Ini mamat yang chomel yang pernah top dalam fb suatu masa dahulu dengan video dia yang chomel yang ditujukan untuk mak dia sempena Hari Ibu. Hehehe..chomel sebab cakap loghat utara kot?? Siap ada orang nak buat menantu tu..huuuuuu...
Monday, February 21, 2011
Typical Local Film/Drama Scenes..Lawaks!!!
Ini mamat yang chomel yang pernah top dalam fb suatu masa dahulu dengan video dia yang chomel yang ditujukan untuk mak dia sempena Hari Ibu. Hehehe..chomel sebab cakap loghat utara kot?? Siap ada orang nak buat menantu tu..huuuuuu...
Tuesday, February 15, 2011
The Green Hornet Movie
Movie ni adalah adaptasi dari American radio series tahun 1936. Lama giler kan? Hebat betul orang dulu-dulu boleh buat jalan cerita macam ni. Lepas keluar radio series, diaorang terbitkan pulak komik dan 2 serial movies. Kemudian tahun 1966 tv series pulak diterbitkan dengan gandingan Van Williams sebagai Britt Reid dan Bruce Lee sebagai Kato.

Mula-mula tengok movie ni ingatkan boring sebab scene awal tu macam boring je jalan ceritanya. Tapi sangkaan aku meleset. Rupanya cerita ni memang best. Ada action dan kelakar. Lakonan Jay Chou tidak menghampakan.
Movie ni mengisahkan Britt Reid yang kurang mendapat kasih sayang ayahnya semenjak dari kecil. Ayah dia pemilik syarikat surat khabar terbesar. So busy la dengan tugas harian. Bila Britt besar dia jadi agak liar. Maklum la anak orang kaya. Bila ayah Britt mati, Britt berkawan dengan mekanik ayah dia bernama Kato. Di saat itulah Green Hornet tercetus. Macam-macam kejadian berlaku yang menyebabkan segalanya jadi huru-hara. Selebihnya sila tengok di cinema atau download kat internet. Aku tak reti nak cerita lebih-lebih. Hahaha. Untuk movie ni aku bagi 4/5 bintang. Selamat menonton!!
Friday, February 11, 2011
1 Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011
Asalnya takde la nak masuk tapi ramai pulak officemate masuk. So apa lagi, aku pun ajak la Slyde, Ona dan Posh masuk. Kelam-kabut cari info si Ona ni. Call tak angkat pulak. Nasib baik sempat register..haha
Sesiapa nak masuk still boleh lagi. Limit to 200 teams je. So apa lagi cepat la register. Tapi kena submit sendiri kat Menara KL la. Good Luck kawan-kawan!!
Borang tengok kat sini ye.
Sunday, November 28, 2010
Koc Wanita
Dah lama nak tulis entry pasal Koc Wanita yang diperkenalkan oleh KTMB. Dulu pernah dengar topik ni kat dalam Hot.FM. Ingatkan baru usul rupanya dah implement. Beberapa bulan lepas aku berkesempatan naik komuter kat KL Sentral. Mula-mula aku tak tau kewujudan Koc Wanita ni, bila komuter dah nak sampai, aku pun berjalan ke koc paling tengah. Kat situ baru aku perasan ada papan tanda berwarna pink dan putih bertulis Koc Wanita. Aku pun berdiri la kat tempat menunggu tu. Tapi apa yang dikesalkan, ada juga lelaki yang masuk Koc Wanita tu. Aku tak tau la diaorang ni tak tau membaca atau tak perasan kewujudan Koc Wanita tu. Papan tanda tu bertulis dalam 5 bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, India dan Arab. Takkan tak faham lagi kot? Atau buat-buat tak faham? Kat pintu dan tingkap pun ada tulis. Haih tak faham betul aku. Tapi aku mengagak, font, warna dan grafik yang menyebabkan orang tak perasan papan tanda tu. Mungkin pihak KTMB perlu menukar font, warna dan juga grafik supaya orang lagi peka dengan papan tanda tu.
Wednesday, November 24, 2010
Saya Sangat Mengantuk~
Lepas lunch terus rasa mengantuk. Ada lagi 1 interface program nak kena buat nih. Sigh~ malas giler. Disebabkan mengantuk, maka aku melayari internet. Gelapkan sikit screen, lepas tu google apa yang patut..ahahhaa...Ceh macam bos tak nampak kalau lalu kat belakang...hahaha..takpe takpe. Berlagak selamba seperti tidak membuat kesalahan. Asyik membaca blog orang tiba-tiba rasa nak update blog sendiri..hehehe...
Thursday, November 11, 2010
Iklan Aowa, Adik Beradik Arezzo
Akhirnya jumpa jugak iklan ni.
Baca kat komen salah satu komen kat blog ni, Arezzo dengan Aowa tu satu company, sebab tu design microwave oven dia sama dan tak salah aku, brand Aowa la yang aku pernah tengok demo microwave oven masa sekolah dulu.
Esok ingat nak pergi tribunal tapi bila baca komen kat blog ni, rasanya aku kena pergi Mid Valley untuk sign cancellation form dulu. Tapi sebelum sign aku kena cross part charge 20% dalam form tu. Kalau diaorang tak nak bayar full, baru aku report tribunal. Tapi esok barang- barang tu aku kena ambik jugak kalau diaorang tak terus cancel transaction cc aku. In case la kan...korang doakan la aku dipermudahkan urusan dan berjaya menegakkan hak aku sebagai pengguna.
Wednesday, November 10, 2010
Arezzo Menipu???
Tengah hari tadi aku dan Kak Herma pergi beli barang kat Carrefour Mid Valley. Lepas bayar, kitaorang disapa oleh seorang perempuan cina. Dia offer free shopping bag. Dia cakap free tak payah beli apa-apa. Aku pun dengar free dan tak payah beli apa-apa, apa lagi follow la dia kat booth Arezzo. Selama ni memang banyak kali lalu depan booth tu tapi takde plak orang panggil nak bagi shopping bag. Dia hulur dua kotak, lepas tu suruh isi form untuk confirm kat bos dia konon dia buat kerja la. Kak Herma taknak isi, so aku duduk dan isi je la tapi aku letak nombor telefon salah. Lepas isi dia promote barang diaorang. Diaorang tunjuk microwave oven diaorang yang canggih boleh masak makanan guna bekas polisterin. Lepas tu masak air, bekas tak panas tapi air panas. Dalam microwave oven tu pun tak panas siap boleh pegang dengan tangan. Actually aku dah pernah tengok demo microwave oven yang sebijik macam ni dulu, time aku sekolah. Memang kagum la pasal air panas tapi bekas tak panas tu. So takde la heran sangat masa tu.

