Kami bertujuh bertolak dari KL Sentral menuju ke LCCT. Masing-masing ambik half day sebab flight pukul 7pm. Nasib baik tak payah tunggu lama, sampai je kat tempat bas terus naik bas dan bas terus bergerak. Bagus, bagus..sangat efisyen :) Tapi driver bawak bas super laju. Bajet nak tido dalam bas tak kesampaian, plus ada bunyi ekstra plak kat dalam bas tu..haihhh..maka kami sampai di LCCT lebih kurang pukul 4.30pm. Disebabkan masih awal lagi, kitaorang makan dan solat dulu. Punyalah bajet, aku beli Happy Meal jek..lagipun dapat spongebob..hehe..
Awal-awal kitaorang dah check-in kat website Airasia, ingatkan takyah buat apa-apa lagi. Rupanya kena verify dulu document etc. Padahal masa pergi Jogjakarta hari tu, aku buat web check-in jugak tapi boleh lupa daaa..hehe..
Sampai kat Airport Changi lebih kurang pukul 8pm. Sangat kagum dengan airport diaorang. Sangat cantik dan bersih tak macam LCCT..hehe..eh tapi macam tak patut compare LCCT dengan Airport Changi kan? Lepas kastam dan sesi bergambar kitaorang terus menuju ke Arrival Pick Up Point. Sampai je kat situ, terus van sampai. Fyi, kitaorang dah book awal-awal shuttle van dari beesybus untuk pick up kitaorang dari airport ke hostel. Hanya $8/person. Van sangat selesa. Driver hantar sampai ke muka pintu hostel..hehe..
pic credit to zam
pic credit to zam
Lepas check in di The Hive Backpackers Hostel ($22/person for 6 person dorm), kitaorang berjalan kaki mencari kedai makan halal. Akhirnya sampai kat area Mustafa Centre. Cari punya cari, terjumpa satu kedai mamak. Ramai giler orang kat area ni sebab Mustafa Centre bukak 24 jam, sesuai untuk orang insomnia hehe..suasana ala-ala Jalan TAR & Jalan Masjid India la. Malam tu aku makan roti canai & teh o ais dengan harga $2.70.
dorm kami, muat 6 orang. 2 double decker
Lepas makan, kitaorang singgah Mustafa Centre. Mustafa Centre ni ala-ala Mydin kat Malaysia tapi perfume kat sini serius murah giler. Rambang mata wooo. Aku survey gak gajet-gajet, harga murah sikit dari Malaysia. Kalau setakat nak pergi sana beli gajet, toksah dibuat la. Handphone pun rata-rata AP je so kalau apa-apa hal susah la nak claim warranty.
Lepas dah puas menjamu mata dan kaki dah longlai rasa nak cabut letak tepi, kami pun balik ke hostel. Guys pergi singgah masjid sekajap nak tengok kiblat. Kitaorang lupa bawak kompas kiblat T__T maka tawakal je la..huhu..
to be continued...
4 comments:
Day 2 nye sambungan manekah? :P
nyeh nyeh..tgh berusaha keras mengarang :P
kat sana memang kene round2 cari kedai halal. Kalo tanya orang sana, mostly ramai yg tak tahu. Maaf cakap ye, kebanyakan mereka terlalu sibuk dgn urusan memasing jadi tak amik port sangat dgn hal sekeliling. Kak bis sendiri pun tak berani nak makan kat fast food dia walau tgk org melayu ramai jek selamba. ada tempat makannya tp tulah kene cari betul betul.
tu la kat mustafa centre tu byk kedai mkn india. kami serbu kedai mamak jek...tu pun tak byk choice
Post a Comment