Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, June 8, 2011

Singapore Trip - Day 2

Hari kedua, kitaorang plan pergi Universal Studio Singapore. Since USS bukak pukul 9 pagi pada hari Jumaat, maka kitaorang booked shuttle van dari beesybus pukul 8.30 pagi. Shuttle van hanya $5/person one way. Sebelum pergi, kitaorang breakfast kat hostel dulu. Simple breakfast je hostel disediakan, roti & cereal, teh & kopi. Plan nak tapau roti bawak masuk USS, tapi macam malas plak walaupun dah siap-siap bawak plastik dari Malaysia semata-mata nak tapau roti..haha..buruk perangai! Tapi kitaorang tapau air kosong dari hostel. Water tumbler dah siap-siap bawak. Jimat siot!




Pukul 8.20 pagi van dah sampai. Kitaorang still tengah breakfast lagi. Guys plak naik bilik salin baju. Pukul 8.30 pagi diaorang tak turun lagi. Dah la dua-dua takde roaming, susah giler nak contact. Penghubung hanyalah facebook. Driver dah bising sebab lambat, terpaksa mintak tolong receptionist panggilkan diaorang. Lambat 5 minit je pun, driver bising macam hape. Nyampah plak aku..haha..




Kitaorang sampai kat USS lebih kurang pukul 9 pagi. Masa ni dah ramai orang. Oh tiket USS sila beli online ye untuk mengelakkan frustrated sebab tiket habis. Siapa-siapa ada mastercard, ada promotion 20% off dari 1 August - 18 November 2011. Jadi apalagas, book la cepat..hehe.. Hari tu aku pun dapat promo ni, so tiket aku hanya $52 instead of $66...yayyy!!! Weekend $72 ye.. Tapi lupa nak redeem $10 retail voucher T__T ... Sampai-sampai je terus bergambar kat entrance USS. Bergambar kat situ je dah 1/2 jam. Lepas tu terus masuk USS dengan blur tak tau arah tuju. Theme pertama dalam USS adalah Hollywood. Sila ambik pamplet di sebelah kanan anda. Pamplet tu sangat berguna sebab ada map USS dan schedule show yang akan ditayangkan.








Lepas dah masuk USS, baru teringat nak beli tiket Song of the Sea & Luge sebab takut habis. So kitaorang keluar balik dari USS. Masa keluar, tangan korang akan dicop lutsinar, bila masuk semula, diaorang akan suluh dengan lampu (tak tau la apa term yang sebenar..haha)..Nasib baik tiket Song of the Sea boleh beli kat kaunter luar USS tu (harga tiket $10 untuk standard seat), so takyah pergi Beach. Tapi kitaorang naik skytrain dari Waterfront ke Imbiah untuk pergi main Luge. Skytrain kat dalam ni tak perlu bayar, free je. Memang bagus plan kitaorang, pagi-pagi ramai serbu USS, maka kitaorang dapat main Luge dengan selesa, takyah beratur panjang, yayyyy!!! Kitaorang ambik pakej 2 rides dengan harga $18. Lepas beli baru perasan promotion of the day, 3 rides $20 T__T...rugi!!!












For first timer, diaorang akan ajar macam mana nak handle Luge tu. Mula-mula cuak jugak, tapi lama-lama fun pulak dan rasa track sangat pendek T__T. Lepas Luge, naik skyride pulak untuk ride yang kedua. Aku yang gayat ni memang penakut la naik menda alah ni. Nak ambik gambar pun takut apatah lagi nak pandang bawah..haha..tapi 2nd skyride dah berani sikit dah (^_^!)v


credit to zam

credit to zam









Lepas dah main Luge, kitaorang masuk semula USS. Oh lupa nak bagitau, food & beverages tak boleh bawak masuk USS. So kalau nak bawak, sila sorok dalam beg ye..hehe...

Mula-mula kitaorang lalu Hollywood theme. Kat sini ambik gambar je. Ada show tu lama sangat nak tunggu, so kitaorang skip je.

Perjalanan diteruskan ke New York theme. Kat sini kebetulan ada show Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg dah nak mula, kitaorang pun masuk. Show ni sangat best sebab dia tunjukkan secara live scene yang selalu kita tengok kat tv. Macam real!! Dengan hujan, ribut, taufan, air laut bergelora, kebakaran, papan tanda jatuh macam-macam lagi la dan yang paling terkejut, platform yang kitaorang tengah berdiri tiba-tiba jatuh sikit..haha cuak!!






Lepas tu kitaorang ke Sci-Fi City. Kat sini ada Battlestar Galactica, roller coaster yang menggerunkan, maka aku dan Haiza tunggu kat bawah je tolong kutip jantung orang lain yang jatuh..hehe.. Testimoni orang yang naik mengatakan roller coaster ni paling menggerunkan setakat yang pernah diaorang naik, mengalahkan kat Genting katanya..huhu nasib baik tak naik :P







Lepas dah kutip jantung, kemudian kitaorang ke Ancient Egypt. Ingatkan nak naik Revenge of the Mummy tapi tak boleh bawak masuk beg plak, maka bergambar je la kat entrance. Dan disebabkan masing-masing kelaparan, kitaorang makan kat Oasis Spice Cafe, ditanggung halal. Nasi Beriyani + Butter Chicken & Teh O Ais = $17.80 T__T . Kalau nak tau restoran tu halal ke tak, ada tanda halal kat depan kedai ye. Ataupun boleh refer map USS :)










Lepas kekenyangan, ingat nak naik Treasure Hunters tapi queue panjang la pulak. Tapi intai-intai jugak, rasanya ride ni macam kat Genting je, so takpe la skip. Kepada siapa-siapa yang ada duit lebih, silalah beli Express Pass yang berharga $30, so tak perlu beratur, terus boleh skip queue..hoho




Seterusnya kitaorang terus ke Lost World. Kejar show WaterWorld. Show ni memang nak membasahkan audience. Yang duduk depan bersiap sedia je la kena simbah air. Ada tu yang dah tau, siap bawak payung & rain coat. Tapi show ni memang best. Tengok aksi diaorang memang mantap.








