Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah

Harap tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca semua. Cewahhh ada lagi ke pembaca blog yang dah bersawang ni?hehehe...mintak maaf banyak-banyak sebab dah terlalu lama tak update blog. Kemalasan melanda dan ditambah dengan kerja-kerja seharian yang tak menang tangan dibuatnya. Insyaallah aku akan cuba update selagi daya :)

Raya tahun ni biasa-biasa je. Yang boringnya mood raya tak datang langsung...boring boring. Dan hari-hari terakhir sebelum cuti raya masih lagi sibuk buat coding, debug program, rectify error..sighh~ takleh langsung nak berhuha dengan rakan sekerja..huhu..

Raya pertama ada kami 3 beradik je. Lagi 3 raya kat rumah mertua masing-masing. So raya pertama tak happening sangat la. Takpe..apa yang penting???Kerjasama!!! Eh eh bukan..mestilah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya. Dan yang takleh miss adalah nangis di pagi raya T__T. Ni part paling boring la sebab macam aktiviti wajib lak di pagi raya. Siap bibik tolong letak tisu 1 kotak. Tapi nasib baik tahun ni kurang sikit la nangis..jimat air mata..ahahhaa...





Lepas nangis-nangis, ziarah tok dan kubur arwah tok atan, kakak & tok ki. Ziarah juga sedara kat Pekan.

Raya kedua lagi 3 beradik sampai. Maka malam tu buat makan-makan ajak sedara-mara. Birthday celebration untuk Amirul pun buat sekali..anak merdeka wohh!! Kek siap ada bendera Malaysia..bagus bagus sangat patriotik...








Raya keempat pulak buat pizza beramai-ramai sebab nak lenjan breadmaker cum microwave oven Kak Ngah. Sangat bestt..ingat nak beli 1 la untuk mak. Nanti balik kampung bleh buat pizza..hehehe...

                         



Adoi lapar plak citer pasal makan. Esok insyaallah raya puasa 6 dan puasa ganti. Harap-harap berjaya habiskan puasa hari ni. Korang dah ganti puasa ke belum? ;)

p/s: ish tak lawo betul kualiti gambo kat blogger ni ek..huhu...nak guna flickr tak mampu :P

5 comments:

Mr MY Power Tools said...

wow.. meriah..

Anonymous said...

flickr bkn ade yg free ke? sy nye free je.

amoi said...

Mr MY: biasa2 je :)

Anon: ada yg free tp limited space..dulu dah pernah guna tp dah full..hehe

ida_zy said...

ila, saya tengok pun lapo
actually saya sokmo je cek blog ila, tapi silent, keep updating ehhe

p/s: ila makin comel dan berseri le :-p

amoi said...

oh ye ke?rajin baca ek..saya je kurang rajin nak update..hehe..comel ke?makin chubby kot..hehhe tq tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...