Semalam sampai rumah dalam pukul 7 malam. Tengok2 ada effa je kat rumah.
"Sorang je?Orang lain takde?"
"Aah"
Aku terus masuk bilik, on laptop. Rindu nak online. Kemaruk! Aku on pakai bateri je sebab malas nak tarik wayar. Surf kejap sampai maghrib. Tengok bateri ada lagi separuh. Ok la. Sempat mandi & solat, nanti baru tarik wayar. Tengah mandi dengar pintu rumah ditutup. Mesti effa keluar.
Lepas solat sementara tunggu isyak surf kejap. Perut sudah berbunyi tapi malas nak gi dapur. Tunggu isyak dulu. Tengah syok surfing tiba2 black out. O oh. Kewl amoi kewl. Nasib baik on laptop so ada la cahaya sikit. Hmm tadi tengok bilik kak ina & suzy tak kunci. Diaorang ada dalam bilik kot. Tapi pesal diaorang tak keluar2. Huhu. Maknanya aku sorang2 dalam rumah time black out. Takpe amoi. Relaks2. Intai kat luar. Blok aku, blok 5 & blok parking gelap gelita. Adeh! Kalau rumah aku jek boleh la aku on semula suis utama tu. Suis utama rumah aku tu memang selalu 'tertendang'.
Dah la torchlight takde. Nak ke dapur nyalakan lilin pun takot. Huhu. Masa ni la baru terfikir nanti kena beli torchlight & lighter supaya senang aku nak nyalakan lilin. Ok sebenarnya dah lama terfikir tapi tak beli2 jugak. Tengok bateri kat laptop boleh bertahan 30 minit lagi. Baru la rasa menyesal tak tarik wayar tadi. Isk. Menyesal kemudian tidak berguna amoi. Takpe kewl2. Solat isyak dulu pastu beranikan diri gi dapur.
Lepas solat tengok bateri tinggal lagi 15 minit. Argh tertekan!!! Berbekalkan lampu handphone aku carik lilin kat kabinet tv. Cari dan cari. Isk time2 camni la tak jumpa. Tapi jumpa lilin tudung suzy. Ahh belasah je la dulu. Pegi dapur nyalakan dapur gas, pasang lilin lepas tu cari lilin lain. Aku ambik sebungkus lilin kecik untuk pasang aromatherapy tu then terus masuk bilik. Lega. Cepat2 pasang 3 lilin kecik sebelum laptop mati. Lilin kecik memang tak terang tapi bolehlah.
Laptop sudah mati. Aku lipat telekung yang aku tinggalkan tadi berteman 3 lilin kecik tu. Aku lipat macam dalam keadaan terang. Macam tak black out. Macam tak pasang lilin. Gatal gi kebas telekung langsung api lilin aku terpadam. Huwaaaaaaa. Tensen ok! Laptop mati. Lilin pon mati. MATIK! <-tiru slyde
Aku fedap. Nak gi dapur lagi sekali takot. Ala bukan takot apa. Takot gelap. Korang caya tak? Ngeee. Aku tekad kunci pintu & dok je dalam bilik. Arghh lemas & boring. Tiba2 dapat call dari kak ana.
"Hello. Kat mana?"
"Hello. Kat rumah"
"Gelap tak?"
"Gelap la. Huhu. Kak ana kat mana?"
"Kat bawah dengan suzy."
"Meh la naik. Sorang2 ni. Huhu"
"Malas la. Panas"
"Ala. Benci la."
"Ok la. Elok2. Jangan Pandang Belakang..."
"Huwaaa...jahatttt"
"Congkakkkkk...hihi"
"Cis"
5 minit kemudian dengar orang bukak pintu & bising2. Yayyyyy...diaorang naik jugak akhirnya. Hehe. Penakut!!! Agagagaga. Ok boleh pasang lilin dan memasak. Sangat lapar. Lalala.
Malam tadi candle light dinner. Romantik giler tapi panas. Hehe. Lepas makan borak2. Dari cerita spider, ular tiba2 masuk plak cerita mistik. Ala boring betul diaorang ni. Time black out la nak cerita mistik2. Takleh cerita masa ada lampu ke? Syok memang syok tapi takot pon ada jugak. Huhu. Layan je la. Pastu tiba2 nak masuk cerita ponti la plak. Isk. Cepat2 aku suruh stop. Esok lak cerita. Ish macam2 si suzy ni punya cerita.
