Subscribe

RSS Feed (xml)

Email Subscription

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, September 5, 2008

Death Race

filem Death Race ni sbnrnya difilemkan semula...filem asal adalah Death Race 2000 yg difilemkan pada tahun 1975...

penggambaran filem Death Race ni sbnrnya bermula tahun 2002 tapi atas sbb2 yg tak dapat dielakkan...filem ni hanya dapat ditayangkan pada tahun ni...

cerita ni mengisahkan pada masa hadapan di US...banduan2 akan bertanding sesama sendiri dalam acara lumba kereta...

pada permulaan cerita menayangkan perlumbaan 2 kereta Dodge Ram dan Ford Mustang yg sarat dengan pelbagai senjata dan perisai...driver mustang tu driver bertopeng yg terkenal..nama dia Frankenstein...setiap driver akan ada sorang navigator perempuan dari penjara perempuan (mcm treasure hunt plak ek...hehe)...

masa tu adegan tembak menembak...Dodge Ram tembak kereta Frankenstein bertalu2...kebetulan lak tatau kenapa perisai kereta Frankenstein tak berfungsi...dia lepaskan perisai blkg kereta dia dan dia suruh navigator tu keluar dari kereta tu...dan kereta Frankenstein terus meletup...keadaan Frankenstein menjadi tanda tanya...

sejak dari tahun 2008 ekonomi US ditimpa bencana...penjara2 banyak dimiliki oleh syarikat persendirian utk mengaut keuntungan...salah satunya Terminal Island Prison...syarikat tersebut menayangkan pergaduhan antara banduan2 melalui internet...pergaduhan tu kalah mati...pastu bila semua org dah boring dgn tayangan tu...so diaorg beralih ke Death Race yg mana perlumbaan kereta dengan senjata dan perisai...so sapa kena tembak mmg mati terus la...giler betul diaorg ni kan?

Jensen Ames (Jason Statham) diberhentikan kerja sbb syarikat besi yg dia kerja bankrap...dia blk rumah cerita dgn isteri dia...masa dia tgh bersiap kat tingkat atas dan isteri dia tgh memasak kat dapur...tiba2 ada penceroboh masuk umah diaorg dan bunuh isteri dia...bila Jensen nampak isteri dia terlentang kat dapur...tiba2 penceroboh tu spray mata dia dan dia pengsan...bila dia sedar...tangan dia ada pisau berdarah dan polis tiba kat umah dia...dan dia ditangkap dan dibawa ke Terminal Island Prison...

Sbnrnya tu adalah perangkap...warden penjara tu Hennessey (Joan Allen) nak Jensen jadi driver Ford Mustang yg baru..warden tu bgtau Jensen dia tau kat mana anak dia dan dia akan dilepaskan kalo menang 5 pertandingan Death Race...tp Frankenstein dah menang 4...so dia hanya perlu menang 1 je lagi...

Pertandingan tu ada 3 stage...stage 1 & 2 hanya perlu berjuang agar tak mati...stage 3 plak kena menang utk dapat kebebasan...

masa stage 1...Jensen diperkenalkan dengan navigator dia Case (Natalie Martinez) yg juga dulu navigator Frankenstein...dan dalam perlumbaan dia dpt cam salah sorg driver,Pachenko, adalah org yg membunuh isteri dia...


ni lah Case baru turun dari kenderaan polis...banduan2 lelaki tgk semula terjojol bijik mata...haha...

lepas abis race...Jensen rasa dia hanyalah alat utk mengekalkan lagenda Frankenstein dan utk kepentingan Hennessey...dia cerita kpd warden tu yg dia syak Pachenko bunuh isteri dia...tapi Hennessey tak pedulikan...tapi dia keep on ckp pasal anak dia...kira umpan la tu...

Stage 2 Jensen mempersoalkan niat Case...akhirnya Case mengaku dia yg sabotaj perisai Frankenstein supaya dia tak menang perlumbaan untuk dapat kebebasan...tp sebaliknya Case yg akan dpt kebebasan tu...pastu Jensen pon sedar dia juga tak akan dapat kebebasan tu dan akan mati...dan akhirnya dia survive stage ke 2...

......

ni lah scene masa perlumbaan...

stage ke 3 cuma ada 2 driver je...Jensen & Machine Gun Joe...seblm race Jensen tambah 1/2 gelen minyak lagi dan bersepakat dgn Joe...rupa2nya diaorg berpakat lepaskan diri dari penjara tu bersama2...kelam-kabut semua bila diaorg lepaskan diri dari pulau penjara tu...tp akhirnya berjaya jugak diaorg lari dgn pertolongan Case yg menyamar jadi Frankenstein...Case tak kisah sbb dia dah dpt surat pembebasan dia...

akhirnya Jensen & Machine Gun Joe mula hidup baru sebagai mekanik...dan Jensen dapat semula anak dia...

secara keseluruhan aku rasa cerita ni best sbb tak membosankan...plot cerita pun lain dari yg lain...mula2 tu ingat cerita membosankan...ye la..aku bkn suka sgt cerita ganas2 ni...tp akhirnya aku berpuas hati dgn cerita ni...aku bg 4 bintang....

selamat menonton!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...