Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 10, 2010

Arezzo Menipu???

Tengah hari tadi aku dan Kak Herma pergi beli barang kat Carrefour Mid Valley. Lepas bayar, kitaorang disapa oleh seorang perempuan cina. Dia offer free shopping bag. Dia cakap free tak payah beli apa-apa. Aku pun dengar free dan tak payah beli apa-apa, apa lagi follow la dia kat booth Arezzo. Selama ni memang banyak kali lalu depan booth tu tapi takde plak orang panggil nak bagi shopping bag. Dia hulur dua kotak, lepas tu suruh isi form untuk confirm kat bos dia konon dia buat kerja la. Kak Herma taknak isi, so aku duduk dan isi je la tapi aku letak nombor telefon salah. Lepas isi dia promote barang diaorang. Diaorang tunjuk microwave oven diaorang yang canggih boleh masak makanan guna bekas polisterin. Lepas tu masak air, bekas tak panas tapi air panas. Dalam microwave oven tu pun tak panas siap boleh pegang dengan tangan. Actually aku dah pernah tengok demo microwave oven yang sebijik macam ni dulu, time aku sekolah. Memang kagum la pasal air panas tapi bekas tak panas tu. So takde la heran sangat masa tu.


Lepas tu dia terang pasal product diaorang. Tiba-tiba cerita pasal free voucher. Dia cakap kalau ada gambar coffeemaker, maknanya aku dapat coffeemaker. Kalau gambar dia, aku dapat dia la. Mula-mula aku dengar valid 3 bulan. Aku pun dengar je la dia bebel. Siap tunjuk iklan diaorang dalam majalah keluarga. Lepas tu dia cakap iklan tv yang perempuan rambut tercacak masa memasak tu iklan diaorang la. Wallahu'alam. Aku ingat iklan tu tapi aku tak ingat iklan tu promote brand apa.

Lepas tu dia bagi aku satu sampul surat yang dia dah koyakkan sikit, then satu lagi kat Kak Herma. Bukak-bukak aku tengok aku dapat voucher rebate RM100 dengan gambar microwave oven. Kak Herma dapat voucher rebate RM200. Dah tu aku cakap la "Kalau gambar microwave, dapat microwave la?". Lepas tu diaorang pandang sesama sendiri buat muka terkejut. Dia cakap dia call manager confirm kan. Siap cakap Bahasa Melayu dengan manager dia padahal manager dia cina jugak. Dia tanya betul tak voucher tu sebab microwave oven tu mahal. Lepas tu dia siap pas telefon kat aku suruh cakap dengan manager. Manager tu tanya aku, aku sendiri ke bukak voucher tu?Aku cakap ye. Lepas tu dia mintak barcode no pada envelope tu untuk pengesahan. Then manager tu confirm voucher tu betul tapi aku kena promote kat kawan-kawan la sebab dapat voucher yang best giler tu kan?

Kebetulan pulak memang aku teringin sangat nak beli oven. Konon nak buat kek. Kira rezeki datang bergolek la ni. Berbunga-bunga aku. Tapi yang tak bestnya aku kena beli barang baru dapat hadiah tu. Bila aku cakap nak pergi makan dulu, fikir...dan dan dia cakap valid masa tu je. Aik tadi cakap valid 3 bulan. Pelik betul aku. Aku argue tapi Kak Herma mengiyakan dan memang tulis pulak pada voucher tu. Salesgirl tu tanya aku selalu pakai credit card apa? Aku cakap Mastercard. Lepas tu dia tanya credit card dari bank mana? Aku cakap Maybank. Terus dia cakap kalau pakai Maybank, boleh buat installment 12 bulan 0% interest dan dapat free ionizer berharga RM1.5k.

