Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 8, 2011

Singapore Trip - Day 2

Hari kedua, kitaorang plan pergi Universal Studio Singapore. Since USS bukak pukul 9 pagi pada hari Jumaat, maka kitaorang booked shuttle van dari beesybus pukul 8.30 pagi. Shuttle van hanya $5/person one way. Sebelum pergi, kitaorang breakfast kat hostel dulu. Simple breakfast je hostel disediakan, roti & cereal, teh & kopi. Plan nak tapau roti bawak masuk USS, tapi macam malas plak walaupun dah siap-siap bawak plastik dari Malaysia semata-mata nak tapau roti..haha..buruk perangai! Tapi kitaorang tapau air kosong dari hostel. Water tumbler dah siap-siap bawak. Jimat siot!




Pukul 8.20 pagi van dah sampai. Kitaorang still tengah breakfast lagi. Guys plak naik bilik salin baju. Pukul 8.30 pagi diaorang tak turun lagi. Dah la dua-dua takde roaming, susah giler nak contact. Penghubung hanyalah facebook. Driver dah bising sebab lambat, terpaksa mintak tolong receptionist panggilkan diaorang. Lambat 5 minit je pun, driver bising macam hape. Nyampah plak aku..haha..




Kitaorang sampai kat USS lebih kurang pukul 9 pagi. Masa ni dah ramai orang. Oh tiket USS sila beli online ye untuk mengelakkan frustrated sebab tiket habis. Siapa-siapa ada mastercard, ada promotion 20% off dari 1 August - 18 November 2011. Jadi apalagas, book la cepat..hehe.. Hari tu aku pun dapat promo ni, so tiket aku hanya $52 instead of $66...yayyy!!! Weekend $72 ye.. Tapi lupa nak redeem $10 retail voucher T__T ... Sampai-sampai je terus bergambar kat entrance USS. Bergambar kat situ je dah 1/2 jam. Lepas tu terus masuk USS dengan blur tak tau arah tuju. Theme pertama dalam USS adalah Hollywood. Sila ambik pamplet di sebelah kanan anda. Pamplet tu sangat berguna sebab ada map USS dan schedule show yang akan ditayangkan.








Lepas dah masuk USS, baru teringat nak beli tiket Song of the Sea & Luge sebab takut habis. So kitaorang keluar balik dari USS. Masa keluar, tangan korang akan dicop lutsinar, bila masuk semula, diaorang akan suluh dengan lampu (tak tau la apa term yang sebenar..haha)..Nasib baik tiket Song of the Sea boleh beli kat kaunter luar USS tu (harga tiket $10 untuk standard seat), so takyah pergi Beach. Tapi kitaorang naik skytrain dari Waterfront ke Imbiah untuk pergi main Luge. Skytrain kat dalam ni tak perlu bayar, free je. Memang bagus plan kitaorang, pagi-pagi ramai serbu USS, maka kitaorang dapat main Luge dengan selesa, takyah beratur panjang, yayyyy!!! Kitaorang ambik pakej 2 rides dengan harga $18. Lepas beli baru perasan promotion of the day, 3 rides $20 T__T...rugi!!!












For first timer, diaorang akan ajar macam mana nak handle Luge tu. Mula-mula cuak jugak, tapi lama-lama fun pulak dan rasa track sangat pendek T__T. Lepas Luge, naik skyride pulak untuk ride yang kedua. Aku yang gayat ni memang penakut la naik menda alah ni. Nak ambik gambar pun takut apatah lagi nak pandang bawah..haha..tapi 2nd skyride dah berani sikit dah (^_^!)v


credit to zam

credit to zam









Lepas dah main Luge, kitaorang masuk semula USS. Oh lupa nak bagitau, food & beverages tak boleh bawak masuk USS. So kalau nak bawak, sila sorok dalam beg ye..hehe...

Mula-mula kitaorang lalu Hollywood theme. Kat sini ambik gambar je. Ada show tu lama sangat nak tunggu, so kitaorang skip je.

Perjalanan diteruskan ke New York theme. Kat sini kebetulan ada show Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg dah nak mula, kitaorang pun masuk. Show ni sangat best sebab dia tunjukkan secara live scene yang selalu kita tengok kat tv. Macam real!! Dengan hujan, ribut, taufan, air laut bergelora, kebakaran, papan tanda jatuh macam-macam lagi la dan yang paling terkejut, platform yang kitaorang tengah berdiri tiba-tiba jatuh sikit..haha cuak!!






