Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 10, 2011

Singapore Trip - Day 3

Fuh lama giler nak siapkan post ni..hehe...



Plan hari ni adalah shopping!! Ceh shopping la sangat kan. Sebenarnya just nak beli souvenir untuk diri sendiri dan orang kampung je :P

Lepas breakfast, kitaorang terus check out. Nasib baik boleh tumpang letak beg kat hostel..FOC je. Destinasi pertama adalah Orchard Road. Kitaorang naik MRT dari Stesen Boon Keng (5 minit berjalan dari hostel) ke Stesen Dhoby Ghaut. Since MRT ni bawah tanah, agak jauh jugak nak berjalan dari escalator masuk ke kaunter tiket. Serius jauh, ibarat subway kat LRT Masjid Jamek. Tapi apa yang best pasal MRT ni, kita hanya perlu beli tiket sekali je even tempat yang kita nak pergi tu kena tukar train. Tak macam kat KL, kalau naik LRT Putra then tukar train naik LRT Star, kena beli tiket lain. Dan even weekend, sangat ramai orang naik MRT. Maybe sebab rules yang Singapore Government tetapkan menyebabkan ramai orang naik public transport. Tapi public transport diaorang sangat reliable. Even weekend pun time gap antara MRT sangat cepat. Public transport kat Malaysia patut contohi diaorang, especially KTM Komuter :)


Since kitaorang tak guna EZLink, so tiket kitaorang beli kat mesin tiket. Tiket ni bila korang pulang balik, dapat refund $1. Sila refund di mesin tiket juga ye.


credit to hanim


Sampai di Stesen Dhoby Ghaut, tak tau arah tuju. Nasib baik ada sorang Filipino ni tolong. Rupanya sepanjang Orchard Road tu ada banyak shopping mall dan Orchard Road tu sangatlah panjanggg T__T. Ok ini adalah kesilapan, sebelum pergi, masa googlemap just key in Orchard Road, maka disuruh berhenti kat Stesen Dhoby Ghaut. Maka masuklah Plaza Singapura yang bersebelahan dengan Stesen Dhoby Ghaut. Nothing much here. Shopping mall seperti di Malaysia. Sebenarnya kitaorang mencari kedai perfume Dollar & Scent yang dikatakan murah itu. Lepas tu baru terfikir, apasal la buang masa kan?Baik google je tengok kat mana tempatnya. Rupa-rupanya kedai tu kat Lucky Plaza. Lepas dah tanya orang, maka berjalanlah kitaorang dari Plaza Singapura ke Lucky Plaza sejauh 1.5km T__T. Peluh jantan betina semua keluar. Nasib baik la cuaca mendung.


credit to zam

Kedai Dollar & Scent ni kecik je. Perfume kat sini tak banyak variety macam kat Mustafa Centre tapi harga memang much more cheaper. Perfume 5th Avenue 125ml $38 je. Kat sini ada jugak jual tester. Orang cakap, tester lagi kuat bau sebab digunakan untuk menarik perhatian pembeli. Tapi memang berbaloi-baloi la beli perfume kat sini. Memang rasa nak borong tapi memandangkan perfume banyak lagi kat rumah, maka window shopping je la. Kalau nak borong perfume, better jangan naik flight without check in luggage sebab maksimum liquid dalam carry bag hanyalah 100ml ye anak-anak.

Lepas diaorang beli perfume, singgah pulak kedai souvenir. Jumpa keychain 10 = $10. Kawan-kawan dok tanya murah ke tak. Seingat aku, baca dalam blog Yun, dia tulis kat Bugis Street murah tapi aku tak ingat la berapa harganya. Disebabkan malas nak fikir, kitaorang beli je untuk team mate. Since kitaorang berlima 1 team, so kitaorang share je la beli keychain tu..jimatttt!!! Fridge magnet kat sini pulak 5 = $10. Ok la, not bad.


credit to zam

Lepas selesai membeli-belah, tempat seterusnya adalah Bugis Street. Plan asal nak pergi Merlion tapi kesuntukan masa, maka dibatalkan saja niat tu. Nasib baik dah bergambar kat Merlion dalam USS..hehe. Untuk ke Bugis Street dari Lucky Plaza, kitaorang naik MRT dari Stesen Orchard ke Stesen Bugis. Oh fyi, kalau nak pergi Lucky Plaza, berhenti terus kat Stesen Orchard. Memang dekat giler. Kami membuang masa dengan berjalan kaki. Tapi takpe la kan, di samping exercise dapat la menjamu mata..cewahh ayat menyedapkan hati..huhu..


