Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 15, 2010

Mukabuku



Macam mana saya berkenalan dengan mukabuku?Hmmm..biar saya ceritakan. Masa tu senior saya yang perkenalkan. Dia cakap best. Saya pun daftar la. Tapi masa tu semua orang layan kawanster. Bila mula-mula saya bukak mukabuku saya pening. Apesal rasa macam tak mesra pengguna ni? Antaramuka nya sangat bercelaru dan saya tak faham fungsi setiap butang. Bila orang hantar jemputan, kenapa mesti izin aplikasi. Saya pening. Di awal pendaftaran, saya hanya bukak mukabuku sekali-sekala je sebab saya tak tahu macam mana nak guna. Beratus-ratus jemputan saya dapat tapi saya biarkan je dalam petisurat saya.

Lama terbiar sampai satu hari rakan sekerja saya bertanya.

"Amoi, macam mana nak main ni ek?" sambil menghadap ladangville dan cuba mencari butang untuk ditekan.

"Hmm..entah saya pun tak pernah main. Cuba tengok kat sini" sambil tunjuk kat butang bawah sebelah kanan.

"Oh nak pilih yang mana ni?Hmmm.." sambil lalu tetikus pada butang dan pilih butang Tuai dan mula menuai tanaman di dalam skrin.

"Oh macam ni ke?Ah lepas tu nak buat apa?"

"Hmm tanam balik kot"

Tiba-tiba datang kawan sekerja lelaki.

"Ladangville?Ketagih main ni. Ramai kawan saya ketagih. Baik jangan main"

Malam tu saya atas talian dan buka mukabuku saya. Saya mula terima jemputan kawan-kawan saya bermain ladangville. Setiap hari saya bermain dan Ya! Saya ketagih! Tapi apa yang menariknya, permainan ni mengeratkan silaturahim (cewah!). Macam mana pulak boleh jadi macam tu? Kita akan membantu antara satu sama lain untuk membesarkan reban ayam, membesarkan stor barang, tolong memberi barang untuk membuat rumah, kandang kuda dan sebagainya. Sekarang ada pulak koloborasi menanam bersama jiran-jirang ladang kita. Amat seronok. Masing-masing mengejar tempat teratas dan setiap hari ada benda baru di dalam permainan tersebut. Sangat menarik! Setiap hari akan teringat bila perlu tuai tanaman. Kalau lambat habislah tanaman mati. Hehe. Tengok ladang orang cantik tapi ladang sendiri huru-hara tak tau nak susun macam mana. Hahaha. Kreativiti diperlukan di situ. Tapi pada saya ketagih hanya di awal permainan. Bila sudah di peringkat atas, ketagih tu sudah berkurang cuma masih teringat bila tanaman perlu dituai. Hehehe.

Tetapi walaupun ketagih sudah mula berkurang, mukabuku tetap berjaya membuatkan orang seperti saya malas nak menulis di dalam blog dan membiarkan blog bersawang dan berhabuk. Hmmmm..

9 comments:

~tuah.rimbun~ said...

patut arr lama x mencoret
ketagih pesbok ropanya?...

amoi said...

iye..byk sebenarnya cerita nak tulih...nnti aku update slow2 :)

NedLi Natalisz said...

mcm klaka jer biler tukar ke BM (^^i)

amoi said...

hehe...masihkah kau ingat term2 yang kita belajar dulu?hehe...

slyde said...

poyo gila ayat2 haha

NedLi Natalisz said...

hahahah.. ingat2.. mana bleh lupa.

amoi said...

slyde: haha..saje :D

aini: kan?kan?penat hafal..haha..

Anonymous said...

ler..aku tersedak membaca tajuk blog hang ni sambil terfikir apa benda alah muka buku ni, adakah sejenis buku baru ker atau apa ker.Terus terang dulu kak bis pun lama gak daftar sejak tahun lepas kot tapi tak pernah bukak pun sbb tak tahu nak tekan butang mana dan apa functionnya.ekekekek..pas tu tanya le ngan kuizikel dan ada le panduan dari Linda Onn baru le akak tahu tentang best tak best fb ni. Addicted? hahaha..

kak bis^ler ni^

amoi said...

kan? kan?mula2 susah betul nak faham...skrg ni addicted kan?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...