Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, February 11, 2010

Family Gathering @ Deruan Damai, Janda Baik - Day 2

very late entry. sorry..hehe

Saturday - 02012010


Kunun ada senam seni pukul 6.30 pagi tapi sebab ramai tidur lambat malam semalam, alamatnya senam seni atas katil la. Hahaha. Tapi seawal pukul 7 pagi dah ramai terpacak tepi kolam untuk pertandingan memancing. Aku dengan mak aku cepat-cepat siap nak pergi memancing jugak. Bantai je la. Bukan kena bayar pun kan?

Ada beberapa kategori memancing ni. Berduet, ikan terberat, ikan terbesar, ikan terbanyak. Kalau ikan terbanyak tu, ikan kecik tak dikira. Kena besar lebih kurang tapak tangan baru dikira. Ayah aku dah siap-siap bawak umpan dari Kuantan. Kitaorang guna umpan jantung ayam. Memancing memang memerlukan kesabaran. Kalau tak dapat memang boring, tapi bila dah dapat, gembira tidak terkata. Hehehe.

budak kecik ni pun sibuk nak memancing jugak!


Lepas satu port ke satu port aku try, akhirnya tiba-tiba umpan aku mengena. Berat siot! Aku tarik ke atas, mak aih! Ikan baung beb! Tak sangka pulak ada ikan baung dalam kolam tu. Ingatkan ada ikan talapia jek sebab tak pernah lagi aku tengok orang memancing kat kolam tu dapat ikan baung. Bangga la kejap kan sebab dapat ikan baung besar sampai putus la tali pancing aku. Hahaha. Bila timbang, berat ikan tu 850gm mengatasi berat ikan talapia yang sepupu aku dapat sebelum tu. Fuhhh dah terasa bakal dapat hadiah dah. Hahaha.

ikan baung ku..sedap buat masak gulai tempoyak


Bila dah dapat ikan, baru la tenang nak breakfast kan? Hehe. Lepas breakfast, pertandingan memasak bermula. Pertandingan ni berduet anak lelaki dan emak. Tapi disebabkan adik-beradik aku takde lelaki, jadi abang ipar aku wakil family kitaorang. Yang si emak kena bagi arahan kat anak lelaki then anak lelaki kena masak. Tapi bila dah bercampur ramai-ramai kat meja memasak tu, memang ramai la tukang bagi arahan, tukang kacau, tukang tolong. Hahaha..main ngelat betul! Dan judges untuk pertandingan ni ialah nenek aku & kak aishah selaku ketua tukang masak. Walaupun masakan kitaorang tak berapa nak presentable, tapi menang no 3 wok! Hebat!!!

aku la yang racun mak aku supaya main ngelat ni..hehe


abg ipar aku tunjuk skill menumbuk..fuh first time ni aku rasa..hehe


makcik aku kantoi main ngelat..haha!


fuh serius serius..nampak macam tak main ngelat..but who knows..hehe




"tok tengok mana yang paling lawo??".."semua lawo"..pening pening


kak aishah macam juri pro..semua berdebar2 time ni


Lepas lunch, upacara penyampaian hadiah. Aku dapat mesin pancing woohhh. Eceh, macam la memancing sangat kan? Jadinya aku hadiahkan mesin pancing tu kat ayah aku supaya di lain masa aku boleh pinjam hehe.







Sebelum balik, ada flea market. Jualan baju sekolah & baju tak sekolah. Macam-macam ada. Ingat nak angkut Crocs aku tapi seksa jugak nak angkut naik bas. So terkubur la hasrat. Lepas tu ada sesi mengambil gambar. Masuk paper weh! Kenapa? Tak percaya? Nah tengok ni. Hahaha. Interview tu semua tipu ok! Tipu belaka. Waaa...rasa nak bercuti lagi la di DD..hoho...



aku ni AJK la konon kan..tapi aku tak buat apa pun..hehe


ni tak semua ada..kalau semua ada tak muat camera..haha


salasilah keluarga


masuk Sinar Harian edisi Pahang

Wednesday, February 10, 2010

Family Gathering @ Deruan Damai, Janda Baik - Day 1

Friday - 01012010

We off to Janda Baik after Friday prayer. Actually registration start dari pagi tapi sebab abang ipar aku ada kerja, so kitaorang tunggu sampai dia habis kerja then gerak sama-sama. Sampai kat Janda Baik dalam pukul 5 lebih. Masa tu semua orang baru nak mula sukaneka. Haihhh..melepas makcik! Sukaneka adalah permainan yang paling aku suka sekali. We also missed colouring contest for kids. Eh bukan aku yang nak mewarna tapi anak buah aku yang 3 orang tu. Kesiannnn..Lagi kesian kat kakak aku yang beria nak bolot semua hadiah. Hahahaha....

registration


tentatif


Colouring Contest. Kesiannya budak-budak ni mewarna atas lantai.


Sukaneka


*pics 1, 3, 4 - credit to my cousin, Nadia.

Ketika semua orang sibuk bersukaneka, kitaorang masuk chalet berehat dan solat asar. Nampaknya Deruan Damai dah berubah wajah!!! Sudah ada banglo besar, balai dan juga dewan makan. Eceh! Dewan makan la plak. But the dewan makan ada wifi tau. Eh I mean bukan kat dewan makan je, kat mana-mana la sekitar Deruan Damai yang dapat connection tu. Hehehe.. Kalau tau, bawak notebook. Boleh la buat live blogging..cewah!!! Rajin la sangat :P








Sampai kat dewan makan, nampak banyak makanan. Apalagas, semua yang sampai lambat, melantak dulu. Padan muka orang sukaneka makan lambat...ahahahaha. Jahat jahat. Terasa aman damai dapat minum petang dalam keadaan sekeliling tenang dan hijau. Patut la family makcik aku almost every weekend datang lepak kat sini!!!



Lepas sesi minum petang, aktiviti berikutnya solat maghrib & isyak berjemaah dan tahlil di balai. Selepas solat & dinner, malam pesta muda-mudi. Siapa ntah bagi nama ni. Malam tu ada presentation dari setiap adik-beradik ayah aku dan di selang-seli dengan kuiz dan cabutan bertuah. Aku rasa presentation dari family aku yang paling teruk sekali sebab aku yang buat..hahahaha...Tu la buat last minute lagi, orang lain buat semua best belaka, aku je buat paling cikai. Dah la buat pakai powerpoint. Buat malu jadi student Computer Science. Hahaha..sengal!!! Dan yang paling haru tiba-tiba cousin aku cakap ada pertandingan pulak untuk presentation ni. Sah..sah aku kalah. Tapi nasib menyebelahi aku, dapat nombor 2 dari belakang. Hahahah. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nombor 2 dari belakang tapi bukan 1. Hehe tu la nasib baik namanya. Takpe, takpe..bulan 5 ni aku akan tebus kekalahan. Siap la family lain. Hahahahaha ( gelak angkuh ).

Dinner. Macam dewan makan asrama pulak kan?


Lepas presentation, ada aktiviti poco-poco pulak. Aku malas nak layan poco-poco ni. Terus balik bilik tidur.Ramai jugak yang lepak lagi kat dewan makan tu layan poco-poco. Ada layan internet & game sampai pagi. Golongan bapak-bapak yang muda sikit ngeteh & borak sampai pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...