Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 20, 2015

Larian Gegar Neon 2014

Ok ini cerita basi tapi nak update jugak :P

Larian Gegar Neon 2014 ni pada 22 November yang lepas. Excited nak lari sebab larian ni buat kat Universiti Malaya. Lama giler tak masuk UM walaupun aku duduk dekat je dengan UM.

Larian ni agak mencabar sebab route nya lalu Bukit Cinta. Kenapa dipanggil Bukit Cinta? Sebabnya dulu ramai couple dok dating atas bukit ni. Sekarang ni aku tak tau la ada lagi tak diaorang buat kerja macam ni. Harap takde la kan.

Masa nak start lari hari tu, kasut aku problem lak. Tapak tercabut. Terpaksa la lari slow slow. Kesian Ona & Wan kena tunggu aku. Terpaksa guna kaedah ikatan simpul rapi untuk ikat tapak tu haha. Tak sampai 5km lari, hujan dah start turun dengan lebat. Redah jugak la hujan walaupun cuak dengan kilat. Kitaorang ambik 10km, so kena buat 2 loop. Masa tiba kat tempat permulaan, tunggu jugak diaorang inform cancel tapi takde plak hahaha ada je nak ngelat kan :P Nasib baik sebelum sampai Bukit Cinta, ada satu 4WD announce larian cancel sebab hujan lebat. Kitaorang pun pantas patah balik hehe. Nasib baik dapat jugak medal. Tapi serius hujan lebat giler, elok pun diaorang cancel :)


Sebelum lari..muka ceria dan berseri

Lepas lari..muka masih ceria tapi tudung penyet haha

Walaupun tak dapat habiskan 10km, tapi seronok jugak lari dalam hujan hehe.  Cuma cuak la sebab ada kilat bagai. Dan first time lepas lari dapat tembikai  instead of pisang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...