Lepas tu kitaorang ke Sci-Fi City. Kat sini ada Battlestar Galactica, roller coaster yang menggerunkan, maka aku dan Haiza tunggu kat bawah je tolong kutip jantung orang lain yang jatuh..hehe.. Testimoni orang yang naik mengatakan roller coaster ni paling menggerunkan setakat yang pernah diaorang naik, mengalahkan kat Genting katanya..huhu nasib baik tak naik :P







Lepas dah kutip jantung, kemudian kitaorang ke Ancient Egypt. Ingatkan nak naik Revenge of the Mummy tapi tak boleh bawak masuk beg plak, maka bergambar je la kat entrance. Dan disebabkan masing-masing kelaparan, kitaorang makan kat Oasis Spice Cafe, ditanggung halal. Nasi Beriyani + Butter Chicken & Teh O Ais = $17.80 T__T . Kalau nak tau restoran tu halal ke tak, ada tanda halal kat depan kedai ye. Ataupun boleh refer map USS :)










Lepas kekenyangan, ingat nak naik Treasure Hunters tapi queue panjang la pulak. Tapi intai-intai jugak, rasanya ride ni macam kat Genting je, so takpe la skip. Kepada siapa-siapa yang ada duit lebih, silalah beli Express Pass yang berharga $30, so tak perlu beratur, terus boleh skip queue..hoho




Seterusnya kitaorang terus ke Lost World. Kejar show WaterWorld. Show ni memang nak membasahkan audience. Yang duduk depan bersiap sedia je la kena simbah air. Ada tu yang dah tau, siap bawak payung & rain coat. Tapi show ni memang best. Tengok aksi diaorang memang mantap.








Lepas habis show, kitaorang tak sempat masuk Jurassic Park sebab kejar masa. So kitaorang terus ke Far Far Away theme. Kat sini kitaorang masuk Shrek 4D Adventure. 4D ye, bukan 3D. Tapi tak tau la apa bezanya, rasa macam sama je dengan 3D..hehe. Beratur panjang juga, tapi nasib baik tak lama. Mula-mula dia bagi briefing kat satu bilik gelap. Rasa lemas giler kena berdiri dalam gelap dan dengar briefing & intro. Lepas briefing baru dapat masuk theater hall. Mula-mula cuak jugak, tak dapat bayangkan macam mana la show ni. Oh lupa, disebabkan 4D, maka kitaorang kena la pakai cermin mata khas. Tayangan bermula, kerusi pun bergoyang-goyang ikut cerita. Yang paling cuak masa naik kereta kuda. Risau je terpelanting sebab takde seat belt..haha..lepas tu siap kena percikan air bersin donkey, rasa labah-labah kat kaki..eiiiyekk...tapi sangat fun!






Last theme kat USS adalah Madagascar. Kat sini kitaorang main Madagascar: A Crate Adventure. Ni river boat ride. Biasa-biasa je. Di akhir journey, tiba-tiba nampak air turun dari atas dengan lajunya. Semua cuak sebab bawak kamera. Kalau kena, confirm basah lenjun. Tapi kena tipu, bila sampai dekat, air tu tak ada..haha..hampes!!




Disebabkan ada masa lagi, kitaorang masuk Hollywood theme semula untuk tengok Monster Rock kat Pantages Hollywood Theater. Dah la masing-masing kepenatan, dapat duduk kat theater hall yang beraircond. Dengan show yang ntah apa-apa. Semua sangap, siap ada yang tertidur..haha. Tapi serius tak best langsung show ni. Ada audience siap keluar masa show menunjukkan betapa ntah apa-apa show tu..hehe..sila jangan buang masa tengok ye!






Lepas dah habis tawaf, masa untuk membeli-belah di Universal Studio Store. Wajib beli souvenir kat sini! Ceh wajib tu :P Tapi semuanya mahal T__T. Jadi masa beli jangan convert ye. Anggap je la $1 = RM1..haha. Aku hanya beli fridge magnet berharga $5.90 dan pen Shrek berharga $4.90..horay!!!

Lepas shopping, terus naik skytrain ke Beach Station. Solat dan tunggu show Song of the Sea. Masuk awal ye untuk dapat tempat best. Tapi kalau nak lagi best, beli la premium ticket untuk dapat seat lagi best. Tapi standard ticket pun ok je, cuma kena masuk awal la untuk cop tempat :) Show ni memang superb. Puas hati la tengok.










