Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, December 1, 2014

One Express..saya mesti pilih!

Cuti Awal Muharram lepas balik kampung. Dapat cuti extra hari Jumaat sebab replacement Public Holiday hari Sabtu. Balik kampung ni pun tak tenteram jugak sebab project nak go live minggu depannya. Project ni la paling memeningkan kepala. Cuti pun kena keje, dari pagi sampai tengah malam. Stop hanya makan dan solat. Stress giler project ni sampai nangis haha bleh?
Disebabkan balik tanpa plan yang betul, maka tiket balik ke KL tak beli lagi. Masa tu tengah confuse nak ambik cuti ke tak hari Isnin sebab Kak Teh ajak pergi Bukit Gambang Resort pulak, ada family day office dia. Tapi fikir punya fikir, tak jadi la ambik cuti sebab kerja punya pasal. So sampai je kat Terminal Bas Kuantan, terus cari tiket bas balik KL. Sebelum tu dah check online, tiket bas Etika, Maraliner dan Utama dah sold out. Plusliner still ada. Ok la..Plusliner would be my last choice kalau bas lain takde tiket. Sampai kat Terminal Bas Kuantan, cari tiket Bulan Restu dulu. Sold out! Hmm pastu cari bas lain ke KL. Nampak One Express. Tadi baru je nampak kaunter tiket bas ni kat Pekeliling. Aku tak pernah naik bas ni. Boleh cuba. Bas double deck. Aku sebenarnya tak suka double deck, gayat kalau duduk atas.. haha dan aku rasa bas double deck ni macam tak stable hehe. Tapi kalau takde pilihan naik je. Tanya brader kat kaunter One Express tu, Alhamdulillah ada tiket. Aku siap request seat bawah. Nasib baik ada hehe.

Hari yang dinanti pun tiba. Kebetulan ada 2 bas One Express tu kat terminal. Bila sampai kat bas 1, brader tu suruh naik bas 2. Jam masa tu dah nak dekat pukul 2.30 petang. Ramai tengah tunggu kat bas 2. Tunggu punya tunggu bayang driver pun tak nampak lagi walaupun dah pukul 2.45 petang. Dah la takde seat nak duduk. Aku mula rasa nak ban dah bas ni. Baru nak try, dapat experience tak best plak. Tak lama lepas tu driver sampai. Rupanya orang yang jaga tiket kat bas 1 tu adalah driver bas 2.



Bila masuk je bas, kagum kejap. Besarnya bas ni. 1 row ada 3 seat je. Seat pun besar dan selesa. Siap ada selimut lagi. Takyah susah-susah bawak selimut/sweater. Memang standard executive la bas ni. Tak jadi nak ban haha. Compare dengan Plusliner, One Express jauh lebih bagus. Seat Plusliner, 1 row 4 seat. Kerusi kecik. Gap antara kerusi sangat sempit. Bayangkan masa aku balik ke Kuantan, dapat seat sebelah lelaki. Tau la kan kaki lelaki panjang. So dia kena kangkang la kaki dia. Kaki dia tu kena kaki aku. Pastu siku dia tu kena pinggang aku. Nasib baik aku tak melatah. Benci ok! Aku selalu rasa Plusliner ni nak untung lebih dengan sumbat seramai orang yang boleh. Padahal harga tiket lebih kurang je dengan bas lain. Mula-mula aku ingatkan bas yang short distance je kerusi sempit, long distance pun sama sebab aku pernah naik dari KL ke Kuala Kedah.




Kesimpulannya One Express sangat selesa. Aku berpuas hati. Kalau boleh beli tiket online lagi bagus. Harap-harap tak lama lagi diaorang buat la online ticket. Untuk Plusliner, jika diaorang tak improve seat dalam bas, diaorang akan ketinggalan dan Plusliner bukan pilihan pertama setiap orang yang naik bas macam aku.

credit: google

2 comments:

NedLi Sakurai said...

ko promote nie, diorng bayar tak, moi? (^_^)

amoi said...

buat amal jariah je hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...