Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 1, 2014

One Express..saya mesti pilih!

Cuti Awal Muharram lepas balik kampung. Dapat cuti extra hari Jumaat sebab replacement Public Holiday hari Sabtu. Balik kampung ni pun tak tenteram jugak sebab project nak go live minggu depannya. Project ni la paling memeningkan kepala. Cuti pun kena keje, dari pagi sampai tengah malam. Stop hanya makan dan solat. Stress giler project ni sampai nangis haha bleh?
Disebabkan balik tanpa plan yang betul, maka tiket balik ke KL tak beli lagi. Masa tu tengah confuse nak ambik cuti ke tak hari Isnin sebab Kak Teh ajak pergi Bukit Gambang Resort pulak, ada family day office dia. Tapi fikir punya fikir, tak jadi la ambik cuti sebab kerja punya pasal. So sampai je kat Terminal Bas Kuantan, terus cari tiket bas balik KL. Sebelum tu dah check online, tiket bas Etika, Maraliner dan Utama dah sold out. Plusliner still ada. Ok la..Plusliner would be my last choice kalau bas lain takde tiket. Sampai kat Terminal Bas Kuantan, cari tiket Bulan Restu dulu. Sold out! Hmm pastu cari bas lain ke KL. Nampak One Express. Tadi baru je nampak kaunter tiket bas ni kat Pekeliling. Aku tak pernah naik bas ni. Boleh cuba. Bas double deck. Aku sebenarnya tak suka double deck, gayat kalau duduk atas.. haha dan aku rasa bas double deck ni macam tak stable hehe. Tapi kalau takde pilihan naik je. Tanya brader kat kaunter One Express tu, Alhamdulillah ada tiket. Aku siap request seat bawah. Nasib baik ada hehe.

Hari yang dinanti pun tiba. Kebetulan ada 2 bas One Express tu kat terminal. Bila sampai kat bas 1, brader tu suruh naik bas 2. Jam masa tu dah nak dekat pukul 2.30 petang. Ramai tengah tunggu kat bas 2. Tunggu punya tunggu bayang driver pun tak nampak lagi walaupun dah pukul 2.45 petang. Dah la takde seat nak duduk. Aku mula rasa nak ban dah bas ni. Baru nak try, dapat experience tak best plak. Tak lama lepas tu driver sampai. Rupanya orang yang jaga tiket kat bas 1 tu adalah driver bas 2.



Bila masuk je bas, kagum kejap. Besarnya bas ni. 1 row ada 3 seat je. Seat pun besar dan selesa. Siap ada selimut lagi. Takyah susah-susah bawak selimut/sweater. Memang standard executive la bas ni. Tak jadi nak ban haha. Compare dengan Plusliner, One Express jauh lebih bagus. Seat Plusliner, 1 row 4 seat. Kerusi kecik. Gap antara kerusi sangat sempit. Bayangkan masa aku balik ke Kuantan, dapat seat sebelah lelaki. Tau la kan kaki lelaki panjang. So dia kena kangkang la kaki dia. Kaki dia tu kena kaki aku. Pastu siku dia tu kena pinggang aku. Nasib baik aku tak melatah. Benci ok! Aku selalu rasa Plusliner ni nak untung lebih dengan sumbat seramai orang yang boleh. Padahal harga tiket lebih kurang je dengan bas lain. Mula-mula aku ingatkan bas yang short distance je kerusi sempit, long distance pun sama sebab aku pernah naik dari KL ke Kuala Kedah.




Kesimpulannya One Express sangat selesa. Aku berpuas hati. Kalau boleh beli tiket online lagi bagus. Harap-harap tak lama lagi diaorang buat la online ticket. Untuk Plusliner, jika diaorang tak improve seat dalam bas, diaorang akan ketinggalan dan Plusliner bukan pilihan pertama setiap orang yang naik bas macam aku.

credit: google

Sunday, November 9, 2014

Makna Founder's Night Run 2014

Run kali ni hanya aku berdua dengan Ona je. Berdua lebih baik? Hahaha…

On the way pergi Putrajaya, sekejap hujan sekejap tak. Bila nak dekat sampai, tengok langit macam nak runtuh je. Ona dah cuak. Aku macam excited gak sebab tak pernah lari dalam hujan kot haha. Tapi kalau hujan dengan ribut petir takut jugak kan? Dah la tak ada baju hujan, waterproof bag..err cemana ni? Tapi Alhamdulillah bila sampai kat tempat parking, tak hujan langsung! Sepanjang lari pun tak hujan.

Lari kali ni start kat Kompleks Renang Kompleks Kejiranan Presint 6, dekat dengan Pusat Maritim Putrajaya. Macam best je tengok kolam renang tu, rasa nak terjun je walaupun tak pandai berenang haha..dan view waktu malam dari Pusat Maritim tersangatlah cantik. Sayang bateri hp dah low, so tak dapat ambik gambar.

