Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 14, 2015

Dealmates/Mydeal/Ensogo is a Scam?

Korang pernah dengar Mydeal? Alaaa..website macam Groupon tu, beli barang lepas tu redeem.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak kategorikan Mydeal ni scam ke apa. Kisahnya bermula apabila aku beli Triumph Slimming Panty pada bulan Mei 2014. Masa tu aku belikan untuk mak dan kakak aku. Barang tak tiba seperti dijadualkan dalam voucher. Maka aku pun email la ke customer service diaorang bertanya barang tu. Lepas seminggu baru diaorang reply dah pos barang. Waktu ni aku perasan Dealmates dah combine dengan Mydeal. Website Dealmates dah tutup. Apa sebab aku kata diaorang combine? Sebab bila aku bukak website Dealmates, dia akan redirect ke website Mydeal. Dan aku pernah hantar email ke Dealmates, dia punya support forum sama macam Mydeal.

Ok berbalik kepada cerita.

Barang yang dapat tak macam original Triumph pun. Pada tag kertas ada tulis Triumph tapi pada barang tak ada. Nampak macam barang dari China je. Tapi ok la, puas hati jugak la pakai.

Kemudian ada offer yang sama lagi pada bulan November 2014. Aku pun promote la kat kakak-kakak aku haha. Sebab hari tu ada kakak aku tak sempat beli. So aku order la 3 set untuk 3 orang kakak aku.

Dalam voucher tulis barang akan sampai awal bulan Januari 2015. Aku pun suruh la kakak-kakak aku standby. Tup tup dapat email dari Ensogo (waktu ni Mydeal dah tukar kepada Ensogo) mengatakan barang akan sampai lewat 3 minggu due to festive season. Ok la dimaafkan sebab bagitahu awal sebelum aku serang diaorang.

Bila barang sampai, barang tak seperti yang dinyatakan dalam voucher. Bukan brand Triumph tapi Yameishu. Ok kena tipu. Nasib baik kakak-kakak aku tak bising.



Aku email kat Ensogo mengatakan brand tak sama dengan dalam voucher. Haram diaorang tak reply. Lepas tu aku email lagi sekali tanya 1 barang lagi tak sampai. Boleh pulak diaorang reply bagi tracking number. Aik aku tanya pasal brand lain dia tak jawab. Hampeh. Dan bila aku track tracking number tu, barang tu memang dari China. Pos direct dari China kepada pembeli.

Bukan masalah barang dari China, tapi tak jujur. Kalau bukan brand Triumph, sila jangan tulis kat deal. Tulis je slimming panty. Habis citer. Takde la orang rasa tertipu kan?

Padahal sebelum-sebelum ni aku dah banyak beli dari Mydeal. Buffet dinner la, bantal la, beg la, dan yang paling mahal 3D2N Halong Bay tour untuk 6 orang. Phewww nasib baik tak kena tipu yang tu.

Kalau baca kat support forum Dealmates/Mydeal/Ensogo, banyakkkk gilerrrr complaint mengatakan diaorang tak dapat barang. Siap ada complaint kat NCC.

So aku saran elakkan beli dari Ensogo kalau taknak pisang korang berbuah. Eh!

Sunday, February 8, 2015

Gam gajah

Korang pernah tak mengalami masalah menggunakan gam gajah?
Gam gajah meleleh
Melekat pada jari
Dannn...gam tu boleh guna sekali je sebab gam tu dah melekat pada penutup

Errr..ke aku sorang je mengalami masalah macam ni?haha..

Ok 2,3 bulan lepas terpaksa beli gam gajah sebab riben kasut tercabut
Asalnya aku beli double tape sebab aku tak suka gam gajah
Tapiii..double tape tu tak berjaya lekatkan riben tu
Maka..terpaksa la beli gam gajah jugak
Takkan asyik nak hantar brader baiki kasut tu je

Aku gi kedai runcit, jumpa satu jenis je gam gajah
Dalam botol, bukan dalam tiub yang macam biasa tu
Dalam hati fikir, ok ke tak ni?
Hmmm takde choice, beli je la



Bila dah guna rasa bagus la gam gajah ni
Tak meleleh, senang nak apply..
Siap bagi thumb tack lagi untuk cucuk muncung botol tu

Yang penting aku boleh simpan gam gajah ni, tak macam sebelum ni, sekali je pakai haha

Aku sangat recommend brand ni, atau gam gajah yang dok dalam botol macam ni.

Korang boleh la try. Selamat membeli dan mencuba :)

Tuesday, January 20, 2015

Larian Gegar Neon 2014

Ok ini cerita basi tapi nak update jugak :P

Larian Gegar Neon 2014 ni pada 22 November yang lepas. Excited nak lari sebab larian ni buat kat Universiti Malaya. Lama giler tak masuk UM walaupun aku duduk dekat je dengan UM.

Larian ni agak mencabar sebab route nya lalu Bukit Cinta. Kenapa dipanggil Bukit Cinta? Sebabnya dulu ramai couple dok dating atas bukit ni. Sekarang ni aku tak tau la ada lagi tak diaorang buat kerja macam ni. Harap takde la kan.

Masa nak start lari hari tu, kasut aku problem lak. Tapak tercabut. Terpaksa la lari slow slow. Kesian Ona & Wan kena tunggu aku. Terpaksa guna kaedah ikatan simpul rapi untuk ikat tapak tu haha. Tak sampai 5km lari, hujan dah start turun dengan lebat. Redah jugak la hujan walaupun cuak dengan kilat. Kitaorang ambik 10km, so kena buat 2 loop. Masa tiba kat tempat permulaan, tunggu jugak diaorang inform cancel tapi takde plak hahaha ada je nak ngelat kan :P Nasib baik sebelum sampai Bukit Cinta, ada satu 4WD announce larian cancel sebab hujan lebat. Kitaorang pun pantas patah balik hehe. Nasib baik dapat jugak medal. Tapi serius hujan lebat giler, elok pun diaorang cancel :)


Sebelum lari..muka ceria dan berseri

Lepas lari..muka masih ceria tapi tudung penyet haha

Walaupun tak dapat habiskan 10km, tapi seronok jugak lari dalam hujan hehe.  Cuma cuak la sebab ada kilat bagai. Dan first time lepas lari dapat tembikai  instead of pisang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...