Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 14, 2010

Bowling Tournament

Aku tau belog ini lama giler terabai. Asyik takde mood je nak update even banyak giler aku nak cerita sebenarnya. Takpe akan ku update slowly even kisah tu berlaku tahun lepas..hehe. Jadi untuk tak menampakkan cerita dah berkurun tapi baru nak update, aku membuat keputusan untuk tidak me'reveal'kan tarikh kejadian. Hehehehe...

Orang kuat Haji Husain Family iaitu Nadia dan Kak Ni organize Bowling Tournament pulak. Giler kentang diaorang ni. Agresif betul. Dalam kesibukan kerja seharian sempat lagi nak organize Bowling Tournament.

Kak Ni The Organiser

Tournament berlangsung di Bukit Jalil Golf Resort. Registration pukul 10 pagi tapi sempat la nak practice dulu sebelum pertandingan bermula. Baling sekali dua je untuk warm up. Aku haram tak practice. Diaorang practice giler2, ada tu siap beli bola ok! Takpe semangat tu yang kita mahu. Nasib baik menang kan? hahahaha...

The trophy & medals





Kitaorang main 2 game je. Plan asal nak main 3 game tapi cancel saat2 akhir. Aku seperti biasa la bola mesti masuk longkang. Kalau tak masuk longkang tak sah namanya main bowling...eheheh..Strike ada la 2, 3 kali. Tu pun nasib...huhu..

Hahaha!! Team


Gutterball The Best Team


Fear the Anger Team


Team aku..ehem ehem..Ho Yeah!!!


Poh Palehh!! Team (orang Pahang je tau maksud ni..hehe)


Cepat Kohot Team (ni pun orang Pahang je tau maksudnya..hehe)


Ada Aku Kisah?! Team


The Osmonds (pemain import dari Family Osman)


Semangat betul!! Ni pun pemain import jugak


Baling jangan tak baling..gaya mesti 10 markah




Organiser check markah


the shoes

Akhirnya piala pusingan jatuh ke tangan pemain import iaitu Team Cepat Kohot. Diaorang ni memang sengaja pilih nama tu untuk mengaburi pihak lawan..*Dah kalah buat la cara kalah amoi* ye la..ye la...

End up aku dapat tempat ke 9 dari 12 orang perempuan dengan jatuhan pin sebanyak 173..hehe *bangga sebab tak dapat nombor corot* dan team aku dapat tempat ke 6 dari 9 team..ok la kan?agagagaga...nasib baik score team mate aku lebih kurang je dengan aku, so takde la rasa bersalah sangat menyebabkan team kalah..ahahhaa..

The champion


Top scorer women


Top scorer men




aik dapat lagi? ni dapat turkey master plak


bolot bang jangan tak bolot..hehe...


Group Photo sebelum bersurai


The winner

Lepas sesi penyampaian hadiah, sesi makan laksa plak kat rumah Eteh. Takde gambar diambil sebab aku tengah kelaparan dan tak ingat nak ambik gambar..eheehe...Gambar kat bawah ni curik dari facebook Eteh..hehe..Terasa macam hari raya plak masa makan-makan ni. Sekali-sekala seronok jugak gathering macam ni. Update latest info sesama sendiri dan mengeratkan silaturahim. Takkan nak tunggu raya baru jumpa kot? ;)

Laksa Pahang kegemaran semua..yummyyyy

Tuesday, June 15, 2010

Nadiku - Sabhi Saddi

Terima kasih la kepada En Zam sebab menyedarkan saya tentang kewujudan lagu ni. Sangat best!! Mendayu-dayu gitu. Boleh la nak layan jiwang sekali sekala. Haha. Lagu ni sebenarnya OST cerita Tari Tirana. Patut la rasa macam pernah dengar je sebelum ni (ceh layan jugak Tari Tirana :P). Tak tau pun kewujudan penyanyi ni. Suara dia ala-ala Kaer. Best best.



download sini

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

Chorus
Nadiku bagaikan berlagu
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikan ku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

Ulang Chorus 2X

Monday, May 24, 2010

Jacob's Walk of Life 2010


Jacob's Walk of Life is coming back!!! Wuhuuuu...Dulu pernah berhajat untuk masuk. Hmmm 2 tahun lepas kot hajat tu. Masa tu kak anim belum kawen lagi. Tapi hajat tu tak tertunai sebab apa ntah. Tarikh tak sesuai kot time tu. Sekarang kak anim dah nak beranak dah pun so tak boleh la ajak dia hehe. Jadinya aku nak ajak korang-korang la join Walk of Life ni pada 25th July 2010 kat FRIM Kepong. Ala..saja suka-suka. Aktiviti menyihatkan badan. Chewahhh!!! Lagipun free aje. Dah la free lepas tu dapat t-shirt free pulak tu. Haha. Apa tunggu lagi register cepat sebelum 4 June 2010 atau diaorang akan close registration kalau participant mencecah 6000 orang. Kalau join, jangan lupa bawak hadiah sekali sebab birthday aku keesokan harinya. Muahahaha ;)


Aku dah register dah. Apa tunggu lagi korang. Jom la!!! Jumpa di sanaaaaaa!!!!!!!!

UPDATED 25/05/2010
Online registration dah ditutup tapi korang still boleh datang pada hari tersebut untuk registration. Tapi t-shirt tak dapat. Huhu.