Bugis Street ni dekat je dengan Stesen Bugis. Just lintas je jalan depan MRT tu terus nampak tulisan Bugis Street. Kat sini kena hati-hati sikit, ramai penyeluk saku..huhu..Kitaorang tau pun sebab auntie yang kat Lucky Plaza tu yang remind suruh hati-hati. Kebanyakan pencuri ni dari kalangan Indonesian dan lagi satu bangsa, tak ingat plak apa dia..hehe. Sampai di Bugis Street aktiviti shopping bermula. Yang tensionnya, nampak keychain yang sama kitaorang beli kat Lucky Plaza dengan harga $10 dapat 18 T__T ..ok menyesal kemudian tidak berguna. Dah dapat tips tu lain kali follow jek. Kat sini kami menghabiskan duit yang ada. Aku borong t-shirt 4 helai. 1 helai = $12.90. Kualiti sangat ok, tak macam t-shirt harga RM12.90 kat Malaysia..haha..


Perut masing-masing dah berbunyi, so kitaorang cari tempat makan kat Arab Street. Nasib baik ada print google map. Tengah dok kaji map, tiba-tiba ada sorang uncle tegur tanya nak pergi mana. Oh baiknya hati uncle ni. Tolong tunjuk jalan ke Arab Street. Maka kami pun berjalan. Dah la cuaca panas, perut pun lapar, perjalanan rasa amat jauh. Sampai kat stesen bas kami dah lost. Tanya sorang akak kat tepi jalan ni, rupanya Arab Street tu dekat dengan Masjid Sultan. Sebenarnya kitaorang cari Restoran Zam Zam yang famous dengan murtabaknya.



Ramai betul customer restoran ni. Sampai tempat duduk pun tak ada. Restoran kecik aje dan stuffy. Kalau mamak kat Malaysia tak sah kalo kedai tak 2 pintu kan? Disebabkan lapar, kitaorang try jugak cari tempat duduk. Kat sini pekena nasi beriyani ayam = $6.00 + teh o ais = $2.00. Murtabak ada orang belanja..hehe..Lepas makan aku bertiga terus balik hostel, lagi 4 orang nak singgah Mustafa Centre pulak beli perfume & coklat.


credit to zam

Pukul 4 petang van sudah sampai. Masa untuk pulang hoho. Changi Airport memang best la. Jalan kat situ pun pening..kalau drive sendiri mesti sesat. Since airport ni ada 3 terminal, tak perlu risau kalau salah terminal sebab diaorang ada sediakan skytrain menghubungkan setiap terminal. FOC je. 5 orang flight pukul 6 lebih tapi aku dan lagi 2 orang flight pukul 7 lebih, so kitaorang bertiga pergi jalan-jalan naik skytrain pergi terminal 2 lepas tu lepak Killiney Kopitiam. Oh baru tau Killiney Kopitiam asal dari Singapore.

Kat Changi Airport, surau ada kat waiting room sahaja. Actually prayer room sebab bilik tu boleh campur agama T__T. Tempat menunggu kat sini sangat best. Internet pun ada. Kedai pun banyak juga boleh shopping sambil tunggu flight. Oh kalau korang bukan Singaporean, beli barang harga $100 ke atas, boleh dapat tax refund. Make sure dapatkan surat tax refund dari kedai ye. Nanti kat airport ada 1 kaunter untuk dapatkan tax refund. Best tak?





