Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 5, 2014

Royal Belum Trip - Boathouse

Azam tahun baru ke hape ni? Rajin plak nak update blog kan? hahaha..:P

Trip Royal Belum ni adalah sebelum Krismas hari tu. Ni adalah pengalaman kedua aku naik boathouse kat Royal Belum dan pengalaman ketiga aku di Royal Belum.

Alhamdulillah dapat boathouse yang sama dengan sebelum ni. Boathouse ni memang selesa la. Ada 4 bilik di tingkat atas. Setiap bilik ada 2 katil single. Lepas tu ada 4 katil di anjung luar. Tapi disebabkan trip kami ni agak ramai, 21 orang..jadi ada la yang tido dalam hammock. Takpe diaorang tak kisah, janji diaorang dapat mancing..haha.

boathouse kami..cantik tak?
Disebabkan perempuan bukan kaki memancing, maka tugas kami adalah memasak. Errr..jadi bidan terjun je sebab chef kami EL plak. Hampes betul kan? Dah la tak pandai masak. Aku mampu jadi assistant je la. Nasib baik ada chef Slyde yang hebat memasak. Dan di hari-hari terakhir, chef Jidi tolong sama. Kalau tak, 6 jam baru sudah masak hahaha..

celik mata..masak masak masak..hoho
Trip kali ni tak banyak sangat dapat ikan. Maybe bukan rezeki kami. Tapi layan view memang best la. Yang kurang best sebab tak hujan. Kalau hujan mesti view lagi cun macam kat Kenyir hari tu. Apa-apa pun, siapa kaki memancing elok la datang sini. Yang bukan kaki memancing, boleh jugak datang..lepak layan view.

ikan apa?ikan sebarau hehe

subahanallah
para pemancing pulang
ali kena buli


hari terakhir..mandi manda di sanctuary 

on the way back from sanctuary

InsyaAllah kalau ada rezeki memang nak pergi lagi :)


2 comments:

Anonymous said...

Assalam...boleh sy tau brp harga package boathouse ni utk 3hari 3mlm & cara berurusan?

ismail dan said...

hurmm boleh dapat contact owner boathouse nie? mmg bercadang nak pergi bulan 1 ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...