Lepas habis show, kitaorang tak sempat masuk Jurassic Park sebab kejar masa. So kitaorang terus ke Far Far Away theme. Kat sini kitaorang masuk Shrek 4D Adventure. 4D ye, bukan 3D. Tapi tak tau la apa bezanya, rasa macam sama je dengan 3D..hehe. Beratur panjang juga, tapi nasib baik tak lama. Mula-mula dia bagi briefing kat satu bilik gelap. Rasa lemas giler kena berdiri dalam gelap dan dengar briefing & intro. Lepas briefing baru dapat masuk theater hall. Mula-mula cuak jugak, tak dapat bayangkan macam mana la show ni. Oh lupa, disebabkan 4D, maka kitaorang kena la pakai cermin mata khas. Tayangan bermula, kerusi pun bergoyang-goyang ikut cerita. Yang paling cuak masa naik kereta kuda. Risau je terpelanting sebab takde seat belt..haha..lepas tu siap kena percikan air bersin donkey, rasa labah-labah kat kaki..eiiiyekk...tapi sangat fun!






Last theme kat USS adalah Madagascar. Kat sini kitaorang main Madagascar: A Crate Adventure. Ni river boat ride. Biasa-biasa je. Di akhir journey, tiba-tiba nampak air turun dari atas dengan lajunya. Semua cuak sebab bawak kamera. Kalau kena, confirm basah lenjun. Tapi kena tipu, bila sampai dekat, air tu tak ada..haha..hampes!!




Disebabkan ada masa lagi, kitaorang masuk Hollywood theme semula untuk tengok Monster Rock kat Pantages Hollywood Theater. Dah la masing-masing kepenatan, dapat duduk kat theater hall yang beraircond. Dengan show yang ntah apa-apa. Semua sangap, siap ada yang tertidur..haha. Tapi serius tak best langsung show ni. Ada audience siap keluar masa show menunjukkan betapa ntah apa-apa show tu..hehe..sila jangan buang masa tengok ye!






Lepas dah habis tawaf, masa untuk membeli-belah di Universal Studio Store. Wajib beli souvenir kat sini! Ceh wajib tu :P Tapi semuanya mahal T__T. Jadi masa beli jangan convert ye. Anggap je la $1 = RM1..haha. Aku hanya beli fridge magnet berharga $5.90 dan pen Shrek berharga $4.90..horay!!!

Lepas shopping, terus naik skytrain ke Beach Station. Solat dan tunggu show Song of the Sea. Masuk awal ye untuk dapat tempat best. Tapi kalau nak lagi best, beli la premium ticket untuk dapat seat lagi best. Tapi standard ticket pun ok je, cuma kena masuk awal la untuk cop tempat :) Show ni memang superb. Puas hati la tengok.










Habis show dalam pukul 8 lebih. Janji dengan shuttle van pukul 10 malam. Ingat nak mintak awalkan, tapi tak jumpa public phone kat sini. Nak guna handphone kedekut la plak kan..hahaha..maka untuk kill the time, kitaorang naik beach tram pusing-pusing Siloso Beach. Nasib kitaorang baik, sebab tram tu last service..hehe..




Lepas pusing-pusing, terus naik skytrain pergi Waterfront Station semula. Lepak-lepak layan Lake of Dreams. Lepas tu terus tunggu van kat Coach Bay. Masing-masing dah kepenatan dan kelaparan. Muka stress je semua..bila shuttle van sampai, hulur la tangan tahan, boleh pulak dia tak berhenti. Hangin je masing-masing..haha..Bila kitaorang kejar dia, boleh pulak dia buat 1 pusingan. Menguji kesabaran betul. Alasan driver, dia tak pernah pick up kat USS..haihhh...








Alang-alang, kitaorang mintak driver hantar kat Mustafa Centre. Plan nak dinner kat kedai mamak C.M.K 2001 lagi. Dinner malam tu, Maggi Goreng & Teh O Ais = $4.80. Lepas makan, balik ke hostel jalan kaki. Penat giler sampai rasa nak cabut kaki letak tepi..huhu


to be continued...

8 comments:

Anonymous said...

fuh detail giler ;0

amoi said...

kan?haha..kalo tak detail, maka sebaris ayat je la tulis :P

dropmental said...

ila.. ko ada jumpa tak.. popcorn+mecadamia caramel??? huuuu

amoi said...

huwaaaaa..onaaaaaa sorryyyyy...lupaaaaaaaa...huhuhu

Anonymous said...

kalo baca cite ko ni amoi, siyes pd kak bis rege makan dia ehem boleh tahan le tp kalo di convertkan S$ dgn RM..humang aii..tak tahu nak cakap pe kecuali le mmg dlm poket duit byk...tp dah darurat kan bedal je lah kan? with the same amount kalo singgah Bandaraya JB ko akan kekenyangan utk 2 hari ma!

amoi said...

tu la pasal. tp kalo convert mmg tak mkn la jawabnya..hehe. kalau tido kat JB, dah jimat mkn. tp sbb tido kat singapore, terpaksa la mkn jugak even mahal..huhu. saya bajet $10 sekali mkn. tapi bajet tu lebih, yg mahal cuma kat USS jek..

penile prosthesis said...

That is great to hear, thank you for reading!

Urology Surgery in India said...

Amazing amount of great, actionable advice. I will keep coming back to this Post...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...