Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 2, 2009

Love Story - Taylor Swift

Minggu ni minggu malas sedunia. Err...sedunia ke? Hehe. Sangat malas nak update blog. Gambar dah pilih & edit. Nanti kalau saya rajin saya buat entry tu malam ni. Kalau tak, minggu depan la nampak gayanya. Hihi.

Tengah hari tadi ada makan2 sempena PD (baca:Project Director) meninggalkan kami sebab naik pangkat. Esok ada lagi makan2. Heavennya. Oh minggu ni sangat menjimatkan. Seingat saya, saya keluarkan duit hanya sekali untuk makan tengah hari. Bangga dengan diri sendiri. ;)

Mengantuk. Tapi masih nak menghadap komputer. Takpe. Kita layan dulu lagu kat bawah ni. Lagu ni anak kak herma dah siap hafal. Nak nyanyi kat tadika katanya. Saya baru tau lagu ni bila kak herma cerita pada saya. So saya download dan dengar. Memang best.



We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

'Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh, oh
'Cause we were both young when I first saw you

Monday, March 30, 2009

City Of Ember

sebenarnya banyak entry nak dipost..tapi aku tak sempat nak pilih & edit gambar...fuhh...bunyi macam adun je...adun pun sempat nak update blog...haha...:P



semalam tengok movie City of Ember...memang best la movie ni...aku sangat suka..movie ni mengisahkan kehidupan manusia bawah tanah...manusia2 ni duduk bawah tanah sebagai tempat diaorang berlindung dari ancaman kat muka bumi...satu kotak diserahkan pada mayor dan dalam kotak tu ada instruction macam mana manusia kat bawah tanah tu nak kembali ke muka bumi...kotak tu diturunkan dari seorang mayor ke seorang mayor....kotak tu akan terbukak dengan sendiri dalam masa 200 tahun...sampai mayor ke 7, mayor tu mati mengejut dan tak sempat serah kotak tu ke mayor seterusnya...so ahli keluarga mayor ke 7 simpan tanpa tau apa2 pasal kotak tu...dari situ la bermulanya kisah macam mana Lina Mayfleet dan Doon Harrow menyelesaikan misi tu...

best wooo....tak boring langsung...aku bagi 5 bintang...silalah tengok di pawagam berhampiran dengan anda...tapi rasanya movie ni dah nak abis tayang kot...hehe...

Saturday, March 28, 2009

Hop On Hop Off + Planetarium + Muzium Kesenian Islam + Menara KL



last 2 weeks plan dengan slyde naik bas hop on hop off...sapa tak pernah naik bas ni angkat kibodddddddd...haha..rugi woo tak naik...ni antara salah satu wish list aku...pernah jugak plan dengan kak anim dulu..dari dia tak kawen sampai dia dah kawen tapi still tak naik2 jugak...dan akhirnya slyde merealisasikan plan aku yang hampir terkubur ni...haha...

jumpa kat kl sentral pukul 10 pagi...mula2 plan nak naik 1st bas...so plan nak jumpa kat kl sentral seawal pukul 8.30 pagi + nak breakfast kat situ...tapi sebab si slyde terlajak tido...so plan bertukar pukul 10 pagi dan breakfast lu fikir la sendiri...ahahaha...

nasib baik tak lama tunggu bas...maybe sebab hari ahad...so jalan tak sibuk...dalam 5 minit kitaorang tunggu kat depan hilton, bas pun sampai...dengan excitednya kitaorang naik...harga tiket rm19 je untuk pemegang mykad for 24 hours...harga tiket boleh cek kat sini ye and tiket boleh beli kat dalam bas tu...ada konduktor ala2 tourist guide...tapi dia tak cek pun mykad...dia tengok orang malaysia je dia cakap la harga tiket rm19...hehe...

