Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 14, 2010

Bowling Tournament

Aku tau belog ini lama giler terabai. Asyik takde mood je nak update even banyak giler aku nak cerita sebenarnya. Takpe akan ku update slowly even kisah tu berlaku tahun lepas..hehe. Jadi untuk tak menampakkan cerita dah berkurun tapi baru nak update, aku membuat keputusan untuk tidak me'reveal'kan tarikh kejadian. Hehehehe...

Orang kuat Haji Husain Family iaitu Nadia dan Kak Ni organize Bowling Tournament pulak. Giler kentang diaorang ni. Agresif betul. Dalam kesibukan kerja seharian sempat lagi nak organize Bowling Tournament.

Kak Ni The Organiser

Tournament berlangsung di Bukit Jalil Golf Resort. Registration pukul 10 pagi tapi sempat la nak practice dulu sebelum pertandingan bermula. Baling sekali dua je untuk warm up. Aku haram tak practice. Diaorang practice giler2, ada tu siap beli bola ok! Takpe semangat tu yang kita mahu. Nasib baik menang kan? hahahaha...

The trophy & medals





Kitaorang main 2 game je. Plan asal nak main 3 game tapi cancel saat2 akhir. Aku seperti biasa la bola mesti masuk longkang. Kalau tak masuk longkang tak sah namanya main bowling...eheheh..Strike ada la 2, 3 kali. Tu pun nasib...huhu..

Hahaha!! Team


Gutterball The Best Team


Fear the Anger Team


Team aku..ehem ehem..Ho Yeah!!!


Poh Palehh!! Team (orang Pahang je tau maksud ni..hehe)


Cepat Kohot Team (ni pun orang Pahang je tau maksudnya..hehe)


Ada Aku Kisah?! Team


The Osmonds (pemain import dari Family Osman)


Semangat betul!! Ni pun pemain import jugak


Baling jangan tak baling..gaya mesti 10 markah




Organiser check markah


the shoes

Akhirnya piala pusingan jatuh ke tangan pemain import iaitu Team Cepat Kohot. Diaorang ni memang sengaja pilih nama tu untuk mengaburi pihak lawan..*Dah kalah buat la cara kalah amoi* ye la..ye la...

End up aku dapat tempat ke 9 dari 12 orang perempuan dengan jatuhan pin sebanyak 173..hehe *bangga sebab tak dapat nombor corot* dan team aku dapat tempat ke 6 dari 9 team..ok la kan?agagagaga...nasib baik score team mate aku lebih kurang je dengan aku, so takde la rasa bersalah sangat menyebabkan team kalah..ahahhaa..

The champion


Top scorer women


Top scorer men




aik dapat lagi? ni dapat turkey master plak


bolot bang jangan tak bolot..hehe...


Group Photo sebelum bersurai


The winner

Lepas sesi penyampaian hadiah, sesi makan laksa plak kat rumah Eteh. Takde gambar diambil sebab aku tengah kelaparan dan tak ingat nak ambik gambar..eheehe...Gambar kat bawah ni curik dari facebook Eteh..hehe..Terasa macam hari raya plak masa makan-makan ni. Sekali-sekala seronok jugak gathering macam ni. Update latest info sesama sendiri dan mengeratkan silaturahim. Takkan nak tunggu raya baru jumpa kot? ;)

Laksa Pahang kegemaran semua..yummyyyy

2 comments:

NedLi Sakurai said...

nie group mana nie? kengkawan tempat kerja ko ker moi?

amoi said...

eh tak la..ni family sblh ayah aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...