Minggu lepas masa online Maybank2U ternampak latest news Introducing Coin Deposit Machine . Wah macam menarik je kan? Tapi coin deposit machine ni ada kat certain branch je. Boleh pilih salah satu branch di bawah ye. Tabung katak dah penuh. Molek sangat la kita beramai-ramai pergi deposit syiling dalam tabung ayam, katak, lembu masing-masing kan? Kena menabung dari sekarang, tahun depan kan semua barang dah naik harga :(
Monday, December 30, 2013
Coin Deposit Machine di Maybank
Wednesday, August 28, 2013
Totally Chocolate Chocolate Chip Cookies
Amboiii..punya la banyak chocolate sampai dua kali chocolate nak letak kat tajuk..haha.
Haihhh lama tak update blog kan? Dah naik sawang. Tetiba rindu plak nak update. Sekarang ni zaman facebook so semua pun update kat facebook je. Snap gambar, boleh terus upload..hehe. Punya la pemalas kan? Harap usaha mengupdate blog ni tak separuh jalan la..hehe
Raya lepas ambik cuti lama. Seminggu lebih. Tak pernah-pernah kot ambik cuti lama. Bila dah apply, mak aih 5 hari AL. Tinggal sikit je cuti T__T. Nak save gi Vietnam tahun depan huhu. Takpe la..dah apply dan dah beli tiket bas. Cuti je la.
Disebabkan balik kampung awal, maka plan nak buat biskut chocolate chip. Resipi yang bagi kat Aini dulu dah tak tau letak mana. So aku pun cari la resipi kat Nigella Lawson punya website. Baca punya baca macam senang je nak buat. Apalagas..projek biskut raya pun bermula dengan dibantu oleh anak buah, Amirah dan Athirah.
Mula-mula biskut aku jadi leper. Siap ayah aku cakap "Mana bunga nya?" Alamak cemana ni? So sesuka hati tambah tepung supaya adunan keras sikit. Kali kedua alhamdulillah menjadi. Disebabkan menjadi dan sedap (cewah perasan lebih), maka esoknya buat lagi 1 adunan. Tapi serius sedap weh. Macam biskut kat Famous Amos. Talak tipu punya. Kalau berani korang try la..hehe..
Resipi nya kat bawah ni. Kat website Nigella boleh convert ke sukatan cawan, tapi macam tak berapa tepat. So aku ubah sikit ikut kesesuaian.
Bahan-bahan:
125gm coklat masakan
1 3/4 cawan tepung serbaguna (aku guna tepung gandum cap sauh je)
¼ cup cocoa powder
1 sudu kecil baking soda
½ sudu kecil garam
½ ketul butter
½ cawan gula perang
¼ cawan gula pasir
1 sudu kecik esen vanilla
1 biji telur (sejuk)
2 cups chocolate chips (aku guna 1 cawan je sebab kedekut haha :P)
Lepas tu aku tambah badam hancur sesuka hati, baru naik seri, ye tak?
Cara-cara:
1. Panaskan oven kepada suhu 170 darjah celcius.
2. Double boil coklat masakan (masak air dalam periuk, lepas tu letak periuk lain atas periuk tu dan cairkan coklat masakan.. faham tak?)
3. Campurkan tepung, cocoa powder, baking soda dan; garam.
4. Campurkan butter dan kedua-dua gula dalam bekas lain. Kemudian campurkan coklat masakan yang dah cair tadi. (err aku campur semua bahan kat step 3 dan 4 dalam 1 bekas je hehe tapi aku buat step 4 dulu baru step 3)
5. Lepas tu masukkan esen vanilla dan telur dan campurkan bahan dalam step 3.
6. Last sekali baru masukkan chocolate chip dan badam hancur.
7. Biskut ni akan mengembang, jadi kalau nak biskut ni comel macam famous amos tu, scoop je sebesar duit 50 sen.
8. Bakar dalam 10 minit.
Inilah hasilnya..tadaaaa...
![]() |
| Sebelum bakar..rupa mmg tak berapa nak cantik |
![]() |
| Pembantu kecil |
![]() |
| Dah siap..tadaaa |
Bau sangat menusuk okeh! Balik kampung minggu nak buat lagi. Yeayyy!!! Selamat mencuba!
p/s: kalau tak faham, boleh tengok video kat bawah ni
Monday, November 26, 2012
Bowling Tournament Haji Husain Family
Semalam family Haji Husain sekali lagi mengadakan Bowling Tournament kat Pin Junction, e@curve. Tournament ni kali ketiga dibuat. Tahun ni lagi meriah sbb ramai yg participate. Lagipun ramai yg turun KL sbb ada kenduri cousin aku kat KL.
Seperti biasa bola aku mmg ke longkang la kan. Dah nama group pun Longkang Ke Der..mmg sesuai sgt la tu haha hampeh je nasib baik la bila masuk game ke 3 baru ok sket balingan. So berjaya la naikkan ranking group no 3 dari bawah hehe. Sbb tu la aku malas nk masuk tournament ni sbb balingan aku sgt mengecewakan tsk T__T
Apa apa pun tahniah kpd commitee yg bertungkus lumus menjayakan event kali ni. Next event bowling tournament Haji Husain Family vs Haji Ahmad Family plak! Go go caiyok!
![]() |
| Masing-masing muka neves..hehe |
Thursday, November 15, 2012
BSN Putrajaya Night Marathon 2012
Ok ini citer lama. Sebab dah berjaya update guna henpon, maka tetiba rajin plak nak update citer zaman jepon haha.
Peserta kali ni hanya 3 orang sahaja iaitu aku, ona dan posh. Marathon ni tak seramai SCKLM. Dan yang paling best lari waktu malam. Kurang la sikit panas kan? Bajet stamina tinggi la amik 10km. Baru lari 1km dah nyesal haha pastu next marathon amik lagi 10km *eh ada ke next marathon :-P *
Ok la marathon kali ni walaupun tak training sangat tapi berjaya habiskan jugak. Otw balik rumah tido pastu bleh plak makan kan? Sia2 kalori yang terbakar..haha
Ok la layan gambar la plak
Testing
Testing guna android. Cemana la rupanya ek. Lama giler tak jenguk sini. Abis bersawang dah blog ni. Kalo jadi update guna henpon ni mungkin rajin sket nak update blog ni nanti. Haha..tungguuu!!
Friday, November 4, 2011
Google "do a barrel roll"
Ce cuba ce cuba.. google "do a barrel roll" kat google.com. Tapi make sure guna chrome ye. Dah try guna browser lain tak menjadi..hehe. Selamat mencuba!!! (^_^)v
Backpacking Kuching - Day 1
Lama giler tak update belog. Update2 je citer pasal trip..hehe. Sesungguhnya macam-macam nak taip kat belog ni tapi tahap kemalasan mengatasi segala..huhu..ok ok mari kita teruskan dengan citer trip kali ni.
to be continued...



