hidup aku. InsyaAllah. Amiinn.

Sebenarnya ni kali kedua aku campak name card kat dalam balang hikmat Nando's tu. Kali pertama kat Mid Veli. Tak bertuah pada waktu tu. Maybe kat sana ramai orang campak name card kot so kebarangkalian untuk aku bertuah adalah tipis sila rujuk topik kebarangkalian dalam buku teks matematik untuk kira kebarangkalian ye adik2.

Oklah. Kalau korang singgah kat Nando's jangan lupa campak name card dalam balang hikmat. Campak banyak lagi bagus. Kebarangkalian nak dapat lucky draw adalah tinggi. Hehe. Selamat Mencuba!!!

7 comments:

kuizikel said...

wei best lagi ke nandos, dulu time kat U mmg hantu gila nandos, tapi sejak akhir2 ni rasa dah tak best... lagi layan kenny rogers dewasa ini...

~tuah.rimbun~ said...

tamau ajak aku makan free ke?
heheheh

amoi said...

best dulu kini selamanya...ahahaha...tapi tgk cawangan gak la...ada cawangan cam hampeh jek rasanya...
kenny rogers?jarang aa layan...mahal...ehehehe...

tuah rimbun...haha...aku dapat pon untuk sorg mkn jek...kalo ko nak bayar bleh la..hehe...

Yun said...

sekurang2 nye kini kau tau ko ni bertuah jugak kan? hehehehe

amoi said...

ye..bertuah rupanya aku ni..ahahaha...

NedLi Sakurai said...

nandos ayam dier dah kecik... nyesal makan kat nandos.. burger king pun... kenny pun.. semuanyer dah kecik2 ayam nyer.. ayam2 skrg dah terevolusi ker?

- huhuhu tiada lagi kenikmatan dlm menikmati hidangan di fast-food..

amoi said...

hmmm..ayam dia dah kecik ek?tak perasan lak sbb aku mmg sentiasa susah nak abiskan ayam tu...haha...

aini jom bbq kat bukit cerakah...hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...