Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 13, 2018

PRU14 - Marilah Mari..Kita Mengundi

Haa tajuk..semangat!


SPR dah umumkan tarikh PRU14. Seperti sedia maklum, tarikh mengundi pada 9 Mei 2018. Ramai tak puas hati dengan tarikh ni, bukannya apa.. Kenapa hari Rabu? Kenapa bukan Isnin? Memang saja taknak bagi orang balik mengundi ke? Ada jugak yang cakap, sepatutnya kita mengundi kat tempat kita tinggal. Aku pun setuju jugak bab tu. Tapi aku terlupa alamat mengundi ikut alamat dalam kad pengenalan. Hari tu masa nak renew lesen kereta, ternampak salah satu servis pejabat pos, boleh update alamat mengundi. Aku pun cakap la kat akak kaunter tu aku nak update alamat mengundi. Pastu dia tanya, ikut alamat dalam ic ni eh? Aku terpinga-pinga. Eh kena ikut alamat ic ke? Aah kena ikut alamat ic. Maka terkubur la hasrat nak update alamat mengundi. 

Walaupun kerajaan dah isytihar 9 Mei 2018 tu public holiday, aku pun tak pasti aku dapat balik ke tak. Laki aku mengundi kat Bangi. Dia macam malas nak drive balik. Ceh ada gak kang aku balik naik bas. Semangat!


Thursday, April 5, 2018

Starbucks 30% Off




Siapa ada B Infinite Card and mobile app, boleh tunjuk kat kaunter Starbucks then dapat 30% off untuk minuman size Grande ke atas. Tawaran dari 15 Mac - 14 April 2018, 2 - 6 petang on weekdays sahaja tau!

Lepas tu boleh dapat 2x BPoints. Yang ni korang kena tunjuk kad B Infinite pulak. Tadi aku tak tau, ingat boleh scan je dari mobile app, maka aku tak dapat la points tadi huhu.

Disebabkan offer ni, maka diet aku pun ke laut haha. Asyik cheat day je memanjang. 




Wednesday, April 4, 2018

Anti Serangga Magic Magic

Haaa tau tak apa ni? Ni la produk anti serangga ala2 baygon, ridsect gitu. Tapi yang ni organik. Takde bahan kimia. InsyaAllah selamat. Just nak cerita produk ni setakat aku guna memang berpuas hati. Puas hati sebab takde dah lalat dan ulat sampah terbang kat tong sampah rumah aku. Kalau ada dijumpai, dah mati kiok dikerjakan Anti Serangga Magic Magic ni haha. 


Hari tu aku nampak semut dok beratur jalan kat dinding rumah aku, cepat-cepat aku sembur. Alhamdulillah sekarang tak nampak dah batang hidung semut kat situ. Mak aku pun puas hati dengan produk ni sebab kat rumah dia banyak lalat. Kalau time makan tu asyik lalat datang je. Time masak lagi la banyak dia kerumun tempat kita nak prepare masak tu. Geram je. Sekarang lalat kat rumah mak aku dah kurang. Alhamdulillah.

Siapa siapa nak cuba meh roger aku atau order je kat SINI. Free delivery untuk order RM30 ke atas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...