Seperti biasa..posing dulu sebelum lari haha

Larian kali ni kitaorang berjaya habiskan 9.77 km dalam masa 1 jam 39 minit, mengikut catatan Nike Running. Agak laju berbanding biasa walaupun rasa nak tercabut kaki dah lari. Dengan training ala kadar, dengan takde carbo loading (hanya makan laksa johor pukul 10 pagi dan 2 puff 2 jam sebelum lari) kira ok la rekod tu. Tak pernahnya training betul-betul walaupun dah tau ada run next month..haha. Memang dasar pemalas nak training :P

Credit to Ona

Next, Larian Gegar Neon. Harap boleh beat rekod sekarang hehe.

Wednesday, November 5, 2014

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt

Assalamualaikum. Lamanya tak update blog. Rugi pulak biar blog berhabuk ni. Kita cuba cuci slow-slow hehe.

2 minggu lepas berkesempatan masuk KL Fabulous Food Hunt 2014. Ni kali kedua aku masuk food hunt ni. Memang best sebab dapat makan free. Free ke? Haha..fees RM200 per team. Tahun lepas kitaorang dapat tempat ke 20. Syukur Alhamdulillah..dapat la RM200 kot. Cukup la cover duit teksi. Kali ni kitaorang target top 10 haha. So strateginya nak book brader teksi tahun lepas. Tapi sampai ke hari kejadian, brader tu tak dapat dihubungi. Kami redha.

Tiba di hari kejadian, banyak teksi dah siap menunggu kat depan Matic. Arghh ingatkan kitaorang je yang fikir nak book teksi awal-awal. Rupanya ramai lagi orang lain berfikiran sama. Oh salah satu syarat food hunt ni kita kena naik public transport. So the fastest way is naik teksi. Kalau naik lrt/monorel/komuter takes time sebab nak tunggu bagai kan? So sebelum event start, aku dan Din cuba dapatkan teksi untuk dibook tapi malangnya semua teksi yang kitaorang tanya taknak bawak kitaorang jalan-jalan cari makan..huhu.

Sebelum start, organizer bagi list of kedai makan yang kita kena pergi. List tu hanya ada nama kedai dan tempat. Semua ada 9 kedai. Kat sini internet sangat-sangat diperlukan sebab certain kedai kita tak pernah dengar langsung namanya. Berdasarkan list tu, kita plan la nak pergi kedai mana dulu, ikut strategi masing-masing. Setiap orang dari team kena makan at least 2 dishes.

Team aku terdiri dari aku, Slyde, Wan dan Din. Bila event start kami terkapai-kapai cari teksi. Teksi yang kitaorang tahan semua dah dibook. Slyde cadangkan install apps MyTeksi. Dah install dan book, tetiba dapat teksi..tu pun nak dekat ½ jam jugak..banyak betul buang masa huhu.



Tempat pertama kitaorang tuju adalah Char Kuey Teow Mie Cord, Sungai Penchala. Bila kami sampai je, panjang giler queue. Tempat makan limited, tukang masak sorang je. Kami dah salah percaturan. Tapi hidup perlu diteruskan. Slyde beratur, yang lain siapkan puzzle yang organizer bagi. Puzzle tu kena siapkan dan hantar sebelum last checkpoint. Oh kat sini Slyde kena makan char kuey teow dan air apa ntah. Bayangkan char kuey teow panas-panas baru masak nak kena makan cepat-cepat. Melecur lidah. Tapi Slyde bijak..dia ada strategi tersendiri haha. Kalau aku mesti tak terfikir nak buat macam tu.




Next kedai kitaorang pergi ke Dapur Muor Asam Pedas, Danau Kota. Kitaorang bajet kat sini kena makan Nasi + Asam Pedas tapi rupanya kena makan Mee Bandung. Kat sini turn Wan makan. Nasib la Wan kena minum kopi ais sekali sebab dia tak minum kopi. Telan jugak la.





Kemudian kitaorang pergi Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju. Din beria nak makan burger. Amik la nak makan sangat. Nasib baik burger tu 1 lapis je. Kat sini diaorang tak sedia air. Nasib baik ada air mineral dalam goodie bag yang dapat awal tadi. Takde la tercekik hehe.

Turn aku yang seterusnya. Berdebar-debar je. Next kedai kitaorang ke Restoran Asam Pedas, Setiawangsa. Masa sampai tu kena tunggu kejap diaorang settlekan meja. Aku duduk je tengok makanan nasi + asam pedas + ikan masin + telur masin. Huwarghhh aku tak makan ikan masin + telur masin..cemana ni? Terpaksa la sumbat jugak kannn. Mulut tengah penuh dengan nasi, ada plak cameraman sibuk amik gambar..erghhh…

Next stop is Sup Meletup, Bandar Seri Permaisuri. Kat sini tugas Wan makan bihun sup. Sepantas kilat Wan makan..haha.



Lepas tu kitaorang ke Family Corner, Bandar Tun Razak. Yang ni memang susah giler nak cari. Even kat internet pun tak jumpa. Terpaksa s.o.s kawan-kawan. Alhamdulillah jumpa jugak. Rupanya kat area medan selera. Sampai je tengok kena makan laksa. Memandangkan aku dah makan nasi tadi, so aku dengan rela hati makan laksa ni. Sepantas kilat aku habiskan haha. Budak-budak ni siap pow air sirap lagi. Dahaga katanya haha..

