Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan: Antara Fadhilat dan Syarat


Tengah hari tadi aku dan rakan2 ofis berkesempatan hadir ke ceramah Ustaz Zawawi, ustaz yang selalu ceramah dalam tv tu. Awal2 lagi kitaorang dah keluar ofis sebab nak chop tempat. Kalau lambat alamat kena buat tahlil duduk atas tikar. Ramai jugak yang datang, bak kata ustaz, "takleh makan, so pergi la ceramah"...hehe...pergi ceramah pun dapat pahala tau even kita tersengguk2 pun...ustaz tu cakap...hehe..

Dalam ceramah, ustaz cakap salah kalau kita guna istilah bulan puasa, sepatutnya bulan ramadhan. Sebab bila kita guna istilah bulan puasa, kita hanya fikir bulan puasa hanya berpuasa dan tak ingat ibadah2 lain yang patut kita buat di bulan ramadhan. Ustaz jugak cakap kena tau antara pahala wajib dengan pahala sunat. Contoh macam berzikir dan melayan tetamu, melayan tetamu adalah wajib, berzikir tu pulak sunat. So kita kena utamakan melayan tetamu dulu.

Masa akhir ceramah ustaz tunjuk video budak2 sekolah tengah menangis keinsafan lepas tu siap peluk2 mak bapak, sujud kat kaki..fuh syahdu giler. Aku menahan air mata jek. Rupa2nya akak kat sebelah aku pun sama dok kesat2 air mata. Akak yang sorang lagi dok kesat air mata dengan tudung..hehe ingatkan aku sorang je yang tangkap syahdu...giler sedih masa tu...isk..terus ingat mak bapak kat kampung..mak bah apa khabar ye?? T_T

Seronok jugak sekali sekala dapat pergi ceramah ni. Dapat banyak input dan dapat mengingatkan diri kita semula sebab kadang2 kita mudah lupa walaupun asalnya kita tau sesuatu benda tu. Minggu depan Ustazah Nor Bahiyah pulak...mesti besttt!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Malas betul nak update blog. Rupa-rupanya dah nak dekat 2 minggu aku tak update. Haihh. Pemalas betul amoi ye. Baiklah mari kita update blog sekarang.

Tup tap tup tap hari ni dah 5 Ramadhan. Alhamdulillah boleh lagi berpuasa cuma kadang-kadang mengantuk kat ofis. 1st day keje, Isnin lepas, rasa mengantuk giler. Rasa nak tido je kat meja tu. Then bulan puasa ni selalunya produktiviti menurun sikit. Haha. Dah la mau kejar SIT 8hb ni. Harap-harap sempat la kan.

Hari pertama puasa rasa sedih giler time nak berbuka. Mana taknya kena berbuka sorang2...isk...housemate ada balik kg, pergi rumah sedara, pergi rumah kawan. SMS kak anim nak berbuka sama dengan dia then dia reply dia nak balik kg dan hubby dia ada kat rumah. Takkan nak kacau kan so berbuka la sorang2 kat rumah..isk..sedih betul. 1st puasa dah sedih...

Teringat puasa zaman sekolah asrama dulu. Aku orientasi dalam bulan puasa. Ye, masuk sekolah dalam bulan puasa. Dah la sekolah tu macam padang jarak padang terkukur dan berada di utara. Sah2 kawasan situ kawasan panas. Nak menangis pun ada dapat sekolah macam tu. Tapi aku kewl je. Parents aku siap bayar yuran separuh je sebab takut aku lari balik. Haha. Maklum la first time masuk asrama. Tapi even first time tade la aku nak teriak masa parents aku balik. Hehe.

Masa register, automatik dapat sorang kakak angkat. Aku ingat lagi nama dia, Syibratul. Petang2 time nak berbuka dia akan jemput aku kat dorm ajak ambik makanan. Err tu cikgu suruh kot..hehe. Makanan baru yang aku jumpa adalah bubur gandum. 1st time makan. Not bad jugak. Lepas ambik makanan, letak siap2 atas meja then lepak tepi longkang sementara tunggu azan. Malam2 gi surau. Solat jemaah dan terawih. Lepas prep, ada moreh. Heaven2.

Ada satu peristiwa, semua dah bersedia nak berbuka. Semua dah duduk kat meja makan. Sorang ketua akan lead baca doa. Lepas doa habis baca, semua mula makan. Tiba2 orang yang baca doa tu cakap "Err mintak maaf ye, waktu berbuka belum masuk. Tadi waktu berbuka tempat lain"...wah tersembur kurma dari mulut. Haha lawak betul. Boleh lak tersilap waktu berbuka. Hampeh betul!!!

Ok la..aku harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni mendekatkan lagi diri kita kepada Allah..ameennn...

ok jom karaoke terawih...

Friday, August 14, 2009

Saya Half Day Hari Ni

Tu pon nak bagitau ke?Hehe..