Habis show dalam pukul 8 lebih. Janji dengan shuttle van pukul 10 malam. Ingat nak mintak awalkan, tapi tak jumpa public phone kat sini. Nak guna handphone kedekut la plak kan..hahaha..maka untuk kill the time, kitaorang naik beach tram pusing-pusing Siloso Beach. Nasib kitaorang baik, sebab tram tu last service..hehe..




Lepas pusing-pusing, terus naik skytrain pergi Waterfront Station semula. Lepak-lepak layan Lake of Dreams. Lepas tu terus tunggu van kat Coach Bay. Masing-masing dah kepenatan dan kelaparan. Muka stress je semua..bila shuttle van sampai, hulur la tangan tahan, boleh pulak dia tak berhenti. Hangin je masing-masing..haha..Bila kitaorang kejar dia, boleh pulak dia buat 1 pusingan. Menguji kesabaran betul. Alasan driver, dia tak pernah pick up kat USS..haihhh...








Alang-alang, kitaorang mintak driver hantar kat Mustafa Centre. Plan nak dinner kat kedai mamak C.M.K 2001 lagi. Dinner malam tu, Maggi Goreng & Teh O Ais = $4.80. Lepas makan, balik ke hostel jalan kaki. Penat giler sampai rasa nak cabut kaki letak tepi..huhu


to be continued...

Tuesday, May 31, 2011

Singapore Trip - Day 1

Kami bertujuh bertolak dari KL Sentral menuju ke LCCT. Masing-masing ambik half day sebab flight pukul 7pm. Nasib baik tak payah tunggu lama, sampai je kat tempat bas terus naik bas dan bas terus bergerak. Bagus, bagus..sangat efisyen :) Tapi driver bawak bas super laju. Bajet nak tido dalam bas tak kesampaian, plus ada bunyi ekstra plak kat dalam bas tu..haihhh..maka kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 4.30pm. Disebabkan masih awal lagi, kitaorang makan dan solat dulu. Punyalah bajet, aku beli Happy Meal jek..lagipun dapat spongebob..hehe..

Awal-awal kitaorang dah check-in kat website Airasia, ingatkan takyah buat apa-apa lagi. Rupanya kena verify dulu document etc. Padahal masa pergi Jogjakarta hari tu, aku buat web check-in jugak tapi boleh lupa daaa..hehe..

Sampai kat Airport Changi lebih kurang pukul 8pm. Sangat kagum dengan airport diaorang. Sangat cantik dan bersih tak macam LCCT..hehe..eh tapi macam tak patut compare LCCT dengan Airport Changi kan? Lepas kastam dan sesi bergambar kitaorang terus menuju ke Arrival Pick Up Point. Sampai je kat situ, terus van sampai. Fyi, kitaorang dah book awal-awal shuttle van dari beesybus untuk pick up kitaorang dari airport ke hostel. Hanya $8/person. Van sangat selesa. Driver hantar sampai ke muka pintu hostel..hehe..

pic credit to zam


pic credit to zam


Lepas check in di The Hive Backpackers Hostel ($22/person for 6 person dorm), kitaorang berjalan kaki mencari kedai makan halal. Akhirnya sampai kat area Mustafa Centre. Cari punya cari, terjumpa satu kedai mamak. Ramai giler orang kat area ni sebab Mustafa Centre bukak 24 jam, sesuai untuk orang insomnia hehe..suasana ala-ala Jalan TAR & Jalan Masjid India la. Malam tu aku makan roti canai & teh o ais dengan harga $2.70.

dorm kami, muat 6 orang. 2 double decker


1 queen bed dan 6 locker


common toilet..bersih


kitchen sink


washing area


pantry


living hall..feel like home


dinner at c.m.k 2001



Lepas makan, kitaorang singgah Mustafa Centre. Mustafa Centre ni ala-ala Mydin kat Malaysia tapi perfume kat sini serius murah giler. Rambang mata wooo. Aku survey gak gajet-gajet, harga murah sikit dari Malaysia. Kalau setakat nak pergi sana beli gajet, toksah dibuat la. Handphone pun rata-rata AP je so kalau apa-apa hal susah la nak claim warranty.

Lepas dah puas menjamu mata dan kaki dah longlai rasa nak cabut letak tepi, kami pun balik ke hostel. Guys pergi singgah masjid sekajap nak tengok kiblat. Kitaorang lupa bawak kompas kiblat T__T maka tawakal je la..huhu..

to be continued...


