
Alhamdulillah..kami berjaya mendapat tempat ke-10 dalam treasure hunt kali ni setelah lebih 5x kot masuk treasure hunt..hehe..ternyata kami membuat keputusan yang bijak untuk masuk treasure hunt ni sebab asalnya nak masuk treasure hunt lain, tapi bila jumpa je All Ladies Treasure Hunt ni terus decide masuk yang ni sebab rasa chances untuk menang lagi tinggi..cewahhh..perasan kan???hahahaha...


Dari R&R Dengkil, kami terus ke Bandar Baru Bangi. Cari jawapan dan beli treasure. Nasib baik jumpa jugak buku latihan 120 mukasurat!!! Then semua treasure tu (minyak masak + breeze + buku latihan) kami serah kat middle check point kat Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah. Kan best kan..sambil bertreasure hunt, kita buat charity secara tak langsung :)
Perjalanan diteruskan ke Nilai 3, syurga membeli-belah.
Slyde first time sampai kat situ dan dia sangat tak sangka betapa bestnya barang-barang yang dijual kat situ..haha..tu la baru tau nooo..sempat lagi kitaorang window shopping sambil cari jawapan kat situ..tapi window shopping dari dalam kereta je la..hahaha...lepas beli treasure keempat iaitu timun dan memetik bunga jenjarum di tepi jalan untuk treasure kelima, kami singgah stesen minyak untuk isi minyak dan cari jawapan kat bandar Nilai pulak..
Rasanya soalan kali ni agak senang dan route agak pendek, maka kami sampai di Nilai Spring Golf & Country Club pukul 1 lebih berbanding masa tamat pukul 3 pm...kali ni pun first time sampai awal, kalau tak, selalunya kena penalty atau disqualified..hahaha..dan alhamdulillah juga cuaca pada hari Sabtu lepas ok..mendung agak lama, maka kurang stress untuk cari jawapan :)







Hadiah disampaikan pada waktu dinner. Tak sangka dapat tempat ke-10. Dah la tu kumpulan pertama yang dipanggil untuk ambik hadiah. Semua tolak-tolak taknak naik pentas..buat malu weh..semua orang tengok siap AJK datang cakap kena naik semua..hahahaha...dah dah..lain kali sila praktis naik pentas...pemalu la sangat kononnnn :P


Terima kasih banyak-banyak kepada Bernama yang anjurkan treasure hunt ni..memang best la. AJK pun best especially Kak Rohima..layan kami dengan baik, siap ajak kami follow diaorang travel..hehe..bak kata Slyde, salah orang la ajak, kami memang kaki jalan..hahaha..terima kasih jugak kepada sponsor-sponsor yang super banyak bagi hadiah. Lain kali sponsor la lagi..tahun depan pasti kami masuk lagi..hehe..