Aku tanya pendapat Kak Herma. Dia cakap ambik barang paling murah la. Aku tanya kalau ambik ionizer boleh tak? Dia cakap boleh tapi tak dapat free ionizer lagi satu sebab harga tak sampai RM2k. Dan dan cakap kena beli RM2k ke atas baru bleh dapat free ionizer. Bila fikir-fikir, ionizer tak pakai pun. Baik aku beli water purifier. Rumah sewa aku ni, air berkarat. So aku suruh dia kirakan berapa monthly installment aku. 100 lebih jugak la sebulan. Tapi dia tak sabar-sabar nak cek credit card aku lepas ke tak nak buat installment ni. Aku tak sure kalau dia dah masuk card aku dalam machine tu, transaction dah dikira ke tak. Dia cakap selagi aku tak sign, transaction tak valid. So betul la tu kot. Dia cek-cek credit card aku lepas. Aku pun fikir worth ke tak dapat 3 barang tu dengan harga RM2699. Dia cakap water purifier tu macam Zhulian punya. Alkaline water. Wallahua'lam. Aku lupa nak suruh dia buat demo sebab terpesona dengan microwave oven. Oh lupa lak nak cerita, dia ada tunjuk demo goreng keropok tanpa minyak pakai microwave oven tu. Giler gempak. Terus teringat keropok kat rumah yang aku malas nak goreng. Hahaha...lagi la teruja. Terus aku sign resit.

Lepas tu bos dia call. Kak Herma cakap "Ha..lepas ni discount 70% pulak". Masin betul mulut Kak Herma. Bos dia call nak bagi aku offer less 50% kalau aku beli lagi 1 barang. Hahahaha..pandai betul. Aku offer Kak Herma. Kak Herma decided beli microwave oven dengan harga RM1599 guna credit card aku. Lepas isi semua form, aku suruh diaorang hantar barang kat rumah sebab aku takde transport nak bawak balik barang. Diaorang agree. Kak Herma bawak balik siap-siap microwave oven dia.

Sampai office dok cerita kat eee pasal hari bertuah dapat free microwave oven. Tiba-tiba dia bangkitkan isu gores dan menang. Alamak!! Macam mana boleh tak perasan ni. Cepat-cepat aku search kat internet. Fuh ramai tertipu dengan Arezzo ni rupanya. Modus operandi sama. Buat-buat terkejut bila customer dapat voucher besar. Terus rasa tak sedap hati. Rasa nak cancel walaupun rasa worth aku beli 3 barang tu dengan harga tu. Yang tak best bila kita kena tipu. Pandai betul diaorang berlakon. Korang boleh baca blog post pasal barang Arezzo ni kat sini , kat sini dan kat sini . Sakit hatinya..Allah saja yang tau. Aku fikir nak cancel ke tak. Tak senang hati aku dibuatnya.

Sampai rumah, buat research lagi. Tiba-tiba mamat technician tu call sesat nak ke rumah aku. Aku bagi direction. Lepas tu rasa nyesal plak angkat. Terus aku call Maybank tanya boleh tak aku nak cancel transaction tu. Diaorang tak boleh cancel. Kena kedai yang cancel. Aku tanya kalau kedai taknak cancel macam mana?Baru aku boleh gi Maybank, isi borang untuk cancel. Huwaaa..kenapa tak boleh cancel terus?Aku bukan dapat barang lagi. Terus aku sms Kak Herma cakap nak cancel then aku off hp.

Tak lama lepas tu technician tu dah sampai depan rumah. Jerit jerit. Aku duduk diam je dalam rumah. Lama jugak dia jerit depan rumah tadi. Rasa bersalah ada, kesian ada, seram sejuk ada. Haihh.. bak kata Kak Herma macam kena kejar dengan along...ahahahah. Tak lama lepas tu dia blah. Lepas tu Kak Herma ym aku cakap technician tu call dia tanya nombor telefon aku. Dia cakap dia ada depan rumah aku. Lagi la aku takut. Siap pesan kat housemate aku jangan balik lagi...ahahahha...Sampai aku nak on hp pun dah takut...ahahaha sengal tak?Pukul 11 baru aku on hp. Tengok-tengok salesgirl tu sms aku cakap technician depan rumah. Aku buat bodoh je. Lepas tu dia sms lagi bagitau benda yang sama. At last aku sms balik cakap aku ada emergency. Esok aku call. Terus aku off hp...ahahaha...Sok baru nak settle benda alah ni. Harap-harap boleh la cancel transaction tu...huhuhu...kisah ni pengajaran untuk aku dan korang semua. Jangan mudah terpedaya dengan barang free. Kalau barang free betul-betul takpe. Tapi buy 1 free 1 ni yang bahaya!!!

