Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, November 28, 2010

Koc Wanita

Dah lama nak tulis entry pasal Koc Wanita yang diperkenalkan oleh KTMB. Dulu pernah dengar topik ni kat dalam Hot.FM. Ingatkan baru usul rupanya dah implement. Beberapa bulan lepas aku berkesempatan naik komuter kat KL Sentral. Mula-mula aku tak tau kewujudan Koc Wanita ni, bila komuter dah nak sampai, aku pun berjalan ke koc paling tengah. Kat situ baru aku perasan ada papan tanda berwarna pink dan putih bertulis Koc Wanita. Aku pun berdiri la kat tempat menunggu tu. Tapi apa yang dikesalkan, ada juga lelaki yang masuk Koc Wanita tu. Aku tak tau la diaorang ni tak tau membaca atau tak perasan kewujudan Koc Wanita tu. Papan tanda tu bertulis dalam 5 bahasa, Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, India dan Arab. Takkan tak faham lagi kot? Atau buat-buat tak faham? Kat pintu dan tingkap pun ada tulis. Haih tak faham betul aku. Tapi aku mengagak, font, warna dan grafik yang menyebabkan orang tak perasan papan tanda tu. Mungkin pihak KTMB perlu menukar font, warna dan juga grafik supaya orang lagi peka dengan papan tanda tu.


Kat Stesen KL Sentral, ada 1-2 petugas akan memantau Koc Wanita ni. Diaorang akan halau lelaki dalam koc ni pergi ke koc lain. Mula-mula rasa bangga dengan KTMB, tapi bila sampai stesen seterusnya, takde petugas untuk memantau. Jadi warga lelaki dengan selamba masuk Koc Wanita. Ceh terus rasa tak bangga. Aku rasa setiap stesen perlu ada petugas untuk memantau penumpang dalam Koc Wanita ni. Kalau tak, apa gunanya Koc Wanita tapi kat dalam tu still ada penumpang lelaki? Tapi serius, bila duduk dalam Koc Wanita ni rasa selamat je sebab semuanya wanita...hehehe..bangga tak jadi wanita?

Wednesday, November 24, 2010

Saya Sangat Mengantuk~

Lepas lunch terus rasa mengantuk. Ada lagi 1 interface program nak kena buat nih. Sigh~ malas giler. Disebabkan mengantuk, maka aku melayari internet. Gelapkan sikit screen, lepas tu google apa yang patut..ahahhaa...Ceh macam bos tak nampak kalau lalu kat belakang...hahaha..takpe takpe. Berlagak selamba seperti tidak membuat kesalahan. Asyik membaca blog orang tiba-tiba rasa nak update blog sendiri..hehehe...


Tak habis lagi cerita pasal Arezzo hampeh tu kan?Lepas kejadian meng'swipe' kad kredit tu. Esoknya aku telefon salesgirl cakap nak cancel. Dia ...alamak bos datang..sambung nanti...

Ok mari sambung semula...

Aku telefon salesgirl tu aku cakap nak cancel. Dia pelik kenapa nak cancel. Aku cerita la apa aku jumpa kat internet. Dia cakap yang tulis kat internet tu competitor diaorang. Macam-macam dia cakap tapi kesimpulannya dia tak bagi cancel. Lepas tu aku bengang, aku mintak nombor telefon manager dia. Fikir punya fikir, tak jadi la nak call manager dia. Confirm diaorang komplot jugak, so aku telefon HQ terus. HQ tak terkejut pun. Dia just tanya aku deal dengan siapa dan akan call semula. Tak lama lepas tu, technician yang nak hantar barang kat aku malam sebelum tu call aku. Dia tak bagi cancel jugak. Dia suruh datang kaunter untuk discuss. Aku taknak. Aku siap ugut nak report tribunal, terus dia melenting. Last sekali aku cakap ok, aku datang kaunter hari ni atau esok. Dia terdiam. Lepas tu dia suruh call salesgirl tu sebelum datang. Lepas letak telefon, aku still rasa tak puas hati kenapa takleh cancel. Aku call HQ sekali lagi mintak cancel. Lepas tu HQ suruh datang kaunter isi borang cancellation. Aku taknak sebab confirm diaorang akan pujuk-pujuk lagi. HQ berkeras suruh aku pergi kaunter dan aku berkeras taknak. At last dia cakap akan call aku semula. Haram tak call.