Saja..Tengah boring ni dok rumah. Sangap ada, lapar pun ada. Tu la tadi tak nak ikut diaorang makan..kan dah lapar..huhu. Apa aku nak makan ni??? isk...

Aku tengah tunggu parents aku datang ambik ni. Tido umah kakak aku kat puchong. Malam ni sepupu aku, Nina nikah. So malam ni bleh jadi photog tak rasmi..hehe. Tapi den sogan...tak pernah ambik gambar depan sedara-mara. Malu la i..huhu...Tapi orang pesan kalau nak jadi photog takleh malu2, segan2. Buat bodo jek. Ye la..nanti aku praktikkan. Tapi aku risau nanti sedara mara cakap kurang ajar sebab menyebok masa orang akad nikah. Ye la aku kan perempuan, patut dok diam2 tepi pengantin ke, tolong kipas pengantin ke, apa ke...

Sebenarnya aku malas nak gi kenduri sedara mara ni..haha..teruk tak? Bukan pe, nanti ada la banyak soalan yang malas aku dengar dan jawab. Haihh..kalau kat kuantan memang confirm aku tak balik...hehe...nasib baik kat sini, so nak taknak kena la pergi kan? Huhuhu..harap2 tade orang tanya (ye la tu..jangan harap)...baiklah amoi...kuatkan semangat...sapa2 nak mintak borang sila beratur...ekekekke...go go caiyok!!!

Wednesday, August 12, 2009

Jom Tengok Hujan Meteor Pagi Ni!!!

haha..larat ke?

Pagi tadi baca kat yahoo pasal hujan meteor kat oversea sana la kan. Katanya hari rabu malam akan ada hujan meteor kat sana. Aku congak2 gak kalau kat sana rabu malam, kat sini sure la siang khamis kan? Betul ke? Hehe tiba2 lemah plak geografi *eh bukan dari dulu lemah ke?*. Then kalau kat sana turun waktu malam takkan kat sini turun waktu siang plak? Hahaha sengal!!

Sebenarnya aku berangan nak tengok hujan meteor tu. Asyik tengok dalam cerita omputih je kan. Teringin gak nak tengok live. Kalau ada geng, best jugak lepak kat atas bumbung rumah tunggu hujan meteor pastu snap sekeping 2 gambar. Hak hak. Berangan!!

Eh tapi aku pernah nampak taik bintang jatuh tau *taik bintang sama ke ngan meteor ek? sengal lagi*. Aku tak tipu tau. Ingat lagi masa tu tengah berlatih teater kat gazebo UM. Fuh masuk teater. Pegang watak setan plak tu, nampak sangat aku perangai cam toooot..ahahaha..Ok tipu aku baik la dulu. Lecturer tu je dengki kat aku bagi watak tu. Cis. Oh berbalik semula kepada cerita taik bintang. Masa tu aku tengah lepak2 kat gazebo tu, berehat sambil memandang ke langit. Tiba2 aku nampak satu benda bercahaya jatuh dari langit. Aku rasa taik bintang la sebab sama je cam yang aku nampak kat tv tu. Lepas tu secara spontan aku terus buat wish...ahahahaa..Mengong. Terpengaruh dengan cerita omputih. Tapi aku dah tak ingat la apa wish aku masa tu. Serius tak ingat. Haihh tu la sebab tak makan tempe kan pojan ? Eh tiba2 rasa cam teringat plak wish aku tu. Aku rasa aku wish dapat 4 flat...huahuahua..Memang takleh pakai la wish masa nampak taik bintang. Tipu. Sebab aku tak dapat pun 4 flat...huhu...

Eh sebenarnya nak cerita pasal kita boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tadi jalan2 kat blog bro knizam baru la aku dapat tau pasal info ni. Menarik!! Boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tapi pukul 1.30 pagi dude...larat ke nak tahan kelopak mata dari tertutup? Agak2 kalau aku tido then set jam pukul 1.25 pagi, aku bangun tak? huhuhu...

Malaysians can observe meteor shower tonight

GEORGE TOWN: Malaysians will be able to sight up to a total of 100 Perseid meteors per hour streaking across the northern sky in the wee hours of Thursday morning.

Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said that according to the International Meteor Organisation (IMO). the meteor shower is expected to be best viewed from 1.30am to 4am on Thursday.

“The shower could have started on July 24 and is expected to be observed until Aug 17.

“It is however predicted that during the peak viewing time (Thursday morning), the moon will be high in the sky, outshining the fainter meteors.

“There is a good chance for observers to spot the brighter meteors however,” he said on Wednesday.

Dr Chong also hoped the weather would be favourable for the Perseids to be seen.

Those who miss tomorrow’s meteor shower may still catch a “lesser version” after midnight Thursday, or early Friday morning.

