Cuti Awal Muharram lepas balik kampung. Dapat cuti extra
hari Jumaat sebab replacement Public Holiday hari Sabtu. Balik kampung ni pun
tak tenteram jugak sebab project nak go live minggu depannya. Project ni la
paling memeningkan kepala. Cuti pun kena keje, dari pagi sampai tengah malam.
Stop hanya makan dan solat. Stress giler project ni sampai nangis haha bleh?
Disebabkan balik tanpa plan yang betul, maka tiket balik ke
KL tak beli lagi. Masa tu tengah confuse nak ambik cuti ke tak hari Isnin sebab
Kak Teh ajak pergi Bukit Gambang Resort pulak, ada family day office dia. Tapi
fikir punya fikir, tak jadi la ambik cuti sebab kerja punya pasal. So sampai je
kat Terminal Bas Kuantan, terus cari tiket bas balik KL. Sebelum tu dah check
online, tiket bas Etika, Maraliner dan Utama dah sold out. Plusliner still ada.
Ok la..Plusliner would be my last choice kalau bas lain takde tiket. Sampai kat
Terminal Bas Kuantan, cari tiket Bulan Restu dulu. Sold out! Hmm pastu cari bas
lain ke KL. Nampak One Express. Tadi baru je nampak kaunter tiket bas ni kat
Pekeliling. Aku tak pernah naik bas ni. Boleh cuba. Bas double deck. Aku
sebenarnya tak suka double deck, gayat kalau duduk atas.. haha dan aku rasa bas
double deck ni macam tak stable hehe. Tapi kalau takde pilihan naik je. Tanya
brader kat kaunter One Express tu, Alhamdulillah ada tiket. Aku siap request
seat bawah. Nasib baik ada hehe.
Hari yang dinanti pun tiba. Kebetulan ada 2 bas One Express
tu kat terminal. Bila sampai kat bas 1, brader tu suruh naik bas 2. Jam masa tu
dah nak dekat pukul 2.30 petang. Ramai tengah tunggu kat bas 2. Tunggu punya
tunggu bayang driver pun tak nampak lagi walaupun dah pukul 2.45 petang. Dah la
takde seat nak duduk. Aku mula rasa nak ban dah bas ni. Baru nak try, dapat
experience tak best plak. Tak lama lepas tu driver sampai. Rupanya orang yang
jaga tiket kat bas 1 tu adalah driver bas 2.
Bila masuk je bas, kagum kejap. Besarnya bas ni. 1 row ada 3
seat je. Seat pun besar dan selesa. Siap ada selimut lagi. Takyah susah-susah
bawak selimut/sweater. Memang standard executive la bas ni. Tak jadi nak ban
haha. Compare dengan Plusliner, One Express jauh lebih bagus. Seat Plusliner, 1
row 4 seat. Kerusi kecik. Gap antara kerusi sangat sempit. Bayangkan masa aku
balik ke Kuantan, dapat seat sebelah lelaki. Tau la kan kaki lelaki panjang. So
dia kena kangkang la kaki dia. Kaki dia tu kena kaki aku. Pastu siku dia tu
kena pinggang aku. Nasib baik aku tak melatah. Benci ok! Aku selalu rasa
Plusliner ni nak untung lebih dengan sumbat seramai orang yang boleh. Padahal
harga tiket lebih kurang je dengan bas lain. Mula-mula aku ingatkan bas yang
short distance je kerusi sempit, long distance pun sama sebab aku pernah naik
dari KL ke Kuala Kedah.
Kesimpulannya One Express sangat selesa. Aku berpuas hati.
Kalau boleh beli tiket online lagi bagus. Harap-harap tak lama lagi diaorang
buat la online ticket. Untuk Plusliner, jika diaorang tak improve seat dalam
bas, diaorang akan ketinggalan dan Plusliner bukan pilihan pertama setiap orang
yang naik bas macam aku.
credit: google |
2 comments:
ko promote nie, diorng bayar tak, moi? (^_^)
buat amal jariah je hehe
Post a Comment