Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 15, 2012

BSN Putrajaya Night Marathon 2012

Ok ini citer lama. Sebab dah berjaya update guna henpon, maka tetiba rajin plak nak update citer zaman jepon haha.
Peserta kali ni hanya 3 orang sahaja iaitu aku, ona dan posh. Marathon ni tak seramai SCKLM. Dan yang paling best lari waktu malam. Kurang la sikit panas kan? Bajet stamina tinggi la amik 10km. Baru lari 1km dah nyesal haha pastu next marathon amik lagi 10km *eh ada ke next marathon :-P *
Ok la marathon kali ni walaupun tak training sangat tapi berjaya habiskan jugak. Otw balik rumah tido pastu bleh plak makan kan? Sia2 kalori yang terbakar..haha
Ok la layan gambar la plak

Sebelum lari..muka kering je

lepas lari, muka berminyak haha..

yayyy..my 2nd marathon medal!

Testing

Testing guna android. Cemana la rupanya ek. Lama giler tak jenguk sini. Abis bersawang dah blog ni. Kalo jadi update guna henpon ni mungkin rajin sket nak update blog ni nanti. Haha..tungguuu!!

Friday, November 4, 2011

Google "do a barrel roll"

Ce cuba ce cuba.. google "do a barrel roll" kat google.com. Tapi make sure guna chrome ye. Dah try guna browser lain tak menjadi..hehe. Selamat mencuba!!! (^_^)v

Backpacking Kuching - Day 1

Lama giler tak update belog. Update2 je citer pasal trip..hehe. Sesungguhnya macam-macam nak taip kat belog ni tapi tahap kemalasan mengatasi segala..huhu..ok ok mari kita teruskan dengan citer trip kali ni.


Kali ni kitaorang berbackpacking ke Kuching pulak. Ahli tetap Slyde, dan ahli baru adalah Posh & Kak Nin. Kitaorang bertiga tunggu Slyde kat KL Sentral. Slyde agak terlewat, maka Skybus dah penuh, orang bas tu suruh naik next trip. Intai-intai kat belakang, tak nampak pun Skybus lain. Maka aku mencadangkan naik je la apa-apa bas supaya tak terlepas flight. So terpaksa la keluar duit extra untuk tambang bas berharga RM8. Ok la dari terlepas flight berharga RM100 lebih kan?




Alhamdulillah perjalanan kitaorang mudah. Sampai kat LCCT sejam kemudian. Capai beg, terus berlari-lari anak untuk drop bag. Nasib baik sempat..phewwww!! Plan asal nak lunch kat LCCT dulu. Nak jimat la konon..tapi sebab dah terlambat, maka makan dalam flight je la. Nasib baik nasi beriyani Airasia tak menghampakan kitaorang. Begitu juga chicken wrap ke apa ntah namanya. Sangat sedap!!!




Sampai kat KIA dalam pukul 3.35pm. Kat airport sempat capai segala macam flyer/pamplet. Lepas tu terus ke kaunter teksi untuk ke hotel. Harga RM26 je. Ok la untuk 4 orang kan? Driver teksi bawak super laju. Dah la aku duduk kat tengah kan? Kalo accident confirm aku terbang. Dah la seat teksi tu leather, maka berbunyi-bunyi la bila kita bergerak. Boleh pulak driver tu pelik bunyi apa? Sengal hape? Teksi ko takkan ko tak tau kot? Haihhh..




Alhamdulillah nasib baik selamat sampai kat The Lime Tree Hotel. Fyi, kami beli voucher hotel ni dari Groupon. RM79 per room per night. This is so cheap ok! Dah la bilik dia super best. Breakfast super sedap. Boleh tahan dekat nak ke waterfront (Lebih kurang 15 minit jalan kaki). Memang sangat untung la kan? Apalagas..cepat-cepat register and subscribe Groupon. Kalau ada voucher best-best boleh beli (^_^)










Lepas berehat-rehat dan solat, kami bertiga je keluar jalan-jalan ke waterfront. Slyde ada dinner dengan kawan dia. Kebetulan nampak ada bot penambang nak bergerak, terus kitaorang masuk. 50 sen je tambangnya tapi kejap giler la sampai kat seberang, tak sampai 1 minit kot..nak set camera pun tak sempat..ahahah..kat seberang sungai tu Kg. Boyan & Kg. Gersik, tempat yang famous dengan kak lapis. Malam tu saja je survey kedai kek lapis. Kitaorang singgah kedai Dayang Salhah & Mira Cake House. Kat kedai Dayang Salhah tu banyak giler tester, sampai tak larat nak makan dah. Sampai confuse nak pilih yang mana..hehe. Harga kek dari RM10 - RM20. Ada jugak penghantaran ke hotel. Diaorang akan hantar malam sebelum kita balik. Tapi kitaorang decide taknak beli lagi sebab lambat lagi nak balik KL. Kat seberang tu ada jugak food court tapi sebab dah decide nak makan seafood kat Top Spot, so takde la menyinggah.