12 comments:

NedLi Sakurai said...

waaa.. aku pernah gak kena tarik ngan minah Arezzo nie.. time tue dier kasik penghadang cahaya dlm keta.. hahaha tp kitorng amik gak benda tue.. cumanyer aku x beli la walaupun aku dpt dapur harga 3K free kalo aku beli barg RM3K gak..

sbbnya.. minah tue x pandai belakon.. dier sowang jer terkejut.. kengkawan dier x terkejut.. pastu kebetulan mak aku baru beli perkakasan dapur cenggitue, so aku tau.. dapur tue x sampai RM3K pun..

ko dah cancel blum? diorg mmg jahat laa.. menipu baik punyer..

kuizikel said...

pandai je kan diaorang ni, ko macam dah kena guna2.. kekekek.. tapi mmg biasalah, nak2 barang tu kita mmg aim nak beli..

takpe pas ni berhati-hatilah..

psstt.. nak hadiah oven ke? hantar kad dulu.. kekkekekek (pressure2).. (ned, nanti kita share ek ramai2.. haha)

NedLi Sakurai said...

kui... yg ko kasik tekanan kat aku sekali nie pesal? kena kasik amoi hadiah oven ker? (^^i)

Amirez said...

ish, bahaya ni. apa2 yg melibatkan gores dan menang selalunya modus operandi diorang macam ni. dah terang2 menipu tapi kenapa tak dikena ambil tindakan ek? heran.

ikut pengalaman sy, transaction yg dah dibuat melalui maybank mmg takleh nak cancel lagi dah. kalau betul2 nak cancel, pihak maybank akan buat report hantar kat penerima transaction tu. bezanya dgn kes sy sebelum ni sy berurusan dgn TNB n TNB pun cakap mmg akan dapat balik duit yg tersilap bayar tu cuma makan masa sikit. dalam kes ni tak pastilah macam mana sbb awk dah sign.

harap2 dapatlah balik duit tu. bukan sikit huhu

amoi said...

aini..ko pernah kena gak ke?huhuhu...nape tak citer :P

haha..pressure2...jgn pressure aku pojan..nnti aku tak tido mlm..hehe...

amirez tq for info...mmg bank takleh cancel. tapi kedai boleh cancelkan..huhu..

~tuah.rimbun~ said...

amoi...
ko trylaj mengadu kat tribunal pengguna..

Yun said...

hehehee ko pon terkene..budak umah aku hampir2 nk kena..seb baek dia call bapak dia dulu...

bapak dia jawab simple jek "mane ade orang nak bagi bende free kecuali makayah jek yg akan bg kat anak2 secara percuma" renung2 kan..hehehehe

amoi said...

tuah rimbun: yup..aku baru submit kat tribunal tadi..tunggu reply dari diaorg...

yun: huwaaaa...mencik..masa tu tak sempat fikir beb...ish tapi tu la..org ckp dah takdir kan..agagagga...takpe lepas ni aku akan lebih berwaspada...

Yun said...

xpe amoi...pengalaman...sekali terkena baru alh kite beringatkan...

erika ezliyana said...

Cerita sy sebiji mcm cerita kt atas...Sy baru je terkena smlm.. Nasib baik x terjerumus Nk beli ,itupun di sebabkan suami KT sebelah sy.. Kalau x dh melayang duitku...sy punya plak DPT voucher dapur elektrik yg 3 tungku tu..harga dia 3999.tp kena beli BRG dia br DPT dapur tu....x ke gila nak BG BRG free sampai harga mcm tu..blh bankrupt company..dh la harga BRG dia makan ribu riban semua... Penipu Cina ni kan....drama lebih...

erika ezliyana said...

Cerita sy sebiji mcm cerita kt atas...Sy baru je terkena smlm.. Nasib baik x terjerumus Nk beli ,itupun di sebabkan suami KT sebelah sy.. Kalau x dh melayang duitku...sy punya plak DPT voucher dapur elektrik yg 3 tungku tu..harga dia 3999.tp kena beli BRG dia br DPT dapur tu....x ke gila nak BG BRG free sampai harga mcm tu..blh bankrupt company..dh la harga BRG dia makan ribu riban semua... Penipu Cina ni kan....drama lebih...

amoi said...

ada lagi rupanya org menipu ni?haihh tak insaf2..nasib baik awk tak terkena..alhamdulillah..pengajaran utk kita semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...