Esoknya aku pergi Mid Valley dengan Kak Herma dan Hasnah. Kitaorang suruh Hasnah berlakon pergi kat kaunter diaorang. Memang sah la modus operandi diaorang. Si Hasnah dapat hadiah set periuk!! Tapi dia terus blah. Lepas tu aku dan Kak Herma pergi kaunter jumpa salesgirl & technician tu. Mintak cancel memang mati-mati diaorang tak kasi. Aku dah la jenis tak reti nak marah. Masa cakap siap suara terketar-ketar nak nangis...huhu. Nak dekat sejam jugak duduk kat situ. At last aku cakap aku ambik barang dan tunggu la surat dari aku. Sebelum tu aku dah cakap kat dia kalau aku report kat KPDN confirm diaorang kena. Diaorang terdiam. Masa sibuk sign DO, Kak Herma cakap la kitaorang tak puas hati sebab takde pun barang free sebenarnya. Technician tu tanya, nak barang free? Aku jawab nak la. Lepas tu dia offer set periuk yang harga 2k++ kot, tapi dia ambik ionizer aku. Kira exchange la. Aku mintak masa fikir tapi sebenarnya aku taknak ambik pun. Aku call Ona. Ona cakap jangan ambik, proceed report kat tribunal. Bila aku bagitau keputusan aku, technician tu pelik kenapa aku tak nak terima offer dia. Aku just jawab tak nak then aku cakap tunggu la surat dari aku. Terus kitaorang blah.

Rabu lepas aku dah submit report ke tribunal secara online. Aku submit sebelum lunch, lepas lunch terus aku dapat call dari tribunal mengatakan diaorang dah proses aduan aku. Cepat betul. So aku perlu follow step seterusnya which is kena print dan hantar borang aduan tu ke Arezzo. Tapi disebabkan cuti raya so aku tak sempat nak hantar minggu lepas. Isnin lepas baru aku pos. Harap-harap sempat la settle sebelum hearing date. I mean Arezzo settle luar court. Aku takut jugak nak masuk court ni. Kang aku nangis pulak masa bercakap...huhu...Oh btw hearing date aku 13/12/2010. Korang doa-doakanlah aku berjaya dapat balik tuntutan ni ye. Aminnn...

Thursday, November 11, 2010

Iklan Aowa, Adik Beradik Arezzo

Akhirnya jumpa jugak iklan ni.



Baca kat komen salah satu komen kat blog ni, Arezzo dengan Aowa tu satu company, sebab tu design microwave oven dia sama dan tak salah aku, brand Aowa la yang aku pernah tengok demo microwave oven masa sekolah dulu.

Esok ingat nak pergi tribunal tapi bila baca komen kat blog ni, rasanya aku kena pergi Mid Valley untuk sign cancellation form dulu. Tapi sebelum sign aku kena cross part charge 20% dalam form tu. Kalau diaorang tak nak bayar full, baru aku report tribunal. Tapi esok barang- barang tu aku kena ambik jugak kalau diaorang tak terus cancel transaction cc aku. In case la kan...korang doakan la aku dipermudahkan urusan dan berjaya menegakkan hak aku sebagai pengguna.

Banyak benda nak cerita pasal hari ni, tapi esok je la kot aku taip. Special thanks to Aini sebab tolong dengar luahan perasaan dan bantu aku berfikir secara waras apa yang perlu aku buat. TQ to Pojan jugak bagi info, Babla yang sudi ym dengan aku, kurang sket rasa stress walaupun dia cakap aku mengong..ahahaha dan juga Kak Herma yang sudi tadahkan telinga...Kalau berjaya cancel ni, insyaAllah aku belanja korang roti canai dan teh tarik!!!

Wednesday, November 10, 2010

Arezzo Menipu???

