Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 22, 2011

Menyesal Setelah Membeli?

Adakah korang pernah merasa menyesal setelah membeli sesuatu? Pernah tak korang mengalami situasi di mana punya la lama nak memilih barang, then korang beli, lepas tu bila sampai kat rumah menyesal dan rasa kenapa aku beli yang ni? Atau sampai kat rumah rasa tak cantik pulak barang yang dah dibeli tu. Punya la lama memilih masa nak beli tu, end up boleh pulak kata tak cantik??? Benci kan??? Haishhh...

Maybe jugak masa tu kita stress masa membeli. Maybe sebab tak cukup masa atau ada orang pulak tengah bebel-bebel suruh cepat sikit pilih. End up kita salah pilih. Hahaha..mari kita salahkan orang itu :P

Last weekend pergi buat spec (read: cermin mata) di kedai kesayangan dengan harapan frame kesayangan still ada lagi. Masih ingatkan anda dengan post saya ini? Dipendekkan cerita, spec kesayangan jatuh tanpa disedari dan hilang entah ke mana. Pada ketika ia hilang, baru setahun pakai okeh! Sungguh sedih spec kesayangan hilang bagaikan putus cinta. ..huhu..Ok exaggerate! Ketika kejadian berlaku, dah la 2,3 hari lagi nak raya dan poket tengah pokai, maka spec tidak sempat dibuat. Tapi terpaksa beli contact lens supaya dapat bergaya juga di hari raya walaupun terpaksa menggunakan kad ajaib sebab tak nak guna spec berikat benang yang kuno itu.

Masa hanya ada 1 jam untuk membeli-belah di kedai kesayangan. Malang sekali frame kesayangan dah tak ada, maka terpaksa pilih frame lain. Dah la hati kalau berkenan kat satu benda tu, benda tu jugak yg digilai. Dah la nak murah, cantik dan tak kembang tudung, memang susah la nak cari. End up, beli yang mahal jugak. Bila dah decide frame, pekerja kedai tu tanya nak buat tinted tak?Sesuai untuk orang yang bekerja depan komputer. Kalau harga biasa mahal tapi sebab beli sekali frame, so tambah RM80 je. Dia pun tunjuk contoh lens dan spec yang dah siap ditinted. Dah la kedai dah nak tutup terpaksa berfikir dengan pantas. Then terus cakap ok! Lupa nak tengok rupa kat cermin masa test spec yang dah siap tu.

Semalam pergi ambik spec. Test spec kat kedai tu, end up rasa kecewa sebab rasa tak lawa. Huhuhu tak segembira masa ambik spec kesayangan. I hate tinted! And the frame too. Lepas tu baru teringat, aku kalau tengok orang pakai spec tinted ni, memang aku tak berkenan. Tapi boleh pulak aku pergi pilih spec tinted ni. Haishhh...I have to wear this spec for another 2 years. Kenapa 2 years? Sebab boleh claim kat company 2 tahun sekali je..hehe.. Or else aku beli lain pakai duit sendiri or jump ke company lain yang provide benefit sama..hahahah..

Ok sila komen. Kalau takde komen, takyah komen..ekekekek...


Muka ditutup separuh untuk meninggalkan special effect..dah macam perampok plak aku tengok..haha


Thursday, March 17, 2011

Tribunal Pengguna...Saya Mesti Pilih!!!

Masih ingatkan anda tentang post aku pasal Arezzo @#@&^#@*$#@ ni? Kalau lupa, sila tengok iklan ini. Dah lama giler nak tulis pasal cara aku selesaikan masalah yang memporak-perandakan hidup aku ni..haha..tapi malas nak tulis awal-awal sebab takut aku tak menang kes ni..hehe..tapi alhamdulillah akhirnya menang jugak. Begini ceritanya...( ni pun ingat-ingat lupa..hehe..)

Dipendekkan cerita, lepas tak berjaya cancel pembelian aku tu, aku ambik barang then terus report kat tribunal secara online. Senang je semudah ABC. Takyah nak ambik cuti bagai untuk pergi tribunal. Janji korang ada bukti. So bukti aku adalah Invoice dan Delivery Order. Aku buat satu karangan panjang (aku rasa diaorang tak baca pun..haha) lepas tu aku attach sekali dengan invoice & DO aku. Aku submit sebelum lunch, dalam pukul 3ptg diaorang call aku. Fuh tak sangka servis diaorang sangat pantas. Tribunal tu dah set tarikh hearing aku which is sebulan dari tarikh aku submit report tribunal. Then dalam masa yang sama aku kena print aku punya report tu then hantar ke HQ Arezzo-menipu tu guna AR registered post. AR registered post ni sama macam registered post biasa tapi yang ni kita akan dapat kad akuan yang penerima terima apa yang kita pos tu. Kad akuan tu berguna masa naik court nanti..hoho..