Jam dah pukul 11 malam. Letrik still takde lagi. Panas, boring & mengantuk. At last tidur je dalam keadaan panas. Bukak pintu bilik & tingkap, baring sambil berkipas tangan. Aku tak tau bila masa aku terlelap. Tiba2 aku dengar bunyi air. Aku bangun tengok lampu bilik air tutup. Kak ana aku tak sure ada kat tempat tido ke tak. So aku panggil nama dia.
"Kak ana"
"Ye. Kenapa?"
Lepas tu aku pandang ke luar bilik. Oh ada orang masuk toilet kat luar tu. Bunyi air tu dari toilet luar. Aku ingatkan aku or kak ana lupa tutup air dalam toilet kitaorang. Hehe. Saspen jek.
"Hmm takde apalah"
Pastu aku sambung tido membiarkan kak ana dengan penuh tanda tanya. Haha.
Nak dekat pukul 1 pagi aku rasa sejuk. Oh letrik dah ada. Tadi dah siap2 on suis kipas, senang nak tau ada letrik. Aku bangun kunci pintu bilik & tutup tingkap pastu tido. ZZZzzzzzz.
Pagi tadi kak ana tanya.
"Nape kejut kak ana malam tadi? Ngigau ke?"
Dalam hati aku. Isk dah lama tak ngigau. Dulu pernah la ngigau sebab tak cukup kuota bercakap kat ofis. Hehe.
"Tak la. Ingat lupa tutup air. Tengok2 toilet kat luar tu yang berbunyi. Hehe"
"Oooo ingatkan ngigau"
Moral of the story sila sediakan torchlight & lilin sebelum black out. Hehe. Apa aku mengarut daaa....
Benci 12
1 year ago
10 comments:
haha.. penakut jugak ko nie yer.. tp mmg seram kan bila black out then tinggal sensowang dlm rumah.. (^^ii)..
eh.. tp bkn ko pernah duk asrama ke dulu? bkn budak duduk asrama berani2 belaka ker? (^^,)
pergh citer ko ni memang boleh buat karangan lengkap 'suasana di waktu tiada api'...hehehhehehe
nedli: ada ek statement dak asrama berani belaka? kalo ye..aku bkn salah seorang nye...hehe...eh..bkn ko pon dak asrama ke?asrama tun ahmad zaidi...hehe...
kuizikel: ahahaha...best tak karangan aku?
tgh syok bace entry akak nieh tetibe mak bersuara "btol ke tak nieh? sengih sorg2 dpn laptop?" wakakaka tak sedar sudah tersengih dan gelak2 lah bace ini entry ;) tapi btol lah kate kak kui, kalau hantar karangan BM nieh, dh complete dah isinya hehe
hahaha...tgh prektis penulisan BM ni...hehe...
yeahhhh
karangan si penakot..giller lah ko...penakut rupernye....ngeh33
hahahahahhaha...agak bagus cerita ini...ha betul tu ami sediakan payung sebelum hujan.........
apa lak sediakan payung..nnti ular masuk umah lagipun rumah amoi tak bocor masuk ujan pun..ekekekek..lenkali sediakan lilin, torch light atau lampu emergency guna bateri.
Teringat akak masa black out kat umah, dah le rabun cari anak tak jumpa sib baik anak aku respon depan mata kalo tak kompem aku langgar je ..hehehe
kak bis^ler ni^
hahahahaha..sungguh kelakar stetmen kakak atas ne...bak nyer yang kuar tu juon lagi la...menakutkan....kui..kui..kui...
blur42nd: ala...sebenarnya saja je buat2 takot :P
zamrita: haha...betul2 semua tu kena sedia...senang nak guna masa kecemasan...hehe..juon?takotnyeeee
kak bis: aah tu la pasal kak bis...pasni nak cari...hehe...wah bahaya betul black out ni ye...sib baik tak langgar anak...heheh
Post a Comment