Tengah hari tadi aku dan Kak Herma pergi beli barang kat Carrefour Mid Valley. Lepas bayar, kitaorang disapa oleh seorang perempuan cina. Dia offer free shopping bag. Dia cakap free tak payah beli apa-apa. Aku pun dengar free dan tak payah beli apa-apa, apa lagi follow la dia kat booth Arezzo. Selama ni memang banyak kali lalu depan booth tu tapi takde plak orang panggil nak bagi shopping bag. Dia hulur dua kotak, lepas tu suruh isi form untuk confirm kat bos dia konon dia buat kerja la. Kak Herma taknak isi, so aku duduk dan isi je la tapi aku letak nombor telefon salah. Lepas isi dia promote barang diaorang. Diaorang tunjuk microwave oven diaorang yang canggih boleh masak makanan guna bekas polisterin. Lepas tu masak air, bekas tak panas tapi air panas. Dalam microwave oven tu pun tak panas siap boleh pegang dengan tangan. Actually aku dah pernah tengok demo microwave oven yang sebijik macam ni dulu, time aku sekolah. Memang kagum la pasal air panas tapi bekas tak panas tu. So takde la heran sangat masa tu.


Lepas tu dia terang pasal product diaorang. Tiba-tiba cerita pasal free voucher. Dia cakap kalau ada gambar coffeemaker, maknanya aku dapat coffeemaker. Kalau gambar dia, aku dapat dia la. Mula-mula aku dengar valid 3 bulan. Aku pun dengar je la dia bebel. Siap tunjuk iklan diaorang dalam majalah keluarga. Lepas tu dia cakap iklan tv yang perempuan rambut tercacak masa memasak tu iklan diaorang la. Wallahu'alam. Aku ingat iklan tu tapi aku tak ingat iklan tu promote brand apa.

Lepas tu dia bagi aku satu sampul surat yang dia dah koyakkan sikit, then satu lagi kat Kak Herma. Bukak-bukak aku tengok aku dapat voucher rebate RM100 dengan gambar microwave oven. Kak Herma dapat voucher rebate RM200. Dah tu aku cakap la "Kalau gambar microwave, dapat microwave la?". Lepas tu diaorang pandang sesama sendiri buat muka terkejut. Dia cakap dia call manager confirm kan. Siap cakap Bahasa Melayu dengan manager dia padahal manager dia cina jugak. Dia tanya betul tak voucher tu sebab microwave oven tu mahal. Lepas tu dia siap pas telefon kat aku suruh cakap dengan manager. Manager tu tanya aku, aku sendiri ke bukak voucher tu?Aku cakap ye. Lepas tu dia mintak barcode no pada envelope tu untuk pengesahan. Then manager tu confirm voucher tu betul tapi aku kena promote kat kawan-kawan la sebab dapat voucher yang best giler tu kan?

Kebetulan pulak memang aku teringin sangat nak beli oven. Konon nak buat kek. Kira rezeki datang bergolek la ni. Berbunga-bunga aku. Tapi yang tak bestnya aku kena beli barang baru dapat hadiah tu. Bila aku cakap nak pergi makan dulu, fikir...dan dan dia cakap valid masa tu je. Aik tadi cakap valid 3 bulan. Pelik betul aku. Aku argue tapi Kak Herma mengiyakan dan memang tulis pulak pada voucher tu. Salesgirl tu tanya aku selalu pakai credit card apa? Aku cakap Mastercard. Lepas tu dia tanya credit card dari bank mana? Aku cakap Maybank. Terus dia cakap kalau pakai Maybank, boleh buat installment 12 bulan 0% interest dan dapat free ionizer berharga RM1.5k.