Lepas cuci mata tengok kek lapis, kitaorang terus ke Top Spot untuk dinner. Aku jumpa tempat ni kat foursquare..hehe. Tak sia-sia ada handphone canggih, itulah gunanya kan? *Nak jugakkk :P* Kat Top Spot ni mostly chinese yang berniaga tapi ada tanda halal Sarawak. Malam tu kitaorang makan Daging Rusa Masak Kicap, Ketam Cili, Kangkung Belacan dan Umai. Umai ni ala-ala sushi la. Ikan mentah pastu dicampur cili, garam, gula & perah dengan limau. Sedap sebab tak hanyir :) Total loss RM80+..hehe












Malam tu kepenatan berjalan. Sampai hotel, kitaorang pergi rooftop untuk minum complimentary Lime Drinks...walaupun masam tapi habis jugak minum..heheh. Fyi, lime ni memang ditanam sendiri oleh pihak hotel. Kira hotel ni ada ladang sendiri la..nak beli fresh lime pun boleh kat reception hotel.




to be continued...

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

Harap tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca semua. Cewahhh ada lagi ke pembaca blog yang dah bersawang ni?hehehe...mintak maaf banyak-banyak sebab dah terlalu lama tak update blog. Kemalasan melanda dan ditambah dengan kerja-kerja seharian yang tak menang tangan dibuatnya. Insyaallah aku akan cuba update selagi daya :)

Raya tahun ni biasa-biasa je. Yang boringnya mood raya tak datang langsung...boring boring. Dan hari-hari terakhir sebelum cuti raya masih lagi sibuk buat coding, debug program, rectify error..sighh~ takleh langsung nak berhuha dengan rakan sekerja..huhu..

Raya pertama ada kami 3 beradik je. Lagi 3 raya kat rumah mertua masing-masing. So raya pertama tak happening sangat la. Takpe..apa yang penting???Kerjasama!!! Eh eh bukan..mestilah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya. Dan yang takleh miss adalah nangis di pagi raya T__T. Ni part paling boring la sebab macam aktiviti wajib lak di pagi raya. Siap bibik tolong letak tisu 1 kotak. Tapi nasib baik tahun ni kurang sikit la nangis..jimat air mata..ahahhaa...





Lepas nangis-nangis, ziarah tok dan kubur arwah tok atan, kakak & tok ki. Ziarah juga sedara kat Pekan.

Raya kedua lagi 3 beradik sampai. Maka malam tu buat makan-makan ajak sedara-mara. Birthday celebration untuk Amirul pun buat sekali..anak merdeka wohh!! Kek siap ada bendera Malaysia..bagus bagus sangat patriotik...








Raya keempat pulak buat pizza beramai-ramai sebab nak lenjan breadmaker cum microwave oven Kak Ngah. Sangat bestt..ingat nak beli 1 la untuk mak. Nanti balik kampung bleh buat pizza..hehehe...

                         



Adoi lapar plak citer pasal makan. Esok insyaallah raya puasa 6 dan puasa ganti. Harap-harap berjaya habiskan puasa hari ni. Korang dah ganti puasa ke belum? ;)

p/s: ish tak lawo betul kualiti gambo kat blogger ni ek..huhu...nak guna flickr tak mampu :P

Friday, June 10, 2011

Singapore Trip - Day 3

Fuh lama giler nak siapkan post ni..hehe...



Plan hari ni adalah shopping!! Ceh shopping la sangat kan. Sebenarnya just nak beli souvenir untuk diri sendiri dan orang kampung je :P

Lepas breakfast, kitaorang terus check out. Nasib baik boleh tumpang letak beg kat hostel..FOC je. Destinasi pertama adalah Orchard Road. Kitaorang naik MRT dari Stesen Boon Keng (5 minit berjalan dari hostel) ke Stesen Dhoby Ghaut. Since MRT ni bawah tanah, agak jauh jugak nak berjalan dari escalator masuk ke kaunter tiket. Serius jauh, ibarat subway kat LRT Masjid Jamek. Tapi apa yang best pasal MRT ni, kita hanya perlu beli tiket sekali je even tempat yang kita nak pergi tu kena tukar train. Tak macam kat KL, kalau naik LRT Putra then tukar train naik LRT Star, kena beli tiket lain. Dan even weekend, sangat ramai orang naik MRT. Maybe sebab rules yang Singapore Government tetapkan menyebabkan ramai orang naik public transport. Tapi public transport diaorang sangat reliable. Even weekend pun time gap antara MRT sangat cepat. Public transport kat Malaysia patut contohi diaorang, especially KTM Komuter :)