dalam bas

kitaorang awal2 dah plan nak pergi tempat apa...so 1st tempat yang kitaorang pergi adalah planetarium...bas tu berhenti dekat area bird park...so kena menapak sikit la nak pergi planetarium...first n last aku pergi planetarium masa form 1...so agak excited nak pergi lagi sekali...sampai2 jek planetarium tengah renovate tapi still boleh masuk dan no fees...and then kitaorang beli terus tiket untuk Filem SOS Planet (RM6) & Spaceball (RM2)...

stonehenge
replika stonehenge


jam matahari
jam matahari


planetarium negara
dah sampai planetarium negara


planetarium negara
jenuh nak naik tangga ni...aku wonder macam mana orang OKU nak pergi sini


jam matahari
jam matahari lagi...yang ni senang sikit nak baca

bila masuk kat dalam planetarium tu barulah tau apsal la takyah bayar..rupanya cuma ada pameran angkasawan je...boring jugak la..tapi dapat jugak la tambah ilmu...hehe...tapi timing salah la pulak..ramai budak2 sekolah...so penuh dengan diaorang je la masa tu sampai nak naik spaceball pun kena queue panjang...

angkasawan
syeikh muzaffar kat dalam ni..haha...


planetarium negara
korang tau tak...barang2 kat dalam almari ni dicipta untuk memudahkan angkasawan kat angkasa lepas...dan akhirnya digunakan oleh manusia kat bumi ni...


planetarium negara
setiap kali aku tengok gambar ni sure aku nak tergelak...haha


credit to slyde for this pic...i likeee...hehe..

masa tu jam nak dekat pukul 12...kitaorang terus beratur untuk masuk dewan teater...penuh jugak dewan tu sebab ada budak2 sekolah ni...tapi cerita dia serius boring giler..aku ingat macam cerita kungfu panda ke sebab ada gambar panda kat poster cerita tu...rupanya cerita pasal alam sekitar...dah la gambar lama giler...serius boring...kalau korang pergi, takyah tengok la cerita ni...membazir duit je...nak terapkan moral dalam cerita tu tak kisah...tapi buat la dalam bentuk yg menarik...aku tengok budak2 sekolah tu pun semua boring...aku pun dah lebih 10x menguap...haha...guna la watak upin & ipin ke...baru la menarik...

lepas abis cerita terus serbu spaceball...tengok2 diaorang berhenti rehat...pukul 2 baru sambung...masa tu nak dekat pukul 1...so kitaorang decide nak lunch dulu...yang malangnya tempat lunch paling dekat adalah muzium negara...tapi sebab perut dah berdangdut terpaksa turun jugak la...baru aku tau jejantas yang menghubung kat jalan depan muzium tu rupanya menghala ke planetarium...haha..akhirnya aku berjaya jugak lalu jejantas tu...

bila dah kekenyangan, malas pulak nak menapak semula ke planetarium...so kitaorang burn je la tiket spaceball tu...and kitaorang jalan2 kat luar muzium + solat...sementara tunggu bas sempat makan aiskrim kat tepi tangga...haha...

destinasi seterusnya adalah muzium kesenian Islam...kebetulan pulak ada pameran Seni Perpaduan Islam di Britain...so banyak gambar2 yang menarik dan cantik...teruja aku nak ambik gambar macam tu...hehe...oh tiket kali ni berharga rm12 sebab ada pameran khas...kalau tak harganya rm10...tapi really worth....muzium tu luas dan banyak sangat barang sampai kitaorang habiskan masa hampir 2 jam kat situ...tu pun dah tak larat + ada lagi area yang kitaorang tak cover...aku akan repeat lagi...insyaAllah...