Next, kitaorang ke MZ Darulnaim, Chow Kit. Kalau google kedai ni katanya kat Kg. Baru. Maybe sempadan la kot. Pintu depan Chow Kit, pintu belakang Kg. Baru ahahaha. Kedai ni terletak depan Kuala Lumpur International Hotel. Kat sini kena makan nasi dagang. Disebabkan Din tak suka nasi dagang, Slyde la kena makan.



Kedai seterusnya Kedai Makan Murah Meriah, Kg. Baru. Kedai ni dekat je dengan MZ Darulnaim. Kat sini Din kena makan nasi + telur itik masak lemak. Fuhhh aku tengok pun terliur. Macam sedap je. Rasa nak order sepinggan. Ada rezeki nak makan la kat kedai ni nanti..hehe..

Dari sini kitaorang terus shoot ke Kompleks Kraf, last checkpoint. Sebelum tu kena hantar puzzle dulu pastu baru ke food court dalam Kompleks Kraf ni. Makanan disediakan oleh Laxana Catering, nasi + ikan patin masak tempoyak. Kali ni Din makan lagi haha. Nasib la kan kena makan nasi 2x berturut-turut.

Lepas settle, terus berlari ke stage untuk hantar passport yang telah dicop di setiap checkpoint. Hampa, tahun ni dapat tempat ke 97? 97? Keciwa..ramai lagi pantas dari kitaorang.

Event ni adalah anjuran Tourism Malaysia. Objektifnya untuk memperkenalkan masakan Malaysia. Tapi kalau dilihat dari menu tahun ni, semuanya adalah masakan Melayu. Bagi aku tak 1 Malaysia rasanya. Padahal kita ada banyak lagi makanan dari kaum lain, contohnya dim sum, roti canai etc. Satu lagi, penganjur tak benarkan kereta persendirian dalam pertandingan ni. Tapi ramai yang book siap-siap teksi (kitaorang pun hampir sama). Bila book siap-siap dah jadi macam kereta persendirian pulak. Lebih baik jika peserta dibenarkan guna lrt/monorel/komuter sahaja. Tapi penganjur kena cari kedai makan berhampiran stesen la. Atau mungkin pihak penganjur sendiri sediakan teksi untuk setiap team tapi tambang teksi tu team tersebut kena bayar sendiri. Mungkin ni lebih adil untuk semua orang. Just my 2 cents ;)

Apa-apa pun aku enjoy dengan pertandingan ni walaupun tak menang. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, tahun depan nak masuk lagi. Jom yuk!


Monday, September 1, 2014

Pretty Sofea

Siapa Pretty Sofea ni? Pretty sangat ke? Hehe...

Err saya dah ada business baru. Sejak bukak bazaar masa Ramadhan lepas, terus rasa nak teruskan business ni. Business apa ya? Jual tudung untuk wanita dan kanak-kanak. Macam best pulak tengok semua orang menjual sekarang ni kan. So apa kata kita try pulak. Jom support saya. Boleh intai-intai kat sini http://prettysofea.blogspot.com/ . Tak banyak lagi update. Tak sempat nak ambik gambar. Gambar yang ada tu pun ambik guna handphone je haha. Nanti la minggu ni nak beli kamera. Bleh? Hehe

Sunday, January 5, 2014

Royal Belum Trip - Boathouse

Azam tahun baru ke hape ni? Rajin plak nak update blog kan? hahaha..:P

Trip Royal Belum ni adalah sebelum Krismas hari tu. Ni adalah pengalaman kedua aku naik boathouse kat Royal Belum dan pengalaman ketiga aku di Royal Belum.

Alhamdulillah dapat boathouse yang sama dengan sebelum ni. Boathouse ni memang selesa la. Ada 4 bilik di tingkat atas. Setiap bilik ada 2 katil single. Lepas tu ada 4 katil di anjung luar. Tapi disebabkan trip kami ni agak ramai, 21 orang..jadi ada la yang tido dalam hammock. Takpe diaorang tak kisah, janji diaorang dapat mancing..haha.

boathouse kami..cantik tak?
Disebabkan perempuan bukan kaki memancing, maka tugas kami adalah memasak. Errr..jadi bidan terjun je sebab chef kami EL plak. Hampes betul kan? Dah la tak pandai masak. Aku mampu jadi assistant je la. Nasib baik ada chef Slyde yang hebat memasak. Dan di hari-hari terakhir, chef Jidi tolong sama. Kalau tak, 6 jam baru sudah masak hahaha..

celik mata..masak masak masak..hoho
Trip kali ni tak banyak sangat dapat ikan. Maybe bukan rezeki kami. Tapi layan view memang best la. Yang kurang best sebab tak hujan. Kalau hujan mesti view lagi cun macam kat Kenyir hari tu. Apa-apa pun, siapa kaki memancing elok la datang sini. Yang bukan kaki memancing, boleh jugak datang..lepak layan view.

ikan apa?ikan sebarau hehe

subahanallah
para pemancing pulang
ali kena buli


hari terakhir..mandi manda di sanctuary 

on the way back from sanctuary

InsyaAllah kalau ada rezeki memang nak pergi lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...