In conjunction with Earth Day which is today, so we decided to wear GREEN. Yeahhh!!! Tipuuu..aku pakai PINK hari ni hehe. Gambar di atas diambil 2 minggu lepas. Kebetulan ramai pulak pakai hijau hari tu so photographer tak rasmi kitaorang en zam dipaksa untuk mengambil gambar kitaorang menggunakan kamera compact canggih canon yang baru dibeli bulan lepas. Canggih wooo...dah la compact tapi boleh tukar aperture, shutter speed & ISO. Macam DSLR la tapi ni compact yang lagi senang nak bawa ke sana ke mari. Ni yang rasa nak beli compact camera sebijik supaya di saat rasa malas nak kendong Dewi 80 seberat 2 kilo ada backup lain yang boleh dikendong dengan berat kurang 1 kilo hehe. Bila cerita pasal compact camera, sakit hati datang kembali mengingatkan kamera compact ku berenang di dalam air dan akhirnya kalah di tangan orang canon.
Lesson learnt.
1. Kalau kamera dah masuk air tapi masih boleh guna jangan gatal-gatal nak pergi hantar ke service center konon nak void warranty.
2. Jangan tipu cakap kamera rosak tak tau pasal apa padahal dah tau kamera rosak sebab kita punya pasal.
Sebabnya,
1. Technician tau kamera tu masuk air atau tak.
2. Once dia dah bukak kamera tu, air yang berkumpul dalam kamera tu akan mengalir ke part lain dah seterusnya menyebabkan kamera tu rosak dan langsung tak boleh guna padahal masa kita hantar kamera tu still boleh berfungsi.
Sakit hati tak???Ok tak boleh salahkan diaorang. Sila salahkan diri sendiri. Huwaaaaa...nak beli blackberryyyy. *Tiba-tiba*. Sebab kalau beli blackberry boleh dapat 3 in 1.
1. Handphone
2. Camera
3. Internet (boleh bermukabuku bila-bila masa..*abis kopak bayo bil*)
Tiba-tiba rasa entry ni tak ada kena-mengena dengan Earth Day. Haha. Ok la chow dulu sebelum aku mengarut benda lain.
Thursday, April 22, 2010
Earth Day
Thursday, April 15, 2010
Mukabuku
Macam mana saya berkenalan dengan mukabuku?Hmmm..biar saya ceritakan. Masa tu senior saya yang perkenalkan. Dia cakap best. Saya pun daftar la. Tapi masa tu semua orang layan kawanster. Bila mula-mula saya bukak mukabuku saya pening. Apesal rasa macam tak mesra pengguna ni? Antaramuka nya sangat bercelaru dan saya tak faham fungsi setiap butang. Bila orang hantar jemputan, kenapa mesti izin aplikasi. Saya pening. Di awal pendaftaran, saya hanya bukak mukabuku sekali-sekala je sebab saya tak tahu macam mana nak guna. Beratus-ratus jemputan saya dapat tapi saya biarkan je dalam petisurat saya.
Lama terbiar sampai satu hari rakan sekerja saya bertanya.
"Amoi, macam mana nak main ni ek?" sambil menghadap ladangville dan cuba mencari butang untuk ditekan.
"Hmm..entah saya pun tak pernah main. Cuba tengok kat sini" sambil tunjuk kat butang bawah sebelah kanan.
"Oh nak pilih yang mana ni?Hmmm.." sambil lalu tetikus pada butang dan pilih butang Tuai dan mula menuai tanaman di dalam skrin.
"Oh macam ni ke?Ah lepas tu nak buat apa?"
"Hmm tanam balik kot"
Tiba-tiba datang kawan sekerja lelaki.
"Ladangville?Ketagih main ni. Ramai kawan saya ketagih. Baik jangan main"
Malam tu saya atas talian dan buka mukabuku saya. Saya mula terima jemputan kawan-kawan saya bermain ladangville. Setiap hari saya bermain dan Ya! Saya ketagih! Tapi apa yang menariknya, permainan ni mengeratkan silaturahim (cewah!). Macam mana pulak boleh jadi macam tu? Kita akan membantu antara satu sama lain untuk membesarkan reban ayam, membesarkan stor barang, tolong memberi barang untuk membuat rumah, kandang kuda dan sebagainya. Sekarang ada pulak koloborasi menanam bersama jiran-jirang ladang kita. Amat seronok. Masing-masing mengejar tempat teratas dan setiap hari ada benda baru di dalam permainan tersebut. Sangat menarik! Setiap hari akan teringat bila perlu tuai tanaman. Kalau lambat habislah tanaman mati. Hehe. Tengok ladang orang cantik tapi ladang sendiri huru-hara tak tau nak susun macam mana. Hahaha. Kreativiti diperlukan di situ. Tapi pada saya ketagih hanya di awal permainan. Bila sudah di peringkat atas, ketagih tu sudah berkurang cuma masih teringat bila tanaman perlu dituai. Hehehe.
Tetapi walaupun ketagih sudah mula berkurang, mukabuku tetap berjaya membuatkan orang seperti saya malas nak menulis di dalam blog dan membiarkan blog bersawang dan berhabuk. Hmmmm..