Oh nasib baik kitaorang tak terlepas flight sebab sibuk melepak dan window shopping..hehehe

Kat bawah ni aku buat summary perbelanjaaan aku kat Singapore.

Day 1
Return flight = RM162
Beesybus dari Airport ke Hostel = $8
Hostel 2 nights = $44

Day 2
Beesybus dari Hostel ke USS = $5
Universal Studio = $52 (diskaun 20% guna Mastercard)
Luge & Skyride = $18
Lunch @ USS = $17.80
Souvenir = $10.80
Song of the Sea = $10
Beesybus dari USS ke Hostel = $5
Dinner = $4.80

Day 3
MRT Boon Keng ke MRT Dhoby Ghaut = $1.10
Souvenir = $69.60
MRT Orchard ke MRT Bugis = $1.20
Lunch = $6
MRT Bugis ke MRT Boon Keng = $1.30
Beesybus dari Hostel ke Airport = $8


Tips pergi Singapore
1. Sila bawak payung sebab cuaca kat sana panas. Tapi nasib baik masa kitaorang kat sana cuaca tak panas sangat :)
2. Sila bawak kipas juga. Bukan kipas besar berdiri tu okeh! Kipas tangan tu. Kalau ada kipas bateri tu lagi bagus, takde la penat nak mengipas.
3. Kalau datang dari Malaysia dan tak tido kat Singapore, sila bawa air mineral secukupnya. Air mineral kat Singapore sangat mahal padahal made in Malaysia je. Kalau tido kat Singapore, sila bawa tumbler. Nanti boleh top up air kat hotel/hostel...heheheh
4. Pakai flat shoes/sandal.
5. Sapu sunblock bila keluar untuk mengelakkan sunburn. Unless la memang suka hitam kan?
6. Naik train atau bas untuk penjimatan. Airport tax mahal seh!! Tapi kalau tak tido kat Singapore lagi jimat kot?

Tips pergi USS/Sentosa Island
1. Untuk penjimatan, sila bawa tumbler air tapi simpan dalam beg. Water filter banyak kat USS so boleh top up air.
2. Pergi USS weekdays untuk mengelakkan kesesakan.
3. Beli tiket USS secara online untuk mengelakkan tiket habis.
4. Kalau nak naik Luge, pergi pagi, petang ramai orang weh!!
5. Kalau nak tengok Song of the Sea, beli tiket sesampai je kat sana. Takut tiket habis.


5 comments:

NedLi Sakurai said...

nanti aku dtg amik brochure dan pamphlet yg ko simpankan tue yer.. senang nak plan nanti(^_^).

err.. ko tanak pegi sekali lagi ker? bleh jadik tourist guide kitorng (^^').

amoi said...

oh ok ok :)

ko nak pegi bila?kalo dlm masa terdekat ni, tak kot...hehe

Anonymous said...

kak bis pernah g s'pore dulu sensorang je. gamble. naik bas ekspres dr larkin ke woodland. sebenarnya naik bas ting ting pun dah berbaloi sbb smp kat checkpoint kene turun gak utk check pastport pas tu beratur dan naik mana mana bas janji tiket tak buang, skrg rasanya much better sbb ada LRT dari woodland jadi senang nak terus ke bandar, jika tidak sila tanya orang kat kaunter. Pengajaran masa kt sana, org sana tak byk guna syiling ok, dorang byk guna cash card yg boleh dibeli di kaunter jajan. yup, kak bis ingat kak bis je rasa panas w/pun tmpt dorang byk pokok, mineral water is a must. kak bis biasanya bawak 2 btl..lenkali gi le zoo dia..best gak

kak^bis ler ni^

amoi said...

wah beraninya akak g sorang2. tapi singapore negara yg selamat, maka tak perlu risau :) tu la next time mau pergi naik bas or ketapi jek. zoo mmg nak pergi hari tu tapi tak sempat :(

Anonymous said...

g 3h2m mana sompek nk poie sumer tmpt heheh killiney dr melaka, bknkah? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...