Since kitaorang tak guna EZLink, so tiket kitaorang beli kat mesin tiket. Tiket ni bila korang pulang balik, dapat refund $1. Sila refund di mesin tiket juga ye.


credit to hanim


Sampai di Stesen Dhoby Ghaut, tak tau arah tuju. Nasib baik ada sorang Filipino ni tolong. Rupanya sepanjang Orchard Road tu ada banyak shopping mall dan Orchard Road tu sangatlah panjanggg T__T. Ok ini adalah kesilapan, sebelum pergi, masa googlemap just key in Orchard Road, maka disuruh berhenti kat Stesen Dhoby Ghaut. Maka masuklah Plaza Singapura yang bersebelahan dengan Stesen Dhoby Ghaut. Nothing much here. Shopping mall seperti di Malaysia. Sebenarnya kitaorang mencari kedai perfume Dollar & Scent yang dikatakan murah itu. Lepas tu baru terfikir, apasal la buang masa kan?Baik google je tengok kat mana tempatnya. Rupa-rupanya kedai tu kat Lucky Plaza. Lepas dah tanya orang, maka berjalanlah kitaorang dari Plaza Singapura ke Lucky Plaza sejauh 1.5km T__T. Peluh jantan betina semua keluar. Nasib baik la cuaca mendung.


credit to zam

Kedai Dollar & Scent ni kecik je. Perfume kat sini tak banyak variety macam kat Mustafa Centre tapi harga memang much more cheaper. Perfume 5th Avenue 125ml $38 je. Kat sini ada jugak jual tester. Orang cakap, tester lagi kuat bau sebab digunakan untuk menarik perhatian pembeli. Tapi memang berbaloi-baloi la beli perfume kat sini. Memang rasa nak borong tapi memandangkan perfume banyak lagi kat rumah, maka window shopping je la. Kalau nak borong perfume, better jangan naik flight without check in luggage sebab maksimum liquid dalam carry bag hanyalah 100ml ye anak-anak.

Lepas diaorang beli perfume, singgah pulak kedai souvenir. Jumpa keychain 10 = $10. Kawan-kawan dok tanya murah ke tak. Seingat aku, baca dalam blog Yun, dia tulis kat Bugis Street murah tapi aku tak ingat la berapa harganya. Disebabkan malas nak fikir, kitaorang beli je untuk team mate. Since kitaorang berlima 1 team, so kitaorang share je la beli keychain tu..jimatttt!!! Fridge magnet kat sini pulak 5 = $10. Ok la, not bad.


credit to zam

Lepas selesai membeli-belah, tempat seterusnya adalah Bugis Street. Plan asal nak pergi Merlion tapi kesuntukan masa, maka dibatalkan saja niat tu. Nasib baik dah bergambar kat Merlion dalam USS..hehe. Untuk ke Bugis Street dari Lucky Plaza, kitaorang naik MRT dari Stesen Orchard ke Stesen Bugis. Oh fyi, kalau nak pergi Lucky Plaza, berhenti terus kat Stesen Orchard. Memang dekat giler. Kami membuang masa dengan berjalan kaki. Tapi takpe la kan, di samping exercise dapat la menjamu mata..cewahh ayat menyedapkan hati..huhu..


Bugis Street ni dekat je dengan Stesen Bugis. Just lintas je jalan depan MRT tu terus nampak tulisan Bugis Street. Kat sini kena hati-hati sikit, ramai penyeluk saku..huhu..Kitaorang tau pun sebab auntie yang kat Lucky Plaza tu yang remind suruh hati-hati. Kebanyakan pencuri ni dari kalangan Indonesian dan lagi satu bangsa, tak ingat plak apa dia..hehe. Sampai di Bugis Street aktiviti shopping bermula. Yang tensionnya, nampak keychain yang sama kitaorang beli kat Lucky Plaza dengan harga $10 dapat 18 T__T ..ok menyesal kemudian tidak berguna. Dah dapat tips tu lain kali follow jek. Kat sini kami menghabiskan duit yang ada. Aku borong t-shirt 4 helai. 1 helai = $12.90. Kualiti sangat ok, tak macam t-shirt harga RM12.90 kat Malaysia..haha..