Thursday, April 22, 2010

Earth Day


In conjunction with Earth Day which is today, so we decided to wear GREEN. Yeahhh!!! Tipuuu..aku pakai PINK hari ni hehe. Gambar di atas diambil 2 minggu lepas. Kebetulan ramai pulak pakai hijau hari tu so photographer tak rasmi kitaorang en zam dipaksa untuk mengambil gambar kitaorang menggunakan kamera compact canggih canon yang baru dibeli bulan lepas. Canggih wooo...dah la compact tapi boleh tukar aperture, shutter speed & ISO. Macam DSLR la tapi ni compact yang lagi senang nak bawa ke sana ke mari. Ni yang rasa nak beli compact camera sebijik supaya di saat rasa malas nak kendong Dewi 80 seberat 2 kilo ada backup lain yang boleh dikendong dengan berat kurang 1 kilo hehe. Bila cerita pasal compact camera, sakit hati datang kembali mengingatkan kamera compact ku berenang di dalam air dan akhirnya kalah di tangan orang canon.

Lesson learnt.

1. Kalau kamera dah masuk air tapi masih boleh guna jangan gatal-gatal nak pergi hantar ke service center konon nak void warranty.

2. Jangan tipu cakap kamera rosak tak tau pasal apa padahal dah tau kamera rosak sebab kita punya pasal.

Sebabnya,

1. Technician tau kamera tu masuk air atau tak.

2. Once dia dah bukak kamera tu, air yang berkumpul dalam kamera tu akan mengalir ke part lain dah seterusnya menyebabkan kamera tu rosak dan langsung tak boleh guna padahal masa kita hantar kamera tu still boleh berfungsi.

Sakit hati tak???Ok tak boleh salahkan diaorang. Sila salahkan diri sendiri. Huwaaaaa...nak beli blackberryyyy. *Tiba-tiba*. Sebab kalau beli blackberry boleh dapat 3 in 1.

1. Handphone
2. Camera
3. Internet (boleh bermukabuku bila-bila masa..*abis kopak bayo bil*)

Tiba-tiba rasa entry ni tak ada kena-mengena dengan Earth Day. Haha. Ok la chow dulu sebelum aku mengarut benda lain.

Thursday, April 15, 2010

Mukabuku



Macam mana saya berkenalan dengan mukabuku?Hmmm..biar saya ceritakan. Masa tu senior saya yang perkenalkan. Dia cakap best. Saya pun daftar la. Tapi masa tu semua orang layan kawanster. Bila mula-mula saya bukak mukabuku saya pening. Apesal rasa macam tak mesra pengguna ni? Antaramuka nya sangat bercelaru dan saya tak faham fungsi setiap butang. Bila orang hantar jemputan, kenapa mesti izin aplikasi. Saya pening. Di awal pendaftaran, saya hanya bukak mukabuku sekali-sekala je sebab saya tak tahu macam mana nak guna. Beratus-ratus jemputan saya dapat tapi saya biarkan je dalam petisurat saya.

Lama terbiar sampai satu hari rakan sekerja saya bertanya.

"Amoi, macam mana nak main ni ek?" sambil menghadap ladangville dan cuba mencari butang untuk ditekan.

"Hmm..entah saya pun tak pernah main. Cuba tengok kat sini" sambil tunjuk kat butang bawah sebelah kanan.

"Oh nak pilih yang mana ni?Hmmm.." sambil lalu tetikus pada butang dan pilih butang Tuai dan mula menuai tanaman di dalam skrin.

"Oh macam ni ke?Ah lepas tu nak buat apa?"

"Hmm tanam balik kot"

Tiba-tiba datang kawan sekerja lelaki.

"Ladangville?Ketagih main ni. Ramai kawan saya ketagih. Baik jangan main"

Malam tu saya atas talian dan buka mukabuku saya. Saya mula terima jemputan kawan-kawan saya bermain ladangville. Setiap hari saya bermain dan Ya! Saya ketagih! Tapi apa yang menariknya, permainan ni mengeratkan silaturahim (cewah!). Macam mana pulak boleh jadi macam tu? Kita akan membantu antara satu sama lain untuk membesarkan reban ayam, membesarkan stor barang, tolong memberi barang untuk membuat rumah, kandang kuda dan sebagainya. Sekarang ada pulak koloborasi menanam bersama jiran-jirang ladang kita. Amat seronok. Masing-masing mengejar tempat teratas dan setiap hari ada benda baru di dalam permainan tersebut. Sangat menarik! Setiap hari akan teringat bila perlu tuai tanaman. Kalau lambat habislah tanaman mati. Hehe. Tengok ladang orang cantik tapi ladang sendiri huru-hara tak tau nak susun macam mana. Hahaha. Kreativiti diperlukan di situ. Tapi pada saya ketagih hanya di awal permainan. Bila sudah di peringkat atas, ketagih tu sudah berkurang cuma masih teringat bila tanaman perlu dituai. Hehehe.

Tetapi walaupun ketagih sudah mula berkurang, mukabuku tetap berjaya membuatkan orang seperti saya malas nak menulis di dalam blog dan membiarkan blog bersawang dan berhabuk. Hmmmm..

Sunday, March 7, 2010

Cinta Sempurna - Yuna

Lagu ni keep on playing in my mind. Ni semua Slyde punya pasal la ni dok nyanyi-nyanyi dalam kereta. Haha kan dah main dalam kepala aku non stop dari semalam. Cis :P



Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh

Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta
Kau berikan aku

Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurna sifatnyamu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku tak mampu tuk menanggung
Cinta sempurna
Darimu...
Darimu...


download mp3 di sini

Thursday, March 4, 2010

2nd Putrajaya International Hot Air Balloon 2010



Lalalalala. It's coming back! Weheeee...I wanna go..I wanna go. Tahun lepas tak dapat pergi. Huhuhu. Aini, Ona, Slyde jom jom jom!

For more information, please click the picture.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...