Sindrom mak mak dah kembali haha.
Siapa anak dia guna botol avent, meh la kita tukar botol susu tu. Botol susu tu katanya boleh guna 6 bulan je atau dah nampak kuning tu elok la tukar. Aku pun dah lupa bila last tukar botol Hanna. Rasanya dah masa untuk tukar ni. Yang sadisnya hari tu botol Hanna tertukar dengan budak lain kat nursery. Aku bagitau cikgu cakap puting tu salah, dia pakat tukar puting je. Pastu baru aku perasan botol tu kuning semacam je. Mesti botol tu pun tertukar sama. Hmm redha je la.
Jom jom tukar. Certain kedai je ada trade-in promotion ni. Cekidaut.
Saturday, March 24, 2018
Avent Trade-In Promotion
Friday, March 23, 2018
Kotex Free Sample
Sila dapatkan sample anda di sini https://www.kotex.com.my/get-a-sample.aspx
Ada 1 pilihan je. Rembat apa yang ada haha.
Aku dah dapat sample hari tu. Kejap je sampai lepas request. Tapi bukan jenis ni. Ni aku try request lagi muahaha. Tak tau la dapat ke idok.
Thursday, March 22, 2018
Treasure Hunt Jelajah Parlimen Setiawangsa-Kuala Tahan Pahang - 7 & 8 April 2018
JOM JOIN Treasure Hunt
Program: Jelajah Parlimen Setiawangsa-Kuala Tahan Pahang
Tarikh: 7 & 8 April 2018
Masa pelepasan: 7.30 pagi
Tempat: Pusat Komuniti Setiawangsa
Bayaran: RM1000 untuk 1 kereta (4 orang peserta)
Tarikh Tutup: 24/3/2018 (jam 12 tengah)
Hadiah:
Pertama - RM5 ribu
Kedua - RM3 ribu
Ketiga - RM2 ribu
Cabutan bertuah: Keseluruhan barangan bernilai RM10 ribu
Sebarang pertanyaan dan pengambilan borang sila hubungi En.Zulfida Tahmali 012-2571310 atau Puan Dzarina 019-3485461 atau emel setiawangsa118@gmail.com
Wednesday, March 21, 2018
Hospis Malaysia : 17th Annual Charity Treasure Hunt - 5 & 6 May 2018
Wednesday, December 6, 2017
Huggies Free Sample
Sindrom mak2 haha. Ke sindrom suka barang free? Hihihi.
Siapa nak free sample Huggies, boleh la masuk link ni eh https://www.huggies.com.my/try-a-sample/ . Boleh pilih 2 jenis diapers. Setiap jenis dapat 2 keping. So jimat diapers kat rumah untuk 1 hari haha.
Hari tu try pakai kat Hanna Sofea, sebab nak travel balik Kuantan. Baru je pakai dah poo poo pulak dia. Cesh. Tak sempat nak test ketahanan Huggies. Ada lagi 3 keping sayang plak nak pakai. Simpan dulu hehe.
Ok siapa rasa dia mak silalah dapatkan free sample tu eh. Selagi stok masih ada.
p/s: fuh fuh..penuh sawang blog ni
Saturday, February 14, 2015
Dealmates/Mydeal/Ensogo is a Scam?
Korang pernah dengar Mydeal? Alaaa..website macam Groupon tu, beli barang lepas tu redeem.
Sebenarnya aku pun tak tahu nak kategorikan Mydeal ni scam ke apa. Kisahnya bermula apabila aku beli Triumph Slimming Panty pada bulan Mei 2014. Masa tu aku belikan untuk mak dan kakak aku. Barang tak tiba seperti dijadualkan dalam voucher. Maka aku pun email la ke customer service diaorang bertanya barang tu. Lepas seminggu baru diaorang reply dah pos barang. Waktu ni aku perasan Dealmates dah combine dengan Mydeal. Website Dealmates dah tutup. Apa sebab aku kata diaorang combine? Sebab bila aku bukak website Dealmates, dia akan redirect ke website Mydeal. Dan aku pernah hantar email ke Dealmates, dia punya support forum sama macam Mydeal.
Ok berbalik kepada cerita.
Barang yang dapat tak macam original Triumph pun. Pada tag kertas ada tulis Triumph tapi pada barang tak ada. Nampak macam barang dari China je. Tapi ok la, puas hati jugak la pakai.
Kemudian ada offer yang sama lagi pada bulan November 2014. Aku pun promote la kat kakak-kakak aku haha. Sebab hari tu ada kakak aku tak sempat beli. So aku order la 3 set untuk 3 orang kakak aku.
Dalam voucher tulis barang akan sampai awal bulan Januari 2015. Aku pun suruh la kakak-kakak aku standby. Tup tup dapat email dari Ensogo (waktu ni Mydeal dah tukar kepada Ensogo) mengatakan barang akan sampai lewat 3 minggu due to festive season. Ok la dimaafkan sebab bagitahu awal sebelum aku serang diaorang.
Bila barang sampai, barang tak seperti yang dinyatakan dalam voucher. Bukan brand Triumph tapi Yameishu. Ok kena tipu. Nasib baik kakak-kakak aku tak bising.
Aku email kat Ensogo mengatakan brand tak sama dengan dalam voucher. Haram diaorang tak reply. Lepas tu aku email lagi sekali tanya 1 barang lagi tak sampai. Boleh pulak diaorang reply bagi tracking number. Aik aku tanya pasal brand lain dia tak jawab. Hampeh. Dan bila aku track tracking number tu, barang tu memang dari China. Pos direct dari China kepada pembeli.
Bukan masalah barang dari China, tapi tak jujur. Kalau bukan brand Triumph, sila jangan tulis kat deal. Tulis je slimming panty. Habis citer. Takde la orang rasa tertipu kan?
Padahal sebelum-sebelum ni aku dah banyak beli dari Mydeal. Buffet dinner la, bantal la, beg la, dan yang paling mahal 3D2N Halong Bay tour untuk 6 orang. Phewww nasib baik tak kena tipu yang tu.
Kalau baca kat support forum Dealmates/Mydeal/Ensogo, banyakkkk gilerrrr complaint mengatakan diaorang tak dapat barang. Siap ada complaint kat NCC.
So aku saran elakkan beli dari Ensogo kalau taknak pisang korang berbuah. Eh!
Sunday, February 8, 2015
Gam gajah
Korang pernah tak mengalami masalah menggunakan gam gajah?
Gam gajah meleleh
Melekat pada jari
Dannn...gam tu boleh guna sekali je sebab gam tu dah melekat pada penutup
Errr..ke aku sorang je mengalami masalah macam ni?haha..
Ok 2,3 bulan lepas terpaksa beli gam gajah sebab riben kasut tercabut
Asalnya aku beli double tape sebab aku tak suka gam gajah
Tapiii..double tape tu tak berjaya lekatkan riben tu
Maka..terpaksa la beli gam gajah jugak
Takkan asyik nak hantar brader baiki kasut tu je
Aku gi kedai runcit, jumpa satu jenis je gam gajah
Dalam botol, bukan dalam tiub yang macam biasa tu
Dalam hati fikir, ok ke tak ni?
Hmmm takde choice, beli je la
Bila dah guna rasa bagus la gam gajah ni
Tak meleleh, senang nak apply..
Siap bagi thumb tack lagi untuk cucuk muncung botol tu
Yang penting aku boleh simpan gam gajah ni, tak macam sebelum ni, sekali je pakai haha
Aku sangat recommend brand ni, atau gam gajah yang dok dalam botol macam ni.
Korang boleh la try. Selamat membeli dan mencuba :)