Perut masing-masing dah berbunyi, so kitaorang cari tempat makan kat Arab Street. Nasib baik ada print google map. Tengah dok kaji map, tiba-tiba ada sorang uncle tegur tanya nak pergi mana. Oh baiknya hati uncle ni. Tolong tunjuk jalan ke Arab Street. Maka kami pun berjalan. Dah la cuaca panas, perut pun lapar, perjalanan rasa amat jauh. Sampai kat stesen bas kami dah lost. Tanya sorang akak kat tepi jalan ni, rupanya Arab Street tu dekat dengan Masjid Sultan. Sebenarnya kitaorang cari Restoran Zam Zam yang famous dengan murtabaknya.



Ramai betul customer restoran ni. Sampai tempat duduk pun tak ada. Restoran kecik aje dan stuffy. Kalau mamak kat Malaysia tak sah kalo kedai tak 2 pintu kan? Disebabkan lapar, kitaorang try jugak cari tempat duduk. Kat sini pekena nasi beriyani ayam = $6.00 + teh o ais = $2.00. Murtabak ada orang belanja..hehe..Lepas makan aku bertiga terus balik hostel, lagi 4 orang nak singgah Mustafa Centre pulak beli perfume & coklat.


credit to zam

Pukul 4 petang van sudah sampai. Masa untuk pulang hoho. Changi Airport memang best la. Jalan kat situ pun pening..kalau drive sendiri mesti sesat. Since airport ni ada 3 terminal, tak perlu risau kalau salah terminal sebab diaorang ada sediakan skytrain menghubungkan setiap terminal. FOC je. 5 orang flight pukul 6 lebih tapi aku dan lagi 2 orang flight pukul 7 lebih, so kitaorang bertiga pergi jalan-jalan naik skytrain pergi terminal 2 lepas tu lepak Killiney Kopitiam. Oh baru tau Killiney Kopitiam asal dari Singapore.

Kat Changi Airport, surau ada kat waiting room sahaja. Actually prayer room sebab bilik tu boleh campur agama T__T. Tempat menunggu kat sini sangat best. Internet pun ada. Kedai pun banyak juga boleh shopping sambil tunggu flight. Oh kalau korang bukan Singaporean, beli barang harga $100 ke atas, boleh dapat tax refund. Make sure dapatkan surat tax refund dari kedai ye. Nanti kat airport ada 1 kaunter untuk dapatkan tax refund. Best tak?





Oh nasib baik kitaorang tak terlepas flight sebab sibuk melepak dan window shopping..hehehe

Kat bawah ni aku buat summary perbelanjaaan aku kat Singapore.

Day 1
Return flight = RM162
Beesybus dari Airport ke Hostel = $8
Hostel 2 nights = $44

Day 2
Beesybus dari Hostel ke USS = $5
Universal Studio = $52 (diskaun 20% guna Mastercard)
Luge & Skyride = $18
Lunch @ USS = $17.80
Souvenir = $10.80
Song of the Sea = $10
Beesybus dari USS ke Hostel = $5
Dinner = $4.80

Day 3
MRT Boon Keng ke MRT Dhoby Ghaut = $1.10
Souvenir = $69.60
MRT Orchard ke MRT Bugis = $1.20
Lunch = $6
MRT Bugis ke MRT Boon Keng = $1.30
Beesybus dari Hostel ke Airport = $8


Tips pergi Singapore
1. Sila bawak payung sebab cuaca kat sana panas. Tapi nasib baik masa kitaorang kat sana cuaca tak panas sangat :)
2. Sila bawak kipas juga. Bukan kipas besar berdiri tu okeh! Kipas tangan tu. Kalau ada kipas bateri tu lagi bagus, takde la penat nak mengipas.
3. Kalau datang dari Malaysia dan tak tido kat Singapore, sila bawa air mineral secukupnya. Air mineral kat Singapore sangat mahal padahal made in Malaysia je. Kalau tido kat Singapore, sila bawa tumbler. Nanti boleh top up air kat hotel/hostel...heheheh
4. Pakai flat shoes/sandal.
5. Sapu sunblock bila keluar untuk mengelakkan sunburn. Unless la memang suka hitam kan?
6. Naik train atau bas untuk penjimatan. Airport tax mahal seh!! Tapi kalau tak tido kat Singapore lagi jimat kot?

Tips pergi USS/Sentosa Island
1. Untuk penjimatan, sila bawa tumbler air tapi simpan dalam beg. Water filter banyak kat USS so boleh top up air.
2. Pergi USS weekdays untuk mengelakkan kesesakan.
3. Beli tiket USS secara online untuk mengelakkan tiket habis.
4. Kalau nak naik Luge, pergi pagi, petang ramai orang weh!!
5. Kalau nak tengok Song of the Sea, beli tiket sesampai je kat sana. Takut tiket habis.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...