Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, March 22, 2011

Menyesal Setelah Membeli?

Adakah korang pernah merasa menyesal setelah membeli sesuatu? Pernah tak korang mengalami situasi di mana punya la lama nak memilih barang, then korang beli, lepas tu bila sampai kat rumah menyesal dan rasa kenapa aku beli yang ni? Atau sampai kat rumah rasa tak cantik pulak barang yang dah dibeli tu. Punya la lama memilih masa nak beli tu, end up boleh pulak kata tak cantik??? Benci kan??? Haishhh...

Maybe jugak masa tu kita stress masa membeli. Maybe sebab tak cukup masa atau ada orang pulak tengah bebel-bebel suruh cepat sikit pilih. End up kita salah pilih. Hahaha..mari kita salahkan orang itu :P

Last weekend pergi buat spec (read: cermin mata) di kedai kesayangan dengan harapan frame kesayangan still ada lagi. Masih ingatkan anda dengan post saya ini? Dipendekkan cerita, spec kesayangan jatuh tanpa disedari dan hilang entah ke mana. Pada ketika ia hilang, baru setahun pakai okeh! Sungguh sedih spec kesayangan hilang bagaikan putus cinta. ..huhu..Ok exaggerate! Ketika kejadian berlaku, dah la 2,3 hari lagi nak raya dan poket tengah pokai, maka spec tidak sempat dibuat. Tapi terpaksa beli contact lens supaya dapat bergaya juga di hari raya walaupun terpaksa menggunakan kad ajaib sebab tak nak guna spec berikat benang yang kuno itu.

Masa hanya ada 1 jam untuk membeli-belah di kedai kesayangan. Malang sekali frame kesayangan dah tak ada, maka terpaksa pilih frame lain. Dah la hati kalau berkenan kat satu benda tu, benda tu jugak yg digilai. Dah la nak murah, cantik dan tak kembang tudung, memang susah la nak cari. End up, beli yang mahal jugak. Bila dah decide frame, pekerja kedai tu tanya nak buat tinted tak?Sesuai untuk orang yang bekerja depan komputer. Kalau harga biasa mahal tapi sebab beli sekali frame, so tambah RM80 je. Dia pun tunjuk contoh lens dan spec yang dah siap ditinted. Dah la kedai dah nak tutup terpaksa berfikir dengan pantas. Then terus cakap ok! Lupa nak tengok rupa kat cermin masa test spec yang dah siap tu.

Semalam pergi ambik spec. Test spec kat kedai tu, end up rasa kecewa sebab rasa tak lawa. Huhuhu tak segembira masa ambik spec kesayangan. I hate tinted! And the frame too. Lepas tu baru teringat, aku kalau tengok orang pakai spec tinted ni, memang aku tak berkenan. Tapi boleh pulak aku pergi pilih spec tinted ni. Haishhh...I have to wear this spec for another 2 years. Kenapa 2 years? Sebab boleh claim kat company 2 tahun sekali je..hehe.. Or else aku beli lain pakai duit sendiri or jump ke company lain yang provide benefit sama..hahahah..

Ok sila komen. Kalau takde komen, takyah komen..ekekekek...


Muka ditutup separuh untuk meninggalkan special effect..dah macam perampok plak aku tengok..haha


12 comments:

Anonymous said...

Slalu org pakai spec tinted mcm nmpk sombong n poyo,hahahahah. Hmmm mcm ok sajer. Tkyah membazir ah ah ah. Klu xde org usha dlm masa 2 minggu gi tuko spec, muakakakkaka

amoi said...

siapakah anon ni?pojan kah?tu la kalo fikir2 malas nk membazir tapi kdg2 smp tahap tak suka tgk muka berspek tinted ni dalam cermin..huhu..rasa nak gi beli lain skrg..ahaha..

Anonymous said...

ahahaha saye pun tak suke org pakai spec tinted sbb cam poyo :P
sila gi beli lain lagi 2 thn, sila bertahan dengan kepoyoan selama 2 thn :D

NedLi Sakurai said...

mcm ok jer moi... tp bak kat anon (1), kalo dlm masa 2 minggu xder org usha, sila tukat spec (^^' )

zamrita said...

hahaha..asal ko tutup muka ko....

amoi said...

anon: slyde kah?aa nape tak pernah terpk pasal poyo?tp kalo tinted kaler lain ok kot..kaler grey ni mcm tabley blah...

aini: gambar tu gelap kot sbb aku pki hp..rasa macam tak cukup 2 minggu dah tukar spec kot..haha..

ita: malu la..muka tak cun :P

Yun said...

hahaha kalo rasa kurang gaya sila lah ke kedai spec kembali. sbb tu aku jenis yg sanggup thn dr membeli & takkan membeli dlm keadaan terdesak. esok kan masih ada [kalo umor pjg] hehehehe ni perkara biasa dlm kehidupan kan. hehehehe

btw, ok ja spec tu..cuma aku rasa ko nmpk lebih matang kot...nnt kurang org nak takel..almaklumlah matang = dot dot dot...muahahahaaa

Anonymous said...

Pndai ko teka cik enon 1, pki fon ni asek kna mnyamar

amoi said...

yun..haha betul aku pun rasa macam tu.. 'matang'..huhu...

pojan..haha sib baik dah kenal cara menaip..hehe

masterzies said...

Loh,naper d tutup separuh mukanya? Camner nk bg pandangan. kalau nmpk separuh,komennyer pun leh separuh jer la... x perasan sgt pun tinted. x leh nk komen dr segi cantik ke x coz kene tgk full br leh cakap masuk x muka ngan spec :)

Anonymous said...

kak bis dh 3 kali pakai spec jenis tinted sbb salah satu reasonnya adalah mengurangkan migrain kerana panahan komputer dan pancaran matahari (tinted yg kejap boleh terang kejap boleh gelap tu). Costly le jugak tp nak wat cam ne, dah satu keperluan. hanya akan ditukar bila spec ni dah patah dan setelah diplaster pun tetap tak leh cantum..muahahahaha

kak ^bisler ni^

amoi said...

azis: tgk separuh takleh bg komen ek?terpaksa la ko banjer aku mkn..miahahhha...

kak bis: oh kak bis pakai spec tinted jugak ek..saya 1st time pakai sbb tu rasa pelik kot..lama2 rasa ok jek..hehe..tp mmg ada rasa beza klu ngadap kompiter..kurang pening sbb silau saya tinggi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...