Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Malas betul nak update blog. Rupa-rupanya dah nak dekat 2 minggu aku tak update. Haihh. Pemalas betul amoi ye. Baiklah mari kita update blog sekarang.

Tup tap tup tap hari ni dah 5 Ramadhan. Alhamdulillah boleh lagi berpuasa cuma kadang-kadang mengantuk kat ofis. 1st day keje, Isnin lepas, rasa mengantuk giler. Rasa nak tido je kat meja tu. Then bulan puasa ni selalunya produktiviti menurun sikit. Haha. Dah la mau kejar SIT 8hb ni. Harap-harap sempat la kan.

Hari pertama puasa rasa sedih giler time nak berbuka. Mana taknya kena berbuka sorang2...isk...housemate ada balik kg, pergi rumah sedara, pergi rumah kawan. SMS kak anim nak berbuka sama dengan dia then dia reply dia nak balik kg dan hubby dia ada kat rumah. Takkan nak kacau kan so berbuka la sorang2 kat rumah..isk..sedih betul. 1st puasa dah sedih...

Teringat puasa zaman sekolah asrama dulu. Aku orientasi dalam bulan puasa. Ye, masuk sekolah dalam bulan puasa. Dah la sekolah tu macam padang jarak padang terkukur dan berada di utara. Sah2 kawasan situ kawasan panas. Nak menangis pun ada dapat sekolah macam tu. Tapi aku kewl je. Parents aku siap bayar yuran separuh je sebab takut aku lari balik. Haha. Maklum la first time masuk asrama. Tapi even first time tade la aku nak teriak masa parents aku balik. Hehe.

Masa register, automatik dapat sorang kakak angkat. Aku ingat lagi nama dia, Syibratul. Petang2 time nak berbuka dia akan jemput aku kat dorm ajak ambik makanan. Err tu cikgu suruh kot..hehe. Makanan baru yang aku jumpa adalah bubur gandum. 1st time makan. Not bad jugak. Lepas ambik makanan, letak siap2 atas meja then lepak tepi longkang sementara tunggu azan. Malam2 gi surau. Solat jemaah dan terawih. Lepas prep, ada moreh. Heaven2.

Ada satu peristiwa, semua dah bersedia nak berbuka. Semua dah duduk kat meja makan. Sorang ketua akan lead baca doa. Lepas doa habis baca, semua mula makan. Tiba2 orang yang baca doa tu cakap "Err mintak maaf ye, waktu berbuka belum masuk. Tadi waktu berbuka tempat lain"...wah tersembur kurma dari mulut. Haha lawak betul. Boleh lak tersilap waktu berbuka. Hampeh betul!!!

Ok la..aku harap tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ni mendekatkan lagi diri kita kepada Allah..ameennn...

ok jom karaoke terawih...

4 comments:

~tuah.rimbun~ said...

salam ramadan...

buka sorang2 ek, so ko kene bela kucing pas ni, buleh kasi teman..
(hehe, jgn marah ek)...

maaf zahir batin....
salam sikit, heheh

Yun said...

selamat berpuasa makcik...

senasib ngan aku..1st day pose kene berbuka sorang2..sgt syahdu ok...tp kene cool..kalo x, ilang kemachohan di bulan pose...kekekee

NedLi Sakurai said...

sian.. ko. kalo tau.. bleh ajak berbuka sesama...

amoi said...

tuah rimbun...kucing?aku tak suka kucing la...hehe...ye mintak maaf juga..hehe...

yun..oh ko pon sama ke?kalo tau aku gi berbuka kat umah ko...hehe...

ned...uwaaaa...nape tak hajakkkkk!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...