Harap tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca semua. Cewahhh ada lagi ke pembaca blog yang dah bersawang ni?hehehe...mintak maaf banyak-banyak sebab dah terlalu lama tak update blog. Kemalasan melanda dan ditambah dengan kerja-kerja seharian yang tak menang tangan dibuatnya. Insyaallah aku akan cuba update selagi daya :)
Raya tahun ni biasa-biasa je. Yang boringnya mood raya tak datang langsung...boring boring. Dan hari-hari terakhir sebelum cuti raya masih lagi sibuk buat coding, debug program, rectify error..sighh~ takleh langsung nak berhuha dengan rakan sekerja..huhu..
Raya pertama ada kami 3 beradik je. Lagi 3 raya kat rumah mertua masing-masing. So raya pertama tak happening sangat la. Takpe..apa yang penting???Kerjasama!!! Eh eh bukan..mestilah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya. Dan yang takleh miss adalah nangis di pagi raya T__T. Ni part paling boring la sebab macam aktiviti wajib lak di pagi raya. Siap bibik tolong letak tisu 1 kotak. Tapi nasib baik tahun ni kurang sikit la nangis..jimat air mata..ahahhaa...
Lepas nangis-nangis, ziarah tok dan kubur arwah tok atan, kakak & tok ki. Ziarah juga sedara kat Pekan.
Raya kedua lagi 3 beradik sampai. Maka malam tu buat makan-makan ajak sedara-mara. Birthday celebration untuk Amirul pun buat sekali..anak merdeka wohh!! Kek siap ada bendera Malaysia..bagus bagus sangat patriotik...
Adoi lapar plak citer pasal makan. Esok insyaallah raya puasa 6 dan puasa ganti. Harap-harap berjaya habiskan puasa hari ni. Korang dah ganti puasa ke belum? ;)
p/s: ish tak lawo betul kualiti gambo kat blogger ni ek..huhu...nak guna flickr tak mampu :P