Muzium Kesenian Islam Malaysia
Muzium Kesenian Islam Malaysia


the art of integration Islam in Britain
cantik giler gambar poster ni...bila la nak dapat ambik gambar cantik camni ek

lepas tu terus pergi menara kl...tiket harga rm38..mahal giler ok! pesal la mahal sangat...kalau buat rm20 pun ok lagi...hampeh je kan...macam mana la orang yang anak berderet nak pergi...aku yang tade anak ni pun paksarela je nak keluarkan duit...patut harga tiket utk malaysian lain la kan...disebabkan harga tiket yang amat mahal...kitaorg merelakan diri balik naik lrt sebab bas yang terakhir sampai kat menara kl dalam pukul 7.15pm...masa kitaorang sampai kat situ dah pukul 6 lebih...

pemandangan kat atas tu sangat cantik...rumah aku pun boleh nampak dari situ...hehe...kat atas tu kita diberi ala2 walkman sebagai guide....lebih kurang sejam kitaorang lepak kat atas tu...dah mahal kan...so lepak lama sikit sebab rasa macam dah tak repeat dah unless diaorang turunkan harga...hehe...oh masa beli tiket tu dapat free masuk zoo + main f1 simulation + winter park...tapi even dapat free pun aku rasa harga tiket tu still not worth...

kuala lumpur
pemandangan Kuala Lumpur dari Menara KL


menara kl
meneropong...boleh nampak orang kat tepi tingkap hotel...hehe...


credit to slyde...tangan ada VR ek?hehe...oh aku wonder camna photog menara KL leh dapat gambar klcc tu sebesar orang yang berposing...huhu

disebabkan dah lewat kitaorang masuk winter park je...tu pun sebab ada persembahan kesenian...syok pulak tengok orang menari...hehe...ada visitor tu siap tepuk2 tangan menari lagi punya la enjoy tengok persembahan tu...hehe...lepas ambik2 gambar terus balik...oh kat sini ada shuttle van...diaorang akan angkut visitor dari bawah bukit ke menara n vice versa...so masa balik tu kitaorang beruntung sebab van tu hantar terus sampai monorel sebab diaorang nak pergi pwtc...haha...memang bernasib baik betul...

slyde merenung jauhh


menara kl
kat winter park...slyde suruh buat aksi comel macam ni...errr comel ke?haha...:P

overall trip (boleh panggil trip ke?) ni menyeronokkan...cuma ada beberapa tips yang aku boleh share:

1. pastikan plan tempat apa yang kita nak pergi
2. pastikan naik bas yang pertama supaya banyak masa boleh jalan2
3. bajet masa setiap tempat yang kita nak lawat tu supaya tak drag sangat
4. bawak bekal air/jajan

kitaorang dok tunggu bas yang leh lepak kat luar tu tapi tak jumpa2...kalau tak, boleh buat aksi macam rosyam nor dengan rita rudaini....
ehh..apahal pulak aku nak buat aksi tu dengan slyde...ahahahahah....

oh aku ada 1 komen pasal bas ni...aku nak suggest kat diaorang supaya buang la bumbung bercermin tu...bila tengah hari panas giler ok! aircond pun dah tak rasa...aku tengok sorang mat salleh tu merah2 muka dia + berpeluh2...kesian...aku pun berpeluh2 la jugak...tak sesuai la buat bumbung bercermin tu kat malaysia ni...kalau nak buat pun...tinted tu kasi tebal sikit...pasanglah cool air...nyamannnnnnn...haha...oppss..aku tak jual cool air ok!

Tuesday, March 24, 2009

Nine OIAM - Karma

nine ni penyanyi kumpulan Coco...korang pernah dengar ke nama band tu?aku tak pernah dengar pun...haha...

last week dapat jugak tgk OIAM...kalau tak asyik missed jek...rasa cam comel pulak Nine masa nyanyi lagu ni...hehe...kiut la...



Sekian lama kita bersama
Ternyata kau juga
Sama saja

Kau kira kupercaya semua
S'gala tipu daya
Oh percuma

Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana

Selamat tinggal sayang...
Bila umurku panjang
Kelak ku 'kan datang
'Tuk buktikan satu balas 'kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia-sia, memang kau pantas dapatkan

Akhirnya, usai sudah semua
Kudapat tertawa
Bahagia

S'lalu tampak indah awalnya
Berakhir bencana

Tuesday, March 17, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009


19-22 Mac ni ada hot air balloon la kat putrajaya...waaaa...bestnya...melepas lagi kali ni...huhu...

