Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, March 24, 2021

Permohonan Kemasukan Prasekolah 2022 Sudah Dibuka!

Sejak jadi mak-mak ni kena peka dengan keadaan semasa. Dari tahun lepas lagi nak mohon Hanna masuk prasekolah, tapi masa tu mak dia leka maka permohonan dah ditutup. Lepas dah sedar tu, cakap kat husband, ok la kita terus tanya kat sekolah la kot kot ada kosong. Dengan selamba pergi pejabat sekolah..tanya. Sekali kerani tu jawab.. takde kosong, kena mohon online ye. Sekolah ni memang setiap tahun penuh. Senyum kelat je la aku...hehe


Maka tahun ni terpaksa register Hanna ke tadika. Alhamdulillah yuran bulanan tadika ni lagi murah dari taska Hanna tahun lepas. Hanna pun suka je tadika baru dia. Cuma bangun pagi tu masih culas lagi la hehe.


Oh berbalik kepada permohonan prasekolah tu, boleh mohon kat laman web ni ya https://eprasekolah.moe.gov.my/ . Kena daftar sebagai pengguna dulu lepas tu baru boleh mohon. Klik pada Borang Permohonan Prasekolah Sesi Kemasukan 2022 lepas tu isi semua butiran yang dikehendaki. Senang je, tak banyak pun nak kena isi sebab I/C kita tu mungkin dia dah link dengan JPN, bila search je automatik butiran kita akan keluar. Mudah sangat!

Klik Daftar Pengguna


Kemudian klik Borang Permohonan Prasekolah Sesi Kemasukan 2022

Lepas dah hantar permohonan, kena hantar dokumen di bawah ke sekolah ya. Haa bab ni kami belum settle lagi. InsyaAllah minggu depan nak hantar.


1. Salinan Mykid / Sijil Anak Angkat 

2. Salinan Sijil Lahir 

3. Salinan Bil Utiliti(Bil TNB/Air/Telefon) 

4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga 

5. Salinan Surat Nikah / Surat Cerai 

6. Salinan Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (Jika berkaitan) 

7. Salinan Laporan Doktor & Kad OKU (Jika berkaitan) 

8. Salinan Slip Gaji Ibu Bapa / Penjaga 

9. Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji)  

 

Lepas dah hantar boleh la menarik nafas lega. Tunggu keputusan pada 5/8/2021. Boleh cek kat website yang sama atau cek kat sekolah. 


Oh tarikh permohonan ni bermula 1/3/2021 hingga 31/5/2021. Jadi siapa berhajat nak mohon, cepat-cepat la ya. Ada terbaca kat blog orang lain, pemilihan pelajar atas dasar siapa cepat dia dapat dan bukan tengok slip gaji. Tak pasti betul ke tak tapi tak salah kita cuba kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...