Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 18, 2009

Mari Usahakan Ladang Bersama Ranch Rush

apakah dia Ranch Rush? Ranch Rush adalah game tanam sayur..haha...ni aku je yang cakap...

hari tu tengok aini main game ni kat rumah abg radhie terus terpikat...macam best lak game ni tanam2 sayur, bela lembu, bela ostrich...hoho..tapi semakin lama semakin mencabar...ye la kan..takkan semakin lama semakin senang...week 8 hari jumaat tu memang mencabar betul la...aku main nak dekat 10x baru lepas...tensen jek...tapi akhirnya lepas jugak la...so sekarang tgh main expert mode plak...tere tak?hehe...

ni lah gambar ladang aku...ni dah masuk week 8 rasanya...bunyi ostrich tu mmg annoying..haihh..


yang membuatkan game ni mencabar sebab kita tak boleh tengok keseluruhan ladang kita dalam 1 screen...maknanya kita kena drag ke kanan atau ke bawah untuk tengok kawasan lain...paham tak?tak paham?ish..download la dan main, nanti confirm paham...hehe...

sapa2 nak download boleh download kat sini ye...

Thursday, September 17, 2009

Bergaya Di Hari Raya

haihh lama betul tak update belog. tade masa + malas. haha bleh?

2 minggu lepas, lepas balik bershopping di jalan TAR, tiba2 rasa nak buat spek ( read: cermin mata ) la pulak. kak anim pon offer nak antar aku kat kedai spek kat pantai dalam tu. fikir punya fikir boleh la jugak kan. frame spek aku yg aku ikat guna benang sejak kat Pulau Redang tak berganti lagi. haha. selamba je gi keje pakai spek ikat guna benang.

bila sampai kat kedai spek, bila tengok ada sale, kak ana & kak anim pun menyebok nak buat spek sama. diaorg ni giler spek padahal baru je buat spek. aku je kedekut nak buat spek. hehe. susah betul nak pilih frame yg stylish tapi tak memburukkan tudung yang dipakai. ini yg susah kalau orang pakai tudung pakai spek. nak pakai contact lens macam leceh la plak. nak jaga bagai. tsk. tapi sekali sekala nak melawak melawa bleh la kan. hehe.

cari punya cari jumpa la yg berkenan di hati. lepas tu test mata. orang kedai tu siap dah bukak resit tiba kak anim cakap "moi ko tengok ni, cantik tak?kecik, tak kembang". sambil test frame tu kat mata dia. aku pon test jugak "aah la cun2..ok la nak tukar. bleh tukar ke kak?"..."bleh2". terpaksa tambah rm58 plak sbb spek yg kedua tu mahal sket padahal spek budak2 jek. huhu. takpe la nak cun punya pasal. ahahaha..ferasannn :P

dan minggu lepas siap la spek tu. tadaaaaa...sama tak spek kitaorang?hehe...

Tuesday, September 1, 2009

Ingatlah Diriku - Chandra feat. Sheila Majid

lagu ni theme song untuk drama Kala Hati dalam slot Samarinda. actually hari tu nak buat review tapi tak abis2 taip, pastu terus cerita Kala Hati tu tamat. haha. langsung takyah tulih la. kita layan je la ost Kala Hati ni. layannnnn ..



Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku masih sayang padamu
Namun bila dirimu tak lagi memerlukanku
Cukup sampai disini
Hingga kini bersama lagi

Reff:
Ingatlah diriku yang pernah
Ada disampingmu
Ada diwaktumu
Ada dihatimu
Kuingat dirimu yang pernah
Hadir disampingku
Temani waktuku
Temani hatiku

Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu
Aku sangat sayang padamu
Namun entah mengapa perpisahan ini mencambukku
Semoga kita bersama lagi

Back to Reff:

Cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu



download mp3 kat sini

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan: Antara Fadhilat dan Syarat


Tengah hari tadi aku dan rakan2 ofis berkesempatan hadir ke ceramah Ustaz Zawawi, ustaz yang selalu ceramah dalam tv tu. Awal2 lagi kitaorang dah keluar ofis sebab nak chop tempat. Kalau lambat alamat kena buat tahlil duduk atas tikar. Ramai jugak yang datang, bak kata ustaz, "takleh makan, so pergi la ceramah"...hehe...pergi ceramah pun dapat pahala tau even kita tersengguk2 pun...ustaz tu cakap...hehe..

Dalam ceramah, ustaz cakap salah kalau kita guna istilah bulan puasa, sepatutnya bulan ramadhan. Sebab bila kita guna istilah bulan puasa, kita hanya fikir bulan puasa hanya berpuasa dan tak ingat ibadah2 lain yang patut kita buat di bulan ramadhan. Ustaz jugak cakap kena tau antara pahala wajib dengan pahala sunat. Contoh macam berzikir dan melayan tetamu, melayan tetamu adalah wajib, berzikir tu pulak sunat. So kita kena utamakan melayan tetamu dulu.