bestnya kalo dapat pegi...boleh ambik gambar banyak2..boleh naik hot air balloon...eh boleh naik ke ek?aku dari kecik lagi berangan nak naik hot air balloon ni...selalu tengok dalam cerita omputih...macam best je kan naik menda tu...

kat bawah ni balloons yang participate...kalau korang diberi 1 pilihan, korang nak naik yang mana satu?



kalau aku aku nak naik gajah...cam comel je kan...ahahaha...

haiii...banyak pulak event2 menarik weekend ni kan?huhu...sapa2 yang free tu pegi la bawak family atau kawan2 pergi...rugi kalau tak pergi ni...bukan senang nak tengok hot air balloon secara live..asyik tengok kat tv je kan...hehe...

maklumat lanjut boleh tengok kat sini

Bengkel Fotografi Potrait Kanak-kanak by Zubye & Adhadi


this workshop is on coming sunday...waa...terlepas...ahad ni berada kat kampung...sayang betul...harap2 ada lagi la bengkel ni lain kali....

sapa2 yg berminat bolehlah register...below are the details...

TAJUK : BENGKEL FOTOGRAFI UNTUK JURUGAMBAR WANITA
TEMA : POTRET KANAK-KANAK
Model : Sila bawa anak-anak sendiri
ANJURAN : DUNIAFOTOGRAFI (MYFOTOZONE Sdn Bhd sebagai wakil korporat)
JURUGAMBAR JEMPUTAN : ZUBYE
TARIKH : 22 MAC 2009
Masa : 7.45 am - 12.30 noon
Tempat : Dinasour Park, Tasik Perdana Kuala Lumpur
Yuran : RM50.00
Penyertaan maksima : 40 orang

Tentatif:
7.30 am : Berkumpul di Dino Park Tasik Perdana
7.45 am : Briefing oleh Adhadi Mohd
8.00 am : Crash Course Basic Photography, Lighting On Location Oleh Adhadi Mohd (A mode, S mode, finding light, penggunaan flash dan light modifier)
8.20 am : Teknik (Framing, komposisi dan Anticipation) oleh Zubye
8.45 am : Pembahagian Kumpulan & Fasi (5 orang 1 kumpulan, 1 fasi)
9.00 am : Praktikal dengan Kanak-kanak
10.15 am : break / breakfast
10.45 am : Teknik (Framing, komposisi dan Anticipation) part 2 oleh Zubye
11.15 am : Praktikal dengan kanak2
12.30 noon : Penutup & Bersurai

nak tau lebih lanjut boleh refer kat sini ye...

Monday, March 16, 2009

RoiGOo Comic

sepanjang minggu ni memang heaven giler...basis nak upgrade SAP dari ECC 5.0 kepada ECC 6.0...so development black out = takleh buat keje...yay!!! (SUKA KO EK AMOI)

so ramai ambik kesempatan cuti2 malaysia memandangkan kebetulan pulak basis upgrade time cuti sekolah...so aku pun cuti jugak la dari rabu sampai isnin...yay!!

jangan ada orang sms or call tanya apasal tak online/update blog sudah hehe...pada hari2 aku bercuti kemungkinan besar aku tak akan update blog...ada streamyx kat rumah tapi aku takde masa nak online disebabkan bz bersama keluarga...cewahhh...

khamis sampai sabtu plan dengan family aku nak lepak kat janda baik...mancing dan berehat2...yay lagi!!! nanti aku post gambar2 menarik kalau ada ek...hehe...

oh sebenarnya nak share pasal email aku dapat hari tu...RoiGOo Comic...kelakar...sila baca kat bawah ni ye...

*sila click pada gambar utk imej yg lebih besar






haha...padan muka kan...kena kick-out dari kereta...kalau aku pun boleh menguji kesabaran...ahahha...

aku cari lagi comic RoiGOo ni dalam english tapi tak jumpa...asyik jumpa dalam thailand jek (thailand kan?)..ada sapa2 tau mana nak cari comic RoiGOo dalam english version?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...