Keadaan jadi lebih huru-hara bila aku tak sempat nak pos report tu keesokan harinya sebab aku nak balik kampong sempena raya haji. Keadaan jadi bertambah huru-hara bila 2 minggu lepas aku pos, aku pergi royal belum yang confirm tak ada line telefon. Rupanya masa aku masuk royal belum, promoter-yg-berlakon-tu telefon aku suruh datang untuk isi cancellation form. Keluar dari royal belum, aku dapat sms dari dia. rupanya sebelum aku masuk royal belum dia dah call, tapi seperti biasa la, no tel yang aku tak kenal memang aku tak angkat..haha..padan muka kau! Tau takut..ehehehhe…

Lepas balik dari royal belum, aku ajak kak herma teman pergi booth tu semula untuk isi cancellation form. Nasib baik dah baca komen orang-orang yang terkena sebelum ni. So aku suruh dia cancel apa-apa caj yang dikenakan dalam borang tu. Kak herma siap mintak salinan IC promoter-yg-berlakon-tu. Tapi yang menjadi masalahnya, cek refund tu tak dapat terus. Seminggu baru cek boleh keluar. Tapi hearing aku lagi 3 hari. Confirm la tak sempat kan? promoter-yg-berlakon-tu cakap cek confirm dapat tapi aku tak berani nak cancel hearing. Aku call tribunal tanya pendapat, diaorang cakap kalau aku cancel nanti kalau tak dapat cek, aku kena report semula. So aku decide utk pergi hearing. Dan nasib baik hari sabtu sebelum hearing aku dapat kad akuan tu..fuh selamat!!!

Dup dap dup dap..pergi tribunal kat the mall sorang-sorang. Demi duit, aku rela..ahahahah..aku dapat session pukul 10.30pagi. aku sampai awal. sesi sebelum tu ramai jugak orang. Bila sampai sesi aku, beberapa orang masuk sekali dengan aku dalam satu mahkamah kecik. Ala besar macam kelas jek. Ada la meja hakim kat depan siap dgn bendera. Lepas tu depan hakim ada jurubahasa. Kat depan jurubahasa ada meja penuntut dan penentang. Lepas tu belakang-belakang tu ada banyak kerusi untuk penuntut dan penentang lain tunggu giliran. Malang sekali kes aku adalah yang pertama. Tiba-tiba kecut perut pulak..haha. penentang tak datang lega sikit. Risau jugak diaorang tiba-tiba datang. Aku dah la tak reti berhujah, berdebat, bercakap dan sewaktu dengannya. Bila hakim suruh cerita, terketar-ketar siot. Dah la aku guna bahasa layman. Aku cakap ‘dia’. Hakim tu tanya ‘dia’ tu siapa? Haishh garang betul hakim tua ni..ahahaha..kecut perut aku..ceh ceh..dah la malu orang lain dengar. Dah la hakim tu tak membela aku..ada ke dia cakap ‘dah awak yang bagi kad kredit’…cis duit punya pasal sanggup aku renangi lautan api..cewahhh..dan akhirnya hakim tu cakap ‘sebab penentang tak datang, saya bagi awak award ni’..dalam hati..yeayyyy!!!

Lepas tu kena tunggu award tu siap. Sementara tu aku duduk dalam court tu dengar hearing orang lain. Ada 1 kes tu pasal handphone. Ada 1 tu pasal baiki kereta. Lepas award aku siap, terus aku balik ofis. Nasib baik separuh hari je dah settle..hehe..

Aku tak ingat aku pos tak award tu. Aku rasa aku pos kot sebab cek tak dapat lagi masa tu. Then seminggu lepas tu, aku dapat call dari Arezzo-menipu tu suruh aku datang ambik cek dan pulang barang. Masa tu risau jugak cek tu cek tendang. So aku just pulang barang without invoice & DO. Aku dapat cek, terus deposit then esoknya alhamdulillah dah dapat duit. Tapi sebab aku guna credit card installment, tak boleh la bayar lumpsum. Tapi takpe as long dapat semula duit aku.

Aku nak ucap terima kasih kepada tribunal pengguna. Dengan RM5 je kita boleh tuntut hak kita. Takyah nak hire peguam yang ribu-ribu tu. Alhamdulillah..tribunal pengguna, saya mesti pilih!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...