Dr Chong said the Perseids are a prolific meteor shower associated with the comet Swift-Tuttle which are usually fast, bright and occasionally leave persistent trains.

“The point they come from lies in the constellation of Perseus,” he said.

The Perseid meteor shower has been observed for about 2,000 years, with the first known sighting coming from the Far East.

Every year in August, the Earth passes through rock and dust fragments left behind by the comet Swift-Tuttle. As these small particles collide with the Earth’s atmosphere, they burn up, often creating a startling streak of light across the sky.

The shower is visible from mid-July each year, with the greatest activity between Aug 8 and Aug 14, peaking at about Aug 12.

Dr Chong said the meteor shower can be observed with the naked eye.


source: The Star

jom tengok hujan meteor weh!!!

Tuesday, August 11, 2009

Surat Dari LHDN

Bulan lepas aku dikejutkan dengan kedatangan surat dari LHDN. Ingatkan dapat la cek refund. Rupa-rupanya surat JA. Surat JA tu mengatakan aku kena bayar cukai tambahan. Aku pelik giler kenapa lak aku kena bayar cukai tambahan padahal sepatutnya aku kena refund. Fikir punya fikir rupa2nya cukai tambahan untuk taksiran tahun 2007. Tapi apasal kena tambah cukai plak ek? Ish musykil lagi. Aku pun selongkar la kotak aku dan cari EA Form aku. Belek punya belek. Compare punya compare rupa2nya amaun tambahan tu datang dari bonus tahun 2007 yang aku dapat tahun 2008. Lagi tambah pelik. Kenapa lak bonus yang aku dapat tahun 2008 tapi taksiran 2007? Seperti mahu mengamuk di situ. Ok relaks..relaks.



Esoknya aku call LHDN Shah Alam sebab aku punya fail bukak kat sana (Aku tak tau macam mana fail aku bukak kat Shah Alam. Maybe masa aku register kat Menara TM tu orang tu dari cawangan Shah Alam). Aku pun mula sesi mengamuk aku di telefon (eceh mengamuk la sangat padahal cakap2 biasa jek :P). Nasib baik la staff LHDN tu bersabar melayan pertanyaan dan ketidakfahaman aku. Dia terang tapi aku still tak puas hati dan tak faham. In the end bila dia cakap ok la kita buat offset. Tolak cukai tambahan dari refund tahun 2008 so still ada balance. Then baru aku diam dan dah tak argue lagi. Haha. Aku tak paham pun apa dia terang tapi yang penting kerjasama aku tak perlu bayar tax tambahan. Then dia suruh fax EA form 2007 & 2008. Aku ok jek dan letak telefon.

Lepas tu borak2 dengan kak herma. Diskas punya diskas baru la faham dan betul la staff tu cakap tadi. Walaupun bonus tu dapat tahun 2008 tapi bila dah namanya bonus 2007 so kena taksir tahun 2007. Haha. Gelakkan diri sendiri. Tu la dia nya bila first time dapat surat JA, gelabah sekejap.

Beberapa hari lepas tu aku fax EA Form ke LHDN dan staff yang layan aku tu cakap betul la aku kena bayar tax tambahan. Hehe. Mintak maaf encik. Saya first time dapat surat JA ni, so gelabah la sikit. Lagipun saya kekurang duit nak bayar. Ok tu hanya kata2 dalam hati aku je. Hehe.

Beberapa minggu lepas tu dapat cek refund. Yahooooo!!! Akhirnya dapat jugak. Walaupun tade la seberapa refund tu tapi boleh la buat duit makan kan? Hehe. Lega dapat refund time2 sengkek ni. Alhamdulillah.



Ok sila jangan mintak aku belanja.

Sunday, August 9, 2009

Better That We Break - Maroon 5

I never knew perfection til
I heard you speak, and now it kills me
Just to hear you say the simple things
Now waking up is hard to do
And sleeping is impossible too
Everything is reminding me of you
What can I do?

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break…

A fool to let you slip away
I chase you just to hear you say
You’re scared and that you think that I’m insane

The city look so nice from here
Pity I can’t see it clearly
While you’re standing there, it disappears
It disappears

It’s not right, not OK
Say the word it should say

Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break

Saw you sitting all alone
You’re fragile and you’re cold, but that’s all right
Life these days is getting rough
They’ve knocked you down and beat you up
But it’s just a rollercoaster anyway, yeah

It’s not right, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?
I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, not OK
Say the words that you say
Maybe we’re better off this way?