Masa akhir ceramah ustaz tunjuk video budak2 sekolah tengah menangis keinsafan lepas tu siap peluk2 mak bapak, sujud kat kaki..fuh syahdu giler. Aku menahan air mata jek. Rupa2nya akak kat sebelah aku pun sama dok kesat2 air mata. Akak yang sorang lagi dok kesat air mata dengan tudung..hehe ingatkan aku sorang je yang tangkap syahdu...giler sedih masa tu...isk..terus ingat mak bapak kat kampung..mak bah apa khabar ye?? T_T

Seronok jugak sekali sekala dapat pergi ceramah ni. Dapat banyak input dan dapat mengingatkan diri kita semula sebab kadang2 kita mudah lupa walaupun asalnya kita tau sesuatu benda tu. Minggu depan Ustazah Nor Bahiyah pulak...mesti besttt!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Malas betul nak update blog. Rupa-rupanya dah nak dekat 2 minggu aku tak update. Haihh. Pemalas betul amoi ye. Baiklah mari kita update blog sekarang.

Tup tap tup tap hari ni dah 5 Ramadhan. Alhamdulillah boleh lagi berpuasa cuma kadang-kadang mengantuk kat ofis. 1st day keje, Isnin lepas, rasa mengantuk giler. Rasa nak tido je kat meja tu. Then bulan puasa ni selalunya produktiviti menurun sikit. Haha. Dah la mau kejar SIT 8hb ni. Harap-harap sempat la kan.

Hari pertama puasa rasa sedih giler time nak berbuka. Mana taknya kena berbuka sorang2...isk...housemate ada balik kg, pergi rumah sedara, pergi rumah kawan. SMS kak anim nak berbuka sama dengan dia then dia reply dia nak balik kg dan hubby dia ada kat rumah. Takkan nak kacau kan so berbuka la sorang2 kat rumah..isk..sedih betul. 1st puasa dah sedih...

Teringat puasa zaman sekolah asrama dulu. Aku orientasi dalam bulan puasa. Ye, masuk sekolah dalam bulan puasa. Dah la sekolah tu macam padang jarak padang terkukur dan berada di utara. Sah2 kawasan situ kawasan panas. Nak menangis pun ada dapat sekolah macam tu. Tapi aku kewl je. Parents aku siap bayar yuran separuh je sebab takut aku lari balik. Haha. Maklum la first time masuk asrama. Tapi even first time tade la aku nak teriak masa parents aku balik. Hehe.

Masa register, automatik dapat sorang kakak angkat. Aku ingat lagi nama dia, Syibratul. Petang2 time nak berbuka dia akan jemput aku kat dorm ajak ambik makanan. Err tu cikgu suruh kot..hehe. Makanan baru yang aku jumpa adalah bubur gandum. 1st time makan. Not bad jugak. Lepas ambik makanan, letak siap2 atas meja then lepak tepi longkang sementara tunggu azan. Malam2 gi surau. Solat jemaah dan terawih. Lepas prep, ada moreh. Heaven2.

Ada satu peristiwa, semua dah bersedia nak berbuka. Semua dah duduk kat meja makan. Sorang ketua akan lead baca doa. Lepas doa habis baca, semua mula makan. Tiba2 orang yang baca doa tu cakap "Err mintak maaf ye, waktu berbuka belum masuk. Tadi waktu berbuka tempat lain"...wah tersembur kurma dari mulut. Haha lawak betul. Boleh lak tersilap waktu berbuka. Hampeh betul!!!

Ok la..aku harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni mendekatkan lagi diri kita kepada Allah..ameennn...

ok jom karaoke terawih...

Friday, August 14, 2009

Saya Half Day Hari Ni

Tu pon nak bagitau ke?Hehe..

Saja..Tengah boring ni dok rumah. Sangap ada, lapar pun ada. Tu la tadi tak nak ikut diaorang makan..kan dah lapar..huhu. Apa aku nak makan ni??? isk...

Aku tengah tunggu parents aku datang ambik ni. Tido umah kakak aku kat puchong. Malam ni sepupu aku, Nina nikah. So malam ni bleh jadi photog tak rasmi..hehe. Tapi den sogan...tak pernah ambik gambar depan sedara-mara. Malu la i..huhu...Tapi orang pesan kalau nak jadi photog takleh malu2, segan2. Buat bodo jek. Ye la..nanti aku praktikkan. Tapi aku risau nanti sedara mara cakap kurang ajar sebab menyebok masa orang akad nikah. Ye la aku kan perempuan, patut dok diam2 tepi pengantin ke, tolong kipas pengantin ke, apa ke...

