Run kali ni hanya aku berdua dengan Ona je. Berdua lebih
baik? Hahaha…
On the way pergi Putrajaya, sekejap hujan sekejap tak. Bila
nak dekat sampai, tengok langit macam nak runtuh je. Ona dah cuak. Aku macam
excited gak sebab tak pernah lari dalam hujan kot haha. Tapi kalau hujan dengan
ribut petir takut jugak kan? Dah la tak ada baju hujan, waterproof bag..err
cemana ni? Tapi Alhamdulillah bila sampai kat tempat parking, tak hujan
langsung! Sepanjang lari pun tak hujan.
Lari kali ni start kat Kompleks Renang Kompleks Kejiranan
Presint 6, dekat dengan Pusat Maritim Putrajaya. Macam best je tengok kolam
renang tu, rasa nak terjun je walaupun tak pandai berenang haha..dan view waktu
malam dari Pusat Maritim tersangatlah cantik. Sayang bateri hp dah low, so tak
dapat ambik gambar.
Seperti biasa..posing dulu sebelum lari haha |
Larian kali ni kitaorang berjaya habiskan 9.77 km dalam masa
1 jam 39 minit, mengikut catatan Nike Running. Agak laju berbanding biasa
walaupun rasa nak tercabut kaki dah lari. Dengan training ala kadar, dengan
takde carbo loading (hanya makan laksa johor pukul 10 pagi dan 2 puff 2 jam
sebelum lari) kira ok la rekod tu. Tak pernahnya training betul-betul walaupun
dah tau ada run next month..haha. Memang dasar pemalas nak training :P
Credit to Ona |
Next, Larian Gegar Neon. Harap boleh beat rekod sekarang
hehe.
0 comments:
Post a Comment