Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, October 20, 2009

Plusliner oh Plusliner

aku sebenarnya tengah dok survey tiket bas nak ke langkawi. nanti ada training kat langkawi. tapi maybe lone ranger je naik bas dari KL. huhu. first time nak gi langkawi naik bas sorang2. seram jugak tapi buat ala2 berani la. haha. dok je dalam bas tu nanti then tido. memang itu je la keje aku kalau naik bas. kalau balik kuantan, kadang2 tak sampai tol gombak lagi aku dah tido. haha. dan aku suka dok single seat sebab takyah la nak risau laki ke dok sebelah aku. bkn apa, dah banyak pengalaman aku dok double seat ni. aku kan kuat tido dalam bas, lepas tu kepala tak boleh dok diam then aku akan tido atas bahu orang sebelah aku. haha. malu betul bila sedar dari tido kepala kita dok atas bahu orang sebelah. kalau pakwe kacak takpe jugak la kan. haha.

ptg tadi lepas balik keje singgah sat kat puduraya beli tiket bas ke tampin. minggu ni nak gi umah kak ngah. dia ajak follow rombongan sekolah ke melaka la pulak. plan asal nak balik kampung tapi macam best jugak dapat jalan2 kat melaka ditambah dengan pakej cikgu sekolah yang murah, so tanpa berlengah lagi aku setuju aje walaupun gaji tak masuk lagi. huhu. masa beli tiket tu nampak transnasional ada ke langkawi, plusliner pun ada. tapi aku malas nak beli lagi sebab nak plan betul2 dulu.

balik rumah aku pun try la tengok website plusliner. mula2 bukak tu rasa gembira sikit sebab boleh beli tiket online. nampak gayanya bertambah 1 lagi bas yang boleh beli tiket online selain maraliner. aku pun dengan pantas register dan login. nak try book la konon. dah login tu keluar la page macam kat bawah ni.



aku confuse. takpe2. klik continue. dah klik continue keluar page macam kat bawah ni plak.



macam mana nak pilih destinasi? masa? adeh pening kepala aku. sistem memang tak boleh pakai ke atau belum ready lagi? kalau tak boleh pakai, jangan la bagi orang register. buat sakit hati jek. kalau nak buat e-ticketing, buat betul2 jangan buat sambil lewa jek.

aku rasa bas kat malaysia ni dah patut buat e-ticketing. senang kat pengguna nak beli tiket. tak payah dah nak keluar rumah beratur pergi beli. dengan cara ni diaorang dah jimat. jimat bayar gaji pekerja, jimat kertas tiket..macam airasia...tengok skrg MAS pun dah tiru. aku kecewa jugak bas yang dah establish macam transnasional, plusliner ni still lagi tak boleh buat e-ticketing ni. harap2 nanti lagi banyak lagi syarikat bas buat e-ticketing. tak rugi punya. percayalah. sbb orang malas macam aku still akan beli online walaupun dikenakan caj (^^)v

11 comments:

~tuah.rimbun~ said...

tak mau naik belon ke pergi langkawi? kan cepat...

plusliner kene tukar...
plusqueue, eheks...

pandai betol aku kenekan org,,

amoi said...

dah survey...mahal jugak..dabel harga compare to naik bas...huhu...

hehe...pandai2 je ko ek...

kuizikel said...

naik la air asia ke, tak sakit badan... heehhehe.. mahal sket berbaloi-baloi...

bukan bleh claim ke?

mara liner je aku rasa senang online dia, kwn aku slalu book.. tapi destinasi terhad sket, jitra-kajang tade, sampai KL jek

amoi said...

er kalo tintacreative bagi claim dah lama aku naik belon...hehehe...

ah maraliner mmg senang..takyah susah2 gi kaunter...tapi tu la destinasi mmg terhad...kena bg email cadangan ni spy tambah destinasi...hehe...

wanoridz said...

ahhh takde claim2

untuk makluman tokei kedai kasut, pihak jawatankuasa pengendalian training dan hari keluarga tinta creative, ingin memohon sumbangan IKHLAS kasut crocs utk 15 org dewasa dan 10 org kanak-kanak.
Surat rasmi akan kami emailkan dalam sedikit masa lagi. terima kasih

Wawa Shukor said...

aaaaa amoi, xpe2, nnt rhb masuk buat usahasama ngan plusliner buat eticketing hehehe :D

amoi said...

wanoridz...ala tade claim ke?haha..bengkrap tokey kasut ini macam nak sponsor semua...hehe...

wawa...haa..bagus2..ko buat proposal ye...senang sket aku nak beli tiket nnti..eheheh...

Yun said...

nek jek belon lah..senang...xdek lah risau terlelap atas bahu mamat ensem...keh2...

amoi said...

tu la...ingat nak naik belon gak...tapi tade tiket murah..huhu...

NedLi Sakurai said...

oit ko dah belikan tiket aku kan.. sian ko bersusah payah.. thanx erk.. nanti aku belanja ko tgk arashi..

amoi said...

dah dah...nnti bayar dabel...muakakkaa...

arashi?apa tu?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...