Assalamualaikum. Lamanya tak update blog. Rugi pulak biar
blog berhabuk ni. Kita cuba cuci slow-slow hehe.
2 minggu lepas berkesempatan masuk KL Fabulous Food Hunt
2014. Ni kali kedua aku masuk food hunt ni. Memang best sebab dapat makan free.
Free ke? Haha..fees RM200 per team. Tahun lepas kitaorang dapat tempat ke 20.
Syukur Alhamdulillah..dapat la RM200 kot. Cukup la cover duit teksi. Kali ni
kitaorang target top 10 haha. So strateginya nak book brader teksi tahun lepas.
Tapi sampai ke hari kejadian, brader tu tak dapat dihubungi. Kami redha.
Tiba di hari kejadian, banyak teksi dah siap menunggu kat
depan Matic. Arghh ingatkan kitaorang je yang fikir nak book teksi awal-awal.
Rupanya ramai lagi orang lain berfikiran sama. Oh salah satu syarat food hunt
ni kita kena naik public transport. So the fastest way is naik teksi. Kalau
naik lrt/monorel/komuter takes time sebab nak tunggu bagai kan? So sebelum
event start, aku dan Din cuba dapatkan teksi untuk dibook tapi malangnya semua
teksi yang kitaorang tanya taknak bawak kitaorang jalan-jalan cari makan..huhu.
Sebelum start, organizer bagi list of kedai makan yang kita
kena pergi. List tu hanya ada nama kedai dan tempat. Semua ada 9 kedai. Kat
sini internet sangat-sangat diperlukan sebab certain kedai kita tak pernah
dengar langsung namanya. Berdasarkan list tu, kita plan la nak pergi kedai mana
dulu, ikut strategi masing-masing. Setiap orang dari team kena makan at least 2
dishes.
Team aku terdiri dari aku, Slyde, Wan dan Din. Bila event
start kami terkapai-kapai cari teksi. Teksi yang kitaorang tahan semua dah
dibook. Slyde cadangkan install apps MyTeksi. Dah install dan book, tetiba
dapat teksi..tu pun nak dekat ½ jam jugak..banyak betul buang masa huhu.
Tempat pertama kitaorang tuju adalah Char Kuey Teow Mie
Cord, Sungai Penchala. Bila kami sampai je, panjang giler queue. Tempat makan
limited, tukang masak sorang je. Kami dah salah percaturan. Tapi hidup perlu
diteruskan. Slyde beratur, yang lain siapkan puzzle yang organizer bagi. Puzzle
tu kena siapkan dan hantar sebelum last checkpoint. Oh kat sini Slyde kena
makan char kuey teow dan air apa ntah. Bayangkan char kuey teow panas-panas
baru masak nak kena makan cepat-cepat. Melecur lidah. Tapi Slyde bijak..dia ada
strategi tersendiri haha. Kalau aku mesti tak terfikir nak buat macam tu.
Next kedai kitaorang pergi ke Dapur Muor Asam Pedas, Danau
Kota. Kitaorang bajet kat sini kena makan Nasi + Asam Pedas tapi rupanya kena
makan Mee Bandung. Kat sini turn Wan makan. Nasib la Wan kena minum kopi ais
sekali sebab dia tak minum kopi. Telan jugak la.
Kemudian kitaorang pergi Burger Bakar Kaw Kaw, Wangsa Maju.
Din beria nak makan burger. Amik la nak makan sangat. Nasib baik burger tu 1
lapis je. Kat sini diaorang tak sedia air. Nasib baik ada air mineral dalam
goodie bag yang dapat awal tadi. Takde la tercekik hehe.
Turn aku yang seterusnya. Berdebar-debar je. Next kedai
kitaorang ke Restoran Asam Pedas, Setiawangsa. Masa sampai tu kena tunggu kejap
diaorang settlekan meja. Aku duduk je tengok makanan nasi + asam pedas + ikan
masin + telur masin. Huwarghhh aku tak makan ikan masin + telur masin..cemana
ni? Terpaksa la sumbat jugak kannn. Mulut tengah penuh dengan nasi, ada plak
cameraman sibuk amik gambar..erghhh…
Next stop is Sup Meletup, Bandar Seri Permaisuri. Kat sini
tugas Wan makan bihun sup. Sepantas kilat Wan makan..haha.
Lepas tu kitaorang ke Family Corner, Bandar Tun Razak. Yang
ni memang susah giler nak cari. Even kat internet pun tak jumpa. Terpaksa s.o.s
kawan-kawan. Alhamdulillah jumpa jugak. Rupanya kat area medan selera. Sampai
je tengok kena makan laksa. Memandangkan aku dah makan nasi tadi, so aku dengan
rela hati makan laksa ni. Sepantas kilat aku habiskan haha. Budak-budak ni siap
pow air sirap lagi. Dahaga katanya haha..
Next, kitaorang ke MZ Darulnaim, Chow Kit. Kalau google
kedai ni katanya kat Kg. Baru. Maybe sempadan la kot. Pintu depan Chow Kit,
pintu belakang Kg. Baru ahahaha. Kedai ni terletak depan Kuala Lumpur
International Hotel. Kat sini kena makan nasi dagang. Disebabkan Din tak suka nasi
dagang, Slyde la kena makan.
Kedai seterusnya Kedai Makan Murah Meriah, Kg. Baru. Kedai
ni dekat je dengan MZ Darulnaim. Kat sini Din kena makan nasi + telur itik
masak lemak. Fuhhh aku tengok pun terliur. Macam sedap je. Rasa nak order
sepinggan. Ada rezeki nak makan la kat kedai ni nanti..hehe..
Dari sini kitaorang terus shoot ke Kompleks Kraf, last
checkpoint. Sebelum tu kena hantar puzzle dulu pastu baru ke food court dalam
Kompleks Kraf ni. Makanan disediakan oleh Laxana Catering, nasi + ikan patin masak
tempoyak. Kali ni Din makan lagi haha. Nasib la kan kena makan nasi 2x
berturut-turut.
Lepas settle, terus berlari ke stage untuk hantar passport
yang telah dicop di setiap checkpoint. Hampa, tahun ni dapat tempat ke 97? 97?
Keciwa..ramai lagi pantas dari kitaorang.
Event ni adalah anjuran Tourism Malaysia. Objektifnya untuk
memperkenalkan masakan Malaysia. Tapi kalau dilihat dari menu tahun ni, semuanya
adalah masakan Melayu. Bagi aku tak 1 Malaysia rasanya. Padahal kita ada banyak
lagi makanan dari kaum lain, contohnya dim sum, roti canai etc. Satu lagi,
penganjur tak benarkan kereta persendirian dalam pertandingan ni. Tapi ramai
yang book siap-siap teksi (kitaorang pun hampir sama). Bila book siap-siap dah
jadi macam kereta persendirian pulak. Lebih baik jika peserta dibenarkan guna
lrt/monorel/komuter sahaja. Tapi penganjur kena cari kedai makan berhampiran
stesen la. Atau mungkin pihak penganjur sendiri sediakan teksi untuk setiap
team tapi tambang teksi tu team tersebut kena bayar sendiri. Mungkin ni lebih
adil untuk semua orang. Just my 2 cents ;)
1 comments:
If ada sesiapa yang nak tempat lagi, ada satu kekosongan kumpulan. Contact sy 0193625532. Tq :)
Post a Comment