Sebenarnya aku malas nak gi kenduri sedara mara ni..haha..teruk tak? Bukan pe, nanti ada la banyak soalan yang malas aku dengar dan jawab. Haihh..kalau kat kuantan memang confirm aku tak balik...hehe...nasib baik kat sini, so nak taknak kena la pergi kan? Huhuhu..harap2 tade orang tanya (ye la tu..jangan harap)...baiklah amoi...kuatkan semangat...sapa2 nak mintak borang sila beratur...ekekekke...go go caiyok!!!

Wednesday, August 12, 2009

Jom Tengok Hujan Meteor Pagi Ni!!!

haha..larat ke?

Pagi tadi baca kat yahoo pasal hujan meteor kat oversea sana la kan. Katanya hari rabu malam akan ada hujan meteor kat sana. Aku congak2 gak kalau kat sana rabu malam, kat sini sure la siang khamis kan? Betul ke? Hehe tiba2 lemah plak geografi *eh bukan dari dulu lemah ke?*. Then kalau kat sana turun waktu malam takkan kat sini turun waktu siang plak? Hahaha sengal!!

Sebenarnya aku berangan nak tengok hujan meteor tu. Asyik tengok dalam cerita omputih je kan. Teringin gak nak tengok live. Kalau ada geng, best jugak lepak kat atas bumbung rumah tunggu hujan meteor pastu snap sekeping 2 gambar. Hak hak. Berangan!!

Eh tapi aku pernah nampak taik bintang jatuh tau *taik bintang sama ke ngan meteor ek? sengal lagi*. Aku tak tipu tau. Ingat lagi masa tu tengah berlatih teater kat gazebo UM. Fuh masuk teater. Pegang watak setan plak tu, nampak sangat aku perangai cam toooot..ahahaha..Ok tipu aku baik la dulu. Lecturer tu je dengki kat aku bagi watak tu. Cis. Oh berbalik semula kepada cerita taik bintang. Masa tu aku tengah lepak2 kat gazebo tu, berehat sambil memandang ke langit. Tiba2 aku nampak satu benda bercahaya jatuh dari langit. Aku rasa taik bintang la sebab sama je cam yang aku nampak kat tv tu. Lepas tu secara spontan aku terus buat wish...ahahahaa..Mengong. Terpengaruh dengan cerita omputih. Tapi aku dah tak ingat la apa wish aku masa tu. Serius tak ingat. Haihh tu la sebab tak makan tempe kan pojan ? Eh tiba2 rasa cam teringat plak wish aku tu. Aku rasa aku wish dapat 4 flat...huahuahua..Memang takleh pakai la wish masa nampak taik bintang. Tipu. Sebab aku tak dapat pun 4 flat...huhu...

Eh sebenarnya nak cerita pasal kita boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tadi jalan2 kat blog bro knizam baru la aku dapat tau pasal info ni. Menarik!! Boleh tengok hujan meteor kat Malaysia. Tapi pukul 1.30 pagi dude...larat ke nak tahan kelopak mata dari tertutup? Agak2 kalau aku tido then set jam pukul 1.25 pagi, aku bangun tak? huhuhu...

Malaysians can observe meteor shower tonight

GEORGE TOWN: Malaysians will be able to sight up to a total of 100 Perseid meteors per hour streaking across the northern sky in the wee hours of Thursday morning.

Universiti Sains Malaysia’s Astronomy Atmospheric Science Unit lecturer Assoc Prof Dr Chong Hon Yew said that according to the International Meteor Organisation (IMO). the meteor shower is expected to be best viewed from 1.30am to 4am on Thursday.

“The shower could have started on July 24 and is expected to be observed until Aug 17.

“It is however predicted that during the peak viewing time (Thursday morning), the moon will be high in the sky, outshining the fainter meteors.

“There is a good chance for observers to spot the brighter meteors however,” he said on Wednesday.

Dr Chong also hoped the weather would be favourable for the Perseids to be seen.

Those who miss tomorrow’s meteor shower may still catch a “lesser version” after midnight Thursday, or early Friday morning.

Dr Chong said the Perseids are a prolific meteor shower associated with the comet Swift-Tuttle which are usually fast, bright and occasionally leave persistent trains.

“The point they come from lies in the constellation of Perseus,” he said.

The Perseid meteor shower has been observed for about 2,000 years, with the first known sighting coming from the Far East.

Every year in August, the Earth passes through rock and dust fragments left behind by the comet Swift-Tuttle. As these small particles collide with the Earth’s atmosphere, they burn up, often creating a startling streak of light across the sky.

The shower is visible from mid-July each year, with the greatest activity between Aug 8 and Aug 14, peaking at about Aug 12.

Dr Chong said the meteor shower can be observed with the naked eye.


source: The Star

jom tengok hujan meteor weh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...