Monday, May 16, 2011

All Ladies Treasure Hunt..Rezeki Kami


Alhamdulillah..kami berjaya mendapat tempat ke-10 dalam treasure hunt kali ni setelah lebih 5x kot masuk treasure hunt..hehe..ternyata kami membuat keputusan yang bijak untuk masuk treasure hunt ni sebab asalnya nak masuk treasure hunt lain, tapi bila jumpa je All Ladies Treasure Hunt ni terus decide masuk yang ni sebab rasa chances untuk menang lagi tinggi..cewahhh..perasan kan???hahahaha...

Hari Sabtu, lepas breakfast, sesi taklimat, ikrar dan group photo, kami dilepaskan pada pukul 7.30am.













Perjalanan bermula dari Wisma Bernama kemudian ke Bangsar, Kelana Jaya dan terus ke R&R Dengkil. First time masa treasure hunt dapat meal pack..strudels lagi okeh! Excited giler ambik meal pack even sandwich & air je kat dalam kotak tu..ahahaha..tapi serius, treasure hunt kali ni banyak giler sponsor..macam-macam goodies dapat..weheee...





Dari R&R Dengkil, kami terus ke Bandar Baru Bangi. Cari jawapan dan beli treasure. Nasib baik jumpa jugak buku latihan 120 mukasurat!!! Then semua treasure tu (minyak masak + breeze + buku latihan) kami serah kat middle check point kat Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah. Kan best kan..sambil bertreasure hunt, kita buat charity secara tak langsung :)

Perjalanan diteruskan ke Nilai 3, syurga membeli-belah. Slyde first time sampai kat situ dan dia sangat tak sangka betapa bestnya barang-barang yang dijual kat situ..haha..tu la baru tau nooo..sempat lagi kitaorang window shopping sambil cari jawapan kat situ..tapi window shopping dari dalam kereta je la..hahaha...lepas beli treasure keempat iaitu timun dan memetik bunga jenjarum di tepi jalan untuk treasure kelima, kami singgah stesen minyak untuk isi minyak dan cari jawapan kat bandar Nilai pulak..

Rasanya soalan kali ni agak senang dan route agak pendek, maka kami sampai di Nilai Spring Golf & Country Club pukul 1 lebih berbanding masa tamat pukul 3 pm...kali ni pun first time sampai awal, kalau tak, selalunya kena penalty atau disqualified..hahaha..dan alhamdulillah juga cuaca pada hari Sabtu lepas ok..mendung agak lama, maka kurang stress untuk cari jawapan :)









Hadiah disampaikan pada waktu dinner. Tak sangka dapat tempat ke-10. Dah la tu kumpulan pertama yang dipanggil untuk ambik hadiah. Semua tolak-tolak taknak naik pentas..buat malu weh..semua orang tengok siap AJK datang cakap kena naik semua..hahahaha...dah dah..lain kali sila praktis naik pentas...pemalu la sangat kononnnn :P




Terima kasih banyak-banyak kepada Bernama yang anjurkan treasure hunt ni..memang best la. AJK pun best especially Kak Rohima..layan kami dengan baik, siap ajak kami follow diaorang travel..hehe..bak kata Slyde, salah orang la ajak, kami memang kaki jalan..hahaha..terima kasih jugak kepada sponsor-sponsor yang super banyak bagi hadiah. Lain kali sponsor la lagi..tahun depan pasti kami masuk lagi..hehe..

Wednesday, May 11, 2011

2 Outs in the 9th Inning



Hari tu dalam saat keboringan tiba-tiba rasa nak tengok cerita korea plak. Dah lama tak layan citer korea so nasib baik ada website www.maaduu.com. Banyak citer korea kat sini. Cewahhh macam duta maaduu.com plak..hahaha..

Pilih punya pilih akhirnya cerita 2 Outs in the 9th Inning menjadi pilihan hati sebab macam cerita lawak je tengok poster dia. Malas nak tengok citer sedih-sedih kang esok gi kerja bengkak plak mata aku..hehe...

Cerita ni sangat best. Kelakar + sedih tapi yang penting happy ending...hehehe. Cerita ni sesuai ditonton oleh wanita berumur lewat 20-an atau dah masuk 30-an..ahahaha...tapi memang best la...sebab watak yang comel. Biasa la kan, kalo tak comel tak korea la namanya kan..hehe..apa-apa pun silalah tengok di www.maaduu.com


Lagu dia pun best wooo...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...