I’m not fine, I’m in pain
It’s harder everyday
Maybe we’re better off this way?
It’s better that we break, baby

Thursday, August 6, 2009

Mat Rempit Kat Lebuhraya..huh!!

ahad lepas balik ke KL dengan aini ...mula2 aini nak balik pagi...tapi akhirnya aini tukar fikiran balik petang...hehe...tq aini..aku plan dah nak cari tiket bas dah kalo aini balik pagi...mana taknya...tak sempat nak bermesra dengan family...cewahh :P

balik ke KL kitaorang lalu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ..aini jarang lalu LPT tapi sebab dah lewat bertolak so kitaorang lalu la LPT...kebetulan plak ada mat2 rempit dok konvoi...mula2 dah perasan sebelum masuk LPT lagi...mat2 rempit ni lepak kat stesen minyak jaya gading...bila masuk LPT, ada lagi geng diaorang...konvoi ramai2 sampai penuh 1 lane tu diaorang konker...yang tensennya ada yang dok pakat berlumba pulak...siap buat aksi superman lagi...nasib baik tak buat wheelie ke wikang ke...kalo tak mau terkangkang kat situ...huhu...





ada nampak van polis lalu...tapi tade tindakan dibuat...tapi ye la kan...polis nak tahan pon tade reason...sebab masa diaorang dok buat superman ke hape ke polis tu tade la plak lalu...cuma bila diaorang konvoi ramai2 tu jadi susah driver2 kereta ni...dah la diaorang main suka hati je ke kiri ke kanan...bahaya betul...seriau je aku kot terlanggar diaorang...huhu...nau'zubillah...





kepada mat2 rempit tu jaga la sikit tingkah laku masa menunggang...jangan menyusahkan orang lain pulak...pandu cermat jiwa selamat...cewahhh...

Wednesday, August 5, 2009

It Was A Surprise

ok ni cerita basi..tapi nak cerita jugak...haha...:P

2 minggu lepas si pojan dan aini beria2 ajak aku lepak makan2 hari sabtu malam ahad & karaoke hari ahad...aku cakap sabtu aku shoot, ahad aku nak keluar...diaorg JACK2 aku then aku pon setuju la join diaorg..memandangkan pojan dok jauh dan dah lama jugak tak berhongga2 bak kata aini...hehe...

hari sabtu (25/07) lepas maghrib aku & aini terus bergerak ke tol kajang...tunggu ona & pojan...then kitaorang terus gerak ke bagan lalang...try call restoran tapi tak angkat...ingatkan nak order siap2 so tade la lama menunggu nanti...aku bajet sure ramai orang sebab orang baru lepas gaji...

sampai kat bagan lalang lebih kurang pukul 10 kot...orang still ramai...tapi nasib baik mknan boleh siap macam biasa...kalo tak 1 1/2 jam nak kena tunggu...huhu...juadah malam tu otak2, kerang bakar, sotong goreng tepung, ketam masak cili, pepahat masak cili, tomyam udang & kailan ikan masin..nyam2 sedap wooo...tapi ikan siakap 3 rasa yang kitaorang order sampai lepas kitaorang abis makan..so terpaksa la tapau bawak balik...huhu..

abis makan lebih kurang pukul 11 lebih...mata semua dah kuyu jek...nasib baik ona selaku driver dah tido seharian...haha...pukul 12malam pon menjelma...tapi diaorang tak wish aku? (ceh perasan orang nak ingat bday ko!!) takpe2...tido2...12.15pm dapat call...tapi sebab line tak bape clear tak dapat cakap byk...lepas tu aku tido sampai la rumah ona...sorry la aini tak dapat teman ko drive...giler ngantuk...hehe...

pagi ahad semua orang pon buat bodo jek...aku siap pk diaorg tak letak reminder lam henfon ke?haha...perasan ar ko amoi orang nak ingat bday ko :P takpe2...tak kisah pon (nada2 menyedapkan hati :P)...tgh makan slyde, rosmaini & ziha sms wish aku...ingat jugak diaorang...tq3x....

pukul 1ptg baru keluar rumah gi karaoke kat redbox sogo...aku mula2 plan nak balik awal...ingat nak kuar dari karaoke awal la kan...tapi bila sampai sana cam tak jadi plak...haha...aini ajak p amik jajan kat luar...masa keluar tu aku nampak sorang waiter tengah nyalakan lilin kek...tapi tak rasa apa2...masa masuk bilik tu ona tengah nyanyi...si radhie tengah dok pilih2 lagu...tiba2 skrin biru...semua orang salahkan radhie yang tengah dok pilih2 lagu...tiba2 kat skrin kuar gambar kartun & lagu happy birthday...then waiter yang aku nampak nyalakan lilin tadi bawak masuk kek....huwaaaa...diaorg buat surprise...terharu giler...aku sebenarnya nak menangis tapi aku tahan...control macho beb...hehe...so terpaksa la buat aksi pegang pipi ahahahaha :P

serius la...diaorang memang pandai berlakon...aku tak terhidu langsung surprise diaorang ni...isk...terharu beb...sayang la korang...eh hadiah birthday tade ek?ehhehehehe....

gambar2 boleh tengok di blog pojan ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...