Aku tanya pendapat Kak Herma. Dia cakap ambik barang paling murah la. Aku tanya kalau ambik ionizer boleh tak? Dia cakap boleh tapi tak dapat free ionizer lagi satu sebab harga tak sampai RM2k. Dan dan cakap kena beli RM2k ke atas baru bleh dapat free ionizer. Bila fikir-fikir, ionizer tak pakai pun. Baik aku beli water purifier. Rumah sewa aku ni, air berkarat. So aku suruh dia kirakan berapa monthly installment aku. 100 lebih jugak la sebulan. Tapi dia tak sabar-sabar nak cek credit card aku lepas ke tak nak buat installment ni. Aku tak sure kalau dia dah masuk card aku dalam machine tu, transaction dah dikira ke tak. Dia cakap selagi aku tak sign, transaction tak valid. So betul la tu kot. Dia cek-cek credit card aku lepas. Aku pun fikir worth ke tak dapat 3 barang tu dengan harga RM2699. Dia cakap water purifier tu macam Zhulian punya. Alkaline water. Wallahua'lam. Aku lupa nak suruh dia buat demo sebab terpesona dengan microwave oven. Oh lupa lak nak cerita, dia ada tunjuk demo goreng keropok tanpa minyak pakai microwave oven tu. Giler gempak. Terus teringat keropok kat rumah yang aku malas nak goreng. Hahaha...lagi la teruja. Terus aku sign resit.

Lepas tu bos dia call. Kak Herma cakap "Ha..lepas ni discount 70% pulak". Masin betul mulut Kak Herma. Bos dia call nak bagi aku offer less 50% kalau aku beli lagi 1 barang. Hahahaha..pandai betul. Aku offer Kak Herma. Kak Herma decided beli microwave oven dengan harga RM1599 guna credit card aku. Lepas isi semua form, aku suruh diaorang hantar barang kat rumah sebab aku takde transport nak bawak balik barang. Diaorang agree. Kak Herma bawak balik siap-siap microwave oven dia.

Sampai office dok cerita kat eee pasal hari bertuah dapat free microwave oven. Tiba-tiba dia bangkitkan isu gores dan menang. Alamak!! Macam mana boleh tak perasan ni. Cepat-cepat aku search kat internet. Fuh ramai tertipu dengan Arezzo ni rupanya. Modus operandi sama. Buat-buat terkejut bila customer dapat voucher besar. Terus rasa tak sedap hati. Rasa nak cancel walaupun rasa worth aku beli 3 barang tu dengan harga tu. Yang tak best bila kita kena tipu. Pandai betul diaorang berlakon. Korang boleh baca blog post pasal barang Arezzo ni kat sini , kat sini dan kat sini . Sakit hatinya..Allah saja yang tau. Aku fikir nak cancel ke tak. Tak senang hati aku dibuatnya.

Sampai rumah, buat research lagi. Tiba-tiba mamat technician tu call sesat nak ke rumah aku. Aku bagi direction. Lepas tu rasa nyesal plak angkat. Terus aku call Maybank tanya boleh tak aku nak cancel transaction tu. Diaorang tak boleh cancel. Kena kedai yang cancel. Aku tanya kalau kedai taknak cancel macam mana?Baru aku boleh gi Maybank, isi borang untuk cancel. Huwaaa..kenapa tak boleh cancel terus?Aku bukan dapat barang lagi. Terus aku sms Kak Herma cakap nak cancel then aku off hp.

Tak lama lepas tu technician tu dah sampai depan rumah. Jerit jerit. Aku duduk diam je dalam rumah. Lama jugak dia jerit depan rumah tadi. Rasa bersalah ada, kesian ada, seram sejuk ada. Haihh.. bak kata Kak Herma macam kena kejar dengan along...ahahahah. Tak lama lepas tu dia blah. Lepas tu Kak Herma ym aku cakap technician tu call dia tanya nombor telefon aku. Dia cakap dia ada depan rumah aku. Lagi la aku takut. Siap pesan kat housemate aku jangan balik lagi...ahahahha...Sampai aku nak on hp pun dah takut...ahahaha sengal tak?Pukul 11 baru aku on hp. Tengok-tengok salesgirl tu sms aku cakap technician depan rumah. Aku buat bodoh je. Lepas tu dia sms lagi bagitau benda yang sama. At last aku sms balik cakap aku ada emergency. Esok aku call. Terus aku off hp...ahahaha...Sok baru nak settle benda alah ni. Harap-harap boleh la cancel transaction tu...huhuhu...kisah ni pengajaran untuk aku dan korang semua. Jangan mudah terpedaya dengan barang free. Kalau barang free betul-betul takpe. Tapi buy 1 free 1 ni yang bahaya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...